Ini cerita dalam bulan puasa. Aku ni pengguna tegar Celcom sejak dari 010 lagi. Kebetulan masa Celcom bertukar kepada 019 dan buat tawaran 'Corporate Rate' yang beri diskaun RM50 tiap bulan; semua nombor yang aku guna dapat tawaran tu. Seingat aku hadiah terakhir yang aku dapat ialah Blackberry tapi dah kena rembat. Jadi bila puteri kedua - Alya dok bertukar nombor Maxis
prepaidnya, aku tak ambik
port pun. Tapikan, disebabkan dia tak selalu guna; nombor asyik
expired je. kenalah aku ambik kisah. Sebab tiap kali
expired; duit
prepaid masih ada.
Kat sini aku nak kongsi kat sesapa yang belum tahu
(yang dah tahu buat-buat tak tahu jelah ya). Maxis
prepaid nih, nombor dia boleh bertahan 30 hari je. Walaupun ada baki
prepaid tapi kalau tak
top-up masa hari
expired tuh, nombor tu terus tak boleh guna dah. Dah tu pulak, bila tanya kedai yang jual nombor
prepaid camana nak
extend prepaid jangan sampai
expired - jawapannya senang aja: "Kena pergi daftar kat Maxis Center Taman Molek". Perghhhh.... Cam tu ke?
Sebenarnya ada panduan ringkas kat belakang kertas nombor
prepaid cuma kalau tak tahu guna; hanya nampak menu sajalah. Macam ni:
Pertamanya kena pastikan nombor
prepaid tu belum
expired. Keduanya - baki
prepaid kena lebih RM33 sebab RM33 tu adalah kos
validation untuk 365 hari. Senang cakap, kita bertukar dari
prepaid kepada
postpaid sementara tanpa bil untuk tempoh 365 hari hanya dengan bayar RM33; atau 9 sen sehari. Kira berbaloi sebab tak payah pening nak meng
top-up je
time nak
expired.
Taip
*100# pastu
send. Nanti akan masuk satu mesej berupa menu macam kat atas. Tekan
'Answer' dan taip saja
1 dan
send lagi. Nanti akan masuk satu lagi mesej macam kat sebelah ni. Tekan
'Answer' lagi dan taip pulak
5 pastu
send lagi.
 | Mesej seterusnya yang akan diterima macam kat bawah kiri ni ha. Jadi, kalau nak tengok baki prepaid ada banyak mana serta tempoh sah yang baru; kenalah taip *122# dan send. Tempoh tamat prepaid telah divalidatekan selama 365 hari. Tunggule setahun lagi baru ulang step yang atas sekali tuh sampai abis. |
Sebenarnya ada satu syarat lain iaitu kena
top-up sekurang-kurangnya RM30 dalam tempoh 6 bulan pertama. Aikkkk takkanle 6 bulan pertama tak boleh habis RM30? Nak senang, terus je beli top-up RM30 haaa; pakai ke tak pakai ke - yang penting nombor tu boleh pakai setahun...

Baguske? Pada aku, bagus jugakla...
Aku buat cerita sebab takut lupa tarikh tamat tu (09.08.2013) maklumla tak de itam putih. Nanti kalau dah dekat-dekat tarikhnya; kengkawan ingatkan aku tau :)