Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Sistem Gaji vs Sistem Bayaran Gaji

EmpayarUtama - Friday, December 10, 2021 : 6 comments

Baru-baru ni ada kawan bertanya, boleh tak buatkan potongan gaji bulanan untuk dia nikmati diskaun 10% Pinjaman PTPTN ikut jadual yang diterima?

Aku kata boleh je. Tapi kena tengok tempat kita kerja guna bank apa, dan dia pula guna bank apa sepanjang terima gaji bulanan. Dia tanya lagi, tak boleh ke buat melalui sistem gaji yang aku guna tu?
Aku terangkanlah kat dia - sistem gaji yang diguna pakai di tempat kerja tu adalah satu benda yang berbeza dengan sistem potongan gaji melalui bank (Credit Management System atau ringkasnya CMS).


Sistem gaji yang diguna pakai adalah untuk merekod maklumat berkaitan pekerja dan cetak gaji bulanan; elaun serta segala potongan yang berkaitan seperti Potongan Cukai Berjadual (PCB), KWSP, Perkeso, EIS, dan sebagainya.

Urusan pembayaran pula; kena log in akaun tempat kerja tu untuk buat bayaran gaji (sama ada bank in terus ke dalam akaun individu pekerja atau buat bayaran kelompok [bundle]
melalui CMS); buka Portal Web Perkeso untuk bayar caruman PERKESO dan EIS, laman web KWSP untuk bayar caruman KWSP; dan sebagainyalah yang berkaitan.
Bila CMS bermasalah pada awal bulan, lambat la gaji masuk. Tarikh pemotongan PTPTN dah tak ikut jadual...

Jika entiti perniagaan buat bayaran gaji melalui CMS, pekerja (baru) yang belum ada akaun di
bank tersebut perlu buka akaun dengan bank yang sama. Biasanya entiti perniagaan yang ada sekitar 10-20 pekerja tak kisah sangat dengan CMS ni. Tapi jenuhla tiap awal bulan nak key in satu persatu gaji pekerja ke dalam payment bank setiap pekerja.
Ok berbalik kepada masalah kawan aku tadi. Tempat kerja dia tak guna CMS. Bank syarikat pula berbeza dengan personal bank dia. Aku cuma nasihatkan dia buat bayaran ikut jadual potongan bulanan PTPTN tu menerusi personal akaun bank dia je dan maklumkan kepada PTPTN untuk nikmati diskaun yang ditawarkan.

Aku harap penjelasan ringkas di sini dapat tunjukkan perbezaan antara Sistem Gaji (Payroll System) dengan Sistem Pembayaran Gaji (Bank CMS). Eh kalau aku salah tolong betulkan ya. K baiiiiii...


Mini Barbeque Buat Sendiri

EmpayarUtama - Sunday, December 5, 2021 : 6 comments

Cuti sekolah dah mula. Nak berjalan pun dah boleh. Ahli keluarga yang layak vaksin pun dah lengkap tempoh vaksin (tamat 2 minggu selepas vaksin kedua). Diorang dah rancang nak ke Batu Layar Kota Tinggi.

Ada yang dah siap pack baju tuuuu. Pastu dengar pulak ‘bestkan kalau dapat BBQ kat situ…’; alammmmaaaaakkkk ai. Aku ni jenis bila dengar sesuatu yang boleh libatkan diri
sendiri, rasa susah hati rasa bersalah pun ada kalau tak campur.


Jadi aku pergilah belakang rumah ambik belen zink lama; terjumpa pulak tin ‘Royal Canin’ bekas makan si Shy-Shy. Macam boleh kot buat mini dapur BBQ. Inilah bahan bahannya:

Marker, pembaris, tukul, cutter, playar, dawai, jaring (bekas serkup anak pokok kari), zink, dan aku lupa pakai glove walaupun stok banyak. Ini semua memang ada kat rumah. Jadi aku tak keluar belanja pun.

