Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Nuffnang - Selamat Tinggal

EmpayarUtama - Thursday, September 9, 2021 : 2 comments

Dekat setahun menunggu, lepas pukul 12 tengah malam tadi (semalam) aku cuba buang dulu segala kod promosi Nuffnang.

Dah tak ada lagi promosi dari advertizers untuk dikongsi dan jana duit. Nuffnang sepenuhnya bertukar kepada sosial media, sama sepeti program 8Share dan SAYS sebelum ini.

Walaupun ada duit terkumpul, beberapa 'Buttons' dah tak berfungsi. Butang 'Cash Out' pun dah tak nampak. Promosi terakhir yang aku terima ialah pada 1.10.2020:

Sebenarnya aku lebih selesa lihat statistik trafik di sini berbanding yang aku sedia ada seperti Google Analytics dan StatCounter. Tapi bila buka balik program ni pukul 8 pagi tadi, alamak tak ada 'figure' lah pulak:
Jadi cepat-cepat aku masukkan semula semua kod promosi yang ada untuk 'link'kan semula blog aku dengan Nuffnang. Nasib baik keluar data dan statistik trafik lepas pukul 9 pagi tadi.

Ingat lagi tak beberapa program seperti ChurpChurp, 8Share dan SAYS selain Nuffnang sendiri sekitar 10 ke 15 tahun lepas?

Masa tu meriah dengan banyaknya pilihan promosi, muai jugalah kan buat duit.

Jadi aku simpan jelah logo diorang kat sini untuk kenangan.

Sekarang ni aku cuba satu program promosi dalam Asia juga. Stailnya lebih kurang sama je macam SAYS dan 8Share tapi baru sangat aku masuk. Kalau ada yang berminat cubalah melawat ke sini.

I Love PDF

EmpayarUtama - Saturday, August 28, 2021 : 6 comments

Dalam suasana PKP, rasanya 'online program' ini amat berguna - baik kepada pelajar, tenaga pengajar, maupun yang bekerja dari rumah.

Jika guna komputer, terus aja taip https://www.ilovepdf.com. Tapi kalau guna handphone, kena muat turun (download) applikasinya. Dan ianya percuma.

Fail pdf ni amat ringan bila apa yang kita buat sebelum ni – gambar, words, excel, powerpoint, pdf+pdf ditukar (convert) kepada fail pdf. Saiz fail akan lebih kecil dan mudah untuk dikongsi/hantar kepada orang lain.

Kita cuma perlu muat naik (upload), tukar (convert) kepada fail pdf, dan kemudian muat turun (download) pdf fail yang sudah di'convert' tersebut. Senang, kan?

Sebelum ni dah lama juga aku guna 'pdf architect', waktu 'PDF Architect5' diperkenalkan.

Sekarang ada versi lebih baru kot, tapi masih terhad juga penggunaannya bila guna versi percuma.

Kalau masih ada yang berminat, cuba https://www.pdfforge.org/pdfarchitect.


Harap perkongsian ini membantu :)


Beza Nak Tangani Masalah Rakyat vs Beza Nak Jadi Perdana Menteri

EmpayarUtama - Monday, August 16, 2021 : No comments

Kita sepatutnya lebih bercakap tentang covid-19 dan pelan pemulihan yang lebih baik.

Sebahagian petikan yang aku suka:
"...Rakyat lebih sedihkan ramai yang kini hidup dalam kemiskinan, penderitaan dan kesengsaraan. Disebabkan oleh dasar dan polisi menguruskan pandemik yang bias serta beragendakan kepentingan politik.

Rakyat desak laksanakan "total lockdown", tetapi mereka laksanakan "total lockdown" suam-suam kuku.

Rakyat suruh tutup kilang bukan "essential", mereka tutup perniagaan-perniagaan kecil yang kurang berisiko.

Rakyat minta benarkan keluar wang KWSP, Menteri Kewangan kata KWSP bukan bank.

Rakyat minta moratorium 2.0, kerajaan kata itu adalah mustahil.

Selepas diasak bertalu-talu baru mereka benarkan. Itupun selepas Institusi Diraja mula bersuara.

Ordinan Darurat pula seolah-olah diperkudakan untuk menggantung demokrasi. Jauh berbeza seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong iaitu Ordinan Darurat untuk membendung penularan Covid-19.

