Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Kemas Semula Blog Bila Blogger.com Kemaskini

EmpayarUtama - Monday, May 7, 2012 : 10 comments

Hujung April lalu selepas ada mood balik nak nengok blog; segala yang di letak kat sidebar langsung tak berfungsi. Jenuh juga cari di mana silapnya dengan kod yang ada tu. Carian Google juga tunjukkan tutorial oleh Cik Tom; Silampuneon; Ammboi; Krole-Zone; dan Padinno adalah lebih kurang kalau takpun sama saja. Hanya Asmanuratirah beri tutorial berbeza.
Macammana aku cuba pun hasilnya tetap akan keluar benda yang sama iaitu javascript:void(0);

Jadi aku tengok balik kat mana silapnya. Tiada masalah dari STEP 1 hingga STEP 3. Ikut pada contoh STEP 4 masa aku Kemas Blog Sikit haritu :

STEP 4 : Ambik kod ni letak kat PAGE ELEMENTS -> ADD A GADGET -> HTML/JAVASCRIPT:
<ul><a href="javascript:void(0);" onclick="expandcollapse('Grapevine')"> <h4>Meh Petik Anggur</h4></a></ul> <ul class="texthidden" id="Grapevine"> (Ruang ini untuk korang letak apa-apa kod yang korang nak letak) </ul>

Semua yang beri tutorial berpesan agar perkataan "keywords" tu mesti sama. Dalam contoh aku - aku ganti dengan perkataan "Grapevine" (lihat huruf berwarna merah yea). Sebelum ini; apa yang ditulis boleh diterima pakai. Bila disave, keyword itu otomatik bertukar kepada huruf kecil tetapi TIDAK kepada target id ("Grapevine" kedua).

Rumusannya, setelah blogger.com buat kemaskini - APA SAHAJA PERKATAAN YANG INGIN DIGANTI KEPADA "keywords" MESTILAH DALAM HURUF KECIL SEPENUHNYA. Jadi untuk contoh aku tu pula: "Grapevine" perlu ditukar kepada "grapevine" - kedua-duanya hendaklah dalam huruf kecil.


Abis tu, misz_eyza; dah jadi belum.....? ^_^


Rasa Malulah Pulak

EmpayarUtama - Saturday, May 5, 2012 : 15 comments

Ada orang rasa bangga tapi aku rasa malu. Dah macam dapat markah kesian masa periksa. Ok k k k... Ini cerita terakhir aku pasal BE. Betul-betul rasa malu bila daily pageview yang tak jejak 30 tiap hari tetiba dapat satu lagi BE. Mungkin betul ianya berlaku kepada siapa yang pasang iklan Nuffnang tapi tak terima banyak pageviews.
Aku tertanya-tanya apa sebenarnya motif Nuffnang (mungkin auto set untuk ini) tetapi penjelasan dari pihak Nuffnang tak pula begitu. Blogger yang pasang iklan melalui jaringan pengiklanan (Advertising Networks) ada dua sebab aja - satunya sebab nak tambah pendapatan tambahan dan yang kedua untuk suka-suka jangan sampai blog atau web nampak kosong. Dan aku letak kerana iyalah, dengan latarbelakang putih takde gadget mengarut-ngarut; bila pasang iklan nampakle ada sikit seri, kan?

Bila aku fikir di sebaliknya; mungkin juga pihak Nuffnang nak tolong blog-blog yang macam ni (yang macam aku ni le) sebab agaknya diorang nengok dah lama sangat earning tak bergerak-gerak. Jadi ditolongle sikit melalui iklan BE. Agaknyalah.

Tapi aku malule kalau betul itu alasan Nuffnang. Dulu sebelum blog aku ni kena padam memangle aktif main iklan sebab memang niche blog aku masa tu pasal Ad Networks, dalam Bahasa Inggeris lagi siap masuk segala bagai program - Safelists; Manualsurf; autosurf; ad exchange. Muaile dapat tapi taklah sampai boleh kaya cuma lepas sangat bayar bil api; air dan internet tiap bulan. Masa tu punyalah aktif sampai tak tau nak buat posting apa terus cilok iklan Amazon banyak-banyak letak kat entri pos. Last-last blog kena remove, baru padan muka aku hahahahah.

Tak caya? Tanyalah pengurusan ASTRO berapa diorang dapat dari jam 9.00 hingga 9.30 malam semalam bila entah berapa ramai menunggu depan TV nak nengok live akad nikah Awal dengan Scha tapi hanya disajikan dengan iklan sepanjang setengah jam tu. Kenapa iklan yang dipilih, bukan rencana? Sebab iklan buat duit, kannnnn...

