Home » , , » Aktiviti Akhir Bersama...

Aktiviti Akhir Bersama...

Empayar Utama - Saturday, November 12, 2011 : 61 comments

Malam tadi hantar anak sulung ke sekolah ikut rombongan darjah 6. Tak semua rakan ikut serta. Rasanya banyak juga sekolah yang anjurkan program lawatan untuk murid-murid tahun 6 sebagai program terakhir perpisahan. Hampir enam tahun bersekolah diorang dah ada kumpulan kawan baik terutama pelajar perempuan.

Dalam perjalanan aku bertanya; 'Semua kumpulan kawan kakak pergi ke?'  Jawabnya ada dua orang -
yang seorang tu baru je bayar kat cikgu tapi seorang lagi tak ikut. Aku cuba selami psikologi kanak-kanak; apa perasaan mereka jika tidak dapat bersama yang lain terutama waktu-waktu terakhir persekolahan...

Bagi pihak keluarga pula, mungkin ada beberapa sebab untuk tidak hantar anak-anak ikut serta:

- Dah selalu sangat pergi. Munasabah juga tapi suasananya berbeza jika pergi bersama kawan-kawan sekelas. Aku cuba selami perasaan ini dengan meletak diri aku sebagai seorang anak yang tidak berjaya ikut program sekolah. Apatah lagi ini rombongan terakhir bersama rakan-rakan sekelas yang hanya tinggal beberapa hari saja bersama. Naik ke tingkatan satu mungkin berpisah...

- Masalah kewangan. Yang ini aku faham bukan semua keluarga dapat sediakan bayaran. Jumlah RM150.00 mungkin agak besar bagi yang bekerja sendiri atau berpendapatan kecil. Tetapi makluman tentang program ini diedar seawal 4 bulan dahulu oleh pihak sekolah dan boleh bayar berperingkat. Aku cuba yang terbaik seadanya untuk pastikan si kakak dapat bersama rakan-rakannya untuk itu...

- Perkara lain yang agak peribadi dan susah nak dijelaskan; antaranya takut terjadi apa-apa waktu perjalanan. Ini kita tidak boleh kawal kerana bukan hak kita untuk melawan takdir. Cuma sebaiknya elak dari berfikir negatif.

Dan sebagai anak yang tidak dapat ikut serta; memang akan rasa sedih (mungkin menangis semaunya apatah lagi anak perempuan). Rasa kecewa tu semakin parah bila pada minggu terakhir sekolah minggu depan - rakan-rakan yang pergi bercerita tentang keseronokan mereka be-rombongan, siap bergambar sakan gitu. Ada yang akan berkata 'rugilah kau tak ikut'. 'Oh! Malangnya aku tak dapat ikut...'

Suasana itu tak mungkin dapat diulang...

Kepada ibu bapa dan anak-anak yang terlepas rombongan - terimalah hakikat. Aku berpesan kepada Airina; pakat-pakatlah dengan kawan-kawan sekumpulan. Kongsi keluarkan seorang 2 ringgit ke, berapa ke; kemudian belikanlah hadiah untuk kawan kakak yang tak dapat ikut tu;


dia kawan kakak kan?...


related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

61 comments:

  1. ibu bapa mana yang tak resah bila anak2 nak buat rombongan...

    teringat zaman kanak2 dulu, arwah memang susah nak lepaskan dkna pergi mana2 lawatan..die lebih rela bawak anaknya pergi bersama dia walaupon tempat tu jauh..sekurang2nya anak ada depan mata dorang ..

    ReplyDelete
  2. saya agak keberatan nak suruh anak2 ikut rombongan sek ni..mcm2 yg akak fikir..dah dua tiga kali juga mereka terlps utk mengikuti rombongan sekolah..Alhamdulillah anak2 pun lebih suka ikut keluarga bercuti...bkn nak mengongkong,ye..

    ReplyDelete
  3. Tak sampai hati menhampakan permintaan anak anak.Cuba korang perhati dengan rasa kaseh sayang riak muka dan perasaan anak anak bila permintaan mereka kita tolak....kemana hilangnya perasaan kaseh sayang,kemesraan dan keperihatinan kita kepada mereka.Betul lah kata EU,jangan berfikiran nagetif dan jangan berfikiran positif + nagetif.Tak kemana sudahnya.

    ReplyDelete
  4. sampai skrg parents susah nak lepaskan saya ke rombongan memane. dorg ckp better pegi dgn family. well, pegi dgn family yg bestnya smuanya disponsor. klu dgn kwn2 kena tgung sendiri. tapi atmosfera yg berbeza bila dgn family @ kawan2. :) rombongan skolah rendah la yg slalu ku kenang :) seronok sgt

    ReplyDelete
  5. adik2 mawa yg darjah 3 & 4 bru jew lps pegi rombongan hari 2..eksaited btol dorg..huhu

    tme hntr dorg,,mmg agk risau..yela,,kecik lg..tp,,ckgu rmai nk pantau dorg..hehe

    ReplyDelete
  6. sy tade anak tp sy nak komen jugak!



    bahaye rombongan2 sekolah skarang ney... tgk berita semlam kt behrang?? lebih baik cegah daripada hilang nyawa... <<<perghh aku ke ney?