Sepanjang pelaksanaan Ordinan Darurat jangkitan wabak malah semakin memburuk. Semasa Ordinan Darurat bermula kes jangkitan harian sekitar 3,000 dan selepas lapan bulan pelaksanaannya cecah 21,000.

Kelihatan Ordinan Darurat lebih bermanfaat politik berbanding menyelamatkan rakyat dan negara.

Rakyat desak percepatkan pemberian vaksin macam-macam alasan diberi sehingga negara Eropah pun dijadikan kambing hitam.

Selepas kedudukan dan jawatan sudah tergugat baru kelam kabut dipercepatkan..."

Bacaan penuhnya di sini dan di sini.

Tapi bila nampak peluang, masing masing masih sibuk - Peluang nak jadi Perdana Menteri, bukan peluang nak tangani masalah rakyat.


NGO Mengurus DERMA

EmpayarUtama - Wednesday, July 21, 2021 : No comments

Bila sembang pasal derma, sumbangan ke NGO; bukan kita tau ianya terus kepada yang memerlukan, tapi tuju ke NGO yang kita bagi. Sebagai individu, seringgitpun sumbangan juga, kan? Ini yang kita-kita nampak dan jadi bahan...

Bagaimana pula jika yang menyumbang tu adalah syarikat (besar)? Bagaimana syarikat (besar)
yang buat untung (besar) lari cukai menerusi 'SUMBANGAN' kepada NGO? Yang ini kita-kita tak berapa nak nampak, kan?

Contoh, 1 syarikat dah bajet - cukai kena bayar sekitar 5 ratus ribu. Ikut jalan lurus - siapkan audit, bayar cukai. Kerajaan untung dan rakyat dapat kongsi nikmat dari hasil cukai tersebut.

Ikut jalan tak berapa nak lurus, 5 ratus ribu tu sumbang ke NGO. Masuk ke NGO dapat pengecualian cukai. Jadi syarikat terlepas dari bayar cukai. Belum habis lagi ni ceritanya. Itu adalah 100% sumbangan. NGO yang terima pula dibenarkan ambil 30% untuk kos operasi. NGO takat ni tak kena diaudit.

Syarikat tadi buka invois konon jual barang kepada NGO untuk baki 70%. NGO bayar balik konon beli barang. Syarikat cuma kena keluar 30% dari 5 ratus ribu (150 ribu je, kalau bayar cukai - 5 ratus ribu) itupun kalau bayar cukailer. Nampak tak?

Itu 1 syarikat. Kalau 10 syarikat, katalah dengan jumlah yang sama, berapa NGO tu kumpul? 1.5 juta tau. Sebab tu walau dah sedia ada NGO (lokal); NGO lain tetap bersungguh nak pergi, nak masuk juga. Bila berjaya, nama NGO tu naik, ‘SUMBANGAN’ lain dari syarikat lain mencanak.

Ketelusan NGO dipapar menerusi gambar/video, kenapa tidak menerusi laporan kewangan (beraudit)? NGO (tumbuh macam cendawan) buat untung atas angin, syarikat dapat cuci duit. Kerajaan tak ada hasil (dapat pun ciput), tak mampu majukan negara, tak berupaya bantu rakyat. Netizen berhujah kat sosial media… Tak nampak lagi ke?

Nak lebih pencerahan, baca kat sini.


Projek Tanam Serai

EmpayarUtama - Monday, June 28, 2021 : 1 comment

Ini projek salah satu 'subjek' anak bujang aku. Kena buat baja komposit dari sisa bahan makanan hinggalah proses tanam sejenis pokok herba.

Aku cadangkan tanam serai je sebab ini yang paling mudah dan cepat nampak 'progres'nya. Dan aku abadikan entri ini sempena ulangtahun beliau yang ke 20.


Day 1

Day 3 _ Day 8

Day 12 _ Day 15

Day 15 _ Day 20


...sebahagian video yang dihasilkan (fasa 3)...

Selamat ulangtahun Aiman.
Dah besar dah anak bujang abah ni :)


Terima Kasih TM Unifi

EmpayarUtama - Tuesday, June 1, 2021 : No comments

Ini lanjutan cerita minggu lepas.

