Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Sekarang Pelik VI - Sepak Yem

EmpayarUtama - Monday, June 3, 2013 : 8 comments

Ada orang gelar permainan ini 'Timang Bulu Ayam'; ada yang panggil 'Capteh'; tapi rata-rata di Johor kita gelar dia 'sepak yem'.

Masa mula-mula masuk sekolah rendah, cikgu suruh kami main benda ni dulu sebelum boleh sentuh bola raga. Jadi kat setor sukan sekolah kami ada dua grup bola raga rotan.
Satu grup tu canteeekkk je dalam kotak, satu grup lagi berlonggok kat satu sudut tak rupa bola raga / takraw. Tapikan, sampai sekarang aku tak terer main takraw dah.

Ni sempena cuti sekolah aku buatkan untuk hero aku, Aiman. Rasanya dah takde aktiviti riadah kanak-kanak waktu petang-petang atau cuti sekolah macam zaman kami budak-budak dulu sebab sekarang mereka lebih gemar mengadap tv, pc, ipad, x-box, dan kalau cerita bab permainan nih – mereka lebih gemar main permainan dalam alam maya tu le.

Nak buat sepak yem ni mudah je. Antara bahan-bahannya (bukan bahan untuk masakan yea jangan kompius lak):

bulu ayam tak kiralah yang bersepah dalam reban ke atau yang korang paksa cabut dari badan ayam, selotep buat lawa - ikat getah pun oke, paku


tiub beskal. Kalau nipis (China made boikot, boikot, boikot hahahahah) potongle lebih agak-agak besar siling 50 sen lama

Satu ikat kacang buncis erkkkkk salah dalam 4, 5, 6 bulu ayam pun tak pe ikut sukalah asal tiap bulu ayam tu bengkoknya keluar baru cantekkk. Cam bawah ni haaa:


Haaa dah siap:
Tapi tak de kaler-kaler cam gambar belah kanan sebab ayam-ayam aku baka ayam hutan sepeten jerk. Dulu adalah nampak kat kedai jual sepak yem kaler-kaler bagai tapi sekarang ni tak nampakla pulokkkk.

Tak banyak gambar atau maklumat pasal sepak yem ni tapi kalau korang rajin bolehlah taip "permainan tradisional-sepak yem" pastu pas kat pakcik gugel.

Satu lagikan, bila dah siap tu; si Aiman boleh tanya "ni bulu ayam betul ke?" hampeh tullah...




Hantu Raya Datang Menjengah

EmpayarUtama - Sunday, May 26, 2013 : 7 comments

Cerita 'yang jarang terkini' aku telah berjaya dikemaskini selepas tengahari 25 Mei semalam. Belah malamnya aku diberitahu oleh Domu-kon tentang Hantu Raya yang tiba-tiba je singgah.

Ada beberapa tutorial yang boleh bantu atasi masalah ni tapi terhad kepada pemasangan gadget / widget.
Melalui pesanan dari pakcik gugel kita dah tau dari mana datangnya Malware nih.


Maka dengan muka separa kompiden aku berusaha mengusir keluar Malware tersebut serta saki baki selagi ada. Ingatkan lepas kul satu pagi dah ok; rupanya takkk.


Sebelum tengahari tadi aku dah cuba bukak belog melalui beberapa pc lain, dah ok punnn. Apa yang aku nampak, malware ni meyerang melalui link / url website yang ada dalam belog. Maknanya selagi ada link website tu dalam belog kita, malware tu masih jadi igauan ngeri hahahahahampagastullah aku nih. Link website tu akan ada di mana-mana contohnya (aku ulang: contoh je tau) seperti:

a. dalam entri pos bila tuan punya belog sendiri meletaknya tanpa ketahui link tersebut akan ada malware kemudian hari;

b. komen dari pengomen yang tersedia link websitenya;

c. balasan komen dari kita sendiri yang dengan bangganya meletakkan link website pengomen;

Sedey pun ada bila kena delete komen kengkawan (sebab ada malware), begitu juga balasan komen sendiri yang aku ada letak link kengkawan tu beserta link kengkawan yang lain. Lepas ni tobat tak mo bundlekan jawapan komen dalam satu box.

d. senarai bloglist (yang disediakan oleh blogger.com) dan kita masukkan link website secara manual;

Contoh d. - Contoh e.

e. gadget yang kita pasang (sama ada berbentuk commentator cloud, widget, slide, imej, dan yang sewaktu dengannya) di mana kita perlu masukkan link website tertentu; jadi ianya akan ambil masa untuk buang segala Malware yang ada dalam belog, apatah lagi jika pos entri dah main ratus / ribu serta komen juga cecah ribu-ribu. Pening tuuu...


Ermmm, satu lagi - masalah buka belog berMalware hanya kepada Chrome. IE dan Firefox ok jah. Yang len-len aku tak tau sebab aku ada 3 ni aja. Ada sapa-sapa tahu cara buang link/url yang mudah?. Kongsile :)



Boikot, Boikot, Boikot. Boikot ASTRO

EmpayarUtama - Saturday, May 25, 2013 : 8 comments

Mak oi lama tul tak berkongsi cerita. Aku ada projek sikit tapi bukan projek yang dicadang oleh ghost writer tau.

Dulu tu orang nampak aku senang sangat kat kedai kopi, itu yang ditawarkan buat tambahan kerja part time.

Okeh, tutup yang tu. Dua tiga menjak nih promosi boikot memboikot di ruang siber nampak aktif. Boikot pasaraya itulah, boikot barangan inilah, boikot penerbangan itulah, boikot macam-macamlah.

Barangan Cina tu; kena boikot produk dari negara China saja ke, atau produk Malaysia yang dikeluarkan oleh syarikat Cina? Kalau kena boikot semuanya; siapa nak tanggung periuk nasi mereka yang kerja dengan syarikat Cina?

Aku bajet diri sendirilah. Bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Malaysia berasaskan makanan. Pemilikan syarikat 80% bukan bumiputera. Gaji seciput, kalau ada kenaikan pun memang berdasar keuntungan syarikat. Bila barang tak laku, syarikat tak untung, gaji tak naik, lama-lama kena buang kerja.

Kita ada beribu-ribu "Aku" sebagai tenaga kerja di Malaysia. Ada sesiapa nak beri kerja untuk beribu-ribu "Aku" kemudian hari? Kalau ada jaminan itu, mari kita semua boikot, boikot, boikot. Tapi kalau takat buat promosi tanpa fikir segala pro dan kontra; baik fikir dua tiga kali lagi.

Yang bawah ini aku setuju. Mari kita boikot, boikot, boikot yang ini:




Cerita ini tidak ditaja mana-mana syarikat penyiaran mahupun syarikat rokok.