    ReplyDelete
  7. mahalnya..

    bagus cadangan anda-kumpul $$ dan belikan cenderamata untuk kawan2 yg tak dapat join. :-)

    ReplyDelete
  8. hayoooo
    suweetnye belikan hadiah
    hehehehe =]

    walau x de anak, tapi betollah kan. Name pun budak, mestilah sedih2
    kawan2 dpt pi, tapi ye x dpt pi, tapi x semua org mampu pi kan..
    emm3

    care bg hadiah tu mungkin terbaik =]

    ReplyDelete
  9. hati dan perasaan kanak 2 lebih tersentuh....
    tapi apakan daya....
    keadaan kadang2 selalu tak menyebelahi.....

    ReplyDelete
  10. masa sekolah dulu memang suka pegi rombongan sekolah...dua kerusi selalu cikgu suruh duduk 3 org..kalau size kecik..

    takpelah mgkn ibu bapa ada alasan tersendiri kenapa x bagi anak ikut rombongan sekolah...

    ReplyDelete
  11. Assalam...
    Hmm..bagus cadangan tu...sekurang2nya terubat hati yg sedih..

    ReplyDelete
  12. salam singgah..

    best apa g rombongan sekolah..meriah jer..tp faktor2 keselamatan tu mmg perlu dititik beratkan

    ReplyDelete
  13. salam..
    saja nak gak tinggai komen kat sini..stuju dgn EU tapi dalam masa sokong gak mak bapak yang risau anak2 ikut rombongan ni..eloknya ikut je sekali dgn anak..abih cerita..hehe

    ReplyDelete
  14. J0in segmen Fiq...thanks...

    http://nucleusmohsya90.blogspot.com/2011/11/segmen-rakan-blogku.html

    ReplyDelete
  15. Mak kita dulu pun susah nak lepaskan ktorg untuk ikut rombongan macam ni..memang sedihlah bila tengok kawan2 lain dapat join.. ^_^

    ReplyDelete
  16. tidur tak lena woo kalau anak pergi ikut rombongan...tak harap...

    ReplyDelete
  17. kpah tak bagi anak2 ikut rombongan sehinggalah mereka berumur 17 tahun..risau tak pandai jaga diri...hmmm

    ReplyDelete
  18. jaja xpenah join rombongan ms sekola rendah dulu..abah xbg..alasan membazir..jaja ok jer..xterkilan pon..hekhek~sebab kita faham kan abah kerja kuat..adik beradik ramai.. tp bila dh besa pjg gini..pjg juga langkah ku! hehe

    ReplyDelete
  19. Nice blog posting. I'm just blogwalking and very interesting to stop here and read your post. I like this.

    But, dont forget to give us your comment into my blog ya.

    Thanks for share.

    ReplyDelete
  20. rombongan gi taman buaya melaka masa tadika dulu..

    ReplyDelete
  21. masa kecik2 dulu,,mak selalu tak bagi pergi rombongan sekolah..kalaulah waktu tu ada kawan2 kumpul duit untuk saya,,untungnya..;)

    ReplyDelete
  22. elok juga kalau berombongan sekali sekala. cuma kekadang ibubapa risau juga akan keselamatan anak2 mereka terutama sewaktu dalam perjalanan. apa yang kita harapkan agar mereka yang bertanggungjawab membawa anak2 sekolah lebih berwaspada untuk mengelakkan perkara2 yang tak diingini berlaku.

    ReplyDelete
  23. setiap hari pun anak saya pergi ke sekolah dan pulang dari sekolah menaiki bas..
    jadi tak ada masalah nak lepaskan mereka mengikuti rombongan..
    didik mereka berdikari sejak kecil..
    kena ajar mereka berani dan berkeyakinan..
    bimbing mereka hidup bersusah-susah ..jangan terlalu dimanjakan dan dimewahkan..
    supaya mereka lebih bersedia menghadapi cabaran yang lebih getir di masa hadapan..

    yang penting, kita sebagai parents, sentiasa mengiringi keselamatan mereka dengan doa yang tidak berkesudahan..

    wallahualam..

    ReplyDelete
  24. erm , t'ingat pulak zaman2 skola dlu .. gler pnye excitedlao nk g rombongan ngn kawan2 .. biar tmpt tuh da salu pegi pon , x peduli da , asl bole rse cmne kalau g ngn kawan2 ..

    ReplyDelete
  25. teringat kejadian bus xciden kat Behrang yg meragut nyawa budak2 sekolah tu...paling aku tersa sbb sekolah tu x jauh dr rumah aku !

    ReplyDelete
  26. tak pernah pergi rombongan sekolah..

    sekarang terasa ruginya..heheh

    ReplyDelete
  27. Terima kasih telah berbagi ceritanya sahabat...jadi followers sini.
    Salam persahabatan dari Indonesia

    ReplyDelete
  28. salam;
    menyelami hati sebenar anak2 adalah jarang dilakukan oleh emak bapak sekarang..

