Home » » Celaru, Keliru

Celaru, Keliru

EmpayarUtama - Friday, March 1, 2013 : 13 comments

Pelik bila tengok followers 820; tapi lepas buat cerita Review Mereka Yang Terpilih cuma bertambah 17; patutnya 817 je la kan? Mana datang 3 lagi followers tu yea? Ke sebelum tu memang dah ada 803 tapi 3 orang lagi keluar ngam-ngam sebelum aku tulis cerita tu kendian masuk balik?

Musykil tullah. Nasib baik aku tak buat
apa-apa GA kalau tak mesti ada yang tak puas ati.

Oke, oke, apa aku nak cerita kali ni. Oh iya, kepada mereka yang ikut cerita aku selepas Hari Raya Idilfitri - dari bulan September 2012; Oktober 2012; (maaf November 2012 langsung tak sempat bercerita sementara bulan doblas 2012 hanya ada 2 cerita yang tidak bersangkutan); hinggalah Januari 2013; mungkin boleh faham kenapa Wasiat Buat Isteri itu ditulis. Ia bukanlah khusus kepada isteri aku kerana kami memang berkomunikasi saban hari tetapi rasanya berguna buat dia, kannnnnn ^_^.

Kebetulan pula artikel yang agak berkaitan dengan wasiat ke 7 disiar keesokannya:

Sebenarnya aku tertunggu-tunggu pandangan dari seseorang yang memang sudah lama tidak Meninggalkan Tapak Kaki di sini (erkkk hehe sori yea Pondok Usang terguna ayat ni pulokkk) sampai la ni langsung takmo bagi pandangan pun walau tiap kali bercerita dia akan baca. E-mel pun ada hantar mintak dia bagi 'kutukan terhebat' tapi dia buat donno je. Takpe aku sentiasa bersangka baik :)







13 Comments

13 comments:

  1. elok juga ko bersangka baik ngan dia ..kalau tak,takut pulak dia meninggalkan tapak kaki kat tempat yang sepatutnya....baru tembam nuka.hihihi

    ReplyDelete
  2. Salam..
    ada komen yang nak ditulis.. tetapi bukan tentang wasiat kepada isteri.. tetapi tentang derhaka kepada ibu bapa..
    cuma sekarang ni sedang nak keluar sekejap pergi ambil anak balik sekolah agama, so, sebelum saya tulis komen seterusnya, sila baca dahulu link2 di bawah:

    1. http://www.facebook.com/notes/indah-nya-ayat-ayat-al-quran/jauhi-tiga-jenis-manusia-yang-akan-mendapat-laknat-allah-swt/339606962722984

    2. http://genta-rasa.com/dengan-kualiti-jiwa-bukan-kuantiti-harta/

    3. http://angahshark.blogspot.com/2012/05/tanggungjawap-anak-lelaki-kepada-ibu.html

    4. http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/12/derhaka-kepada-ibu-bapa.html

    ReplyDelete
  3. Salam.. sambungan siri 1..

    di mana nak mula, ya?
    hmm.. sebelum memberi komen, izinkan saya menggali khazanah silam..

    hanya diri kita (kot?) yang tahu siapa diri kita, bagaimana sikap kita terhadap ibu bapa kita.. seperti saya.. suatu waktu dahulu..waktu remaja..apabila mula mengenal "cinta hati", tetapi IBU pula membantah perhubungan itu..kita mula berada dalam dilema..tetapi saya ingin menjadi anak yang tidak menderhaka..ingin menjadi anak yang baik (kot?)..kerana ibu bapa saya telah mendidik saya dengan ilmu agama yang sempurna..maka saya meninggalkan "cinta hati" untuk menjadi isteri yang sah kepada suami yang menjadi pilihan IBU..namun ternyata saya telah gagal menjadi anak yang baik untuk IBU..kerana saya gagal menyelamatkan rumahtangga yang direstui IBU..walaupun telah melahirkan zuriat..kini, setelah masa berlalu, saya kembali berhubung dengan "cinta hati", namun saya merahsiakannya dari pengetahuan IBU. Derhakakah saya? Mengapa saya merahsiakannya? Kerana saya tahu bagaimana pandangan ibu saya terhadap "cinta hati" itu..dan saya sangat khuatir IBU masih tidak dapat merestui hubungan kami..dalam masa yang sama, saya tidak mahu kehilangan "cinta hati" buat kali ke dua. sekali lagi saya bertanya, derhakakah saya ini?