Jadi buat kengkawan yang tak de lagi BE tak payah fikirlah sebab rasanya daily pageview kamu semua dah cukup untuk gerakkan earning iklan yang dipasang.

Tak gitu.....


Koleksi DOMU-KON

EmpayarUtama - Tuesday, May 1, 2012 : 9 comments

Selamat Hari Pekerja buat para pekerja yang cuti dan bekerja hari ini. Rasa macam nak buat cerita pasal koleksi tapi tak tau koleksi apa. Nanti aku ambik koleksi kertas Alya mungkin boleh jadi satu cerita kat sini.

Empat hari juga aku ambil masa baca semula semua cerita-cerita
yang aku dah pos bila nampak banyak komen-komen baru dari kengkawan. Iyalah, bukan banyakna pun bercerita. Setakat setahun setengah selepas dapat balik blog ni - cuma ada 171 cerita. 13 lagi deraf ntah bila aku nak pos tak taule.

Opps sebelum lupa - teori aku pasal Buffered Earning (BE) agak betul, sama macam yang aku cerita kat sini sebab sebulan setengah blog ni tak berusik tetiba entah bila ntah ada lagi satu BE melekat:

Tapikan; ada juga cerita yang aku tulis tu, aku sendiri rasa blur. Nasib baik komen kengkawan jadi pemberi semangat dan menyerikan balik blog aku yang aku rasa - ntahlah yea...

Meh aku kongsi satu lagi blog yang korang mesti suka sebab pada pemerhatian aku, dia ni memang minat membaca. Banyak juga cerita dia, pun santai juga. Dulu adalah sekejap dia tutup blog sampai aku nak bacapun tak dapat. Tapi sekejap je pastu dah bukak balik.


Aku sebenarnya suka baca komen-komen dia. Kalau tak paham dia terus terang je tulis tak paham. Tak caya?


Ini komen kat Cerita Kedai Kopi. Tapi dia rajin, gi jengah blog Sue Unnie.. pastu bagi komen balik kat sini.


Yang ini pula, aku letak diri aku sebagai salah seorang penonton yang ada walaupun sebenarnya akulah mangsa kedai gambar tu...


Memang dah sifat dia rajin membaca, erkkk diakan pembaca berita sambilan tak gitu? Cubalah gi tanya. Aku malulah takut salah pulokkk. Tapi kalau ikut pada apa yang ditulis; dia akan baca berulangkali sampai faham


Dan yang ini memang buat aku ketawa tiap kali aku baca balik cerita pasal Sitemap nih:


Buat pertama kali dalam sejarah aku buat tutorial dalam ruangan komen, mengarut betul ntahapahapalah aku ni kan...



Itu antaranya, banyak lagi sebenanya. Terus terang aja, aku tak pandai promot blog kengkawan tapi aku cuba hehe jangan mare aaaaa... Haaa inilah antara koleksi Domu-Kon aku. Marilah jengah blog dia baca celoteh dia pulak.

Misz_Domu - kamu antara penyeri blog aku. Terima kasih yea ^_^


Suara Hati

EmpayarUtama - Sunday, April 29, 2012 : 10 comments

Salam semua. Lama betul tak buka blog. Sampai feature blogger berubah pun tak tau. Nasib baik ler blog hidup lagi. Dan terima kasih kat Aien Alien dan misz_eyza sebab rajin baca cerita-cerita lama dan tinggalkan komen.

Sebab dah lama tak nengok blog sendiri, banyak benda nak dikemaskini
- fesbuk, nuffnang, churp-churp, alamak alamak Alexa pun lari jauh. Dari bawah empat ratus ribu jadi juta-juta haha. Sidebar pun tetiba tak berfungsi; guna Internet Explorer (IE) je boleh; siapa boleh tolong yea?
Sedih sebenarnya lihat apa yang berlaku semalam di KL. Kalau duduk diam-diam kat rumah, tunggu pilihanraya pastu undilah siapapun yang nak diundi (undikan rahsia); aku rasa itu lebih elok. Masalah seperti apa yang berlaku semalam mungkin tidak berlaku.

Bila aku dah dipilih jadi wakil dan terima hingga 5 kerja tapi selepas 4 bulan aku rasa tak mampu nak buat kesemuanya; aku tak wakilkan orang lain buat kerja-kerja tu. Aku tamatkan kontrak aku secepat mungkin sebelum lebih parah dan cuma ambil 3 jobs aja ikut kemampuan.

