Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :
Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Jauh Di Sudut Hati...

EmpayarUtama - Friday, April 15, 2016 : 1 comment

Ingat tak lagi kisah raya tahun 2013. Baru-baru ini aku sempat bersembang lama dengan makcik tu. Muka dia ceria berseri-seri. Rupanya baru balik dari mengerjakan umrah.

Katanya sebab dah agak uzur maka mahram kena jadi peneman untuk menjaga dan mengurus. Katanya setelah berunding, anak perempuan yang tinggal berdekatan setuju untuk pergi bersama.

Aku tanya apa khabar banyaklah kursus umrah sebelum bertolak, kan? Adalah 4-5 kali kata makcik tu tapi kursusnya di Johor Bahru. Aku kata oklah sebab anak perempuan dia mesti pergi bersama tiap kali berkursus.

Jawab makcik - dia sibuk. Jawapan yang sama aku peroleh sewaktu ziarah beliau hampir tiga tahun lalu. Pergi kursus asing-asing. Erkkk camana tu makcik?

Makcik tu beritahu dia tinggal di JB rumah anak lelaki yang akan hantar tiap kali ada kursus. Rumah anak lelaki dia tu dekat jugalah dengan masjid tempat berkursus. Dah tu balik pun asing-asinglah dengan anak perempuan makcik? A’ah makcik tu jawab. Ooo camtu...

Makcik tu sambung lagi. Katanya di sana dapatlah dia melawat makam nabi, Taman Raudah, ladang kurma, kilang Quran, beribadat di dalam masjidilharam dan laksanakan segala urusan umrah. Bila dia bercerita satu persatu pengalaman di sana; hati nurani aku sebagai seorang anak mula tersentuh. Air mata mula bergenang cuma tak menitik...

Katanya ada tempat yang perlu berjalan kaki dan dia tak berapa kuat untuk berjalan. Maka dia berkerusi roda (wheelchair). Seorang anak muda bernama Faiz (antara anggota rombongan) rajin bantu tolak kerusi roda dia.

Makcik terus bercerita pengalaman selama berada di sana. Riak muka masih ceria. Hati aku saja yang tak tentu arah.

Pernah sekali dia tinggal sahaja di pintu masjidilharam hinggalah semua ahli rombongan telah kembali ke bilik hotel masing-masing.

Anak perempuan dia akhirnya bertemu setelah ikhtiar terakhir adalah bersujud dan mohon Alllah temukan kembali dengan ibunya.

Aku sebagai anak lelaki yang masih ada ibu makin cair rasa nak mengalir dah airmata ni. Ishhh sedihnya...

Makcik tu masih dengan muka ceria bercerita lagi anak perempuan dia ada bawa dia untuk mengerjakan tawaf perpisahan (Tawaf Wada) – pada hari terakhir ziarah. Ohhh Alhamdulillah adalah juga masa anak perempuan dia bersama makcik tu.
Makcik tu amat suka bercerita tentang Faiz dan aku rasa banyak masa makcik tu bersama beliau berbanding anak perempuan dia sendiri di sana. Syabas dan tahniah aku ucapkan kerana berjaya buang jauh-jauh segala sifat sombong, riak dan ego yang biasa wujud dalam diri kita.

Sebelum berpisah aku beritahu makcik tu Alhamdulillah selamat pergi dan kembali dari tanah suci semoga panjang umur kerana aku sendiri belum berpeluang ke sana...

Buat isteri, buat anak-anak; buat yang membaca; semoga kamu semua memahami...



Real Life vs Herbalife Bukan Ada Beza Pun

EmpayarUtama - Tuesday, December 22, 2015 : 4 comments

Perasan tak - ada masa-masanya bila kita rasa marah atau tak puas hati kat seseorang, kita tak luahkan rasa marah kita tu terus pada dia. Sebaliknya kita lepaskan pada orang lain.

Andaian aku saja. Mungkin betul. Kalau tak betul mintak maaflah. Masa itu kita tak terfikirpun apa perasaan orang yang terima ledakan kemarahan kita.

Bila aku tengok orang yang buat salah tak ambik inisiatif untuk betulkan kesilapan apatah lagi nak mintak maaf, maka akulah yang mengalah untuk minta maaf. Dan untuk tidak burukkan lagi keadaan maka aku keluarlah dari perbincangan grup tersebut.