Tin biskut aku belah dua jadi macam ni. Panjang 52cm (26cmx2), lebar 11.5cm, tinggi 9cm. Pastu tinggalkan je sebab nak potong zink pulak.
Dah siap bentuk. Panjang 32cm, lebar 19cm, tinggi 13cm. Jaring tu lipat dua.
Saiz jaring lebih besar dari tapak. Kelilingnya tutup dengan zink supaya tak tajam.
Jaring tin biskut pun aku buat lebih lebar juga. Disebabkan saiznya kecik je, bahagian dawai jaring yg ada rasa tajam je ditutup dengan zink.
Dah siap. Dapat 2 set. Si Afrina puteri ketiga memang ada simpan baki Aluminium foil belen dia belajar buat kuih masa PKP :)
Aku buat dapur zink tu agak besar bersebab. Tin biskut tu aku dah ukur ngam ngam muat masuk disusun dalam zink. Tin tu jadi bekas untuk jaring; aluminium foil dan masih ada ruang untuk letak arang dalam sekilo lebih dalam tu. Senang nak bawa berjalan :)

Ringkas je, kan? Dah boleh gerak ke Batu Layar dah ni ahahahahahahahah.

Oh, lupa. Aku mula kumpul bahan bahan pukul 9.30 pagi. Banyak kali berhenti sebab tengahari jemput wife balik kerja, pastu bawak bebudak cari baju/seluar mandi, terberhenti pula tengah jalan order dan tunggu Roti John spesel 2 set, pergi Maslee beli air kotak berkotak, kopek ubi nak rebus untuk makan malam depan tv nanti, dan proses bersambung hingga masuk beg plastik DIY atas tu dalam pukul 10 malam.

Dan aku memang lupa pakai glove. Nasib baik tak luka main zink... :(


Ujian KPP Lesen Memandu

EmpayarUtama - Friday, December 3, 2021 : 2 comments

Pagi tadi hantar puteri sulung ke Setia Tropika untuk ambil ujian KPP. Minggu lepas daftar di Institut Memandu Riakar dan tarikh tercepat hari nilah. Tapi kena pergi sendiri ke MyEG Setia Tropika.

Ikut kebiasaan, Riakar akan kumpulkan dan bawa pelajar ke Perling tapi tarikhnya lama lagi.

Tak susahpun nak cari sebab sekarang ni kalau tak tahu tempat; buka saja Google Maps. Itu paling mudah.
Sepanjang perjalanan ke MyEG nampak dia bawak beg merah tu yang ada buku panduan soalan; tapi tak berusik. Bila tanya, katanya saja bawak ambik berkat. Aku iyakan ajalah.

Bila dia wazap nombor giliran, no. 32 dan meja no. 7; aku kata aku pergi minum kopi dululah. Berjanggut nak nunggu dalam kereta depan kedai.

Tengah pusing pusing cari kedai makan; tak sempat nak parking dia dah call "abah dah siap"... Aikkk test apa cepat na. Dah masuk kereta dia tunjuk slip keputusan :

Perghhh tak sampai sepuluh minit je dia buat. Alhamdulillah keputusan lulus 49/50. Tahniah ya kakak :)

Aku kata kita terus jelah ke Riakar (Riakar tu kat Jalan Skudai - 'route' [laluan] tak sama dengan Setia Tropika) hantar semua dokumen yang perlu dan settlekan baki bayaran. Tak perlulah nak ulang alik banyak kali.
Sampai sana tunggu jap, serah dokumen, ambik gambar (dah siap dalam pakej); dan akak kaunter kata dalam seminggu lagi mereka akan mesej untuk ambil lesen L dan masa tu bolehlah tengok tarikh tarikh sesuai untuk belajar memandu.

Tahun depan dah bolehlah kot Kakak ambil alih tugas abah hantar dan jemput adik-adik pergi balik sekolah. Hehe.


Promosi Disember GDeal

EmpayarUtama - Thursday, December 2, 2021 : 2 comments

Sepanjang Disember 2021 ini GDeal membuat beberapa promosi untuk produk jualan barangan mereka. Bolehlah dikatakan sebagai promosi hujung tahun. Syaratnya mudah saja, kena masuk (login) laman web mereka untuk menikmati tawaran yang dipromosi.

Tidak kurang dari 12 promosi yang ditawar oleh GDeal. Ini tidak termasuk promosi penghantaran percuma untuk pelanggan
sekitar Penang. Maklumat lanjut tentang promosi ini ada di senarai ke 13 di bawah ya.


