Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Festival Anime: Sutera Mall 28 Mei

EmpayarUtama - Sunday, June 4, 2023 : No comments

Lupa nak beritahu, Anime Fest yang berlangsung di Sutera Mall Skudai pada 27 dan 28 Mei 2023 minggu lepas merupakan acara berbayar. Ini kerana ramai artis jemputan dari luar negara terutama dari Jepun yang turut serta.

Senang kata, acara untuk dua hari tu adalah acara tertutup di mana para pengunjung shopping mall di sini tidak dapat menonton.
Kali ini untuk hari kedua, 28 Mei 2023; Yana memilih kostum 'Geisha'.

Geisha dalam erti kata lain adalah penghibur dan tuan rumah wanita tradisional Jepun. Geisha juga dikenali sebagai Geiko atau Geigi yang menjadi artis persembahan wanita Jepun seperti tarian, muzik dan nyanyian, rakan berbual serta hos (sekarang kita panggil deejay atau mc).


Penampilannya berbeza dengan mengenakan kimono labuh, gaya rambut tradisional dan solekan oshiroi. Mengikut sejarah, Geisha berhibur di parti yang dikenali sebagai ozashiki, selalunya untuk hiburan pelanggan kaya serta membuat persembahan di atas pentas dan di festival.


Pertama kali muncul pada tahun 1751 dengan geisha sebelum itu adalah penghibur lelaki (sumber wikipedia).

Mari kita layan gambar-gambarnya ya:











Konvo Yang Tertunda

EmpayarUtama - Wednesday, May 31, 2023 : No comments

Ini lanjutan kepada cerita aku pada 5 Oktober 2021 dulu. Setelah tertunda 2-3 kali, akhirnya berlangsunglah majlis Konvokesyen ke 96 di UiTM Shah Alam.

Majlisnya berlangsung dari 20 Mei 2023 hingga 3 Jun 2023 tak tauler berapa banyak sesi. Si kakak ni kena sesi ke 10 (25 Mei 2023) belah pagi. Dengar cerita mereka kumpulkan hingga 3 tahun para graduan dan kali ini semuanya dilangsungkan di sini.

Seminggu sebelum majlis kakak ni dah pergi dengan adik-adik dia; naik bas untuk booking jubah; booking fotoshoot; booking hotel untuk 1 malam dan entah booking apa lagi ntah.


Walaupun setiap hari ada sampai 2 sesi; tapi kalau nak elak jem dalam UiTM; boleh je park kenderaan di luar. Pengangkutan keluar masuk percuma disediakan. Tapi aku redah juga masuk sebab hanya 2 orang saja yang boleh masuk dewan.

Lepas acaranya aku balik ke bilik untuk check out dan ambik adik-adiknya. Kalau diorang ikut sekali, masak dalam kenderaan dok nunggu acara tamat. Hotelpun dekat je tak sampai 5 minit pun berkenderaan...

Aiman dan Alya tak dapat join sebab masing-masing tengah belajar sorang kat Terengganu, sorang kat Melaka. Kitorang balik petang tu juga sebab Yana nak masuk Anime Fest di Sutera Mall 27 dan 28 Mei, takut tak sempat Mak Usunya nak solek.

Kat bawah ni aku pilih beberapa kenangan untuk diabadikan dalam blog ni :


Cuaca memang sangat panas, kena pula tiap sesi rasanya dalam 500-600 graduan. Kesian abang polis mengawal lalulintas kat dalam. Sementara tunggu si kakak selesaikan sesi bergambar dan pulangkan jubah; aku bersembangle dengan abang pulis melayan penat dia hehe.


Alhamdulillah selesai satu acara. Tahniah ya Airina, kerja pun dah dapat tak jauh dari rumah. Gaji simpan untuk persediaan kahwin pulak ahahahahahah. Dah dulu, nanti aku kongsi cerita lain bila rajin ya...


Festival Anime: Sutera Mall 27 Mei

EmpayarUtama - Tuesday, May 30, 2023 : No comments

Kali ini Anime Fest berlangsung di Sutera Mall Skudai pada 27 dan 28 Mei 2023. Puteri bungsu mencuba Cosplay 'Asagiri Aya' untuk 27 Mei 2023.

Asagiri Aya atau Aya Asagiri adalah watak utama siri anime dan manga Magical Girl Site yang dicipta oleh Kentaro Sato.

Sejarahnya Asagiri Aya ini ialah seorang gadis berusia 14 tahun yang hidup sengsara. Didera oleh abang angkatnya dan sering dibuli di sekolah.


Asagiri Aya kononnya seorang gadis berkulit cerah dengan rambut hitam. Matanya bercampur merah jambu dan coklat yang memancarkan rona kemerahan. Dia selalu dilihat memakai uniform sekolahnya.

Kuasa pada kayunya akan mengubah bola mata berbentuk hati dan rambutnya pula akan bertukar menjadi merah violet.

Kat bawah ni antara sebahagian gambar dia yang aku pilih:






Sutera Mall ni terletak di Taman Sutera Utama, Skudai, Johor, dibuka pada 8 Ogos 2008 yang terkenal dengan pelbagai tawaran dan suasana yang meriah.

Juga dipanggil sebagai Sutera Square, dikenali sebagai syurga makanan, menghimpunkan pelbagai kedai yang merangkumi masakan tempatan dan antarabangsa.

Ia menjadi antara 7 tumpuan pusat membeli belah menarik di JB, popular di kalangan warga Singapura. Sebagai salah satu pusat beli-belah, anda boleh melihat pelbagai jenis kedai daripada restoran, aksesori telefon bimbit, kedai kesihatan, urutan dan banyak lagi.

Di sini terdapat AEON BIG Hypermarket, dan terkenal dengan Kedai Buku Popular (Popular Bookstore) di mana anda boleh menerokai berpuluh ribu buku Inggeris, Mandarin, Bahasa Melayu dan Tamil.

Konsep Budaya dan Pendidikan digabungkan dengan Membeli-belah menjadikan suasana berbeza untuk semua para pengunjung. Jom singgah :)




Pistol buat sendiri guna plywood dan tabung shuttlecock.
Pastu spray guna belen spray silver yang ada.



Klook.com