Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Mersing

EmpayarUtama - Friday, January 28, 2011 : 6 comments

Aku selalu ke Mersing lebih tepat lagi ke Kg Ayer Merah - rumah arwah atuk; tempat aku dilahir dan dibesarkan. Tiap kali ke sana pasti ada perubahan.

Yang paling aku perasan ialah panggung wayang terbuka (sebenarnya rumah kedai tetapi bahagian tempat duduknya tidak berbumbung) dah lama dah tak ada
walaupun deretan kedai di situ masih mengekalkan struktur lama.

Tak banyak kenangan sebab aku membesar sebelum kenal dunia. Cuma rumah asal dah berubah dan tanah kat belakang rumah dah dijual.
Ini masjid Mersing yang terletak atas bukit paling tinggi kat tengah bandar. Khabarnya bawah masjid tu adalah lubuk emas. Pernah jemaah nampak 'ibu emas' muncul di tengah-tengah dewan sembahyang dalam masjid.
Bangunan masjid dari dekat.

Daerah ni pernah menggegarkan Malaysia satu masa dulu (kuat sekali gegarannya sampai tumbang beberapa ekar kebun sawit penduduk dok kerana aktiviti melombong dan mendulang emas tak kira tempat) kerana munculnya emas sebesar sekam padi yang paling meriah di kawasan pantai. Masa tu, semua orang jadi malas sebab boleh dapat sekitar dua ribu hanya dalam sehari mendulang!
Pemandangan dari Jambatan Sungai Mersing, di mana masyarakat di sini masih menjadikan hasil tangkapan laut sebagai sumber pendapatan.
Deretan kedai baru yang masih belum dihuni sepenuhnya. Para nelayan di sini juga menjalankan aktiviti sebagai pemandu pelancong persendirian. Untuk bot yang boleh memuatkan 10 orang dalam satu trip, tekong dan pembantu akan ikut serta jika ada group pemancing yang inginkan khidmat mereka untuk ke Kelong yang terletak sebelum Pulau Tioman. Ada 3 kelong yang popular setakat yang aku tahu.
Ini antara gerbang terbaru yang dibina di tepi pantai Mersing. Arca ni dibina betul-betul di hadapan sekolah.
Haaa... Ini antara aktiviti terpenting di Mersing. Jeti ini beroperasi setiap hari dan menerima pelancong baik dari dalam maupun luar negara. Destinasi - Pulau Tioman.
Nampak beberapa pelancong asing menunggu jadual perjalanan ke Pulau Tioman.
Deretan feri yang akan ke Pulau Tioman. Gambar ni dishoot dari jeti Kargo jam 11.30 pagi.

Mersing juga terkenal dengan beberapa jenis makanan yang agak jarang didapati di semua tempat. Kalau aku balik Mersing, aku mesti beli 'Nasi Dagang' kat Tanjung (Seri Tanjung) untuk sarapan.
Sekali order paling kurangpun 5 bungkus sorang. Nasi Dagang ni kena kukus 2 kali - kali kedua dikukus dengan santan dan halba tapi kat JB macam sekali kukus je. Tak sampai 3 jam dah basi.
Satu lagi makanan popular di sana - Satar.

Makanan yang berkaitan secara langsung dengan aktiviti nelayan, juga boleh didapati di mana-mana lorong kalau anda masuk dalam kawasan Seri Tanjung:
Ini ikan masin jenis 'Ikan Talang'. Lima Ringgit je sebungkus. 3 ekor besar-besar tau.
Deretan kedai menjual keropok, keropok lekor, sos pencicah, ikan kering - ada di sepanjang jalan susur tepi pantai di kawasan Tanjung.
Pemandangan yang biasa di lihat kalau menyusur jalan di Tanjung, atau sepanjang jalan menuju ke Pantai Air Papan ikut jalan tepi pantai.

