Tak lengkap senarai tempat makan untuk dicuba kalau tak ke sini. Restoran ni turun temurun dari bapa kepada anak lelaki.
Restorannya tak sesak atau bingit walaupun persekitaran luar memang sibuk. Kalau nak makan masa 'peak hours' terutama dalam bulan Ramadhan; kena booking dulu. Boleh je terjah tapi meja terhad dan dia memang tak bukak meja sampai kaki lima kedai.
Restoran Sulam ni popular dengan Kepala Ikannya - Kari atau Asam Pedas. Sejak aku pindah kerja di JB tahun 1991 kedai ni dah sedia wujud. Tapi masa tu belum ada air-cond.
Haaa ini antara pesanan yang aku biasa order. Tak ada sayur sebab dalam Kari Kepala Ikan tu dah ada 3 jenis sayur - Terung, Kacang Bendi dan Kacang panjang :
Jika buat pesanan, beritahu berapa orang makan untuk mudahkan dia ejas besar mana kepala ikan yang perlu dihidang. Dan ramai yang tak tahu sebenarnya kuah kari [atau asam pedas] itu boleh ditambah jika dah luak; siap dengan sayurnya sekali akan ditambahkan.
Otak Otak home made ini juga pesanan mesti. Panas panas baru keluar dari api. Kedua dua menu utama ini dihidang beralas daun pisang.
Udang goreng butter, pun kena ada dalam menu yang dipesan budak-budak :
Hidangan seterusnya, pun antara yang mesti - telur dadar kosong. Kami pesan 1 set 3 biji dan minta sediakan 3 set...
Kalau tak nak makan di kedai, pun boleh buat pesanan untuk tapau. Tapi tak pasti deliverinya hingga berapa km...
Dulu ada desert seperti aiskrim dan cendol. Lama dah tak ada. Yang pasti restoran ni popular dan banyak review positif cuba semak di Google :)
dulu selalu suka makan fish head curry chinese style kat foodcourt Damansara Utama...sekarang husband mmg tak jejak dah kaki kedai kalau dia tak yakin..hmmm
ReplyDeleteMakasih singgah dan beri komen. Biasanya fish head curry chinese style ni indonesian yang masak. Tiada daging, ayam/itik/angsa maupun seafood.
DeleteAda juga kopitiam yang hanya sediakan roti bakar, sup sayur sahaja (fully vegetarian); telur separuh masak pun tak ada...