Tapi iyalah kita memang tak mampu nak baca isi hati orang lain. Screenshot yang aku terima selepas tu - aku cuba jadikan pedoman dan simpan dalam belog ini untuk rujukan para pembaca selepas aku nanti.


Aku tak pasti pernah berkongsi atau tidak tentang 'peluang kedua' yang dianugerahi Allah. Hakikatnya dah 2 kali nak tinggalkan dunia tapi kuasa Allah mengatasi segalanya.

Aku cuma ulas sikit jah di ruang komen Wajah Dan Nostalgia; dan ada sikit dalam Memori Abah Bahagian Satu. Aku takutlah nak berkongsi benda-benda yang aku sendiri tak pasti. Cerita sikit-sikit bolehlah.....

Peluang kedua aku terima waktu kecik lagi. Darjah dua ke tiga entah aku dah lupa. Tak tau apa-apa pun. Kes pertama mangsa denggi berdarah negeri Johor. Disebabkan tak ada ubat untuk penyakit ini aku dibiarkan saja di wad terasing dari pesakit lain. Jika bernasib baik, aku hidup (dan mungkin ada kesan sampingan yang tak terduga) dan jika tak bernasib baik; ianya adalah jawapan kepada screenshot di atas: 'real life pun dah left dah...'

Peluang kedua yang kedua aku terima – kira peluang ketigalah kannnnn? Sewaktu tingkatan 3 bila aku dicutikan dari sekolah selama 6 bulan. Terlantar tak ingat apa-apa, tak mampu buat apa-apa. Ramai kengkawan yang melawat bercerita selepas itu yang aku sewaktu sakit suka bercakap tentang kematian... Dan aku sudah dibacakan yaasin untuk permudahkan urusan Allah samaada untuk aku 'left from real life' atau tidak.

Aku tak ambik hati bila orang buat kenyataan macam kat screenshot tu; Cuma apa yang aku boleh pesan ialah jagalah pertuturan, budibahasa, setinggi mana pun darjat, pendidikan, harta; kita jagalah tingkahlaku sebab kita tak tahu bila kita akan 'left from real life' tu.


Macam biasala. Tajuk takde kena mengenapun dengan isi kandungan. Dan sekarang aku di sini untuk berkongsi cerita ini...




Terkini - Bukan Isu Doping atau Hak Penyiaran

EmpayarUtama - Sunday, April 19, 2015 : 1 comment

Siang tadi aku ada senang sikit. Gambar kat sebelah ni saja nak buat kenangan sama cam zaman Afrina 4 tahun lepas.

Yang bawah tu pulak gambar puteri bungsu aku, Yana masa aku ajak korang semua Singgah ke Pontian 4 tahun lepas. Ding dong ding dong tahun depan dia akan ke sekolah
masuk darjah satu.

Adriana
Cepatkan masa berlalu...

Sebab sibuk sangat dengan kerja, aku tak perasan yang dia ni berlatih bolajaring. Jadi tak sempatle amik gambar diorang buat latihan macam zaman Afrina yang buat Persiapan Ke Kejohanan Remaja Dunia dulu hahahahahah.

Meh nengok slide - ada 9 gambar jah tak banyak :

Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015
Bolajaring 2015

Kakak dia, si Fina dulu main macam macam 'position' tapi Yana pulak camana ntah boleh kekal 'shooter'.
Bolajaring 2015
Jadi, rasanya inilah pasukan yang akan bawa cabaran bulan depan.

Bolajaring 2015
Semoga berjaya yea :)


Nanti kalau aku berkesempatan, aku akan hapdet. KBaiiii



Masih Bersangka Baik

EmpayarUtama - Monday, March 31, 2014 : 1 comment

Banyak yang dapat kita belajar dari tragedi MH370. Sekurang-kurangnya kita tau sikit tentang beberapa sistem dalamannya; bagaimana negara-negara jiran (termasuk negara sendiri) mengesan sesuatu objek yang masuk dalam ruang udara negara; beberapa jabatan yang terlibat dalam pengendalian penerbangan; dan banyak lagilah walaupun tak terperinci.