Kita dah pilih pemimpin jadi wakil tak kiralah pemimpin pelajar (untuk pelajar) serta pemimpin pembangkang atau pemimpin kerajaan (untuk rakyat yang mengundi). Apa yang kurang, yang perlu diperbaiki - mereka wakil kita. Bila lihat mereka tak boleh; tiap 4 tahun kita diberi mandat untuk pilih lagi. Itulah suara kita. Cukup dengan media cetak (pembangkang ada, kerajaan pun ada); laman web; blog (pembangkang, kerajaan, propembangkang, prokerajaan) semuanya ada. Tak cukup dengan itu, apa wakil yang kita pilih itu buat sepanjang 4 tahun juga boleh kita lihat. Jika ada apa-apa tuntutan, suarakan pada wakil; jika mereka tak boleh buat, kita tukarlah masa undi.

Kenapa nafikan hak rakyat yang boleh buat penilaian setiap 4 tahun sekali? Kita dah diberi hak; dahpun pilih wakil. Wakil buatlah kerja mereka di Dewan Rakyat tu. Kalau mana-mana wakil gagal, rakyat akan nilaikan nanti. Ini tidak. Pembangkang salahkan kerajaan, kerajaan salahkan pembangkang atas apa yang berlaku. Apa yang berlaku?

Bila wakil tak mampu buat kerja, rakyat dijadikan wakil bagi pihak mereka. Pemimpin pembangkang wakilkan rakyat yang pilih mereka sebelum ini untuk buat demo disebalik Perhimpunan Bersih kerana tak mampu buat kerja di Parlimen; kerajaan pula wakilkan rakyat yang diwakili oleh pihak polis (juga adalah pengundi pos) kerana tak mampu kawal peserta demonstrasi yang ramai tu. Dalam masa 4 tahun ini pemimpin pembangkang tak mampu betulkan apa kekurangan yang mereka rasa kerajaan perlu betulkan; dan pemimpin kerajaan pula tak mampu mengubah segalanya dalam waktu singkat kerana bertukar pemimpin.


Cuma pendekatan kedua-dua pihak ini berbeza. Pendekatan aku lagilah.....



Logik Yang Diterima Akal

EmpayarUtama - Thursday, April 12, 2012 : No comments

Walaupun perkongsian cerita tak banyak, aku memang harap belog ini akan ada hingga bila-bila. Aku cuma bercerita ikut gaya dan cara aku dan segala yang ditulis diharap bakal jadi ilmu berguna sama ada cerita itu elok atau tak elok berdasar pengalaman sendiri.

Itukan lebih baik daripada dapat cerita dari orang lain yang kita belum pasti
kesahihannya. Dan aku lebih beratkan logik akal berpandukan hukum Allah, sunnah. Kerana pada aku, akal menerima dan menganalisa segala logik hingga mampu mentafsir hukum Allah dan sunnah.

Ada yang marah bila aku kata kita kena ikut peredaran waktu dan lebihkan logik akal. Pada aku itulah hakikat yang kita kena terima.

Ambil contoh sembahyang jamak (berdasar pendapat peribadi aku) di Malaysia. Kelonggaran untuk menjamak sembahyang wujud kerana pada masa itu jarak antara satu masjid ke satu masjid (sama ada berjalan kaki atau menaiki unta - di Arab Saudi) memang ambil masa yang panjang. Kita di Malaysia, bila berjalan - pakaian penuh satu beg. Keliling rumah penuh dengan masjid; surau tak payah ceritalah. Semua airport pun ada surau. Perlu juga ke beri alasan buat jamak di Malaysia?

Ambil contoh sunnah nabi pula - dalam berpakaian. Iklim Malaysia (khatulistiwa) jauh beza dengan iklim Arab Saudi (gurun panas). Di sana suhu boleh melebihi 50°C hinggakan pasir panas secara mendadak sebaik sahaja matahari terbenam. Cara berpakaian mereka lebih untuk elak penyakit akibat perubahan mendadak suhu. Kita di Malaysia - dengan kipasnya, dengan air-condnya. Zaman dahulu di Arab Saudi bersistem barter manakala zaman sekarang di Malaysia bersimbah cat merah...

Dalam cerita Bersalah Dan Rasa Bersalah, aku bagi pendapat pasal 'khusyuk' - boleh baca kat ruang komennya.

Perkongsian untuk benda tak elokpun dibuat dalam kiasan demi jaga maruah dan nama baik. Banyak realiti kehidupan boleh kita jadikan panduan; pedoman dan aku hanya dapat berkongsi melalui belog. Kalau bukan untuk kita, untuk anak-anak, untuk generasi akan datang. Tapi ada yang tak suka...