Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Malaysia Prihatin

EmpayarUtama - Thursday, August 13, 2020 : No comments

Iya betul ada buat kesilapan. Alasan mudah - Bendera dipasang oleh pekerja warga asing. Tapi bila kesilapan itu hingga boleh dilihat dan diviralkan, nampak sangat pengurusan tak ambil peduli.

Teringat waktu sekolah rendah dulu, semua pelajar dapat giliran pasang bendera. Benderanya besar, kita budak
kecik tapi cikgu ajar camana letak kat bahu jangan sampai bendera tu cecah tanah. Cikgu juga ajar bagaimana cara ikat sebelum naikkan bendera.

Paling gemuruh bila kena pilih naikkan bendera waktu perhimpunan. Rasa bengang semacam je bila lagu dah habis, bendera baru tiga suku tiang; atau bendera dah habis naik, nyanyian belum habis. Huhuhuhu rasa panas jah muka...

Harapan aku lepas ni tak ada lagilah cerita pasang bendera terbalik. Selamat menyambut Kemerdekaan ke 63, Hari Kebangsaan ke 62, dan ulang tahun ke 57 penubuhan Malaysia.

._._.




Cuba Masak Sendiri

EmpayarUtama - Sunday, July 5, 2020 : No comments

Semalam cadangnya nak bawa budak budak makan kat luar. Ada satu restoran Kari Kepala Ikan di Sentosa memang sedap. Tapi tukar rancangan nak cuba masak sendiri tengok jadi tak macam masakan restoran tu.

Kepala Ikan Merah beli kat Giant RM11.00. Bendi 5 biji, terung sebiji nanti potong lapan, daun kari beli kat
kedai Acheh tak sampai lima ringgit. Serbuk Kari memang ada stok.

Udang 24 ekor RM17.00. Daun kari bagi 2 – separuh untuk kepala ikan tadi. Yang lain - lada merah, telur, majerin Daisy memang ada stok kat rumah. Tepung jagung je beli ntah lupa berapa ringgit ntah peket kecik.

Restoran tu sajikan otak-otak ikan tapi aku tukar kepada telur ikan. Ada jual kat Maslee Larkin dalam RM7.50 (lebih 400 gram) dapat 3 keping. Telur untuk telur dadar dan serbuk kunyit untuk menggoreng telur ikan memang ada kat rumah.

Dan inilah hasilnya untuk hidangan 9 orang ahli keluarga. Budak budak cakap sama rasanya dengan kat restoran tu. Kos semua sekali (kalau stok barang mentah lain memang tak ada, beli semua) tak cecah RM50:

Kari Kepala Ikan
Udang Goreng Butter
Telur Ikan
6 biji Telur Dadar

Untuk lauk set makanan ni aku jimat lebih 3/4 dari harga makan di restoran. Berbaloi tau. Cubalah...


Bil TNB Melambung?

EmpayarUtama - Sunday, June 21, 2020 : 1 comment

Penggunaan elektrik rumah sekitar RM200 sebulan atau sekitar 525 kWh sebulan. Campur tolak dalam sepuluh ringgit larinya. Jadi bayar jelah macam biasa walau tak terima bil atau bil lambat sampai. Cuma bil bulan Mac boleh terlupa pulak eheh.

Ikut pada bayaran yang dah dibuat, untuk 6 bulan terakhir berjumlah RM1,420 atau RM236.67 sebulan.

Jika ikut bayaran 'yang sepatutnya' cuma perlu bayar RM200 x 6 = RM1,200 je kan?


Kira dah terlebih bayar sekitar RM220 lah setakat 5.6.2020. Okey itu pengiraan aku.


Jadi, ikut bacaan bil terkini (91 hari) jumlah kena bayar ialah RM639.62 dan penggunaan sebanyak 1697 kWh. Bila dibahagi 3 (bulan); tiap bulan lebih kurang RM213.21 atau penggunaan sebanyak 565.67 kWh.

Aku fikir sepanjang 3 bulan ni memang patut kena lebih sikit sebab semua orang ada di rumah, 24 jam setiap hari. Campur bulan puasa, diorang pun kurang tidur. Jadi adalah kenaikan sikit sekitar RM13.21 atau kenaikan penggunaan dalam 40 kWh sebulan.

Ada pula Diskaun Rangsangan Ekonomi 15% dan anggaran terdahulu (yang telah dibayar macam biasa), tup tup jadi negatif RM242.30 (-RM242.30). Tadi pun aku ada tulis macam dah terlebih bayar sekitar RM220 kan?