    ReplyDelete
  4. Salam.. sambungan siri 2..

    ustaz semasa saya bersekolah dahulu, pernah mengajar, kalau nak keberkatan Allah, antaranya, lihatlah wajah ibu bapamu dengan penuh kasih sayang.
    saya dah tak ada ayah..telah kembali ke rahmatullah..saya hanya ada IBU..hanya seorang IBU..hanya wajah IBU yang dapat saya tatapi kini..memandang wajah tua ibu..penuh rahsia hidupnya..menyebabkan saya insaf..
    melihat tangannya yang telah dimamah usia..mengingatkan saya bahawa..tangan itulah dahulu yang sentiasa membelai saya sewaktu kecil saya..yang membalut tubuh saya dengan pakaian agar saya tidak kesejukan..yang menyuap makanan ke mulut saya agar perut saya tidak kelaparan..yang sering menadahnya ke hadrat Illahi mendoakan yang terbaik untuk diri saya.. sehingga saya kenal erti kehidupan sekarang..

    Jadi, dalam usia lanjut IBU kini, biar apa pun kerenahnya..yang kita rasa menyukarkan kita..SAYA PERLU REDHA..kerana dia IBU saya..

    ReplyDelete
  5. Salam.. sambungan siri 3..

    Ya..dia tetap seorang IBU..yang sangat saya kasihi..yang mengandungkan saya sembilan bulan dalam rahimnya..dalam menjalankan kewajibannya sebagai isteri dengan penuh susah payah (kerana saya pernah hamil, maka saya tahu bagaimana menjalankan rutin kehidupan seharian dalam keadaan hamil itu)..
    kemudian IBU membesarkan saya dengan pelbagai kesusahan juga, yang saya tak tahu banyak mana kesusahan yang IBU hadapi waktu itu (zaman itu tak sama dengan zaman kita sekarang yang telah banyak kemudahan)..
    dan saya tak tahu juga, banyak mana kesusahan yang telah saya beri pada IBU sepanjang proses IBU membesarkan saya..mungkin kerenah saya waktu itu lebh teruk dari kerenah IBU sekarang..tetapi IBU boleh melayan kerenah saya dengan sabar..mengapa pula sekarang saya perlu banyak merungut (dengan kerenah IBU?)..
    Saya akui, memang saya pernah merungut..itu sebelum saya sedar..Alhamdulillah walaupun saya lambat menyedarinya, tetapi Allah masih beri peluang untuk saya membetulkan diri saya..
    Jadi sekarang..saya cuba..cuba..cuba..dan berusaha..usaha..usaha..untuk benar-benar REDHA..untuk tidak lagi merungut dengan kerenah IBU..kerana dia IBU saya..

    ReplyDelete
  6. Salam.. sambungan siri 4..

    Berbalik pada galian khazanah silam awal tadi..saya sangat takut jika perlakuan saya..akan jatuh menjadi derhaka pada pandangan IBU..

    kerana itu juga jika IBU bercerita tentang "sesuatu yang tidak sepatutnya", saya hanya diam, hanya mendengar..sambil berdoa semoga Allah sentiasa memberi hidayahNYA kepada IBU..saya tidak berdaya..saya bimbang percakapan saya juga akan jatuh derhaka pada pendengaran telinga IBU..

    kata ustaz saya dulu, jika IBU marah, Allah juga akan MARAH..tanah pun tak nak izinkan kaki kita memijaknya..apatah lagi menjadi penghuninya (dalam kubur)..jadi, di mana kita harus berada? macam tu..macammana kalau kita mati dalam keadaan kita derhaka kepada IBU..?

    walau bagaimana sukar sekali pun..saya akan cuba buat IBU rasa bahagia..selagi Allah masih mengizinkan kita (dan IBU) bernafas..semoga kita tidak akan menyesal kelak..cuba..cuba..cuba..tanpa sebarang rungutan lagi..
    itupun mungkin tidak akan setanding dengan apa yang telah IBU buat untuk kita..

