Suasana Di Stesen Bas Kisah Seram UUM: The Untold Story Bertuah Punya Cabutan Bertuah!!! Alamak Nazir Datang Melawat Aku Tak Mampu Menahannya... Kesabaran Dan Kejujuran Diri (Teknik Belajar Menipu ^_^) Koleksi Gambar-Gambar Panas
Cerita Yang Jarang Terkini :

Jenuh Main Nombor

Empayar Utama - Saturday, March 30, 2013 : 7 comments

Disebabkan tak pandai CSS coding ; 3 hari aku tutup belog. Malu wei orang nengok aku merangkak dengan belog hancus. Padan muka aku.

Aku mencuba segala kod bagai tu tapi template belog sendiripun dah jadi rojak, jadi belasah ajalah. Haaa rasanya macam dah siap kot.



Sebenarnya aku cuba ringkaskan karangan sidebar dengan ganti apa yang ada melalui penggunaan multi tab. Tapi satu multitab hanya boleh guna sekali je. Bila dah guna banyak jenis yang berbeza - bukan makin ringan, dah macam lori dah beratnya belog aku.

Untuk yang berminat nak guna multitab nih; ada 3 jenis yang aku sedang cuba:

1. Atas sekali tu guna jquerytabmenu yang aku ambil dari MARIBINABLOG. Banyak besi versi kat situ tapi aku guna versi ke 2. Ambil mana yang perlu je dan sesuaikan dengan template belog sendiri. Pastu gabungkan Auto Slide Menu (Hide-Show). OKlah nampak macam boleh guna banyak kali dan jimat ruang sidebar. Bila susun tiga empat baris; paparan homepage hanya dari tab pertama baris pertama saja.

2. Yang tengah jquery juga beserta greenlava-code yang aku dapat dari BloggerSentral. Ini peningle sebab aku blom dapat masukkan menu tab ke dalam kotak sidebar. Bagus juga sebab ketinggian widget tak perlu ditetapkan.

3. Last sekali tu ambik dari P0L5K4H4CKR3W (lama tak singgah belog dia). Sebetulnya aku nampak dan mintak kat Diana Azis aka Cik Puan Oren. Ini adalah gabungan "banyak scroll box dalam satu" dan ketinggian widget mati kat satu level. Cantikler kalau banyak item yang sama tinggi letak dalam satu tempat, kannnn?

Dalam memilih beberapa jenis ni, pastikan juga kod yang dipasang tu tidak sama atau berulang. Nanti belog jadi rojak yang betul dan sedap dimakan. Satu lagi, tajuk cerita ni tak ada kena mengena dengan main nombor ekor ^_^


Berhenti Sekejap

Empayar Utama - Tuesday, March 26, 2013 : 9 comments

Semalam ada senang sikit aku jenjalan melawat kengkawan. Tapi macam yang aku pernah bagitau; kalau singgah kat satu-satu belog tu aku akan berlama-lama walaupun ada paparan belog yang tak menarik. Aku cuba baca 5-6 entri terkini dari belog tersebut walaupun cerita dah basi. Dah itu cara aku susah sikitlah nak ubah. Jadi dalam sehari tak lebih dari 20 belog yang dapat aku jengah. Yang aku


belum sampai tu aku akan jengah juga. Sabar yea sayang erkkkk apa ni?

Mungkin sebab dah lama sangat tak berblogwalking; ada trend baru kot yang aku tertinggal jet agaknya. Bukan apa, semalam majoriti tuan belog pasang 'Comment Moderation' maksudnya komen perlu dilulus lembaga penapis komen dulu.

Kena pulak entah line tenet lembab ke, page loading belog tu slow ke, tak tau le; komen aku lepas atau tidak. Last aku singgah semalam kat belog Afzal baca entri dan komen-komen kat situ. Tak sempat nak tulis apa-apa sebab mengantuklerrrr.

Kadang-kadang tertanya sendiri; apa yang aku kongsikan ni bermanfaat ke atau sekadar syok sendiri. Iyalah aku ambil belog-belog popular sebagai contoh macam Obefiend yang tak peduli apa bentuk komen yang masuk tapi jangan sampai berbau perkauman.

