Sekarang harga kereta dah murah sikit. Dengan bayaran ansuran bulanan serendah RM250 kita dah boleh bergaya dengan kereta baru (kalau mampu ler) untuk beraya ke rumah awekz.
Tapikan, aku nak tanya sikitla. Betulke kita ni dibantu bila harga kereta baru turun dan ada pembiayaan serendah
RM250 sebulan? Betul ke ada situasi menang-menang antara pengguna dengan penjual atau bank? Ke cuma tambahan kepada pilihan pinjaman untuk yang tak mampu beli tunai?
Biasa dengar 'fixed rate' atau bayaran ansuran tetap setiap bulan. Dan sekarang nih ada pilihan 'variable' atau bayaran rendah pada setahun pertama - serendah RM250; tinggi sikit pada tahun kedua/ketiga; terlebih tinggi sikit dari bayaran 'fixed rate' pada tahun keempat/kelima; dan mak oi - tinggi gila ansuran bulanan untuk tahun-tahun seterusnya berbanding 'fixed rate'. Masa itulah kenderaan mula diganggu 'jin' hahahahahahahah. Penyelenggaraan macam-macam, cuba tanya
dhinai adnan.
Terus rasa nak tolak kereta dan ambil kereta lain (kan bayaran setahun pertama murah). Ada orang kata: 'biasanya orang pakai kereta mana bayar sampai habis? 3-4 tahun akan tukar punyalah...' Errr, masa itu harga pasaran mungkin lebih sikit pada baki di bank. Tapiiiiiii itu harga pasaran yang akan dijual oleh kedai kereta terpakai. Bila kita nak tolak kereta, takkan kedai tak buat untung? Kedai akan makan kereta itu setidak-tidaknya lima ribu lebih murah dari pasaran (nak 'touch up' lah, bayar komisen brokerlah, mentenenlah, apa apalah). Tak caya riki-rikile pada
Knor.
Masa itu juga ansuran dah mula sangkut 2 bulan. Bila dikira kali kedua; nak kena keluar duit lagi dalam 2-3 ribu baru boleh beli kereta baru lain. Repair kereta pula sekitar seribu ke seribu setengah. Akhirnya kena pakai juga kereta yang ada tu sambil menyumpah dalam hati. Sebab tu tajuk cerita ni Sesi Bercakap Dengan Jin hahahahahahampagas tullah aku nih.
Baguslah pengguna ada lebih pilihan, itu je. Bes tu, siapa yang dibantu? Nek beskal lagile taun ni...
Oppps sebelum keluar cari kuih berbuka: Cerita ini tidak disponsor oleh mana-mana pengeluar kereta, pihak bank mahupun woksyop depan rumah; kang ada yang kata aku ditaja untuk mengondem. Bulan posa nih, kena bersangka baik tauuuuuu :)