Perusahaan 'Keropok Lekor' yang sekarang ni boleh didapati dalam berbagai saiz. Ada besar sosej, besar ibu jari kaki atau besar lengan budak. Tapi kalau nak fresh yang baru keluar dari air rebusan; kena masuk lorong tengah dalam kawasan Tanjung. Tepi jalanraya cuma yang dah disimpan dalam flask.
Antara wakaf-wakaf untuk beristirehat yang disediakan.
Playground Kg Makam on the way the Pantai Air Papan
Klik kat gambar untuk besarkan kalau nak senang baca cerita pasal Kg Makam ni.
3 gambar kat atas adalah pemandangan pantai sepanjang dari Tanjung ke Air Papan. Cuaca sekarang berangin dan ombak kat tepi pun dekat 1 meter. Airpun jadi coklat sebab tu tak de orang mandi.
Jarak dari bandar ke simpang Air Papan dalam 8 km, pastu belok kanan lagi 3 km sampailah ke pantainya. Tapi sekarang kita boleh terus ikut jalan susur sepanjang pantai untuk ke sana. Lepas aja papan tanda Kg Air Papan, haaa... boleh nampak saujana memandang sawah padi yang diusahakan oleh penduduk.
Naga kat cerita Magika tanya sambil menyanyi:
"Nak ke mana kamu bertiga, jangan sampai bangunkan Naga..."
Haaa... dah sampai dah kat pantai Air Papan. Kalau ada sambutan seperti Hari Merdeka, mereka pasang tol untuk kutip derma bersihkan pantai. Pada aku bagus sebab sampah yang ditinggalkan sama banyak dengan jumlah kenderaan yang ada pada hari-hari sambutan tu.

Ini antara gerai cenderamata, kena pulak angin kuat men layang-layang bestla kat sini:
Gerai-gerai kat belakang tu biasa sangat kita tengok - jual baju, boya, air, dan macam-macam.

Atas tu antara penginapan yang agak moden. Banyak resort kat sini untuk keselesaan pengunjung.

Nak cari chalet dengan suasana kampung? Adaaaa...

Wakaf tepi pantai. Nyaman aaaarrr....

Ini wajah-wajah air Pantai Air Papan. Kalau tadi 3 keping gambar sebelum sampai airnya agak keruh dan pasir tak berapa halus; tapi di Air Papan airnya jernih siap warna biru dan hijau lagi. Sebab tu tak semua persisiran pantai boleh jadi tarikan.
Saja je letak gambar nih buat penutup tirai. Makcik kat Tanjung bagi free kalau beli keropok dia. Harga sebenar 4 ringgit tapi dia jadikan hadiah kepada pembeli keropok. Kalau aku tambah acai berry agak-agak berapa harga nak letak kalau aku jual ikut cara MLM? (heheheheh...)

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Mersing nih seperti Taman Rekreasi Hutan Pelajaran, Teluk Buih, Tanjung Resang, Pantai Penyabung, dan banyak lagilah. Nanti berkesempatan aku pos kat lain entri.

Selamat Hari Raya Cina - Gong Xi Gong Xi Gong Si Ni...


Serius ke?

EmpayarUtama - Friday, January 21, 2011 : 1 comment

Pertamanya aku nak mintak maaf kepada pengusaha pam minyak yang terlibat kerana curi-curi tangkap gambar. Aku pun manusia biasa, tak dapat lari dari buat salah.

Tapi sebenarnyakan, benda yang tak dibenarkan itulah yang selalunya jadi kegemaran kita untuk langgar. Rasa macam hebat sangat bila berjaya langgar arahan.

Aku tabik kat pengusaha pam minyak ini sebab berani pamer arahan larangan yang dah dikeluarkan kerajaan. Semua pam minyak dia ada kenyataan tu, siap 'laminate' lagi. Tadi tabik, kali ni tabik spring lagi sebab kat pam minyak nilah mula-mula sekali aku nampak kereta asing isi RON95 penuh tangki lepas diorang tampal arahan tu. Pastu tiap-tiap hari dah pulak, kira arahan larangan tu jadi tawaran kad rebet je.