Mari lihat promosi menarik dari GDeal, manalah tahu ada yang belum pernah dengar atau sebelum ini tak tahu yang kita boleh berbelanja terus melalui laman GDeal :

Jika anda memang pembeli tegar shopee, boleh bandingkan harga yang ditawarkan sebelum membuat keputusan (klik imej untuk ke produk page Shopee) :
NEUTROVIS Bosch Thermos Sofa Chairs Curtains Dressing Tables Computer/Study Tables General/ All Products

Berbanding shopee, buat masa ini tiada stor GDeal di dalam laman web lazada, akan tetapi produk atas nama GDeal ada di dalam pasaran Lazada.

Di bawah ini antara produk yang ada di Lazada :

GDeal juga mengambil bahagian dengan menempatkan Official Storenya di PGMall; laman 'shop online' tempatan milik Malaysia. Anda boleh buat perbandingan harga empat platform ini: GDeal - Shopee - Lazada - PGMall.


Marilah kita sama sama memberi sokongan kepada PGMall. Daftar di sini.


PGMall Review

EmpayarUtama - Wednesday, December 1, 2021 : 2 comments

Dua berita sensasi hari ini - Wujud varian baru yang lebih menakutkan iaitu varian 'Omicron' dan paling sensasi pastilah kekalahan 0-2 JDT kepada KL City.

Ok itu selingan saja. Hari ini saya nak cerita tentang PG Mall. Nama PGMall mungkin agak asing terutama kepada mereka yang tak pernah berurusan untuk berbelanja secara online. Kita biasa dengar Shopee, Lazada,
Zalora, serta beberapa nama lain yang membuat perniagaan e-dagang, tetapi nama PGMall mungkin agak janggal dan kurang dikenali.
Sebenarnya PGMall berada di kedudukan ketiga teratas online shopping. Berbanding Lazada, prestasi PGMall amat membanggakan.Teruskan bacaan kenapa saya kata begini.

Tinjauan iPrice Group menunjukkan suku tahun ke 3 (Julai - September 2021) di Malaysia; Shopee mendominasi 71 % daripada keseluruhan trafik web online shopping, diikuti Lazada dengan 18 %, dan PGMall dengan 9 %.

Sekatan PKP dimanfaatkan Shopee Malaysia dengan melancarkan beberapa promosi baucar makanan dan penghantaran percuma, yang menarik minat ‘pengguna baharu’ dan ‘pengguna sedia ada’.
Laporan Napoleon Cat pula menyatakan 87.2 % daripada keseluruhan penduduk Malaysia adalah pengguna Facebook (sehingga Oktober 2021). Ini menunjukkan bahawa Facebook memainkan peranan penting dalam mencapai pasaran Malaysia dengan berkesan untuk perniagaan dalam talian.

Sumber asal : iprice insights

Trafik PG Mall agak besar iaitu hampir 7 juta pengunjung sebulan. Ini merupakan separuh atau 50 % pengunjung berbanding Lazada yang bermula 5 tahun lebih awal. Kemungkinan pasaran PGMall akan memintas Lazada dalam masa terdekat.

Ini disebabkan PGMall masih tersedia dengan hanya sekitar 270 Official Store dan peningkatan lebih banyak store akan membantu kepelbagaian pilihan produk di PGMall. Jika Lazada punyai lebih 25,000 Store; berapa Store di dalam Shopee? Jurang store mempengaruhi minat pengguna untuk melayari laman-laman e-dagang ini.

Fakta menunjukkan PGMall jauh ketinggalan 8.25 kali jumlah pengunjung bulanan berbanding Shopee. Shopee hanya beroperasi 2 tahun lebih awal dari PGMall dan dalam tempoh 6 tahun berjaya menarik purata lebih dari 57.5 juta pengunjung setiap bulan. Saya percaya PGMall punyai pasukan terbaik mengatur strategi dalam mengejar pasaran.

E-commerce
Tahun Beroperasi
2012
2015
2017
Latarbelakang Pemilik
Ali Baba Group - China
Sea Group - Singapura
PG Mall Sdn. Bhd (Malaysia)
Nota: PGMall disokong oleh Public Gold Marketing Sdn Bhd (Malaysia)

Usaha melakukan jaringan kerjasama antara PGMall dan JD Worldwide telah menggalakkan penjual tempatan menawarkan jenama tempatan yang unik ke dalam pasaran China. Strategi ini menjadikan platform PGMall sebagai salah satu perniagaan dalam talian domestik yang paling menonjol di Malaysia.

Saya akan sambung dengan promosi PGMall dilain cerita. Dah baca, kan?
Marilah kita sama sama sokong PGMall.


Klook.com