Dalam banyak-banyak tu; ada juga yang kita semakin tak faham dan susah nak faham walaupun tak perlu nak lihat di luar kotak fikiran normal. Antaranya yang aku nampak :

1. Tragedi berlaku. Sudah ada kes. Tapi macam ada yang tertinggal dalam siasatan. Sistem pesawat, penumpang dan krew disiasat; apa yang dibawa tak disiasat. Ada laporan mengatakan beberapa kargo dalam pesawat dipantau oleh pihak lain. Kemungkinan itu ada jika beberapa pihak tidak mahu penghantaran kargo tersebut berjaya. Yang ini (siasatan kargo/muatan dalam pesawat) langsung tiada hebahan dari hari pertama tragedi. Aku fikir kena ambil kira juga segala kargo; pengirim serta urusan penghantaran hingga dimuat ke dalam pesawat.

2. Bila dilaporkan minyak pesawat boleh bertahan paling lama 7 jam selepas hilang dari radar; satu jarak diameter berpusat dari titik akhir dalam radar dibuat. Skop juga kecil setelah ada laporan 'pesawat mungkin berpatah balik'. Usaha pencarian bertumpu di laut. Mereka tinggalkan usaha pencarian di darat. Kemungkinan ada bila jarak diameter adalah termasuk daratan (di sini jelas sekali semenanjung).

Inmarsat juga menafikan pihaknya terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi". Jadi siapa yang buat kesimpulan tu? Dan sekarang nak cari kotak hitam di sana.

3. Lanjutan dari no. 2 - bila kemungkinan pesawat berpatah balik (atau U-turn untuk mendarat); tak taule sama ke tidak kalau buat perbandingan logik dengan kenderaan yang dipandu menurun bukit. Apa yang aku boleh fikirkan di sini ialah jarak diameter yang dibuat dalam no. 2 tadi juga semakin mengecil; jadi skopnya juga lebih kecil. Kenapa keperluan pencarian jadi terbalik (di mana skop pencarian semakin besar serta di luar logik asas diameter) ? Jika mereka boleh terima 'andaian' refuelling/pengisian minyak di udara atau pengisian minyak sewaktu pendaratan di sesuatu landasan persendirian (hingga satelit/radar langsung tak boleh kesan yang ini); kenapa 'mereka' tak boleh terima 'andaian' yang lebih logik/masuk akal?

4. Lanjutan dari no. 2 juga aku fikir masa kita semua dibuang untuk sesuatu pencarian yang sia-sia (atau masa itu sengaja dibuang untuk alih perhatian kita semua dan dalam masa yang sama - ada tugasan yang perlu diselesaikan oleh pihak tertentu tanpa perhatian masyarakat). Jadi, tak ada orang perasan.

Aku dah mula rasa bosan. Mungkin seminggu je lagi kot 'slide' berkenaan MH370 dipaparkan. Lepas tu berblog semula cam biasa. Rasanyalah...



Kambing Qurban Maulidur Rasul

EmpayarUtama - Sunday, March 16, 2014 : 3 comments

Dalam tempoh 6 bulan ke belakang; ada tak sapa-sapa tau isu dalam negara yang melibatkan 'belanja besar' yang tidak dilaporkan? Kongsi lar sama-sama. Bukan apa, aku tak fikir kita sanggup korbankan sebuah pesawat yang mahal (rasanya sebuah Boeing 777 lebih dari AS$200 juta).

Cuma nampak macam ada skrip untuk lengahkan sesuatu agar tidak bocor
dan alih pandangan kita semua agar terarah kepada satu benda jah.

Seminggu dah berlalu; mungkin belum cukup lagi masa agaknya untuk ejas sana sini. Jadi sekarang ni siasatan bertumpu kepada 'pilot' dan ahli keluarga... 'Pilot' yang cuti pada hari kejadian 'dipanggil untuk bertugas' (adakah kerana kepakaran beliau diperlukan untuk tugas sama ada buat penerbangan berisiko atau / serta mendaratkan pesawat di landasan yang agak pendek). Kenapa tak siasat siapa yang panggil beliau bertugas, kenapa pilih beliau; bukan 'pilot' lain untuk penerbangan tersebut?