    ReplyDelete
  29. keluarga era pon tak berapa sangat nak bagi era pergi apa jua aktiviti yang cikgu buat..

    tapi taon ni era paksa gak family era suh bg era ikot program tu.. walaupon era takot jugak nak pergi.. so, ni perst time era pergi ikut program yang cikgu buat.. seronak pulak rasanya. kalo cikgu wat program lagik, era pasti akan ikut.. ngee ^^

    ReplyDelete
  30. kalo dulu..zaman sekolah rendah la pling nikmat....dapat g rombngan ag la syok...kalo tak dapat..sedih je....

    ReplyDelete
  31. masa sekolah dulu sonok gila kalaw dapat pegi rombongan dengan kawan2! ^^

    ReplyDelete
  32. kenang zaman dulu masa sekolah rendah, hidup dalam sederhana mmg tak berpeluang nak ikut rombongan sekolah walaupun dalam hati nak sangat pergi.

    ReplyDelete
  33. kesian gak saper yang nak pergi tapi de masalah tak dapat g.macam dulu skolah rendah kem pengawas kat hutan coz family n mas sndiri pun takut.

    tapi kalau motivasi,lawatan..mas dengan lajunya daftar.hihih

    ReplyDelete
  34. i'll be sad if im that girl... sob sob sob.. <3

    ReplyDelete
  35. saya kalau ada rombongan,,mesti join,,,tak pernah miss,,tapi mesti ayah ikut skali,,,sebab dia cikgu,,hahahah

    ReplyDelete
  36. kalau mred tak bagi anak ikut lebih kepada takut apa2 buruk jadi kat dia bila dia takde depan mata kita....

    ReplyDelete
  37. awak..pisang xde..dimple saya adela...nk??

    ReplyDelete
  38. zaman skrg tak mcm dulu..skrg terdedah sangat dgn bahaya...

    ReplyDelete
  39. awak ditag oleh saya kerana aktif di shoutbox saya..jum joined ea..17nov closed date

    ReplyDelete
  40. sedih je dulu sme sonok dpt g kte x g...terlepas satu saat gembira bersama :(

    ReplyDelete
  41. ingat zaman2 sekolah dulu perggghhh....memang best....siot je rasa hahahah

    meh tengok ni

    apa bezanya video official carta hati- Najwalatif or Imratul Najwa dengan BONK production...hihihihihi
    http://cheguabbas.blogspot.com/2011/11/video-official-carta-hati-seakan-sama.html

    ReplyDelete
  42. salam.em mmg patot pon parents skang risau ank2 die nk ikot rombongan.agpon sekarang ni byk kes excident.bhaye laa nk lepas ank gitu je.

    ReplyDelete
  43. Teringat mase pegi pasar malam dulu.
    ek..xde kene mngena..
    BW

    ReplyDelete
  44. kANak2..mereka tak tahu ap erti nilai wang..bagi fams yg sederhna dan tidak mampu nak tanggung..mesti mereka ini sedih..apa yg bg Misz Domu ptut berlaku..mungkin guru2 ptut mrncang mcm mna nak dpt bugdet..buat jualan memndangkan lwatan ini untk pljar..dan mereka kna pastikan..pelajr itu ikut..kalau tak..progrm yg dianjurkn tidk berjya,,

    ReplyDelete
  45. hi!
    bagus lah kamu nih.mengajar anak untuk bersikap mulia!..

    mmg betul tuh, kalau ad dikalangan mereka x pergi pasti mereka nih rasa sedih yg amat sgt.

    mungkin ibu bapa yg izin kan tuh ada reasonable yg munasabah kot.
    atau pun parent dieorg bawa mereka jln2 bersama.

    ReplyDelete
  46. waaa. rindu nak pegi rombongan sekola. dulu kalo takleh ikot pegi rombongan sekola. mesti sedeh gila.

    ReplyDelete
  47. MEMANG BANYAK ROMBONGAN SEKARANG.. KAT MELAKA NI SAMPAI SESAK JADINYA... PENUH DENGAN BAS BEBUDAK SEKOLAH BUAT ROMBONGAN... BAGUS UNTUK EKONOMI NEGERI MELAKA.. ;)

    ReplyDelete
  48. hurm...anak2 harus dididik m'jd insan mulia dr kecil lg...good job sis! =)

    ReplyDelete
  49. begitulah parent kan...sedaya upaya cuba penuhkan hasrat anak...

    ReplyDelete
  50. dlu time kecik2 NT xpnh dpt ikut rmbongan skolh rndah
    sbb NT anak tnggal so parents tak harap
    bila rmbongn tue dh balik
    smua sbuk dgn crta masing2
    wuuuu sebak gak la dgr
    xdpt g skali

    ReplyDelete
  51. dapat selami perasaan yang tak pergi tu. wuwuwu. dulu kecik2 masa sekolah rendah mak ayah memang jarang nak bagi pelepasan untuk ikut aktiviti macam tu. sadis :(

    ReplyDelete
  52. belo oleh2,
    moga boleh gembirakan
    hati yang tak dpat pergi :)

    ReplyDelete
  53. dolu2 kalau nak join rombongan kene bgtau mak ayah..kalau tak..jangan harap depa nak kasi..huhuh

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...