Semakin hari teknologi semakin maju. Dengan perkembangan teknologi, cara hidup kita pun akan lebih mudah - sepatutnya.
Jika kita belum mampu atau belum boleh lagi capai teknologi tersebut, memadailah kita padankan dengan apa yang sedia ada. Jangan sampai ketinggalan sudahlah.
Inilah yang aku nampak dalam satu sudut kecil (banyak lagi sebenarnya) sepanjang menguruskan anak-anak sekolah sepanjang 17 tahun. Dan masih berbaki 11 tahun jika dipanjangkan umur, melihat putera bongsu memikul beg sekolahnya yang berat.
Bukan tak pernah bersuara di mesyuarat PIBG, tetapi bila cadangan ini katanya bukan untuk peringkat sekolah, aku diamkan saja. Aku fikir itulah saluran yang betul, pandangan yang jika perlu dipanjangkan ke PPD, seterusnya ke peringkat negeri, persekutuan, dan seterusnya boleh dibentang dan bahas di parlimen. Tapi suara kecil ini nampaknya hanya layak dilontar dalam blog saja.
Hari ni paling ringan, guna timbang badan dan timbang masakan,
sama je 4 kilo...
Setiap hari kita disajikan secara tidak langsung dengan kemudahan rak sekolah di kaca tv menerusi cerita luar negara, dan itu sebenarnya boleh jadi panduan bagaimana kita boleh perbaiki kelemahan sistem kita.
Sumber : STATISTIK BILANGAN SEKOLAH, MURID & GURU. Katalah tiada perubahan hingga kini, bermaksud kekal 10,220 sekolah.
Macam yang aku tulis awal-awal tadi, jika kita masih belum mampu nak beri kemudahan komputer menerusi pembelajaran tanpa buku untuk setiap pelajar di sekolah; boleh saja sediakan rak buku di setiap kelas untuk setiap seorang.
Jika ada kemudahan tu, murid hanya perlu bawa balik ke rumah buku untuk rujukan dan kerja rumah sahaja. Selebihnya mungkin buku kerja untuk 2 hari berikutnya. Ini, dengan beg sekolah lain, beg lukisan lain. Apa lagi yang berebut naik bas sekolah, mau koyak beg...
Kerajaan boleh buat peruntukan. Selaraskan semua sekolah, jadi tak perlu sewa.
Jika purata tiap sekolah ada 30 bilik darjah; jumlahnya menjadi 306,600 bilik darjah. Anggaran setiap kelas punyai 20 meja untuk pelajar, dan semua sekolah jalankan satu (1) sesi; maka kita perlukan 6,132,000 rak yang sama saiz. Ini mewakili jumlah pelajar. Statistik Kementerian Pendidikan Malaysia tunjuk tak sampai 5 juta pelajar.
Setiap kelas hanya perlu maksima 60 rak kecil ini (jika diambil kira ada sekolah jalankan 2 sesi persekolahan), sebaiknya rak besi. Boleh diletak di bahagian belakang bilik darjah. Jika kerajaan lantik satu kilang saja untuk jalankan projek ini - hanya sekali sahaja tak perlu tukar lagi dah rak tersebut.
Ini kan masalah global sekolah yang ada, bukan di sekolah anak saya saja...