Happy tak bila statistik naik tiap hari? Mestilah hepi kan. Nak kongsi satu cerita tapi ingat-ingat lupa sebab dah lama sangat. Rasanya tahun 2008 dulu kot.
(Ambik gambar dalam Dilemma pembaca - Aku awal bulan Ogos dulu. Dah mati dah anak kucing ni lepas demam panas 2 hari...). Camni ceritanya (mungkin ada yang pernah baca):
Si ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil. "Siapa si bedebah tu," jerit si ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"
Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kreta Ferrari merah berhenti depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah. Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.
Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya.
Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah banglo dan wang tunis RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"
Si ayah terdiam. Si ibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu si ayah berkata; "Tak pe, cuba lagi..."
Nampak gamba
baby tak kat sebelah ni? Aku jumpa ni kat blog
Strange DeJa Vu.
Bukan apa; kalau tengok pada statistik 2008 sampaile 2010 - anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat adalah seramai 152,182 orang. Secara puratanya 50,700 bayi setahun, atau lebih dekat lagi 138 orang sehari. Nampaknya angka ini meningkat tiap tahun.
Takkanlah cerita kat atas pun mempengaruhi statistik...
Adoi dah dekat limabelas minit
online; line tenet aku dari semalam camni...