Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Terbaik Memang Terbaik

EmpayarUtama - Friday, October 3, 2014 : No comments

Aku pernah terbuat ulasan sukan dalam belog ni. Ala main-main jer. Tapi lepas tamat acara badminton Sukan Asia 2014 baru-baru nih, aku rasa cam betul apa yang aku tulis dulu.

Tengok ranking terkini BWF setakat 25 September 2014;- Datuk Lee Chong Wei masih no. 1 tetapi Lin Dan telah melonjak ke no. 15.
Baca balik apa aku kongsi pada September 27, 2013 (setahun dulu) di mana Lin Dan berada di kedudukan 98 dan Chen Long kekal no. 2.

Betulke dapat ranking no. 1 dunia kerana banyak masuk pertandingan yang diiktiraf; banyak jadi juara sementara banyak yang Lin Dan tak sertai sekali? Tak percaya? Ini fakta :

1. Sepanjang 13 bulan ini Lee Chong Wei sertai 14 kejohanan; 7 kali juara (satu darinya Chen Long tarik diri di pusingan awal) dan 4 naib juara - dapat kekal no. 1 ranking dunia.

2. Lin Dan hanya sertai 6 kejohanan; 5 kali juara - ranking terus naik dari 98 ke 15 dunia.

3. Chen Long pula sertai 11 kejohanan; 4 kali juara dan 3 naib juara - kekal no. 2 ranking dunia.

4. Semua 5 kejohanan disertai Lin Dan tidak disertai Chong Wei, kecuali kejohanan Yonex Japan Open MetLife BWF World Superseries 2014 yang aku percaya mereka bekerja berpasukan untuk perbaiki ranking masing-masing (memadai setakat suku akhir?).

5. Dari 11 kejohanan disertai Chen Long; 10 turut disertai Chong Wei. Mereka bertemu 5 kali di final - Chen Long menang 3; Chong Wei menang 2. Pertemuan terkahir mereka di Sukan Asia 2014 dan Chen Long menang dalam acara berpasukan.

Jika ranking terkini menjadi ukuran; ianya belum ambil kira Sukan Asia 2014 kerana BWF belum kemas kini. Meh lihat terperinci pembabitan mereka sepanjang Sept 2013 hingga Sept 2014 :


Datuk Lee Chong Wei
1. Yonex Open Japan 2013 - juara
2. Yonex Denmark Open 2013 - naib juara kk Chen Long
3. Yonex French Open 2013 - separuh akhir
4. Yonex Sunrise Hong Kong Open 2013 - juara (Chen Long tarik diri di pusingan awal)
5. BWF World Superseries Finals 2013 - juara
6. Victor Korea Open 2014 - naib juara kk Chen Long
7. Maybank Malaysia Open 2014 - juara
8. Yonex All England Open 2014 - juara
9. Yonex- Sunrise India Open 2014 - juara
10. 2014 OUE Singapore Open - naib juara
11. Yonex Japan Open MetLife BWF World Superseries 2014 - juara
12. BCA Indonesian Open 2014 - separuh akhir
13. Li Ning BWF World Championships 2014 - naib juara kk Chen Long
14. 2014 Asian Games - separuh akhir kk Lin Dan

Lin Dan
1. China Masters GPG 2014 - juara
2. Badminton Asia Championships 2014 - juara
3. Yonex Japan Open MetLife BWF World Superseries 2014 - suku akhir (lihat nota di Chen Long)
4. The Star Australian Badminton Open 2014 - juara
5. Yonex Open Chinese Taipei 2014 - juara
6. 2014 Asian Games - juara

Chen Long
1. Yonex Denmark Open 2013 - juara
2. Yonex Sunrise Hong Kong Open 2013 - (tarik diri di pusingan awal)
3. VICTOR China Open 2013 - juara
4. Victor Korea Open 2014 - juara
5. Maybank Malaysia Open 2014 - suku akhir
6. Yonex All England Open 2014 - naib juara
7. Yonex- Sunrise India Open 2014 - naib juara
8. Yonex Japan Open MetLife BWF World Superseries 2014 - suku akhir (Nota : adakah mereka bekerja berpasukan untuk perbaiki ranking masing-masing; memadai setakat suku akhir?)
9. BCA Indonesian Open 2014 - separuh akhir
10. Li Ning BWF World Championships 2014 - juara
11. 2014 Asian Games - naib juara

Jika aku susun pemain ikut prestasi semasa, camni jadinya :
No. 1 Lin Dan
No. 2 kosong
No. 3 kosong
No. 4 Chen Long
No. 5 Lee Chong Wei

Chen Long baru berusia 25 tahun manakala Chong Wei 32 tahun - hanya setahun lebih tua berbanding Lin Dan, 31 tahun

Ini pendapat peribadi aku: Seseorang jaguh sukan layak pengiktirafan no. 1 dunia bila konsisten kekalkan kejuaraan dalam pertandingan-pertandingan yang turut disertai para pesaing terdekat; dan tewas sekali sekala kepada pesaing terdekat. Contoh terbaik ialah Datuk Nicol David. Tapi kita kena terima hakikat tak boleh lahirkan Datuk Nicol David dalam semua acara sukan.

Jika seseorang itu terbaik dalam satu-satu acara sukan tersebut, memang dialah yang terbaik.


Pelan, Pelan-pelan Tau

EmpayarUtama - Wednesday, October 1, 2014 : No comments

Alhamdulillah walau makin sibuk rezeki bertambah. Aku beli 4 MAXIS prepaid untuk budak-budak sebab teruja dengan 'Chat' Sosial Percumanya.