4 hari lepas 'installer' datang tukar 'modem' dan 'router' yang katanya boleh 'carry' sampai 800Mbps kalau nanti aku nak 'upgrade' kepada pakej 800Mbps. Dah 'upgrade' Pakej 500Mbps, tunggu 'mesh wifi' yang percuma sampai dan bil bulanan tak berubah. Bayar macam biasa :)


Ini screenshot terkini guna laptop tanpa wayar berjarak 30 kaki dari 'modem', 'tested' dari luar rumah. Kalau sambung wayar bacaan 'download' tu boleh pergi lagi tinggi.

Sekali lagi, terima kasih :)




Kelajuan Pakej 300Mbps Ni

EmpayarUtama - Tuesday, May 25, 2021 : 5 comments

Tengahari tadi 'technician' TM datang 'check', katanya 'modem' tak 'support'.

Katanya, kalau 'wireless' pun, bacaan 'download' tu paling tidak berada sekitar 250-270Mbps. 'Upload' tu pula berada di bawah bacaan 'download'. Laptop ngam ngam depan 'modem'. Saya memang tak faham benda-benda ni.



Budak budak nak PDPR kena 'support' guna 'hotspot' masing masing...

...tapi tiap bulan bayar bil TM cam biasa huhuhu...




Salam Lebaran 1442 H - Kita Jaga Kita

EmpayarUtama - Monday, May 10, 2021 : No comments

Hampir 14 bulan jaga diri dari Covid-19, belum sempat lagi bawa dua yang kecil tu ke masjid untuk sama-sama bersembahyang Jumaat.

Insha Allah panjang umur nanti abah bawa juga ya.


...Gambar 2020...



...Lom boleh jenjalan, masih PKP...

Di kesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan Salam Idilfitri maaf zahir dan batin kepada semua pembaca EmpayarUtama baik yang kenal secara bersemuka maupun secara maya :)


Tiada Tajuk Yang Sesuai

EmpayarUtama - Wednesday, January 20, 2021 : No comments

PKP bermula 12 Januari 2021 di mana 6 negeri di bawah PKP bersasar adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Proklamasi Darurat pula diumum bermula 11 Januari 2021.

Mari semak jumlah kes yang direkodkan dalam tempoh 24 jam bermula tengahari – hari

sebelumnya bermula dari 12 Januari 2021 :

12 Januari - 3,309 kes baru di mana 5 negeri teratas adalah di bawah PKP bersasar (Selangor 1,007, Johor 442, Sabah 409, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 326 dan Pulau Pinang 317)


13 Januari - 2,985 kes baru termasuk 2 kes import. 4 negeri teratas adalah di bawah PKP bersasar (Selangor 837, Johor 535, Sabah 450 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 289)

14 Januari - 3,337 kes baru di mana 5 negeri teratas masih di bawah PKP bersasar (Selangor 1,036, Johor 460, Sabah 389, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 257 dan Pulau Pinang 234)

15 Januari - 3,211 kes baru di mana 5 negeri teratas tetap di bawah PKP bersasar (Selangor 889, Johor 535, Sabah 514, Kuala Lumpur 401 dan Pulau Pinang 194)

16 Januari - 4,029 kes baru termasuk 8 kes import. 4 negeri teratas pun masih di bawah PKP bersasar (Selangor 1,466, Johor 719, Sabah 449, Kuala Lumpur 347)

17 Januari - 3,339 kes baru termasuk 15 kes import. Pun 4 negeri dengan catatan tertinggi masih dipegang oleh negeri-negeri di bawah PKP bersasar (Selangor 1,314, Sabah 393, Johor 362 dan Kuala Lumpur 334)

18 Januari – 3,306 kes baru (2,198 kes warganegara Malaysia, 1,101 kes bukan warganegara, 7 kes import). Macam biasa, 5 negeri teratas adalah di bawah PKP bersasar (Selangor 1,213, Sabah 432, Johor 329, Kuala Lumpur 250 dan Melaka 156)

19 Januari - 3,631 kes baru (2,754 pesakit warganegara Malaysia, 870 bukan warganegara). 4 negeri di bawah PKP bersasar masih menerajui (Selangor 1,199, Sabah 526, Kuala Lumpur 521 dan Johor 368)

20 Januari - 4,008 kes baru (4,003 tempatan, 5 import). Kedudukan penyumbang tak berubah di mana 4 negeri dalam PKP bersasar merekodkan jumlah yang tinggi (Selangor 1,391, Kuala Lumpur 513, Johor 470, dan Sabah 406)



Sudah masuk minggu kedua PKP dan Darurat berjalan serentak. Angka-angka ini sepatutnya semakin mengecil - ikut logik. Kita tunggu apa sebenarnya ya?