Haaaaa aku rasa; bil TNB yang diterima tak ada masalah apa-apa. Cuma heran bila ramai merungut bil tiba-tiba melambung... Tak pasti kenapa cuma aku fikir sama ada; (pertama) ada bulan-bulan yang tidak dibayar bilnya dan jadi tunggakan bulanan atau; (kedua) memang bayar tiap bulan tapi tak pernahnya cukup ikut bil yang diterima – dalam erti kata lain, terunggak sikit sikit tiap bulan campur lagi dengan 3 bulannyer bil yang memang tak dibayar (alasan bil tak datang, kannnnnn...); memang tinggi ler bila terima bil terkini. Cuba periksa dulu bil untuk 3-6 bulan terakhir sebelum masuk bil untuk bulan Mac 2020 dan dapatkan anggaran penggunaan (RM & kWh) untuk sebulan. Rasanya tak lari jauhlah, takkan sampai ke Wuhan tu...


Dan terkini, baca juga makluman tentang Bekalan elektrik tidak akan dipotong sehingga 30 Sept - TNB.



SOP Anak Bongsu

EmpayarUtama - Monday, June 15, 2020 : 2 comments

1 Julai – Lagi 2 minggu kemungkinan besar Tadika akan beroperasi semula mengikut SOP terperinci Kementerian Pendidikan.

Tak dapat bayangkan pagi itu bagaimana ragam si bongsu bila lihat abang-abang dan kakak-kakaknya dari darjah 1 hingga tingkatan 3 masih di rumah tidak ke sekolah.

Takut abah dan mamanya pula lewat atau tidak dapat ke tempat kerja hari itu dok melayan karenah anak bongsu ini. 

"Semua prasekolah dan tabika akan dibenarkan kembali dibuka bermula 1 Julai ini, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keputusan itu melibatkan 6,216 prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan 7,887 buah milik swasta, serta 1,781 tabika di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan 8,530 tabika kemas di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

"Mesyuarat khas telah bersetuju berhubung pembukaan prasekolah dan tabika bermula 1 Julai ini.

"SOP yang terperinci akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan," katanya dalam sidang media harian Covid-19, di Putrajaya hari ini."

Salam Lebaran, Semoga Sihat Sentiasa

EmpayarUtama - Thursday, May 21, 2020 : 5 comments

Hati...
Bertabahlah dengan segala ujian


"Ampun maaf..
Ku pohonkan di angin lalu..
Ampuni anakmu..
Dari segala keringan dosa.."
Sebahagian lirik lagu 'Lambaian Aidilfitri'



Bukan lagu raya...





Perang Dunia Ketiga

EmpayarUtama - Saturday, May 2, 2020 : 1 comment

Tempoh PKP masih berbaki hingga 12 Mei 2020.

Awal pagi 1 Mei 2020 laman web 'prihatin perkeso' baru keluarkan notis penutupan, tetapi tarikhnya di'backdated'kan kepada 22 April 2020. Screenshot ada kat bawah.

Kenapa jadi begitu? Menteri Sumber Manusia pula kata Perkeso masih
menerima permohonan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP).

Mau tak mau majikan kena beroperasi bulan Mei. Segala kos operasi termasuk gaji pekerja; majikan kena tanggung walaupun tahu perniagaan untuk Mei tidak menjanjikan apa-apa.



Apa dalam kepala pemikiran kita sekarang? Bayangkan berada di tengah lautan yang dilanda badai.

Yang ada bot yang rapuh mahu terus belayar untuk elak bot karam.

Yang ada bot yang agak kukuh mahu bertahan, takut bot karam jika diredah. Dalam bertahan dan menunggu; badai tidak juga reda. Daratan masih jauh.

Apa pilihan yang sepatutnya?

Rasanya, kita tak boleh tunggu sehingga 2021 untuk menang melaui vaksin/ubat. Tiada negara yang mampu bertahan selama itu.

Dan ini libatkan hampir semua negara, musuh yang sama. Tanpa senjata.

Inikah Perang Dunia Ketiga?



e-Commerce

EmpayarUtama - Saturday, April 25, 2020 : 2 comments

Kita sudah diberi pesan, "Jika Tak Pasti - Jangan Sebar". Bila disebar juga, banyak pro dan kontra akan keluar.

Lebih teruk, ianya boleh jadi perbalahan pada hal isu asal bermula dari pihak lain...