Kerajaan dulu masa nak kuatkuasakan arahan larangan penggunaan RON95 kepada kenderaan pendaftaran asing siap tubuh anggota pemantau. Kalau betul serius, kena tubuhkan satu lagi anggota pemantau untuk memantau anggota pemantau pertama. Pas tu tubuhkan anggota pemantau baru untuk memantau pemantau yang memantau pemantau pertama, tubuhkan lagi anggota pemantau untuk memantau pemantau yang memantau pemantau yang memantau pemantau pertama dan seterusnya.

Ni ha aku ambik kat Jalan Tebrau petang tadi time balik kerja. Kalau kepala pam warna merah tu; RON95 lah minyaknya. Kaler ijau V-Power.

Sebenarnya pemandangan tepi pantai kat pam minyak sepanjang Jalan Tebrau menuju ke Singapura tiap petang tak pelik pun kalau dipenuhi dengan majoriti kenderaan pendaftaran negara tu. Kengkadang aku rasa macam kat Singapura bila singgah nak isi minyak di pam-pam minyak ni.


Ini antara yang paling clear aku dapat shoot, full tank lagi tu.

Tak clear gak? Aku besarkan sket:
Nampak? Merah RON95; biru pulak RON97.

Yang kat bawah ni ada blur sket (Tebrau Highway @ 2.00pm - 2.20pm) :

Selamba tarik RON95, siapa peduli?

Santai tunggu sampai penuh tangki

Kanan V-Power, kiri minyak merah...

Motosikal
pun sama...

Ini satu famili

Nampak aku snap, siap 'posing'


Aku, tengok dari jauh je...


Ekspresi

EmpayarUtama - Thursday, January 20, 2011 : 2 comments

Specially dedicated this entry to Sharon Chan; and generally to all of you, readers

Terhibur dengan gelagat anak-anak. Terang cakapla, sapa-sapa yang ada anak; itulah penyeri rumah tangga kerana ragam dan kerenah mereka yang pelbagai. Ikut pengalaman aku sendiri - setelah sehari suntuk
bekerja, sampai aja kat rumah muka anaklah yang pertama sekali muncul depan pintu.
Paling menyenangkan hati walaupun masih dalam kenderaan; suara sorakan anak menyambut aku balik kerja boleh aku dengar. Masa tu hilang rasa penat satu hari kerja. Bila dah masuk rumah itu dah cerita lain. Sama ada aku betul-betul hilang rasa penat atau makin penat (ha...ha...ha...) aku ajalah yang tau.


Merajuk tak dapat keluar


Merenung jauh... Sama ada melihat masa depan, nak main buaian pusing, nampak kedai aiskrim, entahlah.

PEACE yang selamba >>>>>>> Dia nak bagitau Sharon Chan - Bila nak buat baby?

Apa agaknya dalam kotak fikiran budak-budak? Buat semua; it's so meaningful... to have kids

Pesanan penaja, jangan buang bayi. Itu kurniaan yang tak ternilai. Mereka mendoakan yang terbaek untuk kita. Mudah-mudahan Allah ampuni dosa aku, dosa kita semua.


Seri Yang Kian Hilang

EmpayarUtama - Monday, January 17, 2011 : 2 comments

Suatu petang yang ceria, ternampak pelangi di kaki langit, ngam-ngam atas bumbung beberapa buah banglo yang sedang dibina. Tapi warnanya tak begitu terang, kena pulak aku cuma dapat shoot pakai enset je.

Orang tua-tua pesan jangan tunjuk pelangi guna jari telunjuk nanti jari tu jadi kudung. Tak taula kenapa boleh
ada petua camni dari orang tua-tua. Kalau mengikut dongeng, pelangi ni merupakan jambatan kepada puteri kayangan bertujuh yang turun untuk mandi dan bermain di salah satu anak sungai atau air terjun. Dan masing-masing memakai selendang tujuh warna sama seperti warna pelangi. Teringat pulak cerita Magika yang popular kat wayang, bulan ni dah main kat Astro dah pun.


Kalau mengikut fakta sains pula, pelangi ni adalah pantulan cahaya matahari terhadap air hujan yang turun dan menghasilkan tujuh warna yang melengkung mengikut pantulan cahaya matahari yang bulat tu. Jadi kita biasanaya akan nampak pelangi kalau lepas hujan dan langit telah cerah kebiruan.

