Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Kasih Sayang Dijual Beli?

EmpayarUtama - Tuesday, August 13, 2013 : 14 comments

Semalam hari raya kelima, maknanya dah lima hari juga aku kat kampung. Dan tiga empat tahun juga aku perasan makcik sebelah rumah merayakan Idilfitri bersendirian.

Malam raya nampak agak meriah; pagi raya pun begitu. Sekitar sebelas pagi akan muncul satu keluarga berkereta berziarah. Kemunculan mereka tidak lama, sekitar dua tiga jam sahaja sebelum berlalu pergi.
Maka setiap tahun jugalah makcik itu akan tinggal berseorangan sebaik pagi idilfitri kedua menjelma. Rumah kami bukan dekat sangat kerana jarak rumah kampung dalam sepelaung (sekitar 120 meter agaknya). Tapi oleh kerana tanah masing-masing agak bersih jadi aktiviri luar rumah dapat dilihat dengan jelas.

Dan adat berjiran, kami akan menghantar juadah raya ke beberapa rumah jiran terdekat di pagi ifdilfitri. Tahun ini aku berkesempatan untuk bersembang lama dengan makcik sebelah sewaktu menghantar juadah idilfitri. Makcik ni ibu tunggal warga emas dan ditemani salah seorang anaknya yang sudah berkeluarga. Tiap tahun, malam raya kedua anaknya yang ini sekeluarga akan ke kampung belah isteri untuk sambut raya di sana pula. Makcik ini juga punyai beberapa orang anak lagi (semuanya telah berkeluarga) yang masing-masing tinggal sekitar 1-2 jam perjalanan ke rumah makcik. Jadi malam raya mereka memang meriah, sama seperti keluarga lain jugalah kiranya. Kemeriahan itu hanya setakat hari raya pertama.

Lalu aku bertanya tentang satu keluarga yang saban tahun berziarah sekitar jam sebelas pagi. Menurut makcik, itu anak yang paling dekat jarak rumah berbanding anak-anaknya yang lain. Tak sampai sepuluh minit berkereta boleh sampai. Kerja kerajaan, sudah kematian suami, anak-anak semua sudah besar hanya tinggal seorang masih bersekolah rendah. Sajalah aku tanya - kenapa dia tak datang malam raya dan temankan makcik setidak-tidaknya hingga anak makcik yang memang duduk dengan makcik tu kembali dari kampung mertua?

Jawab makcik - dia sibuk.

Aku lelaki, dan aku tidak dapat selami hati nurani seorang perempuan. Baik makcik itu maupun anaknya yang kerja kerajaan tersebut. Anak anak yang lain tak sibuk ke? Tapi bila aku perhati raut wajah makcik tu, tiada bayang kesedihan.

Apakah masing-masing masih menyimpan sesuatu yang tidak terluah? Walaupun bersalam tangis di pagi Idilfitri...

Makcik tu sambung lagi - ni baju ni dialah belikan. Tahun ni makcik dapat dua pasang. Tak tahulah berapa harganya. Ada satu jubah tu harganya dekat seratus, pun dia belikan juga. Wajah makcik nampak ceria bila bercerita tentang itu.

Oh, oh, terus aku minta diri, bersalaman dengan makcik. Ya Allah ampunkan aku. Aku tak pernah terniat membeli kasih sayang seorang ibu walaupun men'sponsor' air bertong-tong, daging, ayam dan ketupat sempena Idilfitri saban tahun. Aku redha korbankan 'sepanjang lima hari raya' setiap kali Idilfitri bermula untuk temankan ibu tersayang yang keseorangan. 'Sepanjang lima hari raya' yang membolehkan isteri aku beraya ke rumah adik beradiknya serta rakan taulan; dan 'sepanjang lima hari raya' yang menceriakan anak-anakku bila mereka dapat beraya bersama kawan-kawan. Semua itu sanggup aku ketepikan dahulu.

Aku berharap isteriku peroleh yang lebih baik melalui anak-anakku (jika aku pergi dulu) berbanding makcik tadi.

Buat isteri, buat anak-anak; semoga kamu semua memahami...

Dua Puluh Satu Hari Yang Panjang

EmpayarUtama - Monday, August 5, 2013 : 10 comments

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri buat semua. Tiga minggu kebelakang aku teramat sibuk. Sama sibuknya macam masa 'last minit' buat thesis kat Jabatan Akauntan Negara time belajar dulu.

Semuanya bermula 16 Julai lepas. Time syok-syok godeh pc kat opis, aku didatangi seorang kenalan kepada bos yang minta tolong buatkan
review syarikat dia. Hari tu juga aku dibawa ke kilang yang tak jauh cara operasi macam salah satu tempat kerja aku. Dia mintak aku studi dan analisa aktiviti 3 tahun, kenapa syarikat seperti tak boleh buat untung.