Sepanjang PKP ni kita tau kedudukan
kewangan ramai pihak makin kurang. Tapi masa-masa camnilah banyak tawaran buat/jana duit boleh mempengaruhi mereka yang terdesak nak duit cepat, tanpa fikir panjang terlebih dulu.


Gambar/Imej dah elok;
tulisan/pertuturan pula tak berapa nak elok...





Yang ini pula; berniaga tapi fb nya tak idup
(fb nama lain ada aku jumpa):









Sebenarnya, --> Ini yang nak aku sampaikan ...



Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) vs Program Subsidi Upah (WSP)

EmpayarUtama - Saturday, March 28, 2020 : 6 comments

Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) – Untuk Pekerja

1. Antara Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama, diumum pada 16.3.2020

2. Telah dibuka pada 20.3.2020, layari laman web PERKESO untuk borang ERPC-19

3. Untuk Majikan yang telah keluarkan Notis Cuti Tanpa Gaji (CTG) bermula 1.3.2020. Notis CTG perlu jadi dokumen sokongan selain borang ERP

4. Nilai RM600 sebulan (maksima 6 bulan) untuk pekerja bergaji RM4,000 ke bawah


Program Subsidi Upah (WSP) – Untuk Majikan

1. Antara Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) 2020, diumum pada 27.3.2020. Penambahbaikan / peluasan kepada Program Pengekalan Pekerjaan (ERP)

2. Akan berkuatkuasa 1.4.2020, maklumat lanjut e-mel perkeso@perkeso.gov.my atau facebook.com/perkeso.official

3. Majikan yang menuntut tidak dibenarkan buang pekerja, potong gaji atau arahkan pekerja ambil Cuti Tanpa Gaji (CTG) bagi tempoh 3 bulan selepas program dilaksana

4. Nilai RM600 sebulan untuk 3 bulan (kalikan dengan bilangan pekerja bergaji RM4,000 ke bawah) untuk majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50 peratus sejak 1 Januari 2020. Mungkin penyata pendapatan bulanan dari Jan hingga Mac diperlukan sebagai dokumen sokongan


Baca juga pautan berkaitan Majikan Perlu Tuntut Program Subsidi Upah dan Subsidi Upah Menerusi Majikan

Aku cuba buat ringkasan dalam perkongsian ini. Kalau salah tolong perbetulkan dalam ruang komen ya. Tapi aku rasa tak semua pekerja dan majikan layak untuk program subsidi yang ditawarkan di atas...


Situasi Menang Menang

EmpayarUtama - Thursday, March 19, 2020 : 4 comments

Pagi semalam pos satu cerita pasal nak buat 'win-win situation' dan cuba kekalkan keharmonian antara majikan dengan pekerja.

Belah petangnya, Menteri Sumber Manusia buat kenyataan seperti di bawah:

Majikan, walaupun setengah bulan tidak beroperasi:
- Masih kena bayar sewa bulanan premis
- Masih kena bayar segala bil utiliti bulanan – talipon, internet, elektrik, air
- Akan panggil dan bayar upah servis mesin yang tak dapat berfungsi selama 2 minggu
- Tetap buat caruman bulanan kepada jabatan kerajaan – KWSP, PERKESO, PERKESO-SIP
- Tetap kena akur dan patuh arahan Menteri, nanti kena denda

Pekerja, walaupun setengah bulan tidak beroperasi:
- Dua bulan pertama masih bergaji serta berelaun, bukan kena berhenti kerja
- Tak perlu datang kerja dua minggu berikutnya
- Tak perlu kelam kabut sain kedatangan (sebelum ini memang datang lambat sakan)
- Jimat duit minyak untuk dua minggu
- dapat gaji walau tak bekerja sebab majikan kena patuh arahan menteri


Kemaskini 9.00 pagi tadi: Berkaitan Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Perjanjian Bersama untuk menjaga kebajikan dan kepentingan pekerja, serta siapa yang layak terima bantuan RM600?


Eheheh, inilah dia keharmonian antara Majikan dan Pekerja...


Keharmonian Antara Pekerja Dan Majikan

EmpayarUtama - Wednesday, March 18, 2020 : 5 comments

Tiba tiba je staff bertanya tentang cuti sempena tempoh perintah kawalan pergerakan sepanjang 14 hari ni. Itupun selepas tular beberapa maklumat yang tidak tepat menerusi fb dan beberapa medium sosial.

Sebenarnya pihak yang betul untuk dirujuk adalah majikan mereka sendiri – spesifiknya HR mereka. Bila mereka rujuk maklumat dari pihak luar yang
bukan dari Kementerian Sumber Manusia pastu baru bertanya kepada HR masing-masing, nampak sangatlah kurangnya hubungan baik atau keharmonian antara pekerja dan majikan.