Aku rasalah kan, kita ke yang tak ikhlas untuk terima apa bentuk komen atau teguran. Benda tu subjektif takkan abis berdebat. Blogger.com atau laman web yang sewaktu rasanya berhati-hati asingkan komen yang ada link sebagai 'spam comment'; terpulang kepada tuan belog untuk tukar atau tidak status itu. "Alah belog aku, peduli happa"

Panjang lak aku tulis. Dah, dah. Nak gi jenjalan pulak. Aku tetap bersangka baik jer. Kbaiii ^_^


Pagi itu, aku dengar bunyi burung...

Empayar Utama - Friday, March 22, 2013 : 12 comments

Kepada sesiapa yang belum kenal (yang rajin baca cerita-cerita aku tentu kenal) tuanpunya karya sebelah ni, marilah berkunjung dan berkenal-kenal dengan tuanpunyanya - Ayie Abas.

Dia hensem sikit dari aku, berseni dan penuh dengan karya yang berwarna warni.



Ini merupakan GA pertama Ayie yang menggabungkan banyak dalam satu: Dua belog dan dua fesbuk. Hadiah memang berbaloi-baloi dan masih ada masa lagi untuk yang nak join.



Sebagai rakan maya aku sokong usaha Ayie nih walaupun sebelum ni cuma ikut belog PGGP dia saja.

Selagi cerita ni masih ada kat belah atas belog aku, maknanya GA Ayie masih terbuka. Jadi, apa lagi meh bonceng motor aku kita gi sana ^_^


Penat Sungguh

Empayar Utama - Thursday, March 21, 2013 : 9 comments

Sepuluh hari lepas memang aku rasa betul-betul penat. Ngalahkan kerja kontrak cam yang aku pernah cerita dulu.

Kelam kabut juga bila yang satu tu sibuk nak ejas akaun dia biar nampak untung besar sebab nak buat pinjaman kat bank hahahahahah manakala yang satu lagi tu pulak mintak buatkan deraf odit sebab bank
dia nak buat annual review atas pinjaman sedia ada. Silap-silap pinjaman sedia ada tu kena revised tinggal separuh je ^_^

Dua-dua nak akaun diorang siap 'dengan cantik dan penuh bergaya' dalam masa sepuluh hari. Semput tul jadinya. Macam nak terkeluar biji mata dok ngadap pc sambil nengok nombor-nombor mengarut.


Punya la konsentret siang malam sampai tak perasan akaun sendiri nak kena godam.


Tapikan, balik je dari Vietnam (aiyarkkkk hahahahahah aku tak ke sana tau) belog aku betukar sikitler...

Beri aku satu hari rehat aaa... Nanti aku jengah semua belog kengkawan. K baiii nak tidur cam anak kucin atas tu ^_^




Sambungan Teknik Belajar Menipu - Permudahkan Yang Mudah

Empayar Utama - Monday, March 11, 2013 : 8 comments

Dah lama cerita ni tersimpan dalam deraf. Lepas baca iklan Dhia Dirham aku rasa bolehlah dikongsi bersama untuk sesapa yang boleh faham dan gunakan untuk tugas harian. Cuma aku heran belog dia cam tak berhapdet larrr walaupun cbox aktif.

Ramai yang tanya "camana ko buat aaa? Job banyak tapi sempat minum
ngan kitorang;  menyabit; makan angin (outstation) lagi..." Errrr... aku tak kerjalah. Sebab tu senang nak gi minum. Tengok rambut ni makin panjang siapa nak ambik aku kerja ^_^.

Sesiapa yang nak buat 'part time pejabat' kat rumah atau dah buat tapi nak lagi mudah kerja tu; aku cadangkan program LogMeIn. Ia percuma dan lebih baik jika skrin kat rumah lebih besar dari yang korang guna di opis. Caranya download dulu program ni kat opis. Kat rumah cuma login website dia ja. Camni :

Gugel program ni dan buka satu akaun. (Klik segala gambar untuk lebih jelas yea)
Pastu run program yang didownload tu (Hahahah dekat setahun cerita ni kena peram). Kat bawah ni antara yang penting di mana access code yang sama diperlukan untuk akses komputer opis bila di rumah.
Haaa, siap dah untuk kat opis. Pasni, start motor terus balik rumah untuk cuba jadi ke tidak apa yang diinstall tadi ^_^.

