Home » , » Salahkah Aku Bertanya

Salahkah Aku Bertanya

Empayar Utama - Monday, February 20, 2012 : 23 comments

Masa aku bercerita pasal Cabaran Bermula, Ada Berani? dulu, ada aku sebut pasal ke Pejabat Pendidikan Agama untuk melengkapkan buku sekolah agama. Buku-buku tu adalah buku aktiviti yang pertama kali diperkenalkan di sekolah agama pada tahun ini. Pejabat Pendidikan Agama di Larkin itu pula merupakan setor stok buku sebelum diagihkan ke
sekolah-sekolah agama.

Kesimpulannya sekolah agama manapun dalam Daerah Johor Bahru (setakat yang aku tahu) akan guna buku aktiviti yang sama jadi tak salahlah jika aku beli dulu - terus dari Pejabat Pendidikan Agama. Dan ini antaranya yang ada di rumah:

Antara buku aktiviti Darjah Tiga dan Darjah Lima

Atas kiri kaler pink - antara buku aktiviti Darjah Dua yang dibeli melalui Pejabat Pendidikan Agama. Kanan atas pulak?

Entah kenapa Sekolah Agama yang ini, yang berada di tengah-tengah daerah Johor Bahru menggunakan buku aktiviti yang sama didatangkan dari Pejabat Pendidikan Agama bagi Darjah Tiga dan Darjah Lima tetapi menggunakan buku aktiviti lain untuk Darjah Dua. Aku hanya boleh tunjukkan 3 kelas darjah ini saja kerana hanya inilah buku-buku yang aku beli pada bulan Disember 2011 dulu. Dan pertukaran buku aktiviti ini baru saja aku tahu selepas sebulan setengah kelas agama bermula. Kenapa begini?

Aku harap akan dapat jawapan terbaik untuk persoalan ini
kerana perkara ini akan berlanjutan untuk tahun-tahun akan datang. Takkan ibubapa perlu menjadi mangsa pertukaran buku aktiviti yang tidak dimaklumkan kerana pastinya tahun hadapan aku tak akan membeli 2 set buku aktiviti yang berbeza untuk Darjah 1, Darjah 3, Darjah 4 dan Darjah 6. Aku juga rasa tidak perlu membeli 2 set buku aktiviti yang berbeza untuk Darjah 2, Darjah 4 dan Darjah 5 pada tahun 2014...

Salahkah aku bertanya; remeh-temehkah hal ini. Aku cuma nakkan kepastian...


related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

23 comments:

  1. zaman dkna buku agama tak secantik ini :)

    ReplyDelete
  2. baguslah sekolah agama di Johor ni. harap dapat sampaikan info > tepat kepada ibu bapa. kesian Pak EU ni.. ;)

    ReplyDelete
  3. xsalah pun awak bertanya sekadar mendapatkan kepastian... mmg xpatut la dah masuk tgh bulan 2 baru maklum pertukaran buku...apa dia ingat mak ayah ni dok cop duit ker nak beli buku baru... (opsss sori teremo lak hihi...)

    ReplyDelete
  4. kalau mcn tu terjadi.... kesian jugak pada ibu bapa yg nak kena beli baru...budget tu

    ReplyDelete
  5. sebenar kan..misz domu tertanya2..kenapa adakan buku aktiviti agama nie? apa kegunaan dia? maaf..soalan2 bertmbah2 plak..

    respon untuk entri..

    misz domu xtau jawapan dia..sebab takde pun kat skulah adik misz domu.. apa pun.. disebabkan buku2 tu baru diperkenalkan..skulah atau pihak berwajib kena hntr surat bagi faham parent dulu...

    ReplyDelete
  6. adeh..
    dah tak reti nak menajawabnya.
    harap2 nanti dapat solusi terbaik ;)

    ReplyDelete
  7. Assalam...
    aku tak ada jawapan tu...
    sekian,terima kasih..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum bro...serius aie tak tahu nak jawab apa..pada mereka yg berkenaan sila jawab...

    ReplyDelete
  9. bguz..ibu bapa kene sentiasa peka n bertnya..bguz2..

    ReplyDelete
  10. tanya pada pihak sepatutnya untuk jawapan....


    pertukaran tanpa memaklumkan terlebih awal memang memberi kesulitan selalunya...

    ReplyDelete
  11. kesian anak2 skg...balik sek pagi kul 2.45ptg kenan ke sek agama , balik kul 6 ptg....mlm nk kena buat kerja sekolah pulak....anak aku sampai tertido kat sekolah agama pada minggu pertama....Kerajaan kena kaji sistem pelajaran negara kita,

    ReplyDelete
  12. Tak pe bertanya EU, malu bertanya sesat jalan.. :)

    sekolah agama..rindunya..tapi kalau kena bertukar buku tu cam rasa tak patut la pulak..kesian kat parent..

    ReplyDelete
  13. teringat zaman skola dulu.pg skola
    rendah.petang skola agama sampai kul
    6.mlm ngaji.tusyen.hahah.

    err.bab tu..entah.tak berapa tahu.tp yela.xdi maklum kan..buat ibu bapa
    geram juga ye dak.

    ReplyDelete
  14. x mau laaa karenah birokrasi mcm ni..

    kan bagus kalau profesional...semuanya berjln dgn baik dan lancar.

    ReplyDelete
  15. dah tu apa cite nye.. nk tau jugak ni..serius mmg aku tak tau..

    ReplyDelete
  16. Bagus lah bertanya drpd tersalah beli, if bukan untuk sendiri boleh bantu org lain jg :-)

    ReplyDelete
  17. tak salah bertanya ..jangan salah tertanya orang jak ..hehe:)

    ReplyDelete
  18. Tajuk Post ni mengingatkan aku lagu XPDC-semangat yang hilang rangkap yang ni:

    Malu bertanya kawan
    Sesat cari jalan pulang
    Biar ia berkesan
    Di lubuk hati terbenam...

    jadikan ia satu pengalaman...

    ReplyDelete
  19. urmmm...adek saya balik skola kul 5.30....pkul 6.30 pegi mengaji plak...huhu

    ReplyDelete
  20. kadang2 perkara remeh sebegini yg selalu dipandang ringan...

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...