Rujukan paling tepat ialah surat tawaran/pengesahan kerja yang telah dipersetujui dan ditandatangani bersama antara pekerja dan majikan. Surat tersebut menjadi kotrak rasmi bertulis yang telah diperhalusi oleh pihak majikan untuk kebaikan bersama.

Tapi bila timbul isu Covid-19 serta arahan penutupan premis perniagaan yang beri kesan kepada majikan dan pekerja; baru nak baca Akta Pekerja 1955. Dan terima info untuk Seksyen yang salah.

Cadangan aku kita ambil situasi menang-menang sajalah.

Dari 14 hari itu cuma 10 hari bekerja saja, kan? Apa kata anugerahkan pekerja 5 hari cuti sakit berbayar (majikan rugi 5 hari walau perniagaan tak beroperasi) dan pekerja setuju terima baki 5 hari lagi sebagai cuti tanpa gaji.

Boleh je, kannnnn......


Masa Masa Bosan

EmpayarUtama - Monday, March 9, 2020 : No comments

Kalau korang bosan dan ada sikit masa, korang buat apa ya?

Aku kalau gi kerja, bila time nak balik akan ambik 5 ke seploh minit men game. Aku tak berapa gemar bukak fesbuk atau wazap sebab kalau dah tertengok fesbuk tu; bukan kata 5 minit. Boleh jadi 50 minit pun tak habis nak skrol huhuhu.
Jadi aku men game je. Game yang memang satu satunya aku donload dan rajin main – Bubble Witch 2 Saga.

Dekat lima tahun jugakler layan, tetiba dah lepas Level 1700. Cuma satu pemain je aku tak terkejar nama dia Toby.

Game nih kira ok ler. Tak cerewet sebab sekarang nih ada game dalam game. Selain dari lengkapkan Level, ada teamwork untuk 'Bingo'. 3 pemain dipilih secara rawak dan dalam tempoh 24 jam kita cuma boleh lengkapkan 2 pilihan butang je.

Kalau teamwork bagus, sekejap je dah dapat 'Bingo' dan boleh main Bingo lain pula. Tapi selalunya dapat pemain yang langsung tak ada teamwork.

Kalau sapa-sapa ada main game nih dan nak tau Level mana yang mudah untuk lengkapkan gamenya; haaa camni (tapi separuh je aaa, nanti panjang pulokkkk posting nih):
Froggles / Red / Blue Bubbles – Level 1247. Clouds / Defeat Morgana – Level 21. 1 level ada 3 Morgana. Kalau nak defeat Morgana 4 times, main level 21 tu 4 kali, kalau dia minta kill 20 Morgana, main le level tu 7 kali. Untuk Clouds, Sekali habis 1 level 21 tu, dapat 41 clouds

Free the Ghost – Level 24 (Kalau diminta free 4 ghosts, mainle 4 kali level tu)

Yellow Bubbles, aku main level 27

Green atau Purple Bubbles, pilih level 33. Kalau arahannya nak kumpul Purple tapi level tu keluar green, Endkan game tu.

Kita diberi 5 nyawa. Kalau habis nyawa, tambah le lagi kat butang bawah kanan tu dan sambung main lagi.

Bubble Wheels / Cursed Bubble - aku ambik Level 731, ada 10 wheels untuk level tu. Nak 50 wheels men le level tu 5 kali. Black Bubbles - Level 679.

Dalam Bingo, elakkanle pilih butang-butang 'star', win level atas, penggunaan hadiah-hadiah bagai tu sebab tu semua power level/hadiah yang kita penat kumpul. Men game nih nak kumpul power level/hadiah; tapi men bingo nak kena guna benda tu utk dpt hadiah lain pulak... Kalau dah kumpul banyak boleh ler guna hehe.

Eh masa dah time, k bai nak balik dah ni...

Semoga Dipermudahkan Urusan

EmpayarUtama - Thursday, January 23, 2020 : 4 comments

Ahad ini, 26/01/2020 merupakan hari yang istimewa buat salah seorang ahli keluarga kawan aku. Dia minta kalau boleh buatkan satu posting sebagai kenangan dan appresiasi dari ahli keluarga yang tak dapat hadir ke majlis beliau.

