Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Mencari Penerbangan Paling Murah

EmpayarUtama - Wednesday, June 15, 2022 : No comments

Cari penerbangan paling murah ke mana-mana sahaja dengan Skyscanner.

Berjuta-juta orang menggunakan Skyscanner untuk mencari tawaran penerbangan terbaik serta-merta.

Bandingkan harga untuk beribu-ribu destinasi di seluruh dunia untuk mencari penerbangan termurah ke mana sahaja anda ingin pergi.

Kami menunjukkan anda hari termurah dalam sebulan untuk terbang pada tarikh perjalanan fleksibel anda.
Cari di Skyscanner dari lapangan terbang berlepas pilihan anda ke mana-mana sahaja. Jika anda berada dalam mood untuk pengembaraan, ke mana sekarang? Semak imbas tawaran penerbangan kami, cari penerbangan paling murah ke mana sahaja anda hajatkan.


Skyscanner adalah mudah dan pantas. Dan ia percuma untuk digunakan.

Bandingkan penerbangan tambang rendah kemudian tempah tiket penerbangan anda secara terus dengan melihat laman agensi dan syarikat penerbangan.

Ia memastikan penyediaan tawaran penerbangan dan penerbangan saat akhir.

Temui cadangan yang hebat.


Cari bulan atau hari yang paling murah untuk terbang ke sana. Cari keperluan perjalanan terkini dan dapatkan kemas kini jika keadaan berubah.



Pantai Tanjung Lompat

EmpayarUtama - Saturday, June 11, 2022 : No comments

Selepas berlama lama di Pantai Batu Layar haritu, kitorang singgah pula ke Pantai Tanjung Lompat. Jaraknya dalam 3-4km dari tempat penginapan kami di Lotus Desaru.

Pantainya unik kerana pasir yang padat dan berwarna gelap, berbeza dengan pasir pantai Batu Layar atau pasir pantai Lotus Desaru. Kenderaan boleh masuk dan parking di sepanjang pantai. Pasirnya seakan-akan pasir Pantai Tanjung di Mersing.


Kurang berangin tetapi ombaknya boleh naik sehingga 4 meter. Jadi di sini amat popular dengan penggemar sukan luncur ombak atau surfing.

Cuma taufan tropika Rai yang melanda Laut China Selatan ke Filipina beri kesan kepada iklim dan cuaca di tempat kita.

Kadar sewa ATV [All Terrain Vehicle 4 tayar] di sini juga murah. Budak-budak memang tak lepaskan peluang main ATV di sini.

Aku himpunkan koleksi gambar-gambar ke dalam slide di bawah. Kalau nak tengok lama-lama tekan je 'pause' ya. Kalau bosan, tekan butang forward :)
  • Dari simpang ke pantai, jalan tak berapa cantik. Nasib baik 200 meter je
  • Di sebalik bukit belah kiri tu adalah Tanjung Balau
  • Pasir pantainya padat dan berwarna gelap
  • Putera putera aku
  • Kenderaan bergerak dan park macam atas jalan raya biasa...
  • Aikkk? Aiskrim?
  • Jika air pasang penuh, akan melewati tayar belakang kereta putih tu
  • Sesi bersama ATV bermula...
  • Bunga raya ni lebih besar dari tapak tangan
  • Haaa kan...
  • Puteri puteri aku

Kita ke destinasi seterusnya lepas ni...


PICKids - Satu Ulasan Peribadi

EmpayarUtama - Tuesday, May 31, 2022 : No comments

Ini pandangan peribadi berdasar pemerhatian dan pengalaman aku sekeluarga.

Jumlah isirumah 7 orang; di mana 2 orang langsung tidak divaksin (berumur 8 dan 9 tahun), seorang belum lengkap dos ke-3, manakala 4 orang lengkap booster..

Nak jadi cerita, seorang anggota keluarga positif covid-19 awal bulan Mac 2022 setelah 3 hari selesai bantu jualan buku sekolah di beberapa sekolah (mengikut jadual diberi sepanjang 1 minggu). Kebetulan beliaulah yang belum lengkap dos ke-3 (booster).

Akibatnya 3 hari selepas itu 3 anggota keluarga yang lengkap booster juga positif.

Walaupun kami 7 orang tinggal serumah (4 yang positif buat pengasingan kendiri di dalam bilik); ahli keluarga tertua serta 2 yang kecil tidak dijangkiti.

Sepanjang tempoh itu hingga sebulan setengah seterusnya, kami guna 3-4 jenis RTK berbeza untuk buat semakan, dan aku hantar kedua-dua anak berusia 8 dan 9 tahun ke klinik swasta untuk buat swab test - hasilnya negatif.


[Hari Ini] Berita penuh di sini

Jadi aku secara peribadi simpulkan :

1. Vaksin atau tidak, booster atau tidak, tetap akan dijangkiti. Bergejala buruk atau tidak itu bergantung kepada antibodi tuan punya badan.

2. Kanak-kanak berusia bawah 12 tahun sukar dijangkiti walaupun tanpa vaksin. Ini berkemungkinan kesan suntikan seawal hari pertama lahir (BCG, Hep B, DPT-Hib, DPT/DT, OPV, MMR) hingga ke darjah satu; tidak kurang dari 15 suntikan yang membantu menguatkan antibodi dan mampu bertahan dalam tubuh hingga mencapai umur 10-12 tahun daripada dijangkiti penyakit berjangkit.

Namun begitu, kita hanya merancang. Allah adalah sebaik-baik perancang.