Begitu juga salah seorang krew, Mohamad Hazrin Mohamed Hasnan - "He was supposed to be back on Sunday and fly off to Paris but he had to replace someone for that sector (China)"

Selain 'pilot' - Tan Size Hiang (antara krew) juga memiliki flight simulator di rumah. 'Pilot' saja yang kena siasat...

Lagi best - keluarga 'pilot' macam dah diberitahu awal-awal akan ada kunjungan dari pihak tertentu / tohmahan dalam 'game' ini jadi mereka sekeluarga keluar dari rumah ngam-ngam sehari sebelum kejadian. Tak pasal-pasal satu keluarga jadi kambing hitam. Macam dah ada skrip tersedia aja.

Berapa lama lagi masa untuk kami rakyat Malaysia perlu tahu perkara sebenar? Atau kami rakyat Malaysia tak akan dapat tahu apa-apa.



Penat nih nunggu...

Sedih, Sebak Setelah 72 Jam Berlalu

EmpayarUtama - Tuesday, March 11, 2014 : 3 comments

Tidak ada apa yang lebih; dapat aku sumbangkan seperti sebelumnya. Aku hanya melihat, mendengar dan berdoa agar satu keputusan yang terbaik dapat kita semua terima. Begitu juga hubungan baik antara kerajaan dengan negara-negara di mana rakyat mereka terlibat sama - China khususnya.
(Kredit gambar dari fuh.my)
Dan aku abadikan video ini di sini :


"MH370, we hope the radar can see you. If you copy, keep flying at your current height until you reach your destination. We'll clear the way for you. Everybody is more than happy to let you be the first to land. The sky is clear, with temperature in Beijing at five degrees Celsius, a little bit cold. Please wear your coats to keep warm. Remember to hug your family and friends after you disembark. They love you, they really do"

"MH370, kita harap radar dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan penerbangan pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu tiba ke destinasi. Kami akan lapangkan laluan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang mendarat terlebih dahulu. Langit cerah, dengan suhu di Beijing adalah lima darjah celsius, agak sejuk sedikit. Sila pakai kot kamu untuk panaskan badan. Jangan lupa dakap ahli keluarga serta sahabat setelah kamu turun. Mereka sayang kamu, benar-benar sayang kamu."


#MH370 ‪#‎prayforMH370‬ ‪#‎doakanMH370 #doauntukMH370 #malaysiaairlines #malaysia

Kasih Sayang Dijual Beli?

EmpayarUtama - Tuesday, August 13, 2013 : 16 comments

Semalam hari raya kelima, maknanya dah lima hari juga aku kat kampung. Dan tiga empat tahun juga aku perasan makcik sebelah rumah merayakan Idilfitri bersendirian.

Malam raya nampak agak meriah; pagi raya pun begitu. Sekitar sebelas pagi akan muncul satu keluarga berkereta berziarah. Kemunculan mereka tidak lama, sekitar dua tiga jam sahaja sebelum berlalu pergi.
Maka setiap tahun jugalah makcik itu akan tinggal berseorangan sebaik pagi idilfitri kedua menjelma. Rumah kami bukan dekat sangat kerana jarak rumah kampung dalam sepelaung (sekitar 120 meter agaknya). Tapi oleh kerana tanah masing-masing agak bersih jadi aktiviri luar rumah dapat dilihat dengan jelas.

Dan adat berjiran, kami akan menghantar juadah raya ke beberapa rumah jiran terdekat di pagi ifdilfitri. Tahun ini aku berkesempatan untuk bersembang lama dengan makcik sebelah sewaktu menghantar juadah idilfitri. Makcik ni ibu tunggal warga emas dan ditemani salah seorang anaknya yang sudah berkeluarga. Tiap tahun, malam raya kedua anaknya yang ini sekeluarga akan ke kampung belah isteri untuk sambut raya di sana pula. Makcik ini juga punyai beberapa orang anak lagi (semuanya telah berkeluarga) yang masing-masing tinggal sekitar 1-2 jam perjalanan ke rumah makcik. Jadi malam raya mereka memang meriah, sama seperti keluarga lain jugalah kiranya. Kemeriahan itu hanya setakat hari raya pertama.

