Home » » Serius, Aku Tak Serius

Serius, Aku Tak Serius

Empayar Utama - Sunday, February 5, 2012 : 14 comments

Aku mengaku tak banyak dan semakin kurang berkongsi cerita tetapi pada bulan lepas, walaupun hanya sembilan entri - tiga daripadanya aku sentuh tentang busuk.

Setelah terima feedback dari admin melalui e-mel dan komen; aku agak gembira untuk buat perbincangan dua hala akan tetapi maklumbalas aku selepas itu menjadi perbincangan tak tentu hala bila tiada respond langsung dari admin baik melalui facebook mahupun e-mel.
Pertama sekali kita lihat chatroom bila mereka yang masuk biasanya inginkan bantuan admin untuk selesaikan masalah ping entri :

Dan berikut adalah ringkasan ketiga-tiga entri aku sebelum ini:

1. Macam-macamlah/Tapi Aku Sokong Produk Tempatan Tau

Artikel yang bukan menghentam tetapi cuba membuka mata admin bahawa chatbox busuk masih boleh diperbaiki dan dan boleh digunapakai melalui apa jenis browser - Internet Explorer; Orkut; Mozilla Firefox; Opera; Google Chrome; atau apa saja yang sepatutnya tidak menjadi halangan untuk user berchatting menggunakan chatbox busuk. Kita sepatutnya berbangga dengan produk tempatan yang punyai daya saing.

Dalam entri ini aku peroleh 7 negative feedback (termasuk ❤MaYa MustWany❤ sewaktu beliau menggunakan  Opera) dan 2 positive feedback yang memberi maksud tiada masalah dalam penggunaan chatbox tersebut. Yang lain-lain lebih kepada komen tentang penggunaan chatbox.

Masalah - pageload yang terlalu lambat. Seperti contoh di bawah; melalui Mozilla Firefox, aku mengambil masa 21 minit untuk paparan 'Guest - Shout' bertukar ke paparan 'Guest - Your Name & web/e-mail - OK'  bila page direfresh sekali :
Dan apa kata Anak Wak Mail ?

Ridhwan Othman juga bermasalah; baca komen beliau di blog Maya :
2. Busuk

Dalam artikel ni aku berkongsi cara untuk lihat prestasi setiap entri yang telah diping tanpa perlu login setelah memperoleh user ID. Pengguna hanya perlu bookmark page yang terpapar setelah buka link dan selepas itu page tersebut boleh diakses bila-bila masa. Aku memberi alasan mengapa aku malas letak widget busuk di blog
apabila ianya lebih 'unsuccessful' bila entri diping; mengakibatkan kebarangkalian ping entri juga mungkin gagal.

Aku juga tunjukkan screenshot image entri yang telah aku ping di mana ada di antaranya hanyalah 'default image' busuk. Sebenarnya busuk tidak dapat menerima resize image untuk dipublish bersama entri. Penyelesaiannya: jika kita ingin sesuatu imej itu dipublish; saiznya perlu berada pada saiz sebenar. Dan ini kelemahan busuk bilamana program lain (Apesal, Oh! Belog, GuaBlog dan lain-lain) boleh menerima perbagai saiz imej.
<a href="http://1.bp.blogspot.com/-vW8ci9qFZgk/Tyw80TSJpBI/AAAAAAAAFJ8/WZ2FNJgX1X8/s1600/empayarutama.PNG"><img border="0" height="185" src="http://1.bp.blogspot.com/-vW8ci9qFZgk/Tyw80TSJpBI/AAAAAAAAFJ8/WZ2FNJgX1X8/s1600/empayarutama.PNG" width="185" /></a>
(saiz lebar dan tinggi adalah saiz sebenar (185px); bukan saiz besar yang dikecilkan atau saiz kecil yang dibesarkan...)

3. Bagus Sangat Ke Ping Tu?

Di bawah tajuk 4 artikel ini aku luahkan rasa keliru terhadap ping-ping program termasuklah busuk yang meminta kita meletak 'reciprocal link' atau 'reciprocal button' sebagai balasan untuk entri kita dipublish. Argument aku ialah kita telah 'login' untuk ping entri dan kita telahpun diberi unik ID.

Kepada mereka yang pertama kali membaca dan pergi ke halaman busuk mungkin tercari-cari di mana letaknya butang Login...

Sempena Maulidur Rasul; aku minta maaf kepada semua kerana kebanyakan (boleh kata semua) cerita dalam entri aku bercorak
santai dan tidak serius. Tetapi itulah aku - dan itu cara aku.

Mungkin kerana Aku Tak Serius bercerita- admin memandang sebelah mata atas pandangan aku. Selamat maju jaya buat busuk.org ^_^

related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

14 comments:

  1. sekarang tak pakai chatbox, fibox bagai, jd org akan tinggalkan link dlm komen (penuh harapan - hehe)then, saya juga tinggalkan jejak dgn komen...bg support kt semua bloggerr...tak gitu?? hehe..apa2 pun terpulang dgn kehendak masing2 kan...salam maulidurrasul =)

    ReplyDelete
  2. nak buat cam cukgu ma lah......
    thanks info nie empayar....
    walaupun remy kurang paham pasal ping nga busyuk nie....
    sekurang2 nyer...empayar dah bukak sikit otak remy yg berkarat nie...

    ReplyDelete
  3. mungkin admin tak menang tangan tu. dia sorang je bukan team. mungin da ade masalah dengan real life sampai tak sempat nak online.

    *bersangka baik*

    ReplyDelete
  4. Lama rasanya tak tengok blog ni....sikit sikit ko ubah ye...ingat tak perasan ke.Apa khbar sahabat.

    ReplyDelete
  5. ahaks sampai begitu sekali dirimu tak dipandang admin busuk huhu...think +ve jer la maybe admin busuk tgh sibuk meng'improve' sistem dia hehe... (^_^)

    ReplyDelete
  6. tapi even encik Empayar Utama anggap tak serius bercerita, saya tetap suka singgah dan baca segala entri...


    p/s: tertinggal keretapi huhu

    ReplyDelete
  7. aku pun tak suke busuk pny chatbox..ahah

    ReplyDelete
  8. buat masa ni masih setia dgn busuk sbb ada wbsite locking.. lain2 tu masih kurang pasti

    ReplyDelete
  9. haaa eu mas da pernah kene dah sekali.smlm xsilap.tgk blank kosong.tekan refresh,baru ok.now dah fhm bila trkene.

    klu line ok,xde msalah la refresh,tapi klu line lembap,mmg akan cbut lari kan.

    cuba hntar email or post entry ni kat fb busuk.

    mas pakai dua busuk & fibox.huhuhu klu dua2 problem,nmpak gaya nya kne wat lagi skli cbox(dh lupa password)

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...