Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Semalam Yang Ceria 2

EmpayarUtama - Saturday, November 19, 2011 : 54 comments

Nak demam aku semalam - segalanya serba tak kena. Selama ni guna open.org je nak le juga guna ms.office tapi tak de tutorial yang sewaktu dengannya. Yang ada lebih pasal blog.

Mintak pandangan abang komputer nih minggu lepas:
Terima kasih bebanyak yea Ayie. Jasamu dikenang :) Tapikan, dua hari lepas pc aku boleh 'corrupt' restore punya restore punya restore; last-last antar re-format semula.

Lepas simpan pc kat kedai semalam pagi, nakle gi opis. Tapi mak aiii; jem punya pasal sampai amoi kedai tu tipon kata pc dah siap. Tak jadi le gi opis. Amik pc singgah semayang Jumaat hati
bersemangat nak online dah nih tapi hampagas betullllllll.

Takpe sejukkan ati layan ASTRO jelah sementara tunggu budak-budak balik sekolah.

Hahahahahahahah tak
boleh marah. Kena positif. Layan tido jawabnya. Betul-betul demam aku.


Teringatla pulak komen dari cik Es ღ baru-baru ni yang tak sembuh-sembuh walaupun aku dah tolong guna asap kemenyan. Aku bab-bab tips atau petua ni memang tak pandai
tapi teringat satu singseh Tips Dan Petua. Takat ni dia dah ada 102 Tips yang tak ada kena mengena langsung pasal blogging tips.

Cuba gi sana mungkin boleh sembuh hehehehe.

Kira abislah satu hari semalam. Lepas maghrib semalam bawak budak-budak (pengubat duka) asalnya nak nengok wayang tapi sangkut kat sini:

Men boling pastu gi McD...

Brader baju biru ni tak buat apa pun sepanjang kitorang makan, aku rasa dia 'spy' lah; baca dua jenis paper ari Jumaat dah nak abis ari Jumaat jangankan makan, air pun tak de order.

Penutup semalam sempena bermulanya cuti sekolah - gi layan karaoke bersama keluarga.

Setengah jam pertama semua malu-malu. Setengah jam kedua masing-masing tunjuk skill. Setengah jam seterusnya bergaduh berebut lagu. Setengah jam terakhir aku dok layan

sikecik dalam kereta sebab dah tido hahahahahampehtul...

Mana lebih meriah - hidup sensorang ke atau dengan keluarga? Ha jawable...


Jampi Perasap Kemenyan

EmpayarUtama - Tuesday, November 15, 2011 : 85 comments

Entri ini agak panjang jadi kalau belum makan, gi makan dulu; kalau belum minum sediakan air sebelah pc hahahahahahah. Ini lanjutan dari Entri Berani Mati.

Perasan tak kadang-kadang apa yang kita tulis jadi jampi serapah atau mantera berkesan boleh buat seseorang itu bertukar emosi jadi suka, sedih atau marah bila baca. Eh bacalah terus jangan tutup.

Aku taule aku ni tak pandai buat entri, blog pun rojak. Tapi kalau rasa kat sini ada tips, jadilah ia tips.

Pertamanya : 70 entri pertama aku tanpa shoutbox (6 bulan pertama); blog Melayu tapi carik trafik luar negara. Senang cakap gi melancong ajalah. Kenapa? Sebab aku tak pentingkan entri tapi lebih pada iklan CPM. Boleh tahan juga duit iklan dari trekpay, bidvertizer, adbrite, PTP4ever, CPMNetworks dan banyak lagilah. Masa tu baru sangat berblogging, saja nak buang masa tapi pada masa sama buat duit melalui iklan. Komen diterima cuma 1-2 itupun dari yang rapat.



Keduanya : 33 entri seterusnya (bulan ketujuh hingga ke sembilan; 3 bulan) dah pasang shoutbox dan mula terima majoriti trafik dari Malaysia; belajar blogwakling sikit-skit tapi tak cukup berani nak beri komen. Dapatlah sekitar 3-4 komen tapi punyalah hampagas aku boleh buat derk aja.

Ketiga : 7 entri sebelum Hari Raya (bulan kesembilan) banyak mengajar aku selain dari blogwalking; komen diterima; balas balik komen serta berani buat komen - boleh lonjakkan trafik ke tahap lebih baik walaupun cuma suka-suka aja. Purata 20 komen diterima bagi setiap entri dan sekitar 260 folowers aja sembilan bulan pertama tu.

Keempat : Dah elok-elok camtu tetiba aja aku hilang (bukan akulah, laptop dan kerja aku). Sebulan setengah aku rindu kawan-kawan alam maya hahahahahahampeh tul.

Kelima : Pertengahan Oktober hinggalah entri sebelum ini - sebulan kan? Aku cuma dapat buat 16 entri; terkejut bila terima purata 30 komen tiap entri. Lebih 50 pun ada. Jika tiap satunya dibalas, bergandalah komen tiap entri, kan? Dan terima kasih kepada yang sudi jadi pembaca, pengomen dan pengikut kerana dalam tempoh sebulan inilah followers aku naik sekali ganda daripada sekitar 260 kepada lebih 570. Bukan malas, tapi tak rajinlah nak sambung. Siiiiibuk manjang...

Entri kali ni sebab terharu dapat komen dari DzuLagiL kat Sekarang Pelik V - Kukur (dia ni pun blogging suka suka je lebih kurang cam aku).

