Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Konvo Yang Tertunda

EmpayarUtama - Wednesday, May 31, 2023 : No comments

Ini lanjutan kepada cerita aku pada 5 Oktober 2021 dulu. Setelah tertunda 2-3 kali, akhirnya berlangsunglah majlis Konvokesyen ke 96 di UiTM Shah Alam.

Majlisnya berlangsung dari 20 Mei 2023 hingga 3 Jun 2023 tak tauler berapa banyak sesi. Si kakak ni kena sesi ke 10 (25 Mei 2023) belah pagi. Dengar cerita mereka kumpulkan hingga 3 tahun para graduan dan kali ini semuanya dilangsungkan di sini.

Seminggu sebelum majlis kakak ni dah pergi dengan adik-adik dia; naik bas untuk booking jubah; booking fotoshoot; booking hotel untuk 1 malam dan entah booking apa lagi ntah.


Walaupun setiap hari ada sampai 2 sesi; tapi kalau nak elak jem dalam UiTM; boleh je park kenderaan di luar. Pengangkutan keluar masuk percuma disediakan. Tapi aku redah juga masuk sebab hanya 2 orang saja yang boleh masuk dewan.

Lepas acaranya aku balik ke bilik untuk check out dan ambik adik-adiknya. Kalau diorang ikut sekali, masak dalam kenderaan dok nunggu acara tamat. Hotelpun dekat je tak sampai 5 minit pun berkenderaan...

Aiman dan Alya tak dapat join sebab masing-masing tengah belajar sorang kat Terengganu, sorang kat Melaka. Kitorang balik petang tu juga sebab Yana nak masuk Anime Fest di Sutera Mall 27 dan 28 Mei, takut tak sempat Mak Usunya nak solek.

Kat bawah ni aku pilih beberapa kenangan untuk diabadikan dalam blog ni :


Cuaca memang sangat panas, kena pula tiap sesi rasanya dalam 500-600 graduan. Kesian abang polis mengawal lalulintas kat dalam. Sementara tunggu si kakak selesaikan sesi bergambar dan pulangkan jubah; aku bersembangle dengan abang pulis melayan penat dia hehe.


Alhamdulillah selesai satu acara. Tahniah ya Airina, kerja pun dah dapat tak jauh dari rumah. Gaji simpan untuk persediaan kahwin pulak ahahahahahah. Dah dulu, nanti aku kongsi cerita lain bila rajin ya...


Festival Anime: Sutera Mall 27 Mei

EmpayarUtama - Tuesday, May 30, 2023 : No comments

Kali ini Anime Fest berlangsung sekali lagi di Sutera Mall Bukit Indah pada 27 dan 28 Mei 2023. Puteri bungsu mencuba Cosplay 'Asagiri Aya' untuk 27 Mei 2023.

Asagiri Aya atau Aya Asagiri adalah watak utama siri anime dan manga Magical Girl Site yang dicipta oleh Kentaro Sato.

Sejarahnya Asagiri Aya ini ialah seorang gadis berusia 14 tahun yang hidup sengsara. Didera oleh abang angkatnya dan sering dibuli di sekolah.


Asagiri Aya kononnya seorang gadis berkulit cerah dengan rambut hitam. Matanya bercampur merah jambu dan coklat yang memancarkan rona kemerahan. Dia selalu dilihat memakai uniform sekolahnya.

Kuasa pada kayunya akan mengubah bola mata berbentuk hati dan rambutnya pula akan bertukar menjadi merah violet.

Kat bawah ni antara sebahagian gambar dia yang aku pilih:









Pistol buat sendiri guna plywood dan tabung shuttlecock.
Pastu spray guna belen spray silver yang ada.



Batu Burok Beach Resort

EmpayarUtama - Monday, May 1, 2023 : No comments

Kami check-out dari Samsuria Beach Apartment Resort agak pagi juga pada 14 Mac 2022 tu sebab kejar masa. Kalau terus gerak mungkin dalam 2 jam setengah lagi baru sampai ke Terengganu.

Ambil sarapan dulu dan perancangannya boleh sampai sebelum zohor ke Pantai Batu Burok. DSH Batu Burok Beach Resort ni pun aku ada janji nak buat ulasannya.
Gambar yang kitorang ambil taklah begitu meriah sebab pertama - mungkin dah rasa kepenatan; kedua - fokus utama ialah selesaikan urusan si Aiman. Aku kongsi sajalah mana yang patut eheh.


DSH Batu Burok Beach Resort menawarkan penginapan dengan kolam renang luaran, tempat parking percuma, taman dan kawasan pantai peribadi. Harganya berpatutan kerana masa aku sampai peti ais tak ada. Kami ambil Superior Room yang ada 1 katil bujang dan 1 katil Queen dan menghadap pantai.

Meh tengok slide dulu :


Pantainya tak berapa bersih tak sesuai untuk mandi lagipun terus menghadap Laut China Selatan. Main-main di gigi air oklah kot. Ada tempat jual pelbagai jenis layang-layang; kedai-kedai dan kedai-kedai makan di luar entrance resort; yang dipanggil The Mayang Place.


Bersebelahan resort ada restoran Warung Dalam Kenangan - KING LIVE SEAFOOD tapi masa tu tak buka. Sebelahnya lagi banyak gerai jual makanan macam pasar malam. Selepas The Mayang Place dan Warung Dalam Kenangan - KING LIVE SEAFOOD tu ada tapak permainan; budak-budak lepak situ sebelum ke bandar Kuala Terengganu.

Belah malam memang ada pasar malam rupanya. Itu yang terserempak dengan terminator kat bawah ni :


Penginapan di sini buat syarat je sebab lepas 2 anak bongsu yang kecik tu puas main kolam; cadangnya nak pusing-pusing tengok Masjid Kristal dan Jambatan Angkut selain singgah DIY beli barang-barang Aiman lagi.

Kami lepak satu malam je dan belah malam hantar semua baju kotor ke dobi. Esoknya baju kotor dah tak banyak. Aku tetap rekomen DSH Batu Burok Beach Resort ni antara tempat yang menarik untuk keluarga. Macam-macam jenis makanan boleh anda jumpa di sini.