Tapi time aku shoot gambar kat atas tu, cuaca panas baru nak redup sebab dah pukul nam setengah petang. Kiranya nak masuk maghribla. Bila dah petang tu, aku teringatlah satu lagu dari Allahyarham Sudirman "Pelangi Petang".

Pukul 7.20 petang
12.00 tengah malam

Ini pula gambar bulan penuh yang paling ok dapat aku shoot kat kampung. Pemandangan macam ni biasanya digunakan oleh pelukis zaman 80an atas kanvas untuk dijual. Selalunya limpahan cahaya bulan yang jatuh ke atas daun nyior (kelapa) dan bumbung rumah juga akan menjadi inspirasi pelukis zaman tu untuk hasilkan lukisan yang lebih live. Gambar malam serta bulan penuh ini juga amat popular zaman tu dalam menghiasi kad-kad ucapan Hari Raya Idilfitri. Sekarang dah tak ada dah.


Ini 'tiang seri' rumah kat kampung. Aku snap waktu malam bagi nampak tone tiang seri tu hidup. Kalau shoot siang hari, dinding belakang lebih terang jadi tak nampak sangat tiang seri tu. Tak tau pulak aku kenapa tiang tu dipanggil tiang seri. Mungkin sebab hodoh sangat benda alah tu berada kat tengah-tengah hall rumah (biasanya camtulah kedudukannya di kebanyakan rumah kampung) jadi mungkin digelar tiang seri sebab ia jadi penyeri ruang tamu.

Satu lagi sebab yang agak masuk akal adalah 4 muka tiang tu yang berlainan sudut. Zaman dulu tiada elektrik. Lampu pam gasolin pun belum diperkenalkan lagi. Jadi tuan rumah akan memasang 4 pelita dan disangkutkan pada paku di tiap muka tiang seri tu. Kerana kedudukannya yang stretegik di tengah-tengah ruang tamu, cahaya dari keempat-empat pelita dapat menerangi keseluruhan ruang tamu rumah. Maka ia dipanggil tiang seri.

Untuk rumah kayu, tiang seri ini amat penting sebagai tiang utama penongkat kekuatan bumbung sesebuah rumah. Ia menjadi struktur penting lebih-lebih lagi kalau rumah tu bertangga kerana ia akan menjadi tiang utama kepada gelegar kayu untuk lantai rumah.

Kerana tiang seri ini menjadi teras, tukang rumah biasanya akan memastikan tapak tanah untuk didirikan tiang seri ini betul-betul sesuai. Aku pernah tengok arwah Pak Uda aku menyucuk kayu sedalam 6 kaki ke dalam tanah, kemudian dihidu bau tanah yang melekat di hujung kayu tadi. Jika tak sesuai, dia akan menyucuk di tempat lain sampai dia kata ok. Aku berani kata yang dia 'tukang rumah' kerana setakat ni; rumah-rumah, beberapa surau dan madrasah yang dibina, setiap kayu yang diguna akan berbaki tidak lebih dari satu kaki. Begitu juga dengan zink, pasir, batu dan simen (zaman dulu belum ada mozek). Tidak akan ada pembaziran di situ menyebabkan tuan rumah berpuas hati dengan harga barang campur upah yang ditawarkan Pak Uda.

Sekarang ni kalau rumah dah siap pun, kalau kita ke kedai mozek; tokey kedai mozekpun tak dapat estimate ngam-ngam berapa yang diperlukan kalau nak mozek beranda, living room, bilik tidur, dapur, bilik air dan dinding untuk sebuah rumah. Sama ada kita akan kembali semula ke kedai tu untuk tambah mozek atau setiap jenis untuk tiap bahagian rumah akan ada sekotak dua yang berlebih. Kedai mozek akan kata, 'bagus maa ada lebih, nanti kalau mana pecah atau sompek lu senang ganti. Nanti ini stok habis dia punya peten sudah tak da susah mau cari woooo.' Iya lah tu tokey...


Tiang seri ni akan hilang satu hari nanti kalau aku dah tukar keseluruhan rumah jadi batu...