Jadi kiranya aku macam pekerja baru je kat kilang tu. Tapi macam mandur. Tanya itu, tanya ini sebelum tengok audit repot. Nasib baik sistem yang diguna aku agak familiar dan boleh akses. Aku sebenarnya tak pernah buat kerja odit tapi dua minggu kat sana memang itule kerja aku. Masuk minggu ketiga memang pening macam mana nak mulakan repot. Dua hari dah siap dah deraf. Dan bila aku baca balik deraf tu, memang tergezut bila lihat transaksi oleh salah seorang big bos kat situ.

Kenalah aku konsentret kat segala urusniaga berkaitan pulak. Dan bila 'compile' kan dua repot dalam satu, hasilnya memang menakutkan. Aku tak sanggup nak mengadap kawan bos yang mintak tolong aritu, aku kirim pada bos je petang tadi sebelum balik. Itupun cuma 'hardcopy' laporan yang dah siap dan pesan bacalah dengan hati yang terbuka.

Tak pasti berapa dia nak bayar aku untuk job tu, cuma iyalah - dalam bulan posa nih aku rasa amat bersalah. Pertama kerana berani masuk campur urusan yang tak sepatutnya aku perhalusi. Keduanya, repot tu akan buatkan beberapa kakitangan beliau kehilangan periuk nasi selepas raya nanti (mungkin...).

Aku ada pilihan untuk tidak teruskan dan tarik diri masa minggu kedua tapi entah kenapa aku teruskan juga.

Aku rasa amat bersalah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosaku...

Salam Lebaran Bersama jQuery Easing Dan Banner Rotator

EmpayarUtama - Monday, July 29, 2013 : 4 comments

Diam tak diam sembilan belas hari kita telah berpuasa. Sana sini dah mula nampak bloggers bagi ucapan Selamat Hari Raya siap decorate kad ucapan sendiri. Best gitu.

Aku tak pandai le bab-bab melukis ke, buat dekor ke. Jadi kat sini aku tempek gambar-gambar dari gugel. Hambek ko 15 keping sekali aku pos.

Kali ni slider album menggunakan jQuery Easing bersama Banner Rotator. Nah kad ucapan raya dari Empayarutama :

Ambik kod kat sini:

Aku dah upgrade versi jQuery kepada jQuery 1.8.3 tetapi jika belog korang dah ada mana-mana versi; buang kod kaler merah tu. Kalau belog tak pernah ada jQuery; aku rekomen guna versi terkini agar ikut perkembangan semasa.

caption/penerangan 1

caption/penerangan 2

caption/penerangan 3

Yang kaler oren tu, boleh tukar ikut kesesuaian belog. Dan aku cuma letak 3 set imej di mana set ketiga aku kalerkan pink gitu. Kalau nak tambah gambar/imej - kopipes je yang kaler pink dan tambah di bawahnya.

Sebelum masak megi buat sahur pagi nih, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua yang tersinggah dan baca bahan-bahan rojak aku :)

Sesi Bercakap Dengan Jin

EmpayarUtama - Tuesday, July 23, 2013 : 13 comments

Sekarang harga kereta dah murah sikit. Dengan bayaran ansuran bulanan serendah RM250 kita dah boleh bergaya dengan kereta baru (kalau mampu ler) untuk beraya ke rumah awekz.

Tapikan, aku nak tanya sikitla. Betulke kita ni dibantu bila harga kereta baru turun dan ada pembiayaan serendah
RM250 sebulan? Betul ke ada situasi menang-menang antara pengguna dengan penjual atau bank? Ke cuma tambahan kepada pilihan pinjaman untuk yang tak mampu beli tunai?

Biasa dengar 'fixed rate' atau bayaran ansuran tetap setiap bulan. Dan sekarang nih ada pilihan 'variable' atau bayaran rendah pada setahun pertama - serendah RM250; tinggi sikit pada tahun kedua/ketiga; terlebih tinggi sikit dari bayaran 'fixed rate' pada tahun keempat/kelima; dan mak oi - tinggi gila ansuran bulanan untuk tahun-tahun seterusnya berbanding 'fixed rate'. Masa itulah kenderaan mula diganggu 'jin' hahahahahahahah. Penyelenggaraan macam-macam, cuba tanya dhinai adnan.