Lalu aku bertanya tentang satu keluarga yang saban tahun berziarah sekitar jam sebelas pagi. Menurut makcik, itu anak yang paling dekat jarak rumah berbanding anak-anaknya yang lain. Tak sampai sepuluh minit berkereta boleh sampai. Kerja kerajaan, sudah kematian suami, anak-anak semua sudah besar hanya tinggal seorang masih bersekolah rendah. Sajalah aku tanya - kenapa dia tak datang malam raya dan temankan makcik setidak-tidaknya hingga anak makcik yang memang duduk dengan makcik tu kembali dari kampung mertua?

Jawab makcik - dia sibuk.

Aku lelaki, dan aku tidak dapat selami hati nurani seorang perempuan. Baik makcik itu maupun anaknya yang kerja kerajaan tersebut. Anak anak yang lain tak sibuk ke? Tapi bila aku perhati raut wajah makcik tu, tiada bayang kesedihan.


Apakah masing-masing masih menyimpan sesuatu yang tidak terluah? Walaupun bersalam tangis di pagi Idilfitri...

Makcik tu sambung lagi - ni baju ni dialah belikan. Tahun ni makcik dapat dua pasang. Tak tahulah berapa harganya. Ada satu jubah tu harganya dekat seratus, pun dia belikan juga. Wajah makcik nampak ceria bila bercerita tentang itu.

Oh, oh, terus aku minta diri, bersalaman dengan makcik. Ya Allah ampunkan aku. Aku tak pernah terniat membeli kasih sayang seorang ibu walaupun men'sponsor' air bertong-tong, daging, ayam dan ketupat sempena Idilfitri saban tahun. Aku redha korbankan 'sepanjang lima hari raya' setiap kali Idilfitri bermula untuk temankan ibu tersayang yang keseorangan. 'Sepanjang lima hari raya' yang membolehkan isteri aku beraya ke rumah adik beradiknya serta rakan taulan; dan 'sepanjang lima hari raya' yang menceriakan anak-anakku bila mereka dapat beraya bersama kawan-kawan. Semua itu sanggup aku ketepikan dahulu.

Aku berharap isteriku peroleh yang lebih baik melalui anak-anakku (jika aku pergi dulu) berbanding makcik tadi.

Buat isteri, buat anak-anak; semoga kamu semua memahami...




Wasiat Buat Isteri...

EmpayarUtama - Saturday, February 23, 2013 : 24 comments

Berat rasanya untuk aku menulis yang ini. Tapi siapa tahu jika aku yang akan pergi dahulu (Allah saja yang mengetahui).

Buat isteriku; oleh kerana kamu telah bergelar ibu, emak, mama, mami, ummi, bonda, atau apa saja panggilan dari anak-anak untuk seorang ibu; ada beberapa pesanan istimewa untukmu.
1. Tiada harta bertimbun, tiada emas berkepuk, tiada wang ringgit berkoyan yang dapat kutinggalkan - hanya teratak usang buat kamu dan anak-anak berteduh selain anak-anak penyambung zuriat yang akan mendoakan kita InsyaAllah.

2. Usahlah kamu membezakan anak-anakmu hanya kerana pangkat atau harta; hatta tahap pendidikan yang telah mereka capai. Begitu jua dengan cucu-cucu kamu (jika mereka beroleh zuriat insyaAllah)

3. Rapatkanlah tali silaturrahim sesama mereka hatta saudara terdekat mereka. Janganlah mencorak atau menjarak ikatan persaudaraan hungga pergaulan mereka menjadi renggang dek kerana perbezaan pencarian rezeki atau nafkah hidup.

4. Janganlah di antara anak-anak kita itu ada 'anak emas' yang sukar ditegur; jangan ada 'anak suruhan' yang dianggap hidup bekerja untuk kamu; jangan ada 'anak yang tidak dipercayai' sehingga sanggup memanggil orang lain untuk kamu walaupun anak berada di depan mata.

5. Setelah mereka berkahwin, lepaskanlah mereka bersama tanggungjawab baru mereka; usah anggap mereka masih lagi anak-anak kecil. Mereka juga ada tanggungjawab untuk sebuah keluarga; dan jika itu anak perempuan - fikirkanlah yang mereka juga akan menjadi seorang ibu, emak, mama, mami, ummi, bonda, atau apa saja panggilan dari anak-anak untuk seorang ibu; sama seperti kamu nanti.