Beri Keutamaan Kelompok Utama

EmpayarUtama - Sunday, January 17, 2021 : No comments

Ini sekadar cadangan saja.

Daripada minta orangramai daftar jadi sukarelawan, lebih baik dahulukan kumpulan penting negara seperti ketua agama (Sultan dan kerabat, mufti-mufti); para menteri; kakitangan kementerian; para senator; ahli parlimen dan adun; dan ahli keluarga mereka. Lebih 3,000 dah tu...


Bukan apa, mereka ini pihak penting yang menguruskan negara, perlu diberi keutamaan tau. Kita rakyat marhaen ni berkorbanlah beri laluan kepada mereka jalani dahulu ujian ini.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia DATUK DR ZAINAL ARIFFIN OMAR pun ada berkata antaranya '...selepas seseorang itu disuntik vaksin, ianya dapat mengurangkan tahap kritikal jangkitan.
Memang ada kemungkinan mereka akan dijangkiti semula, tetapi tahap serius jangkitan itu akan menurun....'

Untuk bacaan penuh boleh baca 'Selepas disuntik, mereka bukannya kebal'


Ok tak para pembaca sekalian? Cer citer...




Berkongsi Imej Berlink ke Twitter Dan Facebook

EmpayarUtama - Sunday, December 27, 2020 : No comments

Bukan 'Artificial Intelligence' tau, tapi 'AnyImage'. Di sini aku kongsikan penggunaan program AnyImage (AI) untuk tujuan promosi ke Twitter dan Facebook, juga ke WhatsApp dan Skype.

Walaupun LinkedIn ada dalam senarai, bagi aku LinkedIn tidak berapa sesuai sebagai platform untuk promosi affiliates atau retail produk, sebab ianya lebih komersial.

Apa yang kita perlu tahu untuk guna secara percuma applikasi AI :

1. Kita perlu log-in guna e-mail akaun untuk cipta lebih dari satu imej berlink/url (kemudian dipanggil ‘Website Card’).


2. Hanya 10 set ‘Website Card’ dibenarkan. Program berbayar (bulanan) boleh cipta hingga 500 ‘Website Card’, (setahun) tiada had.

3. Selepas 30 hari barulah boleh guna semula melalui log-in email sedia ada. Maka ciptalah beberapa alamat e-mail untuk terus guna program ini dengan jayanya, kerana;

4. Tidak semua ‘Website Card’ boleh diterima oleh facebook. Ini kerana kita berkongsi domain (Shared Domains) berbanding yang berbayar - (bulanan) akan terima 1 ‘custom domain’ untuk link ‘Website Card’, (setahun) hingga 10 ‘custom domains’.

Untuk item 4 ini, link domain ‘Website Card’ yang dihasilkan AI adalah pelbagai. Ianya boleh jadi (antaranya) :
http://c.clicklink.top/xxxxxxxx
http://c.click-this-card.top/xxxxxxxx
http://c.create-a-card.top/xxxxxxxx
http://c.socialimgclick.top/xxxxxxxx
http://c.clicksocialimage.top/xxxxxxxx
http://c.clicksocialpicture.top/xxxxxxxx
http://c.socialpictureclick.top/xxxxxxxx
http://c.clicksocialcard.top/xxxxxxxx
http://c.click-social-card.top/xxxxxxxx

5. Semua ‘Website Card’ yang dihasilkan oleh progam AI boleh dan berjaya dipapar ke Twitter. Manakala ‘Website Card’ yang terhasil dengan perkataan ‘social’ tidak mungkin terpapar di Facebook.

6. Oleh itu, ‘Website Card’ yang diterima Facebook (kita panggil ‘Facebook Card’) sahaja boleh dikongsi ke Whatsapp dan Skype.

7. Jika dalam tempoh 60 hari langsung tiada klik ke atas ‘Website Card’ tertentu, ianya akan hilang.

8. Imej yang sesuai untuk cipta ‘Website Card’ sekitar 200 x 200 pixels (paling kecil), atau 500 x 250 pixels (besar). Saiz ini sesuai untuk dikongsi ke Twitter dan Facebook.

9. Kadangkala bila log-in, AI seperti tidak kenal (cannot recognize) alamat emel serta password kita. Kena klik ‘forgot password’ dan dapatkan ‘Verification Code’ untuk tukar password baru.

