Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Jambatan Angkat Kuala Terengganu

EmpayarUtama - Sunday, September 17, 2023 : No comments

Terlanjur kitorang masih ada sikit waktu lepas jenjalan kat pasar malam Batu Burok sewaktu hantar Aiman ke Terengganu; kami singgahlah sekejap di sini.

Gambar-gambar ni diambil pada 14 Mac 2022 belah malam selepas melawat Masjid Kristal sebab esoknya dah nak gerak balik ke Johor.

Ikut katanya; banyak food truck di kawasan ini tapi sebelah petang le yang meriah.

Jambatan Angkat Kuala Terengganu, yang juga dikenali sebagai “Drawbridge” merupakan jambatan angkat pertama di Malaysia dan di Asia Tenggara. Ia dibuka sepenuhnya kepada kenderaan dan pejalan kaki pada 1 Ogos 2019.



Jambatan ini menjadi jambatan keempat di kawasan bandar Kuala Terengganu yang menyeberangi Sungai Terengganu selepas Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Manir dan Jambatan Pulau Sekati.

Jambatan Sultan Mahmud lebih dikenali sebagai Jambatan Duyong terletak di tengah-tengah Sungai Terengganu. Dikenali sebagai Jambatan Duyong kerana ia merentasi Pulau Duyong; Taman Tamadun Islam (TTI); dan replika 'ALLAH SELAMATKAN TERENGGANU' di atas Bukit Besar jelas dapat dilihat ketika merentasi jambatan ini.

Jambatan Manir (nama sebenarnya Jambatan Sultan Ismail Nasiruddin Shah) merupakan jambatan yang menghubungkan Kampung Pulau Rusa (Kuala Terengganu Utara) dengan Kampung Manir (Kuala Terengganu Selatan).

Jambatan Pulau Sekati pula menghubungkan Kampung Teluk Pasu dengan Losong, Kuala Terengganu melalui Pulau Sekati dengan merentangi Sungai Terengganu. Jambatan sepanjang 6.3 km ini dibina bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di Kuala Terengganu.

Ok kembali ke Jambatan Angkat.

Pada tahun 2019 ia menerima anugerah BEST NEW TOURISM ICON 2019 yang mengiktiraf Jambatan Angkat Kuala Terengganu sebagai ikon pelancongan baru yang berjaya menarik perhatian ramai pelancong, baik tempatan mahupun antarabangsa. Jambatan ini diiktiraf kerana reka bentuk yang unik dan ciri-ciri jambatan yang boleh diangkat, menjadikannya simbol baru pelancongan yang memperkukuhkan imej Kuala Terengganu sebagai destinasi menarik.

Pada tahun 2020, jambatan ini menerima anugerah BEST NEW MALAYSIA TOURISM ICON 2020 yang mengiktirafnya sebagai ikon pelancongan terbaharu Malaysia. Anugerah ini menonjolkan keunikan dan sumbangan jambatan ini dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan global. Dengan ciri-ciri seni bina yang mengagumkan dan kemudahan pelancongan di sekitarnya, Jambatan Angkat Kuala Terengganu telah berjaya menjadi lambang kemodenan yang masih mengekalkan nilai tradisi Terengganu.


Aku tak sempat ler nak masuk melawat dalam Menara Jambatan Angkat / Drawbridge ni. Mengikut berita; terdapat Ruang Galeri, Sky Terrace (Lantai Kaca), Bilik sistem hidraulik, Layar Hijau / Video 360 Darjah, Dewan Elysium (Restoran), Koleksi pelbagai seni, seni bina, sains, sejarah, fesyen, dan banyak lagilah yang mengujakan serta menjanjikan untuk memikat deria dan memberikan pengalaman menarik.

Kredit dan sumber : wikipedia dan discoveryterengganu


Masjid Kristal

EmpayarUtama - Sunday, September 10, 2023 : No comments

Masjid Kristal atau juga dikenali sebagai “Masjid Tengku Tengah Zaharah” ialah sebuah masjid di Wan Man, Kuala Terengganu.

