Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Tahniah Aiman

EmpayarUtama - Friday, October 25, 2024 : No comments

Alhamdulillah dan tahniah untuk anak kedua (Putera sulung) aku yang berjaya menamatkan pengajian di UMT. Majlis konvokesyennya berlangsung pada hari kedua sesi ke 4, belah petang.

Alhamdulillah juga sebab dia pun dah mula bekerja dari 1 September lepas; tempat dia buat intern dulu.
Ini kali kedua kami bertolak ke Terengganu masa hantar dia sambung belajar lepas PKP dulu.


Oleh kerana majlis berlangsung pada hari bekerja (Johor) Ahad hingga Selasa; aku kena cutikan sekolah kebangsaan / menengah dan sekolah agama adik-adik dia yang 3 orang tu.

Tak boleh berlama-lama di sana. 8 jam perjalanan pergi hari Ahad, 8 jam perjalanan balik hari Selasa dan cuaca sepanjang perjalanan elok. Sampai rumah je jem badan...



Ada yang mengirim keropok, kain batik, tapi memang tak sempat ler nak membeli dan membelah disebabkan kekangan masa. Apa pun, tahniah ya Aiman.


Semoga jadi rakyat yang berguna dan berbakti kepada masyarakat, insha Allah.


Selamat Menyambung Pelajaran Fina

EmpayarUtama - Tuesday, October 8, 2024 : No comments

Alhamdulillah, lepas setahun di Pusat Matrikulasi Lendu Melaka; puteri ketiga - Afrina (anak keempat) diterima menyambung pelajaran di Universiti Teknologi MARA Johor, Cawangan Segamat.

Sebelum tu, sempat jugalah dua bulan dia buat kerja 'part time' di kedai buku SBC. Dapat le dia kumpul duit poket sendiri.
Yang ini memang teratur sikit sebab aku dah biasa uruskan 3 orang sebelum ni. Oleh kerana masih dalam Negeri Johor (walaupun jarak dari rumah lebih kurang je kalau nak ke Bandar Melaka huhuhu), kitorang gerak lepas kul 6.30 pagi 5 Oktober, Sabtu.

Keluar ikut Tangkak sebab laluannya lebih selesa berbanding ikut Yong Peng. Dalam 3 jam sampailah ke destinasinya. Cuma sangkut agak lama sebelum gate pintu masuk.

Kiri gambar lama, kanan dah cat kaler baru

Urusan pendaftaran pun mudah. Scan barcode untuk tahu kolej penginapan; drive through ambil kunci bilik pastu berebut-rebut ler cari parking.

Dia dapat bilik di kolej Blok Sempana Alam Buana; nama pun menakutkan hehe. Tingkat 3 atas sekali, semput mengangkat barang.

Haaa dapat bilik dua katil, agak selesa dengan barang dia yang banyak tu.
Itu pun separuh dah susun bawah katil dan dalam locker.

Yang tak bestnya, esoknya dia dah wazap mamanya bagitahu malam pertama tidur kat situ macam kena kejut... Buka mata je, sebelah dia roomate dia satu katil. Sebelum tidur, masing-masing tidur katil sendiri. Tapi tak pasti masih dalam mimpi atau dah sadar...

Dia ni pelik sikit, rajin kena ganggu dari kecik lagi. Tak taulah kenapa... Tapi satu malam yang pertama itu aje lah. Salam perkenalan kot dari penghuni Gunung Ledang :)

Selamat menyambung pelajaran ya Fina, semoga meraih kejayaan cemerlang seperti kakak-kakak dan abang kamu :)


Tips Penjagaan Minyak Kenderaan

EmpayarUtama - Wednesday, October 2, 2024 : No comments

Saja je nak buat ulasan penjagaan minyak enjin (atau minyak hitam) dan minyak gear (auto) kereta sebab banyak nampak kat u-tiub tips buat sendiri yang mudah dan jimat. Majoriti beritahu yang penting kena ada ialah minyaknya.

Tapi kebiasaannya peralatan atau spanar yang tersedia tu tak pula diceritakan. Contohnya corong untuk tuang minyak hitam atau minyak auto; spanar panjang t-shape untuk buka nat
yang jauh ke dalam atau ada bawah enjin; spanar untuk buka oil filter; dan hidraulik jack sebab kena baring bawah kenderaan.

Barang barang tu pun tak mahal juga. Corong tu dalam RM18; Hydaulic jack ada mahal sikit mungkin RM130 kot.


Spanar t-shape saiz 8 ke, 10 ke, 12 ke, sekitar RM13; spanar untuk buka oil filter tu RM25. Sekali jalan katalah jumlahnya dalam RM186 sekali beli je pun, kan. Bekas untuk tadah minyak hitam atau minyak auto lama pun kena sediakan juga tau, jangan lupa.


Cuma pada aku tak berbaloi juga sebab bila kita hantar ke woksyop, upah cuma RM35-RM45 je. Lepas tu tukar minyak hitam 6 bulan sekali atau setiap 10,000km (ambil 'fully sintetik' ya). Minyak auto pula 2 tahun sekali atau setiap 40,000km. Maksudnya purata perjalanan sehari ialah 55.5km.

Kalau guna minyak biasa (bukan 'fully' atau 'semi sintetik'), kena tukar setiap 5,000km atau 6 bulan juga. Purata perjalanan ialah 27.5km sehari.

Katalah upah maksima RM45 sekali buat; Dalam 2 tahun tu cuma 4 kali tukar minyak hitam dan sekali tukar minyak auto; jumlahnya RM180 je. Peralatan yang kat atas tu pulak cuma akan digunakan sekali setiap 6 bulan.

Mungkin berbaloi dan berguna jika jarak pemanduan kenderaan cecah 5,000km atau 10,000km setiap bulan atau setiap 2 bulan. Tapi dalam tempoh 2 tahun, akan libatkan perbelanjaan lain-lain bahagian kenderaan seperti tayar (bunga tayar cepat botak); pad brake; timing belt; chamber dan alignment.