Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Aktiviti Hujung Minggu

EmpayarUtama - Monday, February 7, 2022 : 6 comments

Sebelum Cuti Raya Cina kitorang bincang nak beraktiviti sikit. Iyalah duduk rumah langsung tak buat apa-apa membesarkan badan je tiap hari.

Semua setuju untuk main badminton. Aku tempah 2 gelanggang di Dewan Badminton Taman Sri Amar Majidee. Ambil 1 jam cukup kot (5 hingga 6 petang) sebagai percubaan. Anak bujang aku ada 4 raket, yang nak main 8 orang.

Cepat-cepat aku ke kedai sukan tanya raket yang ok untuk budak-budak main. Ada 2 jenis, Fleet dan Apacs masing masing RM28 dah siap tali (dengan string [max tension] 15) tiap satu, grip RM11 untuk 3 raket tapi tokey kedai bagi percuma 1 sebab beli 4.

Berbaloi juga aku fikir kerana ikut nasihat kedai, raket tu boleh tukar talinya kalau putus, dan string boleh pergi hingga 17 sebab frame dan shaft graphite. Harga tali RM27 kalau lain kali nak tukar tali.

Sebenarnya aku bawak 4 raket besi dengan tali yang dah putus (5 tahun dulu kot beli kat Giant sepasang; beli kat DIY sepasang ahahahahahah) tapi akak kat kedai tu kata rugi kalau pasang tali; dahle harga tali RM27, pastu string cuma boleh pergi 11 je sebab frame besi. Betullah tu kata dia. Kalau beli, dapat 4 raket baru, tali dah siap dengan string 15, cuma tambah seringgit je sebatang... berbanding pasang tali, raket lama/besi dan tak boleh tegang sangat stringnya.

Maka bermulalah aktiviti sukan riadah kami yang pertama untuk tahun ini. Sewa gelanggang pun murah je, RM20 sejam untuk 1 gelanggang.

Bergambar dulu di luar Dewan Badminton Taman Sri Amar :)

Sabtu 29 Januari 2022, dah nak CNY tak ramai orang :

Lepas Maghrib baru keluar semula makan malam di Kedai Mamak Bawah Pokok Jalan Kebun Teh :


Jumaat 4 Februari 2022, di Dewan Badminton Larkin (Belakang rumah je). Di sini meriah sebab ramai yang datang dengan keluarga. Sewanya murah juga, RM16 sejam :

Cam biasa sesi bergambar sebelum balik :)

Sebab awal lagi dan dekat je dengan rumah, bawak diorang mengeteh dulu :

Aku fikir selain berjalan atau berjogging; badminton ini antara sukan riadah yang menjimatkan jika punyai keluarga besar (macam aku). Pun menjimatkan jika bermain dengan kumpulan kawan sekitar 6-8 orang. Cuma keluar belanja untuk beli shuttlecock setabung dalam RM35-RM40 boleh tahan 4 kali main (sebulan) bukan untuk tujuan pertandingan. Zaman sekolah menengah dulu, dua minggu sekali kitorang pakat beli bola loose yang reject dari kilang sebakul untuk latihan. 200 biji kot sebakul tu.

Sekadar pesanan. Apa sukan pun; sebelum mula, buat sikit stretching untuk aktifkan perjalanan darah ke seluruh tubuh badan, sekitar 5-10 minit dahulu. Nanti terkejut darah tu tetiba je kena paksa buat aktiviti lasak, takut jadi cerita lain...

Pantai Batu Layar

EmpayarUtama - Wednesday, February 2, 2022 : 2 comments

Rasa bersalah nak kongsi cerita ni bulan lepas kerana minggu pertama Januari masih banyak tempat dilanda bencana banjir. Bulan ini sesuailah dan mungkin boleh jadi panduan untuk yang merancang sempena cuti-cuti akan datang.

Percutian bulan Disember lalu bertumpu di Desaru, Kota Tinggi. Antara tempat yang rugi kalau tak pergi ialah Pantai Batu Layar, sekitar 15km dari Bulatan 'I Love Desaru' macam gambar sebelah ni.
Hari pertama 17 Disember tu singgahle belah petang dengan niat nak buat barbeque di situ :) Agak lewat sikit perancangannya. Nasib baik cuaca tak seteruk tempat lain walaupun hujan lebat sekejap-sekejap.

Pantai Batu Layar merupakan antara pantai awam di Malaysia. Ada kawasan berpagar kononnya milik tuan tanah seberang jalan, yang ini aku tak pasti. Yang pastinya, ini antara tempat menarik untuk tujuan selfie, mandi manda, perkelahan dan perkhemahan.
Sebelum PKP ada beberapa 'chalet pelangi' di hujung jalan Batu Layar ni, sekarang tinggal runtuhan. Kawasan persekitaran sepanjang pantai tetap bersih, don't worry semua.

Dua hari berturut kami berulang ke Batu Layar dari tempat penginapan. Hari pertama terlebih berbaloi sebab stok makanan untuk hari kedua pun habis ahahahahampagastullah.

Gambar-gambar aku masukkan dalam slide, kalau nak tengok lama-lama boleh tekan 'pause' ya :
  • Salah satu dari beberapa tempat yang cantik untuk berkhemah di sini
  • Hari pertama, agak lewat petang
  • Berkemas untuk sesi barbeque belah malamnya
  • Mula selepas Maghrib, diterangi cahaya bulan penuh
  • Berjaya menggunakan set mini barbeque buatan sendiri
  • Masih ada sotong dan ikan yang belum siap...
  • Sesi tamat jam 9.00 malam...
  • Hari kedua...
  • Macam lipas, banyak di celah batu...
  • Pengantin, pengapit dan jurugambar...

Oh sebelum lupa, plastik sampah ni masuk kategori barang mesti jika hendak berjalan ke mana-mana. Banyak kegunaannya selain dari mengumpul sampah. Aku juga gunakan sebagai tempat mengumpul baju kotor/basah sebelum di hantar ke dobi.

Dengan keluarga agak besar, plastik sampah yang disediakan pihak hotel pun tak mencukupi. Lebih baik sediakan dulu, beli yang saiz M dah ok.

Destinasi seterusnya...