Masjid ini terletak di Taman Warisan Islam di pulau Wan Man; merupakan sebuah struktur besar yang diperbuat daripada keluli, kaca dan kristal.

Kitorang sempatlah singgah sebelah petang 14 Mac 2022 selepas jalan-jalan sikit sekeliling Batu Buruk. Lepas tu singgah lagi belah malamnya untuk lihat keindahan suasana pada waktu malam.

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam (TTI); satu-satunya masjid yang dibina menggunakan kaca dan keluli di negara ini, malah turut diiktiraf sebagai masjid pintar pertama di Malaysia.



Mempunyai 51 kubah dan lengkap dengan empat menara sudah cukup mengambarkan kehebatan seni bina Islam Moorish yang cuba diterapkan pada pembinaannya.

Pembinaannya yang menelan belanja kira-kira RM360 juta itu digunakan secara rasmi selepas dirasmikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008.


Masjid Kristal juga menjadi pelengkap kepada 21 monumen seni bina tamadun Islam seperti Kubah As Sakhra di Palestin, Masjidil Haram (Arab Saudi), Masjid Al-Hambra Citadel (Sepanyol), Taj Mahal (India), Menara Kalyan (Uzbekistan), Masjid Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Mesir), Masjid Qairawan (Tunisia), Masjid Allepo Citadel (Syria) dan Masjid Kul Syarif (Rusia) di TTI. (Sumber: Wikipedia)


Anak Bonsai 3 Tahun

EmpayarUtama - Sunday, August 6, 2023 : No comments

Lepas raya dalam bulan Julai 2019 aku cuba-cuba je tanam anak-anak pokok santalia. Dari cuma 12 anak pokok, sebelum abis hujung tahun 2019 tu juga aku belah-belah jadi 30 lebih.

Aku letak dan susun atas lantai sebab kecik lagi dan guna botol kosong sebagai pasu sementara; kena kencing kucinglah pulak. Tinggal 10 pokok je kot yang hidup.
Jadi aku buat dan tanam semula di samping 10 pokok sedia ada yang berjaya diselamatkan, kiranya aku start semula lepas raya sekitar bulan Jun 2020.



Setahun lepas tu; aku pindahkan kat pasu kecik-kecik beli kat D.I.Y.; buat rak lebih kurang untuk susun. Masa tu dah ada dalam 35 pokok semuanya. Pasu tu semua aku susun cantik-cantik atas rak; dan tak letak tapak pasunya jadi air tak akan bertakung. Tapi ada juga jiran yang sangat suka dengan susunan anak-anak bonsai tu, eheh.

Diam tak diam, makin lama makin banyak pulak anak-anak santalia tu, dah lebih 50 pokok. Jadi aku hadiahkan kat beberapa jiran yang berminat; staf-staf kat tempat kerja dan adik aku pun ambik dekat sepuluh pokok. Aku bagi dengan pasu-pasu sekali sebab pasu plastik je pun.

Tinggallah tak sampai 25 pasu lagi. Aku sendiri akan simpan dalam 3-4 pasu je, selebihnya memang nak hantar balik kampung susun sepanjang tepi parit depan rumah buat pagar.

Kiranya sekarang ni semua bonsai yang ada baru berumur 3 tahun. :


Anak-anak bonsai ni aku belum cantikkan lagi dahan dan ranting dia. Aku nak bagi akar dia besar lagi dan dahannya hingga sebesar ibu jari baru bentukkan guna kawat.

Aku ada simpan satu anak santalia ni dalam rumah; nak tengok boleh jadi/hidup tak kalau tak kena cahaya matahari. Bawah ni baru 6 bulan :



Lagi 2 tahun kalau panjang umur dan pokok-pokok ni dah besar lagi sikit; aku akan update lagi perkembangannya...


Klook.com