10. Ianya sangat basic/asas. Perlu upgrade (bertukar ke program berbayar) walaupun hanya untuk lihat Dashboard.


Jadi bagaimana? Keputusan di tangan anda...

Majoriti senarai di atas tidak dimaklumkan oleh mereka yang mempromosi program ini. Mungkin kerana mereka yakin kita akan ke program berbayar sama ada secara bulanan atau tahunan. Hanya sebahagian maklumat sahaja ada di FAQnya.


i-Sinar, Fikirlah Baik-Baik

EmpayarUtama - Tuesday, November 17, 2020 : 2 comments

Cuba elakkan pengeluaran... Fikir dulu sebelum buat keputusan.

Saya kira berdasar mula kerja pada 02/05/2019 (tahun lepas) dengan potongan KWSP 11% manakala 13% lagi sumbangan majikan. Jumlah itu dibahagikan 70% untuk Akaun1 selebihnya 30% untuk Akaun2. Ok mari kita kira:
Senario 1: Gaji (keluarga) RM7,000.00 sebulan, katalah layak untuk i-Lestari dan i-Sinar.

Sebelum hujung Mei 2020, Akaun2 ada RM6,048.00 (RM504 x 12 bulan) dan Akaun1 ada RM14,112.00.

Mohon i-Lestari, dan pengeluaran pertama RM500 pada bulan Mei 2020. Layak 12 bulan dan pada April 2021 Akaun2 masih ada RM6,096.00 (pengeluaran bulanan sama dengan caruman bulanan) manakala Akaun1 berjumlah RM28,224.00.

Tapi i-Sinar hanya boleh keluar selepas April 2021. Eheh hidup lagilah kot masa tu...


Senario 2: Gaji (keluarga) RM3,500.00 sebulan, katalah layak untuk i-Lestari dan i-Sinar.

Sebelum hujung Mei 2020, Akaun2 ada RM3,024.00 (RM252 x 12 bulan) dan Akaun1 ada RM7,056.00.

Mohon i-Lestari, dan pengeluaran pertama RM500 pada bulan Mei 2020. Layak 11 bulan saja kerana i-Lestari terhenti otomatik pada April 2021 disebabkan Akaun2 tinggal RM294.00 manakala Akaun1 berjumlah RM14,112.00. Kering dah Akaun2 tu.

Lepas keluar i-Sinar RM10,000, bulan Mei 2021 Akaun1 tinggal RM4,952.00 (baki tolak i-Sinar + 100% caruman terus ke Akaun1). Akaun2 statik pada RM294.00 sebab kena setel dulu pengeluaran Akaun1 tadi.

Bulan Jun 2021 harap gaji bulanan sajalah itupun jika masih bergaji...


Senario 3: Gaji (keluarga) RM2,000.00 sebulan, katalah layak untuk i-Lestari dan i-Sinar. Tak yah campuler BSH ke apa ke yang one-off tu sebab nak kira kelangsungan hidup.

Sebelum hujung Mei 2020, Akaun2 ada RM1,728.00 (RM144 x 12 bulan) dan Akaun1 ada RM4,032.00.

Mohon i-Lestari, dan pengeluaran pertama RM500 pada bulan Mei 2020. Layak cuma 4 bulan sebab i-Lestari terhenti otomatik pada Ogos 2020 disebabkan Akaun2 tinggal RM304.00. Disember 2020, Akaun2 jadi RM880 mati kat situ...

Disember 2020 baru boleh mohon i-Sinar, ok tu sebab Akaun1 berjumlah RM6,720.00 dan dapatlah keluar RM6,000. Bulan Februari 2021 Akaun1 tinggal RM1,200.00 (baki tolak i-Sinar + 100% caruman terus ke Akaun1). Akaun2 statik pada RM880.00 sebab kena setel dulu pengeluaran Akaun1 tadi.

Bulan Februari 2021 hidup terus merempat harap gaji (kalau masih ada kerja dan bergaji) tanpa tabungan langsung...


Anda dalam kategori yang mana?
Saya tak pandai beri pandangan, cuma boleh kira,
jadi jangan kecam saya...



Prihatin Sungguh

EmpayarUtama - Monday, November 16, 2020 : No comments

Jika ada majikan yang rasa tak sabar, tentu biasa lihat paparan seperti di sebelah ni, kan...

