Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Festival Anime: Paradigm Mall

EmpayarUtama - Wednesday, September 21, 2022 : No comments

Selepas pergi tengok sepupu dia mengenakan cosplay pada 7 Julai 2022 haritu; puteri bongsu aku dah mula nak ikut sekali. Kali ni Anime Fest berlangsung di Paradigm Mall Skudai dari 16-18 September 2022.

Kostum yang dipilih ialah watak Jigoku Shoujo. Jikogu Shoujo ni nama lain dia 'Girl From Hell' atau Gadis Neraka. Ini merupakan anime Jepun dengan musim siri pertamanya bersiaran sekitar
hujung 2005 hinggalah April 2006.

Lebih dikenali sebagai Ai Enma, satu watak misteri yang menawarkan perkhidmatan entiti ghaib dalam membalaskan dendam. Dengan 3 pembantu yang menyerupai 3 patung jerami jika tiada tugasan...

Paradigm Mall ini adalah sebuah pusat beli-belah 7 tingkat terletak di Skudai, Johor Bahru. Mula beroperasi pada 28 November 2017 dengan 500 kedai yang menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan. Sebelum ini ia sepatutnya menjadi Kemayan City tapi projek ini gagal dan terbengkalai bertahun juga lamanya.
Selain daripada menjadi tempat tumpuan membeli belah, hypermarket, kedai elektronik serta gadget; terdapat juga ruangan hiburan buat keluarga seperti Kkids Playground di tingkat 1 serta Golden Screen Cinema (GSC) di tingkat 7.


Untuk yang berminat nak menginap atau bermalam di sini, Hyatt Place Paradigm Mall yang mempunyai kolam renang luaran; hotel bertaraf 4 bintang ada tersedia.


Sekarang Pelik VIII – Buah Letup Letup

EmpayarUtama - Sunday, August 28, 2022 : 1 comment

Lama tak kongsi cerita pelik. Dah lebih lapan tahun selepas yang terakhir tu pasal Misteri Nusantara.

Buah Letup-Letup ni sekarang memang susah dah nak jumpa pokok apatah lagi buahnya. Tetiba je siang tadi boleh ternampak kat pagar tepi jalan Kg Kurnia. Zaman budak-budak dulu kalau masuk semak belukar [bukan hutan tau], memang buah ni jadi makanan kitorang. Ada yang manis, memang manis. Kena yang masam, telan aje lah.
Rasanya macam rasa Buah Susu, takpun macam rasa Buah Rambai. Silap-silap dua jenis buah ni pun ramai yang dah tak kenal.

Aku panggil dia Buah Letup Letup sebab kita cuma picit je buah ni dan dia akan meletup tapi tak bunyi macam mercun la. Pastu ngap masuk terus dalam mulut. Ia sejenis pokok menjalar dan memanjat, ada yang panggil Markisa Belukar.

Dulu senang jumpa sebab dia memanjat pagar. Buah dia ni paling besar pun kecik sikit dari biji getah, atau besar guli, tak sampai 1 inci pun. Isi dalamnya ciput je.

Dia berbeza dengan Buah Letup Letup Kelambu [Physalis angulata] sebab pokok Letup Letup Kelambu tu pokok renek bukan jenis menjalar. Buahnya pula bersalut nipis dari jauh dah macam belimbing, manakala Buah Letup Letup Belukar [Passiflora foetida] bersalut berbulu. Tu yang ada orang panggil dia buah ulat bulu.

Disebabkan sekarang susah nak jumpa, dan banyak pula khasiat dia; sekarang di Lazada pun dah ada dijual benihnya. Sampaikan daun pun kena jual. Tengok sini :


Dah dulu, k baiii...


Festival Anime

EmpayarUtama - Thursday, August 18, 2022 : No comments

2 Julai 2022 (bulan lepas) layan budak-budak ke Paradigm JB sebab diorang nak tengok festival anime. Aku turunkan diorang je, jem gila.

Ianya adalah pameran pertunjukan manusia yang pakai kostum atau kita panggil Cosplay.

Banyak juga watak yang dipamer tu kita tak tahupun ceritanya. Hanya peminat Anime Jepun yang betul-betul mengikuti, pastu timbullah keinginan untuk pamerkan sisi lain yang bertentangan / berlawanan dengan peribadi sebenar mereka.

Sekarang ni, acara cosplay semakin berkembang di lokasi tumpuan orang awam seperti hotel dan pusat beli belah. Tu yang terbabas ke Paradigm tu...
4 imej pertama ni ialah watak Rem [Re:Zero], Anne Faulkner [Paradox Live], Lumine dan Kamisato Ayato [Genshin Impact] :

Yang bawah ni pula ialah watak Kaito Kid [Detective Conan], Mono [Little Nightmares II], Sniper-Mask [High-Rise Invasion] dan Suzuya Juuzou [Tokyo Ghoul] :

Ini antara watak-watak dalam Team Karasuno [HaiKyu!!] :

Ini pula watak Chainsaw Man [Chainsaw Man belum ditayangkan lagi rasanya], Loid Forger [Spy x Family], DARLING in the FRANXX [Zero Two] dan Hilichurl [Genshin Impact] :

Sebenarnya aku suka solekan dan seragam yang berjaya ubah penampilan. Ini model Mirul Ariff, disolek sepenuhnya oleh Lily Azlan yang bawa tema dan watak MAD HATTER [dalam filem & kartun Alice In Wonderland] :
Sebelum solekan
Selepas solekan

Haaa yang ini jumpa kat Terengganu bulan Mac aritu :
Sebelum buka topeng
Selepas buka topeng

Untuk festival anime ni, kalau berminat nak tengok 'live', boleh gugel untuk cari tarikh-tarikh dan lokasi akan datang sepanjang tahun ni. Meriah tau...