Jom reramai nengok apa yang ada kat sini

Apa aku buat dalam tempoh sebulan terakhir ni? Oleh kerana aku bukan otai (newbie je) baru sepuluh bulan setengah je pun. Entri pun rongak sana sini kejap timbul kejap tenggelam. Inilah yang aku buat (kena bajet diri sendiri dah itu yang aku buat):

1. Letak shoutbox untuk jejak balik pengunjung, kadang terlewat 1-2 hari sebab aku tak beri sepenuh perhatian kat blogging. Itu cara paling mudah nak jejak balik sapa singgah blog kita.

2. Jangan harap orang akan komen atau bagi pandangan balas jika aku tak balas komen diorang. Ada juga yang tak komen atau komen balik, menyampah kot baca entri mencacai aku nih.

3. Bila melawat sesebuah blog, jengah sekali 3-4 blog pengomen di blog yang aku komen; dan terjah juga 3-4 link kat shoutbox blog yang aku singgah. Ini kerana belum tentu lagi mereka yang aku lawati tu pernah aku singgah sebelumnya; dan belum tentu lagi mereka akan singgah balik.

4. Aku tak guna sangat ayat skema masa blogwalking tapi kengkadang terguna juga. Tengok camana Mak Lagenda tulis kat shoutbox korang, meriah je kannn... :)

5. Entri, memang bercampur baur. Cuma bila satu entri tu agak panas, entri seterusnya aku bagi sejuk sikit taruk airbatu, takut melecur mulut hahahahahahah. Entri yang panas tu pulak kena bagi neutral (ada pro dan kontra maksudnya tidak menyebelah satu pihak).

6. Jangan lokek promotkan blog orang lain dalam entri walaupun tak join mana-mana GA. Aku cuba selitkan 1-2 blog kengkawan yang boleh direlatekan dengan entri aku. Tak rugi apa pun tolong promot blog kengkawan, kan?

7. Susah ke nak buat entri? Tak susah sebenarnya. Hanya dari satu ayat kita boleh kembang dan pelbagaikan jadilah entri. Aku cuba elak kopipes laporan akhbar atau majalah jika nak ulaspun - aku beri pandangan sendiri.

8. Join dan ping le blog korang kat grup bloggers atau yang sewaktu dengannya. Aku pun tak ping kat semua, ikut sempat je. Kalau korang letak Share Buttons kerjanya lebih cepat dan lebih mudah :
Tapi aku dah buang semua link grup-grup tu, korang rasa TAK BUANG MASA KE?

Manalah tau apa yang aku tulis ni berguna dan mungkin cara-cara aku ni dapat membantu (cehhh cam bagus je aku nih hahahah...). K baiiii.......


Aktiviti Akhir Bersama...

EmpayarUtama - Saturday, November 12, 2011 : 61 comments

Malam tadi hantar anak sulung ke sekolah ikut rombongan darjah 6. Tak semua rakan ikut serta.

Rasanya banyak juga sekolah yang anjurkan program lawatan untuk murid-murid tahun 6 sebagai program terakhir perpisahan. Hampir enam tahun bersekolah diorang dah ada kumpulan kawan baik terutama pelajar perempuan.
Dalam perjalanan aku bertanya; 'Semua kumpulan kawan kakak pergi ke?'; Jawabnya ada dua orang -yang seorang tu baru je bayar kat cikgu tapi seorang lagi tak ikut. Aku cuba selami psikologi kanak-kanak; apa perasaan mereka jika tidak dapat bersama yang lain terutama waktu-waktu terakhir persekolahan...

Bagi pihak keluarga pula, mungkin ada beberapa sebab untuk tidak hantar anak-anak ikut serta:

- Dah selalu sangat pergi. Munasabah juga tapi suasananya berbeza jika pergi bersama kawan-kawan sekelas. Aku cuba selami perasaan ini dengan meletak diri aku sebagai seorang anak yang tidak berjaya ikut program sekolah. Apatah lagi ini rombongan terakhir bersama rakan-rakan sekelas yang hanya tinggal beberapa hari saja bersama. Naik ke tingkatan satu mungkin berpisah...

- Masalah kewangan. Yang ini aku faham bukan semua keluarga dapat sediakan bayaran. Jumlah RM150.00 mungkin agak besar bagi yang bekerja sendiri atau berpendapatan kecil. Tetapi makluman tentang program ini diedar seawal 4 bulan dahulu oleh pihak sekolah dan boleh bayar berperingkat. Aku cuba yang terbaik seadanya untuk pastikan si kakak dapat bersama rakan-rakannya untuk itu...

- Perkara lain yang agak peribadi dan susah nak dijelaskan; antaranya takut terjadi apa-apa waktu perjalanan. Ini kita tidak boleh kawal kerana bukan hak kita untuk melawan takdir. Cuma sebaiknya elak dari berfikir negatif.

Dan sebagai anak yang tidak dapat ikut serta; memang akan rasa sedih (mungkin menangis semaunya apatah lagi anak perempuan). Rasa kecewa tu semakin parah bila pada minggu terakhir sekolah minggu depan - rakan-rakan yang pergi bercerita tentang keseronokan mereka be-rombongan, siap bergambar sakan gitu. Ada yang akan berkata 'rugilah kau tak ikut'. 'Oh! Malangnya aku tak dapat ikut...'

Suasana itu tak mungkin dapat diulang...

Kepada ibu bapa dan anak-anak yang terlepas rombongan - terimalah hakikat. Aku berpesan kepada Airina; pakat-pakatlah dengan kawan-kawan sekumpulan. Kongsi keluarkan seorang 2 ringgit ke, berapa ke; kemudian belikanlah hadiah untuk
kawan kakak yang tak dapat ikut tu;

dia kawan kakak kan?...