Bahan-bahan ni diberi oleh rakan yang katanya dah buat segalanya tapi 'dok tang tu' lah nampaknya. Bila aku semak apa yang diberi, oklah ada juga posting untuk kenangan aku sebagai 'freelancer' nih haha.
Bayangkan kalau ada syarikat dengan lebih 30 pekerja, masak juga majikan nak 'cover' gaji diorang.

Bulan pertama nampak cantik dah dibayar. Bulan kedua tu Ogos, errr ni dah lepas tengah bulan November. Betul jugak tu...

Emel pertanyaan pun dah dihantar tapi jawapannya hanya 'arahan' untuk layari laman web yang memang kawan aku dok 'check' tiap hari. 'Link' yang diberi tu haaa macam imej yang atas sekali tu ler. Sampai sudah tak ada respon...

Nombor talipon tu pula katanya mesin je yang jawab, sampai sudah tak dapat bercakap dengan orang...


Prihatin kan?




Pasu Dari Tempurung Kelapa

EmpayarUtama - Thursday, October 22, 2020 : No comments

Tiga hari lepas, puteri bongsu beritahu cikgu ada buat pertandingan cipta pasu menggunakan bahan terpakai. Terfikir pula kalau cuba sesuatu yang mungkin orang lain tak cuba buat, mungkin lebih menarik.

Jadi petang tu, singgahle kedai runcit depan rumah ambil 2 biji tempurung kelapa yang dah diparut.
Aku cuba ajar dia camana nak buat. Untuk level dia sekolah rendah, buat yang senang senang saja sudahlah janji lain dari yang lain.
Memula tu aku suruh dia buang baki isi kelapa guna sudu. Yang ini tak cerewet kerjanya. Dah siap, haaa jadile cam ni:
Lepas tu, suruh dia buang saki baki sabut luar tempurung. Nak bagi licin, gosok dengan kertas pasir...
Proses korek lubang untuk tapak pasu dan lubang untuk mulut pasu agak susah sikit. Guna playar tak kena, guna screw driver mata halus pun tak kena. Iyalah, budak perempuan sekolah rendah je punnn. Silap silap pecah tempurung tu...
Sudahnya, aku tolong panggang bahagian yang nak ditebuk. Agak agak dah hangus sikit bahagian tu, mudahle dia nak ketuk, buang dan bentukkan jadi bulat. Nak ratakan, cam biasa guna
kertas pasir je. Untuk cantumkan pasu yang dah sedia terbelah tu, gamkan aja... Inilah hasilnya:
Terfikir juga nak kilatkan guna belen 'varnish' pintu sambil tambah dua tiga keping daun (pun guna tempurung juga) tapi nanti cikgu nampak cantik sangat takut dia tak percaya benda ni puteri bongsu aku yang buat.....
 
Inilah hasilnya. Semalam pagi dah hantar :)




Selamat Menyambung Pelajaran Aiman

EmpayarUtama - Sunday, September 6, 2020 : No comments

Anak bujang aku telah ditawarkan menyambung pelajaran tapi agak jauh, kat Terengganu sana.

Aku ok je cuma disebabkan COVID ni belum nampak penghujungnya maka dia kena masuk kelas online. Jadi, suasana hidup dalam kampus mungkin dia tak dapat rasa.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM). Ianya bermula sebagai Pusat Perikanan dan Sains Kelautan Universiti Pertanian Malaysia yang menyediakan kemudahan kepada pelajar dan pensyarah dari program Perikanan dan Sains Marin untuk menjalankan sesi praktikal dan juga penyelidikan; bertempat di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.


Ia dinamakan Universiti Malaysia Terengganu pada 1 Februari 2007 (sumber seterusnya boleh rujuk wiki)


Majoriti (bukan semua tau) IPTA sekarang hanya beri keutamaan kepada pelajar baru untuk 6 bulan (semester pertama) pertama saja. Selepas itu kena duduk luar kampus.

Maksudnya aku kena standby cari kenderaan untuk kemudahan dia pada semester kedua (Mac 2021) nanti. Kebetulan lesen memandu kereta motor semua dia dah ada.

Cuma mungkin belanja keperluan dia kena lebih sikit tahun depan sebab segala pakaian dan peralatan dia masa matriks dulu kalau boleh disimpan, kira ok lagilah. Kalau tak, kena beli lainlah jawabnya.

Macammana pun, tahniah Aiman berjaya meneruskan pelajaran. Semoga berjaya dengan cemerlang ya :)