Home » » Besar Belanja Pun, Kena Bayar Enche

Besar Belanja Pun, Kena Bayar Enche

EmpayarUtama - Tuesday, January 11, 2011 : 3 comments

Ni nak citer pasal perbelanjaan terperinci dan berapa aku perabis duit sepanjang 8 tahun tapi tak kawen pun ngan awek aku.

Sebenarnya korang sendiri boleh congak belanja beli kasut, blouse, gaun dinner, aksesori wanita, belanja tak putus untuk tambang dari Selatan ke Utara Semenanjung sepanjang dua
tahun dia masih blaja; dan belen 4 tahun lagi yang aku sia-siakan termasuk zaman remaja aku hanya sebab 'kapling'.

Eh! 6 tahun je tu, mana ilang 2 tahun lagi? Dua tahun tu time aku masih blaja ngan dia yang jadi junior lorrrr..

Itu tak campur makan, makan, makan, tengok wayang (sori aaa... aku kalau bab tengok wayang aku amik seat 'tengah-tengah, tengah-tengah'. Sebab kalau dapat duduk ngam-ngam kat tengah cinema hall, dia punya sound effect perghhhh...) bukan buat wayang tau.

Aku tipu. Sebenarnya aku tengah susun resit-resit sekolah anak-anak tahun lepas sebab EA / J Form bila-bila masa akan sampai. Pejam celik pejam celik dah 6 hari dah budak-budak bersekolah. Hari ni Johor cuti Hol Al-Marhum. Belek-belek resit and senarai buku sampai aku rasa mata aku ada masalah, esok kena pegi klinik check mata. Sebab apa? Tengok kat bawah ni:


Untuk Tahun Satu hingga Tiga, harga buku kerja pilihan ibubapa dalam tahun tersebut adalah sama (beli la kalau berminat untuk masa depan anak-anak - jangan kemut sangat). Dua anak aku skang nih dah lepas Tahun 3 dan buku kerja pilihan tu betul-betul jadi pilihan sebagai pameran kat almari masing-masing. Guru kelas tak guna pakai pun. Yang lagi beshnya, selang dua tahun je tiap buku tu naik 40 sen sebuah. Pilihan terbaek ibubapa.

Tak lama dulu Kementerian Pelajaran mansuhkan yuran pendidikan sebab keluhan ibu bapa yang terbeban dengan anak ramai. Tapi aku tak taulah berapa Ringgit Malaysia yang dimansuhkan, macam tak ada perubahan aja. Aku tengok standard harganya sama bagi tiap murid (untuk sekolah nilah, sekolah lain aku tak tau) iaitu RM38.50.

Dan terkini, buku pilihan tersebut sudah menjadi item yang mesti dibeli oleh semua murid dari Tahun 2 hingga Tahun 6! Tak percaya? Tengok kopipes kat bawah ni, tajuk paling bawah; dan harganya? Guru Besar dah boleh buat kira-kira nak upgrade kereta apa lepas Raya Cina nanti:


Kalau tak jawab kat sini, masa mesyuarat PIBG harap-harap Guru Besar sendiri yang akan menjawabnya. Tak ada 'fix price' pun kat mana-mana mukasurat buku-buku pilihan tu dan pengedar buku hanya boleh deal dengan Guru Besar.

Sebenarnya harga kertas tak naikpun sepanjang setahun ni (aku buat printing jd tau sket-sket pasal 'indent paper price') dan geng Bankers pulak kata tiap tahun bulan dua memang bulan meriah bagi para Guru Besar upgrade loan kereta, especially SRJK. So kalau ada 3 anak sekolah kat tempat sama, dapatlah diskaun 20 hengget kat sumbangan PIBG.

Tokey pajak gadai yang paling lebar senyumannya ngalahkan iklan kat tv sebab hujung bulan lepas; majoriti kedai pajak akan jadi 'karnival'. Bayangkan satu keluarga bahagia ada 5 anak besekolah; 1 tadika, 4 sekolah kebangsaan / menengah dan daripada 4 tu, 3 bersekolah agama. Ngam-ngam seribu belanja untuk minggu pertama persekolahan tak masuk pakaian dan peralatan, duit belanja tiap hari dan tambang bas...

Pastu cikgu tak selaraskan pulak bab mintak potostat surat beranak, I/C, slip gaji - siang-siang takmo mintak. Tapi kita tak ley merungutla benda alah ini. Dah tanggungjawab.

So aku harap 'otherside' dan yang lain-lain tu dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan dan boleh terima mesej aku. Tak ada kena mengena dengan soal hati dan perasaan atas pembaziran last last tak kawen. Tak jadi apa-apa pun...





3 Comments

3 comments:

  1. sekolah pedalaman ada maaf lagi kut..

    macam sekolah tempat adinda bertugas ni.. yang ibu bapa wajib bayar CUMA INSURAN TAKAFUL sahaja RM1.50 setiap murid.. sebagai perlindungan mereka sepanjang berada di kawasan sekolah..

    buku aktiviti luar tidak dibenarkan beli sama sekali.. memadai buku teks latihan aktiviti yang memang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.. so, tiada buku latihan tambahan..

    buku tulis pun masih RM0.70 sebuah.. tu pun murid dah tak perlu beli semua.. sebab masa hari anugerah last year, ramai je murid dah dapat hadiah buku tulis tu sebagai hadiah kecemerlangan mereka.. so, kuranglah sikit beban penjaga nak beli byk buku tulis..

    lencana dan tanda nama tahun2 lepas masih boleh guna pakai lagi wpun ada sesetengahnya dah lusuh warnanya..

    bj dan seluar pendidikan jasmani, selagi masih muat, diorang pakai je.. lusuh pun lusuhlah.. kebanyakan parents di sini kerja kampung je..

    satu je yang beza.. hehehe.. bayaran PIBG.. SETIAP MURID wajib bayar rm20.. setiap murid tau! walaupun mereka adik beradik.. means, kalau ada enam beradik dari tahun 1 sampai tahun 6.. 6 orang x RM20.00 = RM 120.00
    errrr.. itu untuk tampung pelbagai aktiviti sekolah yang melibatkan murid juga..

    hehehe.. SAYA YANG MENURUT PERINTAH.. itulah ayat wajib paksa bagi pekerja government..

    ReplyDelete
  2. eley..
    secondary school agy gilew rr..
    tataw la skola len p skola yg satu neh emg mencekik..
    neh per person taw..

    yuran sekolah = RM59.50
    duit kelas = RM10.00
    yuran PIBG = RM80.00
    module = RM27.50 (stakat neh)

    total = RM177.00

    ue bwu awal taun..
    nnt sure cikgu mnx wet agy..
    gilew betul..

    neh ta masuk na beli buku agy, uniform agy n papew jew rr..

    hiyargghh!!!

    ReplyDelete
  3. Mak aiii... Ada lg mahal ghopenya. Bagus kalau selaraskan satu Malaysia. Skang ni kan '1 Malaysia'...

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~