Taman Merdeka dibuka secara rasmi dua tahun lepas. Kalau dari rumah aku, jaraknya lebih kurang je macam nak ke Hutan Bandar. Sesuai sangat untuk beriadah, 'sight-seeing', bersukan, berenang atau saja-saja nak ‘kapling’.
Setakat berjalan kaki keliling 'tasik' tu aja dah semput sebab laluannya berbukit. Kalau nak redah semua;

setengah hari pun belum tentu habis sebab keluasannya lebih 31 ekar. Berbeza tul rasanya jalan kaki kat sini berbanding jalan kaki men golf.
Di sini kita boleh imbau sejarah kemerdekaan negara berdasar sembilan laman khusus yang dibina. Laman-laman ini menggambarkan perkembangan sejarah kemerdekaan negara iaitu Laman Peringatan Kesultanan Melayu Johor (Laman Melayu); Laman Peringatan Sultan Abu Bakar; Laman Peringatan Penjajahan Jepun; Laman Peringatan Penentangan Komunis; Laman Peringatan Kedaulatan Raja-Raja Melayu; Laman Peringatan Semarak Kemerdekaan; Laman Malaysia; Padang Merdeka dan Promenade Perarakan Kemerdekaan.
Meh nengok slide (51 gambar kot) :
Kalau tak salah, Taman Merdeka ni antara salah satu tempat aku pernah cadangkan untuk Gath GBS sebab jaraknya yang dekat dengan Bandar JB (3 km). Ada 2 tempat makan; yang pertama lebih kepada suasana ‘kolonial’:
Manakala yang kedua ni memang meriah tiap malam:
Haaaa, marilah ke Taman Merdeka. Hujung minggu ni cuti 3 hari sempena 1 Malaysia kannnn...
Sebelum lupa; hari ini bermula UPSR. Selamat menghadapi peperiksaan dan semoga berjaya dengan cemerlang buat semua murid-murid darjah enam, termasuklah Putera Nur Aiman :)