Sebab aku suka cara dia tulis - taklah begitu ekstrim. Tulisan dia lebih kepada pendedahan isu moral dan korupsi yang berlaku baik kepada pembangkang mahupun kerajaan. Juga tak terbatas kepada isu-isu tertentu.
Aku tak tau cuma arwah abah pernah kata - kalau cepat sangat naik akan cepatlah turunnya. Macam naik lif. PAPAGOMO ni tak ambik kisah pasal MLM sebab bukan bidang dia, dia tegur benda lain.
Dalam
entrinya bertarikh 28/11/2010; beliau sangsi tentang E-Dymium yang tidak disentuh. Sebaliknya AC Mizal yang buka perniagaan sendiri setelah keluar dari syarikat itu teruk dihentam. Iyalah, ikut logik; kalau nak hentam - hentamlah E-Dymium dulu baru AC Mizal atau hentam kedua-duanya sekaligus. Tetapi hanya AC Mizal yang jadi fokus.
Memula tak percaya juga, tapi bila baca - Eh, iyalah tak ada satu pun entri pasal E-Dymium. Hanya lepas kena tegur baru keluar
entri tu dengan tajuk yang macam tak puas hati. Itu pun setelah siar beberapa entri lain dan hampir sebulan jaraknya.
Oh, sebelum aku pergi lebih jauh - aku terangkan pendirian aku dulu. Aku tak memihak mana-mana baik kepada kedua-dua blogger; AC; maupun syarikat lama AC bernaung. Cuma nak ulas sama ada rasional atau tidak apa yang diluahkan oleh pihak yang menegur.
Kenapa tiba-tiba jadi begitu? Ok, pihak ditegur mula berblog pada awal Oktober 2010 yang menekan keburukan Skim Piramid. Ada 12 entri dalam bulan Oktober 2010 sekarang tinggal 7. Begitu juga ada 25 entri pada bulan November 2010 yang tinggal 19 aja. Kita ambil takat tu saja sebab teguran dibuat pada hujung November 2010.
Fahamkan yang ini ya:
Entri blog yang hilang hanya boleh di
delete oleh tuan punya kerana blog tu hidup lagi. Kita boleh pilih sama ada nak
privatekan blog
(akan keluar permission denied) atau
delete blog
(blog has been removed). Blog kena
remove sama ada oleh blogspot.com atau kita sendiri. Tak percaya? Macam ni:
Blog tu akan/boleh/masih disimpan selama 90 hari sebelum ianya benar-benar di
delete/lenyapkan. Dalam tempoh itu carian akan keluar seperti di bawah:
Berdasar paparan di atas; pihak buat carian akan andaikan/boleh buat andaian yang blog kena
removed oleh blogger.com. Sebenarnya boleh jadi tidak. Bawah ni pula
contoh blog boleh dihidupkan semula sebelum aku delete terus:
Sebab tu selepas entri berkaitan
Skim Amanah Saham 1 Malaysia awal Januari 2012
(pun dah kena padam) blog terus sepi. Adalah satu pos yang tak ada kena mengena tentang MLM tengah bulan Mac 2012. Bulan April tup tup blog dah tak dapat diakses. Rakan-rakan di
page yang ada kat fesbuk kata beliau cuba kumpul balik entri yang hilang. Mana ada hilang,
SENDIRI BUANG!!! Sebenarnya berlambak Skim Piramid kalau nak jadikan entri.
Bulan pertama beliau berblog, lebih kepada penerangan tentang MLM. 20/10/10 buka
page di fesbuk kerana itu
platform terbaik untuk dapat ramai pembaca. Terus kupas
Infinity Downline yang ada di fesbuk satu entri je. Menutup bulan Oktober dengan entri yang terus tuju kepada AC Mizal.
Dalam 19 entri yang tinggal dalam November; 13 darinya ditujukan kepada AC. Boleh kata selang sehari atau dua hari akan keluar entri AC.
Sekadar perbandingan:
QuestNet ada satu entri pada bulan Mac 2011. Bulan Oktober 2011 hentam QuestNet 10 entri membawa ke November 2011. Tapi kesemua entri ini dituju kepada
syarikat berbanding
peribadi AC
(kenapa tidak tuju kepada Syarikat AC Mizal Konsortium tapi hentam peribadi AC?; dan berjumlah 16 entri hingga blog dipadam sebelum dibuka semula).
Mungkin ada kesilapan yang beliau sendiri tak perasan dalam
entri bertarikh 22/11/2011 bila letak satu
quotation:

Ini bukan
quotation. Ini
Invois (seperti telah dipadam beberapa bahagian).
Lihat tarikhnya. Aku boleh buat andaian yang beliau dah ada segala akses untuk buat entri E-Dymium sebelum buat entri untuk AC tapi memang dah niat nak hentam AC.... Lihat saja entri-entri awal beliau di mana imej dari HOTTIME JEWELRY CO.LTD diguna dan barangan serupa juga dijual oleh E-Dymium. Kenapa tak selitkan satu entri khas E-Dymium? Bahan untuk buat entri AC boleh jadi sama kerana produk sama, malah E-Dymium lebih mahal 2 kali ganda.
Apakah... Mungkin ini yang PAPAGOMO cuba bagitau.
Sebelum artikel E-Dymium keluar, hanya 2 potongan dari E-Dymium diselitkan dalam entri lain. Kira antara nampak nak nampak ajalah. 1
flyers E-Dymium diselitkan antara banyak-banyak
flyers dalam
entri ketiga
dan yang ini ?

Ayat dalam
artikel ini langsung tak menghentam E-Dymium; sebaliknya memberi
direct link ke laman web. Dan ini hanya terselit di celah entri utama. Tapi
linknya tak betul
(tak pernah dia bagi link yang tak betul, tapi yang ini kena mintak bantuan pakcik gugel untuk dapat link yang betul). Sisipan biasanya orang tak ambil endah sangat kerana itu bukan tajuk utama cerita, apa lagi jika dipaparkan dengan sebegitu banyaknya pelbagai bahan sokongan yang akan tolak kewujudan sisipan itu.
Buat kengkawan yang berminat; bacalah dua blog ni. Aku promot kedua-duanya, masing-masing ada ilmu yang berguna untuk kita pelajari...