Aku tanya kenapa tak pergi? Takde jemputan katanya. Ohhh begitu.
Memang tak perlu pergile kalau takde jemputan, tak elok, kan. Lebih kurang cenggitulah katanya. Biasanya jemputan akan dihebahkan. Takde jemputan diam-diam ajalah, tak yah nak beritahu. Tapi yang ini – tak jemput pula dihebahkan di grup keluarga. Yang bestnya, tukang solek adalah salah sorang ahli keluarga yang tak dijemput...

Dia tambah lagi, keluarga yang ini macam tak berapa nak campur sangat dengan ahli-ahli keluarga yang lain. Jadi macam tak berapa rapat, macam keluarga jauh pula. Jumpa pun masa raya Idilfitri setahun sekali. Itu pun cuma dua tiga jam je.

Agaknya sebab ketua keluarga mereka kerja bagus, berpendapatan tetap yang berpencen; manakala ketua keluarga ahli-ahli keluarga yang lain kerja tak menentu... Agaknyalah ujarnya lagi.

Aku yang dengar terlopong mulut. Walau di luar kebiasaan, aku bersangka baik ajalah. Tak boleh nak komen sebab konsentret dengar cerita
kawan aku ni. Katanya lagi, mungkin diorang tak baca kot Wasiat yang aku tulis dulu. Aku cakap pada dia blog aku nih dah terbengkalai lama dah...

Tapi iyalah, budi bahasa memang amalan kita, adat dan budaya orang timur. Aku tak tau nak kata apa tapi aku usahakan juga untuk hasilkan cerita ni, mewakili keluarga kawan aku.

Kawan aku pesan jangan lupa ucapkan selamat berbahagia, semoga dipermudahkan segala urusan.



Pinjaman Kenderaan 100% ?

EmpayarUtama - Thursday, January 16, 2020 : 1 comment

Pinjaman kenderaan 100% ? Biar betik.

Pepagi gi sarapan ada pakcik tanya camana nak dapat 100% pinjaman kereta. Aku ingat dia salah tanya orang, tapi betul dia tanya kat aku.

Issshhh aku nih buat akaun syarikat dan bayo gaji je. Tapi aku cuba juga
jawab semampu boleh. Ada 2 kategori kenderaan, Baru dan Terpakai

Kalau kenderaan Baru - Bank dah ada garispanduan untuk pinjaman maksimanya. Biasanya pinjaman 100% lepas kedai ejas harga. Selalu nampak pada awal tahun atau hujung tahun bila kedai buat 'clearance' stok lama dan bagi diskaun gila-gila, tapi harga letak dalam invois guna harga standard.

Boleh jadi juga pada waktu-waktu perayaan. Dan ada juga bank terpilih terima 'kereta pandu uji' sebagai kereta baru.

Katalah Kereta A bank dah tetapkan pinjaman maksimanya RM50 ribu (90% pinjaman dari harga invois RM55,600).

Harga jual sebenar di kedai katalah sama (biasanya bawah lagi). Tetiba kedai buat promosi harga runtuh diskaun 8 ribu, harga dah jadi RM47,600.

Campur duit insurans katalah jumlah harga jual sebenar 50 ribu. Tapi dalam invois tetap letak OTR RM55,600. Haa kan boleh dapat pinjaman 100%.

Kalau kenderaan Terpakai - katalah untuk kereta yang berusia 5 tahun tua. Bank bagi 80% je dari harga market (loan 30 ribu, market/harga invois 37,500). Ada 2 situasi pula:

Pertama – kedai 'makan' kereta yang orang nak 'trade in' tapi belum sampai / masuk dalam kedai. Kita boleh potong harganya mungkin 30 ribu tuan kedai berani tolak. Dah dapat dah 100% pinjaman, cuma keluar duit insuran dan potong nama je, kannnn.

Kedua – ada orang nak jual kerata tu murah murah, sekitar 30 ribu je (bersebab; antaranya kecemasan, tak cukup nak belanja obersi, tak mo pinjam PTPTN untuk belanja sekolah anak, kekasih gelapku hadiahkan kereta baru, heheheheh). Haa boleh ler dapat 100% pinjaman. Kena pastikan Invois / 'Bill of Sale' atau cakap kat pegawai bank ikut harga pasaran ler RM37,500 sebab bank cuma bagi 80% je kadarnya...

Itu kadar pinjaman. Belum masuk kelayakan peminjam...

Pinjaman boleh 100% pun kalau bayaran bulanan katalah 500 sebulan (lepas dah kira maksima 9 tahun pinjaman dah tak boleh ejas camana pusing pun) tetapi kelayakan pembeli/peminjam cuma RM330 sebulan, camana nak dapat 100%....... kannn.....