    dan hanya DOA..yang dapat saya hadiahkan untuk IBU..agar hidupnya tenang dalam meniti hari-hari sepinya ini tanpa suaminya yang telah berkalang tanah..hatinya menjadi suci..jiwanya menjadi bersih..sebelum Allah menjemputnya kembali ke sana..
    saya tidak mampu berbuat lebih..saya tida berdaya..

    dan saya sendiri telah buat banyak kesalahan..mungkin sedang buat kesalahan..atau mungkin akan buat banyak kesalahan..tanpa disedari..atau dengan disedari (nauzubillahi min zaliq)..kepada IBU.. wallahu alam..

    p/s..akan bersambung siri akhir nanti..stop dahulu.. nak hantar anak ke majlis solat magrib berjemaah di pekan nanas.

    ReplyDelete
  7. Salam.. sambungan siri akhir..

    tentang Wasiat Untuk Isteri..
    saya..no komen..
    saya sendiri seorang ibu sekarang..
    dan lagi berstatus "single mother"..
    bezanya..
    sekarang saya masih kuat untuk menguruskan segalanya sendirian..
    mudah-mudahan Allah memberi saya kesihatan yang baik berpanjangan..
    agar saya tidak perlu menyusahkan orang lain..
    tetapi, suatu hari nanti jika saya sudah tidak berdaya..
    dan anak2 menganggap saya tidak diperlukan lagi
    (mudah-mudahan anak2 saya tidak begitu - bergantung kepada kesedaran mereka - bukan 100% kepada hasil didikan kita - kerana mereka juga ada pengaruh luaran),
    saya tetap akan memaafkan mereka..
    kerana saya sangat sayangkan mereka..mereka darah daging saya..
    semoga dengan kemaafan itu, Allah juga mengampunkan mereka.. dan mereka tidak akan di azab di akhirat nanti..

    amein ya Rabbal alamein.

    sekian, terima kasih.

    wabillahi taufiq..walhidayah..
    wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    ReplyDelete
  8. seronok juga baca tulisan bergenre diari dari kak rhea tu, dok pekan nenas ker..alahai.sempitnya dunia. hye kak rhea!! sy jaja dr pontian kecik :)

    anyhow.. xde benda yang boleh kita buat utk memuaskan hati semua org la abg EU.. nak buat GA buat ajer.. :p

    ReplyDelete
  9. blog EU ada peminat misteri sampai 3 orang kaa hihi...

    sentiasalah bersangka baik EU dengan dia...mungkin dia ada sebab tersendiri kenapa dah tak bagi pandangan kat entri EU...

    ReplyDelete
  10. Terima kasih semua. Baru sampai dari KL/Melaka ada urusan 3 hari di sana.

    @dhinai adnan; heeeee takotnyer

    @RHEA; panjangnya terima kasih berkongsi maklumat. Ada antara belog itu memang saya ikut.

    1 - Saya tak pandai bercerita, tapi saya ada berkongsi tentang peluang kedua sewaktu bercerita tentang Wajah Dan Nostalgia.

    Untuk 1 juga, 2, 3 dan 4 - Saya setuju jika kita memang tidak berdaya gunalah cara terakhir dalam menegur apatah lagi jika teguran itu untuk kebaikan.

    Nanti saya akan kongsi cerita tentang 'Budaya' harap dapat beri teguran di sana nanti yea untuk kebaikan kita semua

    @miz ruha; terima kasih sudi baca

    @Cikgu Jaja™; buat GA masa gath agak-agak sempoiiii tak hehehehe

    @khairul hassan; wah abam gilamodified jauh berjalan. Kirim Hard Rock Cafe roundneck satu - saiz L yea :)

    @misz_eyza; tu la sapal eh pasal. Ingat nak buang widget tu tapi nak kekalkan G+ aja nanti. Fikir dululah camana

    ReplyDelete
  11. [sms terakhir seorang Vat69]

    "Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna..

    Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah..

    Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara..

    Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia..

    Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.."

    *jangan ditahan airmata itu andai kamu sebak membaca nukilan diatas.. sesungguhnya aku sendiri menangis membacanya..

    ReplyDelete
  12. kena selalu bersangka baik bro..... insyaAllah...mesti dia berubah nanti.....

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~