Nombor yang macam aku pernah cerita dulu dah takde keluar lagi. Jadi nombor yang ada bermula dengan 011 diikuti lapan nombor lain. Lepas top-up, masing-masing ada kredit dan boleh ber'wechat'; ber'whatsapp' dan berfesbuk dengan percuma selama seploh hari.

Tapikan, dalam dok menunggu tamatnya 10 hari tu; aku congak balik - Kalau dah boleh ber'wechat'; ber'whatsapp' dan berfesbuk dengan percuma diorang kurangle bertalipon. Tak gitu? Bes tu, kredit yang ada jadi apa? Jadi aku ke pejabat MAXIS terdekat untuk dapatkan yang terbaik bagi kedua-dua belah pihak. Aku ringkaskan cenggini :



No. pertama
No. kedua
No. ketiga
No. keempat

Jumlah

Kelebihan






Kelemahan


















Kekal Prepaid
& 'Chat' Sosial
Percuma

RM5 / 3 hari
RM10 / 7 hari
RM30/bln






RM120 /bulan

Percuma wechat, whatsapp & fesbuk selagi kredit masih laku

Duit top up luak dalam singgit dua je. Pastu kena top up lagi RM30 setiap nombor. Perghhh  sampai hujung tahun
RM28x4x3 bulan = RM336 dan duit tu tak boleh guna dah kalau expired. Wechat, WhatsApp & fesbuk pun ke laut...






Bertukar ke
Pelan TM28
Bil / Postpaid





RM28 /bulan
RM10 /bulan
RM10 /bulan
RM10 /bulan

RM58 /bulan

100 sms percuma dan
200 minit panggilan percuma (no. pertama)

Sori tak ada internet dan setiap panggilan masuk bil (Maxis ke Maxis 12 sen/min; ke no. lain pula 15 sen/min). Rasanya bil panggilan boleh cecah RM15 /bulan x 4 jadilah RM60 /bulan. Campur RM58 /bulan yang kat atas tu; dekat RM120 jumlahnya. 3 bulan RM360 tapi dok usung enset je larrr

Bertukar ke
Pelan SM30
Bil / Postpaid





RM48 /bulan
RM30 /bulan
RM30 /bulan
RM30 /bulan

RM138 /bulan

1Gb Internet untuk semua nombor




Bil aja dah lebih pat ratus untuk 3 bulan. Tu belum campur kos internet  - 4 nombor tuu... Rasanya boleh jejak RM600 untuk 3 bulan (hingga 31.12.2014)















Dah tu, mana 'win-win situation'nya?


Pusing tang mana pun, pengguna tak dapat situasi menang-menang. Terutama terhadap iklan ''Chat' Sosial Percuma' yang nampak syok tapi menjerut leher. Bayangkan selepas 3 bulan pertama (jangka sederhana; tak begitu pendek tak begitu panjang) jika dapat tarik 200,000 pengguna remaja dan budak sekolah - katalah top-up yang expired masih berbaki dalam RM20 setiap bulan, kali 3 bulan (hidup/aktif bila tambah top-up); ditambah lagi dengan rakyat Bangladesh sebab kad prepaid tu siap ada tulisan Bangladesh dan promosi 'kadar panggilan terendah ke Bangladesh'; untung jual kad prepaid belum kira tau - perghhh...




Bukan Kes G1M Yea

EmpayarUtama - Tuesday, June 17, 2014 : 5 comments

Ini gambar kereta lama. Oleh kerana kereta lama, aku beli insurans pihak ketiga (third party) aja. Doblas tahun kat tangan arwah abah, lima tahun kat tangan sendiri. Kiranya dah lebih namblas tahun jugalah. NCB pun dah maksima 55%.

Baru-baru ni masa nak perbaharui insurans, aku ke pejabat pos. Selesa
berurusan di pejabat pos saja. Tapi bila buat semakan, insurans kena dekat nam ratus dan NCB dah kosong. Adik kerani yang cun tu kata mereka ejen saja dan tak dapat nak tengok apa 'claims' yang dah dibuat tahun sebelumnya.

Mau tak mau kenalah aku ke pejabat insurans tersebut di bandar. Parking punyalah susah. Adik kerani syarikat insurans tu tolong kirakan dan katanya masih ada lagi NCB 55% tu. Jadi insurans cuma kena kurang dua ratus. Bila aku 'confirm' nak bayar; baru dia tanya ada 'transfer' kepada kereta baru ke? Alammmaaaakkkkkk. Peciter nih?


Cilok Google sempena kes G1M;
kalau kena pun rasanya 'ikan bilis' jah...

Takpe, dia tolong talipon HQ di KL. Dari perbualannya aku dengar seseorang di KL tu akan 'reset' balik kepada 55% NCB. Adik kerani depan aku kata sistem belum dikemas kini. Aku kata kat dia – polisi pun aku tak dapat. Dan betullah cuma kena bayar seratus lebih je insurans kereta tu.

Semalam aku sempat bersembang dengan Nizam, member kat pejabat pos. Dia kata mungkin syarikat insurans sengaja blok supaya pemilik kenderaan tidak buat urusan dengan ejen tetapi terus kepada syarikat insurans. Satu lagi kemungkinan, syarikat insurans sengaja buat begitu jadi bila pengguna tak 'alert' atau tak perasan; mereka bayar harga penuh. Untungle syarikat insurans. Camni pun ada....

Errr, sebenarnya NCB (No Claims Bonus) ke NCD (No Claims Discount) ?