Home » , , » Aktiviti Hujung Minggu

Aktiviti Hujung Minggu

EmpayarUtama - Monday, February 7, 2022 : 6 comments

Sebelum Cuti Raya Cina kitorang bincang nak beraktiviti sikit. Iyalah duduk rumah langsung tak buat apa-apa membesarkan badan je tiap hari.

Semua setuju untuk main badminton. Aku tempah 2 gelanggang di Dewan Badminton Taman Sri Amar Majidee. Ambil 1 jam cukup kot (5 hingga 6 petang) sebagai percubaan. Anak bujang aku ada 4 raket, yang nak main 8 orang.

Cepat-cepat aku ke kedai sukan tanya raket yang ok untuk budak-budak main. Ada 2 jenis, Fleet dan Apacs masing masing RM28 dah siap tali (dengan string [max tension] 15) tiap satu, grip RM11 untuk 3 raket tapi tokey kedai bagi percuma 1 sebab beli 4.

Berbaloi juga aku fikir kerana ikut nasihat kedai, raket tu boleh tukar talinya kalau putus, dan string boleh pergi hingga 17 sebab frame dan shaft graphite. Harga tali RM27 kalau lain kali nak tukar tali.

Sebenarnya aku bawak 4 raket besi dengan tali yang dah putus (5 tahun dulu kot beli kat Giant sepasang; beli kat DIY sepasang ahahahahahah) tapi akak kat kedai tu kata rugi kalau pasang tali; dahle harga tali RM27, pastu string cuma boleh pergi 11 je sebab frame besi. Betullah tu kata dia. Kalau beli, dapat 4 raket baru, tali dah siap dengan string 15, cuma tambah seringgit je sebatang... berbanding pasang tali, raket lama/besi dan tak boleh tegang sangat stringnya.

Maka bermulalah aktiviti sukan riadah kami yang pertama untuk tahun ini. Sewa gelanggang pun murah je, RM20 sejam untuk 1 gelanggang.

Bergambar dulu di luar Dewan Badminton Taman Sri Amar :)

Sabtu 29 Januari 2022, dah nak CNY tak ramai orang :

Lepas Maghrib baru keluar semula makan malam di Kedai Mamak Bawah Pokok Jalan Kebun Teh :


Jumaat 4 Februari 2022, di Dewan Badminton Larkin (Belakang rumah je). Di sini meriah sebab ramai yang datang dengan keluarga. Sewanya murah juga, RM16 sejam :

Cam biasa sesi bergambar sebelum balik :)

Sebab awal lagi dan dekat je dengan rumah, bawak diorang mengeteh dulu :

Aku fikir selain berjalan atau berjogging; badminton ini antara sukan riadah yang menjimatkan jika punyai keluarga besar (macam aku). Pun menjimatkan jika bermain dengan kumpulan kawan sekitar 6-8 orang. Cuma keluar belanja untuk beli shuttlecock setabung dalam RM35-RM40 boleh tahan 4 kali main (sebulan) bukan untuk tujuan pertandingan. Zaman sekolah menengah dulu, dua minggu sekali kitorang pakat beli bola loose yang reject dari kilang sebakul untuk latihan. 200 biji kot sebakul tu.

Sekadar pesanan. Apa sukan pun; sebelum mula, buat sikit stretching untuk aktifkan perjalanan darah ke seluruh tubuh badan, sekitar 5-10 minit dahulu. Nanti terkejut darah tu tetiba je kena paksa buat aktiviti lasak, takut jadi cerita lain...



6 Comments

6 comments:

  1. Seronok dapat luangkan masa dgn aktiviti berfaedah sebegini.

    ReplyDelete
  2. Cuba aktiviti hiking pulak. Best gak haha.

    ReplyDelete
  3. Aktivi riadah ni penting untung semua umur. Setiap orang hobinya berbeza. Paling nikmat kalau hobi boleh mendatangkan pendapatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Badminton ni antara riadah yang murah juga, sambil keluar peluh oleh semua ahli keluarga tak kira umur.

      Delete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~