Pertama sekali mintak maaf kat Alam Wakaka & Crew dan peminatnya kerana terhasil perkongsian cerita hari ini. Aku harap apa yang aku kongsikan dapat jadi iktibar untuk perancangan akan datang - baik penganjur maupun peserta.
Jika ianya dapat dilihat dari sudut positif adalah lebih baik. Cenggini ceritanya:

Promosi dan pendaftaran dibuka pada 28 April 2013 (Ahad) untuk kelas tarian. Pagi tu ramai sungguh ibu bapa datang hantar anak-anak mereka kerana melayan minat anak-anak. Rasanya dua ratus lebih jugalah sambutan yang diterima untuk sertai kelas ini.
Tapi dalam tempoh satu jam kemudian, majoriti mereka pulang dengan anak-anak. Aku nengok muka ibu bapa dan anak-anak tu agak kecewa. Muka budak-budaklah yang paling sedih aku nampak.
Aku pun tanyalah Alya kenapa ramai balik. Dia kata pendaftaran kena bayar RM20 dan yuran bulanan RM50. Ooooooo patutlah. Dalam flyers dan bunting/banner tak sebutpun pasal yuran pendaftaran dan yuran bulanan tu. Memang kesianlah kat bebudak yang bersemangat bangun pagi mungkin dari jauh datang ke KBS (Kelab Belia & Sukan) Larkin.
Dan lagi satu memang tak ada jadual tersusun untuk sesi itu. Maksud aku yuran bulanan itu untuk berapa sesi sebulan? Jika ditunda, bila akan diganti?
Meh lihat tarikh-tarikh hari Ahad sepanjang Mei 2013: 5 Mei, 12 Mei, 19 Mei dan 26 Mei. Maksudnya ada 4 sesi. 5 Mei ada kelas, 12 Mei tiada sebab pilihanraya umum, 19 Mei ada kelas, manakala 26 Mei ditunda entah bila. Jadinya - Bulan Mei cuma ada 2 sesi saja.

Lihat tarikh-tarikh hari Ahad bulan Jun 2013 pula. 2 Jun ada kelas, 9 Jun ada kelas, 16 Jun, 23 Jun, 30 Jun semua kelas ditunda hingga dimaklumkan. Jadi sepanjang Jun 2013 pun cuma ada dua sesi saja.
Banyakla pulak persoalan kat pala otak aku: Adakah setiap Ahad bulan Julai 2013 juga akan ditunda kerana puasa? Dan adakah setiap Ahad Bulan Ogos 2013 pun akan ditunda kerana beraya? Berapa sesi sebenarnya setiap bulan? Dah banyak hari tunda, bila nak ganti?
Yang lagi beshnya tu kan, mesej tunda diterima sama ada belah malam Ahad atau pagi-pagi buta hari Ahad.

Sebenarnya Ahad adalah hari bersama keluarga untuk ibubapa yang bekerja. Tapi kami beri masa itu untuk anak-anak kerana minat/pelajaran mereka. Aku bajet diri sendiri - pagi hingga 12.00 tengahari untuk kelas tarian Alam; 11.00 hingga 12.45 untuk Afrina di Sekolah Agama; manakala 2.00 hingga 6.30 petang untuk Aiman yang akan ambil UPSR tahun ini. Memang tahun 2013 tak banyak masa kami sekeluarga balik kampung jenguk nenek mereka.
Pandangan aku, jika Alam & Crew tidak dapat memenuhi semangat berkelas tari - batalkan dulu. Jika SETIAP AHAD adalah sesi kelas bemakna sepanjang dua bulan ini Alam & Crew sudah berhutang 5 sesi kepada budak-budak tu. Aku boleh halalkan yuran, tapi aku bukan mewakili semua ibubapa. Jika boleh hantar pesanan untuk kutip yuran dan tunda hingga entah bila; takkan tak boleh buat yang sama untuk perjelaskan kepada ibu bapa?
Buat Alam & Crew, jangan marah ya...
Kemaskini hari ini - Ahad pertama, 7 Julai 2013 (betul tak apa aku tulis sebelum ni):