Home » , » 7 Aje... Ke...

7 Aje... Ke...

EmpayarUtama - Sunday, October 23, 2022 : No comments

Aku tak minat bela kucing. Dan aku pernah kongsi isi hati aku sebelum ni.

Tapi dalam tak minat tak minat tu, dah 7 ekor rupanya kucing jadi sebahagian dari keluarga kami. Dan semuanya aku sendiri yang bawa ke vet, haish.

Kat sini aku nak kongsi yang semua kucing tu hilang selepas cantik membesar. Aku pun tak tau kenapa. Semuanya bermula sekitar awal bulan Oktober tahun 2018...
Kucing pertama yang kami bela sepasang, sekor jantan berusia 6 bulan dan sekor lagi betina berusia 7 bulan.
Ini hadiah daripada akak yang masak di kedai Zul belakang Pasar Awam Kg Melayu. Sebab dia nampak putri bungsu aku gila kucing tapi tak bela kucing.

Atas ni betina, baka British tapi pemalu ya amat. Asyik menyorok bawah sofa je kerja dia. Kitorang berilah nama Shy-Shy. Tu yang tak banyak gambar. Bawah pula kucing kampung, 4-4 kaki berstokin putih. Jantan dan suka tidur dengan budak-budak. Jadi diberi nama Anja.

Sempatlah kami bela dua ekor ni dalam setahun lebih kurang. Pastu dua-dua hilang serentak. Sedey...

Dua bulan lepas terima 2 ekor kucing tu; bulan doblas 2018 kot, dengar pula bunyi garau anak kucing di belakang rumah. Entah siapa buang, aku pujuk pergi depan. Comotnya aduh; dengan berkudis, luka-luka dan banyak kutu - tak sampai hati aku tengok.

Budak-budak terus bagi nama Otimot; gabungan warna oren, putih dan comot. Jantan, belum masuk 2 bulan kot usianya, masih menggigil-gigil lagi kalau bergerak. Agak susah nak jaga dia dan aku ada buat satu entri pasal Otimot. Shy-Shy dan Anja boleh terima kehadiran ahli keluarga baru ini.

Dia suka tidur atas badan Aiman. Tapi itulah, dah sihat, dah naik badan; tiba-tiba hilang...

Lepas Otimot sihat dari demam teruk, ada pula yang buang anak kucing (betina) depan rumah. Pun sekitar 1 bulan lebih kot usianya. Mata sebelah tak boleh buka, mata sebelah lagi pun dah nak tertutup. Aku bersihkan dan titik ubat mata Shy-Shy yang aku beli di vet, 2 hari dah ok dah.

Kucing-kucing aku semua boleh terima kehadiran sikecil ni. Sempatlah mereka bermain bersama, tapi dua minggu je kot. Satu malam tu dengar motor berenti depan rumah, dan aku agak anak kucing tu mesti kena rembat.

Betul tekaan aku. Anak kucing yang dah comel tu orang dah ambik, ada dibela selang 2 lorong depan rumah. Oklah janji dia bela elok-elok...

Jadi sebelum menutup tirai 2019; aku kemaslah 2 sangkar dan barang-barang kucing, simpan dalam setor sebab dah tak de kucing.


Awal 2020, sebelum Covid tular; aku berjaya selamatkan sekor anak kucing kelabu [masa kecik warnanya kelabu je] selepas 3 ekor yang lain mati kena langgar. Ibu kucing tu macam tak kisah je anak-anak dia, beranak kat beranda rumah jiran sebelah yang memang kosong.

Dah besar sikit, baru nampak belangnya macam belang rimau. Jadi kitorang beri nama 'Belang'. Suka tidur atas katil.

Tak lama lepas tu, ibu dia beranak lagi. Aku pujuk masukkan dalam sangkar dan gabungkan 2 sangkar jadi satu, sebab 4 ekor anak dia. Tapi ibu ni jenis tak reti bela anak. 3 ekor mati cam tu je... Tinggal sekor kaler sama cam Belang. Jadi kitorang gelar dia 'Adik Belang' :)

Malam-malam nampaklah 2 ekor ni duduk atas tembok tiang pagar kiri kanan dah macam tugu je aku tengok.

Tapi memang heran, 2-2 ekor ni hilang juga tak sampai hujung tahun 2021 pun. Dalam 6 ekor kucing yang aku pernah bela, Belanglah yang paling lama dengan kitorang, dari umur 2 minggu sampai umur dia setahun 8 bulan dan hilang sekali dengan adik dia. Macam biasa, untuk kesekian kalinya mengemas sangkar ke dalam setor...


Awal tahun ni, Jan 21 kot; sedang aku siram anak-anak pokok bonsai - dengar bunyi anak kucing dalam parit depan rumah. Aduh, siapa lagilah yang dok buang anak kucing depan rumah ya...

Aku turun kat dalam parit, nampak dia dalam salur lubang air. Kotor ya amat badan dia. Kecik sangat lagi hanya besar tapak tangan aku. Umur dalam 3 minggu,masih menggigil gigil lagi.

Lepas bersihkan, letak dalam kotak kasut. Sampai ke besar pantang nampak kotak apapun mesti dia nak masuk duduk. Jadi, aku keluarkan semula satu sangkar, kali ni simpan dalam rumah.

Belum letak apa-apa nama pun lagi. Cuma tiap hari panggil 'miau' je. Paling manja dalam semua kucing yang pernah kami bela. Suka bergambar dan rajin ikut aku ambil anak-anak balik sekolah :)

Dan seperti biasa, dah besar comel, 4 Sept 2022 hilang tak balik-balik. Sempat 7 bulan je dipinjamkan kepada kami sekeluarga...




0 Comments

No comments:

Post a Comment

Tulisle apa pun, aku baca ^_~