Home » » Layan Penat

Layan Penat

EmpayarUtama - Sunday, June 16, 2013 : 7 comments

Seminggu dua yang lepas, aku rasa penat iyalah dah makin tua. Waktu 'sanggang' yang sikit tu aku layan beberapa cerita yang dah lama jadi stok dan tak sempat nak nengok.

Tapi cam biasa pilihan aku ialah cerita-cerita Cina walau aku tak faham sepatah perkataan pun.

Dua yang pertama adalah dari Hong Kong, penuh dengan keganasan. Triad menegur kita jangan mengambil kesempatan untuk cepat dan kekal berkuasa. Jika belum sampai masa jangan cuba perlekeh pemimpin walau pendidikan kita jauh mengatasi mereka. Di sini pengalaman sedia ada berjaya tewaskan sogokan wang ringgit mahupun kepandaian ilmu yang dipelajari dari luar negara.

Young & Dangerous Reloaded masih berkisar iri hati dan khianat sesama rakan; selain perebutan kuasa. Tapi, cerita ini masih tidak dapat menyaingi mana-mana koleksi Young & Dangerous sebelumnya.

Dua cerita di atas pula berdasar sejarah China. The Guillotines memaparkan penggunaan senjata pelik oleh sekumpulan 7 anggota yang menyaksikan seorang demi seorang terkorban dipergunakan oleh pemerintah zalim walau membesar bersama-sama.

Manakala The Last Supper memaparkan konflik raja Dinasti Han yang terlalu berprasangka terhadap rakan seperjuangan. Mereka menjadi sejarah apabila dijemput menghadiri jamuan istana kerana siapa yang dijemput bermakna kematian. Prasangka terus menghantui sang raja hingga hayat yang terakhir. Di sini juga kita mengetahui bagaimana China dipecah kepada 9 negeri yang miliki dinasti masing-masing.

Secara perbandingan, dua cerita epik lebih menyerlah berbanding dua cerita moden di atas. Namun begitu, pada aku keempat-empat cerita tersebut tidak dapat menyaingi animasi Jepun di bawah jika menyentuh elemen kekeluargaan. Cuma semua cerita yang aku kongsikan ini dipaparkan dalam bentuk keganasan melampau:





7 Comments

7 comments:

  1. wahhh bro layan naruto jugak,hehe

    anime japan jugak yg best,hehe

    ReplyDelete
  2. @aiEz

    Heeee ada sekotak lagi cerita yang belum sempat dilayan. Oklah buat release tension :)

    ReplyDelete
  3. @Anonymous

    Ini sendiri testing komen sebab Dhinai Adnan kata loading slow. Dah ok dah ni hehe

    ReplyDelete
  4. ada satu lagi bro yang dapat dikesan...hihihi.semua image pada setiap permulaan entry smuanya lari kebahagian sidebar.....image nampak separuh je...

    ReplyDelete
  5. dah lama tak tengok naruto..

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~