Ok, semua kat bawah ni menggunakan komputer rumah yea :

Memula bukakle e-mel sebab kena buat verification. Tak buat pun takpe tapi nanti lepas 6 hari akaun tak boleh bukak. Pastu login le LogMeIn.com.
Skrin kanan atas ni adalah paparan 'skrin komputer opis' yang telah sedia disambungkan (hehe banyak tempat kerja, semua aku sambung)

Bila tekan salah satu nama 'komputer'; akan keluar skrin untuk access code. Jadi kena ingat access code yang dimasukkan masa installation kat opis sebelum ini. Ingat tau jangan lupa.

Pastu tekan butang login dan jeng jeng jeng.... skrin komputer opis ada dalam skrin komputer kat rumah:

Satu lagi pesanan : Jangan tutup komputer opis kalau nak buat kerja-kerja tu kat rumah. Nanti tak boleh link... Dua gambar terakhir tu screenshot aku akses komputer satu opis dan masuk ke AutoCount Accounting Systemnya jadi mudah untuk periksa aktiviti harian syarikat tu. Selamat mencuba dan selamat bekerja ya semua ^_^


Jawapan Kepada WW Dua Minggu Lepas

Empayar Utama - Wednesday, March 6, 2013 : 11 comments

Hamboih sampai dua minggu baru nak jawab persoalan Wordless Wednesday (WW). Erkkkk bila masa aku buat WW dua minggu lepas?

Ni, ni, nak cerita, selain dari baca paper dan belog untuk lihat perkembangan di Lahat Datu Sabah; aku baca juga berita terkini online dan salah satu pilihan ialah Malaysian Digest versi Melayu.
Iyala aku bukan pandai na baca omputeh.

'Sekali lalu' kalau tak ambik peduli, terus tuju ke berita-beritanya. Tapi 'tiga pat kali lalu' terperasankan iklan RinggitPlus kat situ. Kena pulak dah dekat-dekat pilihanraya umum nih. Aku boleh terfikir yang lain der hahahahampagas tullah aku nih.

Cuba korang tengok betul-betul:




















Ada yang tak kena ke dengan iklan nih? Jangan tengok lama-lama sangat bukan versi WW Afzalsukasuki dua minggu lepas tau :)

Larikkkkkkk



Celaru, Keliru

Empayar Utama - Friday, March 1, 2013 : 15 comments

Pelik bila tengok followers 820 tapi lepas buat cerita Review Mereka Yang Terpilih cuma bertambah 17; patutnya 817 kan? Mana datang 3 lagi followers tu yea? Ke sebelum tu memang dah ada 803 tapi 3 orang lagi keluar ngam-ngam sebelum aku tulis cerita tu kendian masuk balik?

Musykil tullah. Nasib baik aku tak buat
apa-apa GA kalau tak mesti ada yang tak puas ati.

Oke, oke, apa aku nak cerita kali ni. Oh iya, kepada mereka yang ikut cerita aku selepas Hari Raya Idilfitri - dari bulan September 2012; Oktober 2012; (maaf November 2012 langsung tak sempat bercerita sementara bulan doblas 2012 hanya ada 2 cerita yang tidak bersangkutan); hinggalah Januari 2013; mungkin boleh faham kenapa Wasiat Buat Isteri itu ditulis. Ia bukanlah khusus kepada isteri aku kerana kami memang berkomunikasi saban hari (tetapi rasanya berguna buat dia, kannnnnn ^_^).

Kebetulan pula artikel yang agak berkaitan dengan wasiat ke 7 disiar keesokannya:


Sebenarnya aku tertunggu-tunggu pandangan dari seseorang yang memang sudah lama tidak Meninggalkan Tapak Kaki di sini (erkkk hehe sori yea Pondok Usang terguna tajuk ni pulokkk - meh kita jengah belog dia) sampai la ni langsung takmo bagi pandangan pun walau tiap kali bercerita dia akan baca. E-mel pun ada hantar mintak dia bagi 'kutukan terhebat' tapi dia buat donno je. Takpe aku sentiasa bersangka baik :)