Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Menang?

EmpayarUtama - Tuesday, July 12, 2011 : 5 comments

Sebenarnya aku tak ada cerita apa pun hari ni. Cuma kat sesapa yang selalu jengah, jangan tergezut pulak nengok blog dah bertukar wajah. Bukan disengajakan. Aku dok tekan sana, tekan sini tapi kolum follower tu tak keluar-keluar. Sudahnya aku guna aja template yang blogger sediakan sambil buang mana-mana yang patut.
Aku ni bukan reti sangat pasal kod-kod html tu, itu yang hancus blog aku siang tadi. Jadi aku ambik yang simple ajalah.

Oh ya, cerita pasal menang. Aku sebenarnya risau kat anak aku sebab selalu sangat ponteng sekolah agama. Masa dia banyak habis kat latihan Ghazal. Tapi syukur juga dia tak tercicir bila aku tengok keputusan setengah tahun Senin lepas. Sekolah kebangsaan pun Alhamdulillah, rekod agak cemerlang walaupun banyak masa dia kat luar kelas.

Minggu lepas dia dalam kumpulan Mutiara Ghazal masuk pertandingan di Batu Pahat anjuran Yayasan Warisan Johor Peringkat Sekolah Rendah. Berbaloilah sebab jadi juara.

Ini gambar kat paper aritu:
Mutiara Ghazal

Yang bawah ni sebelum buat persembahan kat Tropikal Inn Khamis lepas:
Mutiara Ghazal


Satu lagi aku risau juga tentang anak sulung aku tu. Ujian demi ujian untuk dia mengadap UPSR sebenar bulan September nanti. Jadi buat sapa-sapa yang baca entri aku sampai habis ni, tolong doakan sekali yea agar anak aku tu cemerlang dalam UPSRnya. Aku yang cuak plakkk...



Tetiba Grapevine Berlambak

EmpayarUtama - Sunday, July 10, 2011 : No comments

Aku ikut juga perkembangan perhimpunan semalam tapi tak berani nak buat sebarang entri (Jawapan selamat buat Sakura~chan yang komen kat entri semalam. Eh, dia baru je komen lorrr...).

Sejak dari mula lagi aku cuba untuk tidak melibatkan secara langsung blog aku dalam sebarang perkara yang berkaitan dengan sensiviti agama,
perkauman ataupun politik walaupun isu macam ni kalau buat entri trafik boleh naik mencanak-canak. Aku harap dapat kekalkan perkara ni tapi kalau aku terbabas tolong tegurlah yea.

Dua tiga hari ni kalau korang perasan banyakla pulak iklan Grapevine tersiar di blog-blog. Bulan Julai ni baru nak masuk sepuluh haribulan tapi dah ada 3 Grapevine. Mula dengan Proton Inspira, diikuti dengan Toyota Vios serentak pulak tu dengan Samsung Corby II. Iklan Toyota Vios dan Samsung tu aku jumpa kat blog sendiri masa tengah dok edit sana sini. Tapi kat blog lain pun boleh tahan juga rancaknya iklan-iklan nih.

Toyota Vios
Ini Grapevine Vios Desirable melekat kat blog aku semalam siang.

Samsung Corby II
Yang ini pulak Samsung Corby II keluar belah malam.

Jadi sekarang ni iklan Grapevine yang berjalan (berjalan?) setakat yang aku ada jumlahnya 6 ntah aktif lagi ke tidak; tak tau le pulak.

Grapevine

Cuma satu je yang aku rasa macam tak best. Dulu ada dua aja dapat Unique Clicks manyak tapi tak dikira. Aku tak kisahpun cuma yang aku tau - makin banyak iklanpun duitnya macam tak boleh naik banyak. Kalau nak dibandingkan dengan Churp-Churp, iklannya lagi meriah sebab iklan tu ada tempoh dan senang untuk kita buat entri baru sama ada kat blog ataupun kat laman-laman sosial. Grapevine tu macam sekali jelahpun dapat buat entri pastu beku macam dalam peti ais.

Anggur
Anggur ni tak sempat nak masuk peti ais pun.
Beli kat Giant tak sampai sejam abisssss.


Macam biasa jugak, aku anta satu lagi tiket bila aku nengok iklan Proton Inspira tu keluar ayat "The page was not found" tapi belum ada respon dari Nuffnang...



Mona-Vie Tembusi Pasaran

EmpayarUtama - Saturday, July 9, 2011 : 4 comments

Senin baru ni aku ke sekolah Agama ambik penyata setengah tahun anak-anak. Aku ada masa jadi aku sorangle berlegar-legar pergi ke kelas kena ambik no giliran lagi.

Semua kelas pun camni, sebab waktunya dari pukul 7.30 pagi hingga doblas tengahari aja:
Penyata
Kat luar pulak meriah dengan gerai bagi sekolah untung sikit. Baguslah ada insiatif untuk dapatkan wang tambahan untuk sekolah. Cuma satulah aku perasan, kalau ada apa-apa aktiviti aja sekarang ni, gerai jualan antara kemestian dalam aktiviti tersebut. Pergilah mana-mana acara pun. Baik acara sukan, persembahan, karnival, expo, apa ajalah. Tapi hari tu cuma nak ambik penyata aja, pun bukak gerai.
Gerai
Di samping gerai, adalah pengusaha gerai bagi risalah-risalah tentang produk yang dijual. Risalah-risalah tu lebih merujuk kepada IQ anak-anak. Bagus juga.
Gerai
Kelab dan persatuan sekolah pun tak ketinggalan bukak gerai.
Gerai
Yang ni spesel sikit. Sebelum hari ambik penyata tu, ibu bapa kena menderma apa-apa yang patut untuk sekolah jual balik kepada pengunjung.

Teringat aku masa sekolah rendah dulu - ada 3-4 gerai camni (gerai-gerai kat atas tu tak ada) ibu bapa akan bagi kelapa, kopi, koko, ubi, keladi - senang cakap lebih kepada makanan mentah untuk dipamerkan dan sesiapa berminat boleh beli kat gerai yang disediakan. Dah macam pasar tani masa dulu tu.
Gerai
Gerai ni approach aku tentang Program Wakaf Al-Quran anjuran PERSONA AMAL. Senang cerita, kita dermalah Al-Quran kepada organisasi ni untuk diagihkan ke tempat-tempat yang sepatutnya. Dalam pada itu aku tertarik kepada botol-botol yang dipamerkan kat meja tu.
Mona-Vie
Perghhhh.... Mona-Vie masuk pasaran sekolah agama pada hari pengambilan penyata murid setengah tahun seyyyyy.....