Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Pinjaman

EmpayarUtama - Friday, July 28, 2023 : No comments

Aku terbaca satu tweet Pelabur Bijak tentang persoalan sama ada nak selesaikan hutang sedia ada atau simpan wang yang ada.

Ianya bergantung kepada dah berapa lama buat pinjaman kenderaan tu. Kalau dah lepas separuh dari tempoh pinjaman, selesaikan je. Tapi kat sini aku nak kongsi sikit tentang pinjaman.

Dari sudut pandang aku, dan mungkin para bank juga bersetuju; kolateral (aset yang dicagar dan pembayaran dibuat secara ansuran) itu penting bila kita ada keperluan untuk buat pinjaman lain pada masa depan.


Aku cuba huraikan ya. Jika kita bermula dengan buat pinjaman kenderaan untuk tempoh 6, 7, 8 atau 9 tahun; sama ada cantik atau tidak rekod pembayaran kita itu selepas 12 bulan boleh dilihat oleh pihak yang akan beri pinjaman seterusnya jika kita mohon.

Laporan CCRIS menyenaraikan sejarah pembiayaan dan pembayaran balik peminjam sepanjang 12 bulan, mengikut pelaporan institusi kewangan yang ambil bahagian [rasanya semua bank termasuk syarikat kredit terlibat].

Katalah pinjaman kenderaan untuk 7 tahun di bank A. 'Track record' atau rakam jejak pembayaran bulanan akan jadi penanda aras sama ada kita layak atau tidak untuk buat pinjaman lain/seterusnya seperti pinjaman peribadi (sambung belajar, nak cukupkan duit kawin, deposit beli rumah, pelaburan); untuk upgrade kenderaan; atau untuk apa-apa tujuanlah.

Pihak bank akan buat penilaian yang sama penting selain pendapatan bulanan kita sebelum buat keputusan nak bagi pinjaman tambahan/baru atau tidak; begitu juga dengan jumlah kelulusan pinjaman.

Aku sarankan kepada mereka yang sudah melepasi setahun bekerja; jika ada duit lebih untuk beli kenderaan - buatlah pinjaman tapi jangan sampai terbeban dengan bayaran bulanannya. Setahun dua setelah buat pinjaman mungkin terfikir nak beli rumah pula; atau nak kahwin; atau nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi; atau nak guna untuk sesuatu urusan yang mendesak.

Apatah lagi bila pinjaman kali ini akan lebih besar amaunnya. Makanya di sinilah 'track record' pinjaman sedia ada sangat membantu...


Hutang Peneroka FELDA

EmpayarUtama - Thursday, July 20, 2023 : 3 comments

Berita yang ini menarik minat untuk aku dedikasikan dalam blog.

Antara lain: ... "Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin (MY) menuntut Anwar Ibrahim (AI) mengemukakan bukti bahawa perdana menteri itu telah menandatangani surat atau dokumen selaku menteri kewangan bagi meluluskan pelupusan hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion.
Ini selepas AI mendakwa pelupusan hutang itu gagal dilaksanakan sewaktu MY menjadi perdana menteri."

Yang aku nampak isunya ialah:
1. AI tuduh MY hanya umum tapi tak laksanakan pelupusan hutang peneroka FELDA berjumlah RM8.3 Bil.
2. Azalina kata dah laksanakan pada 2021/2022.
3. AI kata dia sendiri yang sain dokumen untuk pelupusan hutang peneroka FELDA.

Mari tengok kenyataan dari FELDA sendiri:

1. Penebusan SUKUK untuk FELDA berjumlah RM9.9 Bil (RM990 juta setahun selama 10 tahun) untuk pulihkan kedudukan kewangan FELDA

2. Penghapusan hutang peneroka FELDA dah dilaksanakan di peringkat FELDA pada 2021/2022
Kemaskini: Felda: Hutang peneroka diselesai 2021, PM tandatangan FSRA Jun lepas.

Tengok pula dokumen yang ditandatangani oleh AI pada 26 Jun 2023:


Kenyataan FELDA selari dengan kenyataan Azalina. Oleh itu betullah pelupusan hutang peneroka FELDA dah selesai pada 2021/2022 menerusi aliran tunai FELDA itu sendiri. Pelupusan hutang peneroka FELDA dah selesai pun.

MY tak sempat nak cover balik masalah kewangan FELDA itu sendiri kerana kerajaannya tumbang selepas itu. AI tandatangan SUKUK Kerajaan pada 26 Jun 2023 untuk cover balik masalah kewangan FELDA. Bukan tandatangan untuk selesaikan pelupusan hutang peneroka FELDA.

Baca juga: Bahaya, Anwar tak tahu apa dia tandatangan - Muhyiddin.


Selamat Belajar Afrina

EmpayarUtama - Thursday, July 13, 2023 : 1 comment

Isnin 4 hari lepas; selamatlah mendaftarkan anak keempat [puteri ketiga aku] si Afrina ke Kolej Matrikulasi Melaka.

Jadual pendaftarannya bermula pukul 3 hingga 4 petang. Tak bergegas sangatlah dalam pukul 11 pagi baru gerak dari JB.

Tapi sepanjang perjalanan tu ada 3 tempat jalan sedang diperbaiki, makanya sampai pukul 4 petang juga huhuhu...

Sebenarnya minggu ni masih minggu peperiksaan sekolah rendah. Oleh kerana disebabkan tiada sesiapa di rumah, aku angkut semua ikut ke Melaka. Kenalah cutikan Yana, Asyraaf dan Aisy. Cikgunya kata boleh tunda peperiksaan untuk hari tu.


Jadi, ini kolej yang sama dengan kakaknya - Alya dan juga sama tempat dengan abang dia dulu, Aiman. Bila dah ada 3 pengalaman abang dan kakak-kakaknya, memang mudahlah nak uruskan segala barang keperluan dia. Tapi seat belakang tu memang dia punya huhuhu:


Pergi pun balik hari; lepas dropkan Fina dan barang-barangnya (tak de gambar sebab hanya student yang boleh turun) kami selamat sampai JB pukul 8.30 malam. Nasib baik perjalanan balik ke JB tak jem...

Selamat belajar ya Afrina, semoga berjaya dengan cemerlang seperti kakak-kakak dan abang kamu, inshaAllah