6. Hargailah pengorbanan anak-anak serta menantu (jika mereka telah berkahwin) yang sedia menemani kamu bila keseorangan setelah tiadanya aku nanti.

7. Janganlah mengharap keajaiban berlaku di depan mata, sekelip mata bila apa yang kamu hajati dan ingini itu sebenarnya perlukan waktu untuk disedia dan disempurnakan.

8. Sebaiknya usah diperguna kuasa terhebat kepada anak-anak kita. Janganlah sesekali ungkap perkataan 'derhaka' itu hanya kerana sedikit tersinggung. Kita masing-masing berbuat kesilapan.

9. Dan yang paling penting; aku akui amal ibadatku amat kurang serta cetek berbanding kamu. Akan tetapi segala yang kamu lakukan selama ini janganlah dicampur aduk dengan prasangka yang menuju kepada syirik/khurafat. Percayalah kepada Allah Yang Esa; bukan kepada mereka yang menyengutukan Allah (Nauzubillah...)

Aku doakan yang terbaik untukmu, semoga kamu tabah; semoga hatimu berubah bila membaca tulisan ini atau setidak-tidaknya ianya disampaikan ke telingamu oleh mereka.




Sudah Sampai Masanya...

EmpayarUtama - Wednesday, September 26, 2012 : 11 comments

Dua tahun lepas sewaktu bercerita tentang Hadiah Teristimewa; aku tak bagitaupun zink yang dipasang pada pertengahan Januari 1996 bercampur baru dan lama (zink asal). Jadinya dekat 17 tahun jugalah zink yang ada tu tak berganti.

Sepanjang 4-5 tahun kebelakang; hanya ganti 10-20 keping untuk zink yang dah bocor dan koyak. Jenuh juga
sebab selepas tu mana-mana zink yang dipijak pula akan koyak.

Ada kat Hadiah Teristimewa

Dan inilah wajah sewaktu Ramadhan 1433 (Ogos 2012):

Sebahagian bumbung depan hilang kena ribut, begitu juga dengan beberapa keping zing rumah ibu

Memandangkan orang tua warga emas serta ibu tunggal; aku ada dua pilihan. Pertamanya mohon rumah batu 3 bilik yang akan dibina sepenuhnya oleh kerajaan tetapi geran dicagar sepanjang proses bayaran balik. Maksudnya jika 40 tahun, maka 40 tahunlah geran dipegang kerajaan.

Pilihan kedua pula tebalkan muka mohon peruntukan baikpulih Cylinderhead (erkkk Baik pulih Cylinderhead tu blog dhinai adnan) bumbung. Dan inilah pilihan yang aku buat sebab ada peruntukan dari kerajaan. Pertengahan Jun 2012 baru wakil kepada wakil rakyat parlimen di situ datang melawat bersama seorang ASP Polis dan mengambil beberapa keping gambar. Syawal dahpun berlalu - senyap je. Bumbung makin bocor sana sini.

Akhirnya aku buat pilihan tak masuk akal - pinjam along. Kan pilihan paling mudah dan pantas? Hahahahahahahah. Masuk minggu kedua terus beli zink 140 keping. Tokey hardware kata - mana ada orang beli banyak tu. Paling banyakpun 80 keping je. Dia tak tau yang rumah tu asalnya kembar dua; 48' x 48' dan telah ditambah sesedap rasa oleh arwah abah menjadi 60' x 82'. Hambik ko, masuk minggu kedua kena tambah lagi 37 keping. Tokey nengok muka aku kali ni dia diam ajalah. Besar juga belanja; perabung, paku, kayu sikit.

Kali ni aku belasah guna zink kilang kaler biru 10 kaki (lebar 2 1/2 kaki). Kalau zink biasa yang 10 kaki tu lebarnya 2 kaki aja dan aku perlukan dalam 240 keping. Bila buat perbandingan; beza harga cuma RM180 itu yang terus sambar zink kilang.