Terus rasa nak tolak kereta dan ambil kereta lain (kan bayaran setahun pertama murah). Ada orang kata: 'biasanya orang pakai kereta mana bayar sampai habis? 3-4 tahun akan tukar punyalah...' Errr, masa itu harga pasaran mungkin lebih sikit pada baki di bank. Tapiiiiiii itu harga pasaran yang akan dijual oleh kedai kereta terpakai. Bila kita nak tolak kereta, takkan kedai tak buat untung? Kedai akan makan kereta itu setidak-tidaknya lima ribu lebih murah dari pasaran (nak 'touch up' lah, bayar komisen brokerlah, mentenenlah, apa apalah). Tak caya riki-rikile pada Knor.
Masa itu juga ansuran dah mula sangkut 2 bulan. Bila dikira kali kedua; nak kena keluar duit lagi dalam 2-3 ribu baru boleh beli kereta baru lain. Repair kereta pula sekitar seribu ke seribu setengah. Akhirnya kena pakai juga kereta yang ada tu sambil menyumpah dalam hati. Sebab tu tajuk cerita ni Sesi Bercakap Dengan Jin hahahahahahampagas tullah aku nih.

Baguslah pengguna ada lebih pilihan, itu je. Bes tu, siapa yang dibantu? Nek beskal lagile taun ni...

Oppps sebelum keluar cari kuih berbuka: Cerita ini tidak disponsor oleh mana-mana pengeluar kereta, pihak bank mahupun woksyop depan rumah; kang ada yang kata aku ditaja untuk mengondem. Bulan posa nih, kena bersangka baik tauuuuuu :)

Google Friend Connect Tu Apa?

EmpayarUtama - Saturday, July 20, 2013 : 6 comments

Kemaskini: Widget 'follower friends connect' pun sudah tidak dapat digunapakai lagi kerana Google secara otomatis ubah kod 'javascript friendconnect' dari http kepada https. Oleh itu kod yang ada di bahagian bawah posting ini hanyalah sebagai rujukan yang ianya pernah boleh digunapakai; dan kini menjadi bahan sejarah hahahahahah - EmpayarUtama.

'Google friendconnect' tu apa? Ia adalah satu 'Open Social' platform yang disediakan oleh blogger.com tapi dikuasai sepenuhnya oleh Google.

Widget 'follower friends connect' tu apa? Ianya satu ringkasan, berfungsi untuk beritahu berapa ramai pembaca yang ikut blog kita dan mereka akan di'update' melalui 'Google Reader' jika terdapat kemaskini dari mana-mana blog yang diikut/follow.

Adusss, abis tu 'Google Reader' tu apa? Ianya lebih kurangla macam korang follow blog melalui RSS feed dan semua feed ini akan disiar dalam 'Google Reader' selain nama-nama blog yang difollow pula - disusun dalam 'blogger profile'. Kita gelar dia 'Blogger Reading List' (tak sama tau dengan Bloglist). Dulu 'Google Reader' boleh diakses terus melalui akaun Google; tempatnya dekat-dekat dengan picasa yang aku pernah cerita. Jadi bila 'Google Reader' secara rasminya ditamatkan perkhidmatan pada 1 Julai 2013 (baru tiga minggu nih) maka fungsi widget 'follower friends connect' tersebut hanyalah hiasan atau gadget untuk cantikkan blog aja.

Senang cakap - bloggers yang ikut mana-mana blog masih boleh baca jika ada update dari blog yang di'follow' hanya melalui 'Google Reader' tanpa perlu jengah atau blogwalking ke blog tersebut.  Blogwalking tu, er, er, ala macam 'u folo ai folo' hahahahah boleh? 'U jengah ai jengah balik nanti yea lalinggggg...'

Google ni kan, sejak ada G+; fungsi-fungsi berkaitan dengan blog semakin dikurangkan. RSS feed korang boleh baca? Aku 'redirect'kan ke 'feedburner' dan agaknya tak lama lagi 'feedburner' pun akan bungkus kot.

Bukan apa, Nor Hanis bertanya (macam minat je) untuk letak widget, eh gadget 'follower friends connect' dalam belog. Aku ada reply tapi kat sini boleh le nengok lebih detail:
• Google Friendconnect 9
• Google Friendconnect 8
• Google Friendconnect 7
• Google Friendconnect 6
• Google Friendconnect 5
• Google Friendconnect 4
• Google Friendconnect 3
• Google Friendconnect 2
• Google Friendconnect 1

Sambung sini pulak :

Kod ini boleh diguna setelah korang masukkan id dan site id berdasar kod yang korang jumpa dalam 'view page source' tadi. Sekadar langkah berjaga-jaga takut setting dalam 'layout' kembali kepada 'default'. Jadi korang boleh simpan kod ini untuk paste ke 'sidebar' kiri ke, kanan ke, bawah ke; dan yang penting boleh tukar kod-kod warnanya sesuka hati dan sesuaikan dengan warna belog. Kodnya panjang juga kannn. Ambik yang kat bawah ni ajalah:

Dah ada widget nih, bolehla sambung buat GA kan? Kalau bosan dengan cerita aku, layan yang ini ajalah:

K baiiiii