Senyum Sikit
Copy dr kawan2..
SENYUM SIKIT:
Pada satu hari, Pak Amir pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Amir tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Jin Tasik kepada Pak Amir.
Copy dr kawan2..
SENYUM SIKIT:
Pada satu hari, Pak Amir pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Amir tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Jin Tasik kepada Pak Amir.
Jin Tasik: "Kenapa dengan kau?"
Pak Amir: "Kapak aku terjatuh ke dalam tasik."
Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Tidak."
Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Tidak."
Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak berlian.
Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Tidak, kapak aku buruk sahaja."
Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Ya, itulah kapak aku."
Jin Tasik suka sikap Pak Amir yang jujur itu lalu memberikan keempat-empat kapak itu kepadanya.
Pada hari yg lain pula. Pak Amir mencari kayu api di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Amir susah hati. Maka datanglah Jin Tasik kepada Pak Amir..
Jin Tasik: "Kenapa kau bersedih?"
Pak Amir: "Isteriku jatuh ke dalam tasik."
Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama Nora Danish.
Jin Tasik: "Inikah isteri kau?"
Sambil menangis Pak Amir menjawab... "Ya, itulah isteriku.."
Jin Tasik pun marah,
"Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi lupa daratan & penipu?"
Sambil menahan pilu Pak Amir menjawab,
"Aku bukan lupa daratan & penipu, aku cuma khuatir kalau aku kata 'tidak' pada Nora Danish... kau akan bawakan pula Erra Fazira... kalau aku katakan 'tidak', kau akan bawakan pula Emma Maembong...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku... Dan bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka berempat padaku... Aku yang dah tua lg miskin ni tak mampu tanggung mereka semua..."
Share kot2 ada yg blum baca...