Jadi sepanjang Syawal masuk ke Zulkaedah tahun ini kerja aku berulang alik dari JB ke Pontian. Blog pun ke laut. Maklumlah aku bukan tukang. Kerjapun perlahan. Akhirnya panggil member tukang si Adiey kat kampung suruh sambung kerja. Janji bumbung tak bocor untuk 30-40 tahun akan datang sudah. Hasilnya:

177 keping pun masih kurang sekeping, kenalah guna zink lama huhuhu

Pesanan aku buat semua - Jangan harap bantuan dan paling penting; Jangan Pinjam Along tau!

Suatu Petang Di Tepian Pantai

EmpayarUtama - Monday, July 2, 2012 : 8 comments

Ishhh cam pak menteri betul sibuknya aku minggu lepas. Pun sempat gak pos satu cerita pastu sibuk semula. Berulang alik ke kampung halaman yang tercinta sebab setelkan dua tiga hal pasal tanah serta bil-bil berkaitan.

Gambar sebelah aku cilok dalam cerita Singgahle ke Pontian dulu. Berlatarbelakangkan Marrybrown sebab semalam kitorang selibret
harijadi Aiman. Yang betulnya dah lepas 4 hari tapi hari sekolah, dan aku memang tak sempat. Jadi semalam buatle di Pontian bersama kaum keluarga. Tajuk memang ada lari sikit dari cerita cuma Marrybrown ni memang mengadap pantai hehe.

Jom tengok gambar je yea (nak ajak makan dah abis ^_^)


...Sabar menunggu yang lain...






...Separuh je. Yang lain sibuk main kat dalam bilik...




Grup kami tak ramai. Cuma 4 keluarga dalam 25 orang je. Itupun tak semua ada - korum tak cukup der... Tapi dalam Marrybrown tu ramaile. Kek bagi kat budak-budak yang ada kat dalam pun tak cukup.

First time nih buat kat luar dan pihak Marrybrown sediakan mascot, beberapa permainan dan sediakan hadiah buat budak-budak tu. Terima kasih banyak-banyak buat warga Marrybrown Pontian yang sudi sponsor serba sedikit serta beri layanan yang terbaik :)


Memang Lupa

EmpayarUtama - Tuesday, March 6, 2012 : 8 comments

Haishhhh camanala aku ni dah tua sangat kot. Dah lepas satu hari dah ni tapi sempena Bulan Mac 2012 tahun Naga Air aku pun nak ucapkan Selamat Harijadi kat semua yang berbintang Pisces especially kat aiEz dan ❤MaYa MustWany❤ (yang lain-lain aku tak ingatle) ^_^.

Kepada yang tak lahir bulan Mac aku ucapkan selamat Hari Raya yeay...

Ni birthday card dari Ratu Satin semalam; baru bukak fesbuk satu jam tadi hahahah




Makasih banyak yea dik, aku betul-betul lupa...





Cabaran Bermula, Ada Berani?

EmpayarUtama - Tuesday, January 3, 2012 : 19 comments

Entri pertama aku tahun ni dalam suasana yang agak kelam kabut. Ni pun baru je balik setelkan transpot budak-budak. Sampai empat sekolah nak kena susun.

Siang tadi setengah hari bersenang lenang kat sekolah kebangsaan daftar persekolahan Afrina. Ngam-ngam dapat duduk depan meja cikgu; taklimat bermula.

Santai je lah aku potong kertas A4 pastu buat nombor ramalan pas kat ibubapa yang ramai berdiri kat belakang. Cam biasa aku amik nombor satu sebab dah duduk hehehe.

Dah ada nombor tu terus je ke kedai koperasi beli buku tulis dan aktiviti dia, abang dan kakaknya; kes last minit baru beli hahahah. Siap je kat situ bergegas pulak ke Pejabat Pendidikan Agama sebab baru teringat ada beberapa lagi buku sekolah agama belum lengkap. Elehhh sampai sana pun masih tak lengkap juga le... Terus gi Giant hantar jahit lencana kat Auntie yang entah bila ntah nak tampal seluar jeans koyak aku. Pukul 4 tadi baru rasa ok dah semua. Ok mende, teringat pulak nak confirmkan kelas si kakak yang naik menengah sesi pagi ke sesi petang. Semalam dah tipon cikgu dia - macam dengar tak dengar je; hambik ko rupanya kena sesi petang. Kenalah ke sekolah agama pulak tukar kelas dia ke belah pagi. Semput tul.

Balik rumah, nampak ada satu kertas Pos Laju kat pagar alammmakkk bila pulak aku order barang ni? Tak de nama pengirim - Si Alya pulak sibuk nak ikut. Cabutle ke bangunan Pos Laju kat Larkin Industri. Sekali tu kan.......


Tak sempat aku nak snap parcel buat kenangan; laju je Alya bukak bungkusan tu... Adei... Aku cuma boleh jeling-jeling manja jelah sebab tangan dok pegang stering. Dalam hati aku terharu sangat terima hadiah dari Remyhazza sebab seumur hidup aku tak pernah dapat peten camni. Siap ada kad lagi:



Memang cantik hadiah ni siap stand:

Tapi bila fikirkan semula kat rumah ada hero dan ramai heroin; aku buat keputusan gantung kat dinding. Remy, terima kasih atas hadiah dan ingatan tu harap terus berblogging dan berjaya dalam apa jua yang kamu cita-citakan. Aku juga harap sangat agar entri ni jadi pemberi semangat buat kita semua. Tahun ni nampak macam lebih mencabar berbanding tahun sudah.

Selamat berblogging dan selamat bertahun baru ^_^



Aktiviti Akhir Bersama...

EmpayarUtama - Saturday, November 12, 2011 : 63 comments

Malam tadi hantar anak sulung ke sekolah ikut rombongan darjah 6. Tak semua rakan ikut serta.

Rasanya banyak juga sekolah yang anjurkan program lawatan untuk murid-murid tahun 6 sebagai program terakhir perpisahan. Hampir enam tahun bersekolah diorang dah ada kumpulan kawan baik terutama pelajar perempuan.
Dalam perjalanan aku bertanya; 'Semua kumpulan kawan kakak pergi ke?'; Jawabnya ada dua orang -yang seorang tu baru je bayar kat cikgu tapi seorang lagi tak ikut. Aku cuba selami psikologi kanak-kanak; apa perasaan mereka jika tidak dapat bersama yang lain terutama waktu-waktu terakhir persekolahan...

Bagi pihak keluarga pula, mungkin ada beberapa sebab untuk tidak hantar anak-anak ikut serta:

- Dah selalu sangat pergi. Munasabah juga tapi suasananya berbeza jika pergi bersama kawan-kawan sekelas. Aku cuba selami perasaan ini dengan meletak diri aku sebagai seorang anak yang tidak berjaya ikut program sekolah. Apatah lagi ini rombongan terakhir bersama rakan-rakan sekelas yang hanya tinggal beberapa hari saja bersama. Naik ke tingkatan satu mungkin berpisah...

- Masalah kewangan. Yang ini aku faham bukan semua keluarga dapat sediakan bayaran. Jumlah RM150.00 mungkin agak besar bagi yang bekerja sendiri atau berpendapatan kecil. Tetapi makluman tentang program ini diedar seawal 4 bulan dahulu oleh pihak sekolah dan boleh bayar berperingkat. Aku cuba yang terbaik seadanya untuk pastikan si kakak dapat bersama rakan-rakannya untuk itu...

- Perkara lain yang agak peribadi dan susah nak dijelaskan; antaranya takut terjadi apa-apa waktu perjalanan. Ini kita tidak boleh kawal kerana bukan hak kita untuk melawan takdir. Cuma sebaiknya elak dari berfikir negatif.

Dan sebagai anak yang tidak dapat ikut serta; memang akan rasa sedih (mungkin menangis semaunya apatah lagi anak perempuan). Rasa kecewa tu semakin parah bila pada minggu terakhir sekolah minggu depan - rakan-rakan yang pergi bercerita tentang keseronokan mereka be-rombongan, siap bergambar sakan gitu. Ada yang akan berkata 'rugilah kau tak ikut'. 'Oh! Malangnya aku tak dapat ikut...'

Suasana itu tak mungkin dapat diulang...

Kepada ibu bapa dan anak-anak yang terlepas rombongan - terimalah hakikat. Aku berpesan kepada Airina; pakat-pakatlah dengan kawan-kawan sekumpulan. Kongsi keluarkan seorang 2 ringgit ke, berapa ke; kemudian belikanlah hadiah untuk
kawan kakak yang tak dapat ikut tu;

dia kawan kakak kan?...