Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Pakaian Seragam

EmpayarUtama - Tuesday, February 1, 2011 : 5 comments

Pakaian Beragam Seragam di sekolah yang buat poket aku makin nipis...

Eh! Nama bebudak kat bawah ni boleh start dari 'A' pulak. Bukan sumer anak aku, kebetulan aaaa... Tak mo cerita panjang, nengok gamba mungkin korang bley paham.
Model
Mekap/
Solekan

Photo
Doktor mata


:
:


:
:



Airina / Aiman / Afrina / Adib / Alya / Amirul
Adriana (Kelayakan - Boleh menghabiskan 2 botol bedak Enchanteur 250g hanya dalam beberapa minit)
Nokia N70 je...
Dr Gan - temujanji lepas entri Besar Belanjapun, Kena Bayar Enche dulu kensel tapi macam nak kena buat appointment baru.

Sebelum naik sekolah. Pakaian yang standard untuk murid sekolah:

Sekolah KebangsaanSekolah Agama


Baju Putih
Tali leher biru
Seluar panjang Biru
Kasut putih


Baju Putih
Tudung Putih
Kain Biru
Kasut putih


Baju Melayu Putih
Samping Hitam
Songkok
Kasut putih


Baju Putih
Tudung Putih
Kain Biru
Kasut putih

Tadika Kemas


Baju Kurung Biru
Kotak Kotak Kecik
Kain Biru
Kasut Putih


Baju Putih (Jumaat)
Tudung Putih
Kain Biru
Kasut putih


T-Shirt Tahun 2010
Track Bottom
Taun Ni Kena
Beli Baru

Tak sampai sebulan lepas itu..., inilah jadinya:

Sekolah Kebangsaan - Hero


Kemeja Biru
(Ada vest)
Tali leher Merah
Seluar Panjang Biru


Baju Sukan
Rumah Hijau
Yang sebenarnya
dia ni rumah Merah


Ko-K Kadet Remaja
T-Shirt Hijau
Seluar Hijau Berkocek
Talipinggang berlogo

Baju putih awal-awal dah beli dua helai, sedekah kat kawan. Nasib baik kasut putih boleh pakai untuk sekolah agama.

Minggu lepas dapat surat dari sekolah pasal Dasar 1 Murid 1 Sukan yang diwajibkan untuk murid tahun 4 ke atas. Aku fikir pelaksanaannya ada sedikit 'technical error'. Ini pendapat peribadi, tak semestinya aku betul - kerana tumpuan 1 Sukan boleh dilakukan secara berperingkat. Contohnya penggal pertama (mula kat Tahun 4 la kan?) adalah untuk menilai minat dan 'talent' yang ada pada setiap murid. Kalau minat aja yang ada tapi 'talent' tarak - tak guna.

Contoh terbaik seperti minat main hoki, tapi langsung tak tau bermain; atau 'talent' main sepak raga tu ada, minat pun ada sikit-sikit - tapi ada masalah penglihatan (pakai cermin mata) takkan nak benarkan murid tu masuk sukan sepak raga?

Penilaian pada penggal pertama akan dapat tentukan apa jenis sukan yang sesuai untuk setiap murid ambil bahagian pada penggal kedua dan seterusnya. Tapi apa yang nampak sekarang - murid-murid kena isi borang terus pilih jenis sukan, dan beli kelengkapan berkaitan dengan sukan tu. Agak tak praktikal. Kalau benda ni dimulakan dari pra-sekolah atau tadika mungkin agak praktikal ; untuk memupuk minat yang langsung belum ada dan timbulkan sedikit 'talent' dalam diri mereka. Guru peringkat ini boleh beri laporan atau komen dalam buku laporan kemajuan murid untuk tindakan susulan guru tahun berikutnya. Jadi bila pelajar naik Tahun 4 nanti memang sudah diketahui apa jenis sukan untuk diri masing-masing.

Tak pedulilah kalau dalam satu sekolah tu, jika murid Tahun 4nya yang lelaki katalah seramai 300 orang tapi 200 murid menjurus kepada badminton, badmintonlah yang mereka kena main. Sebab tujuan asalnya adalah 1 Murid 1 Sukan; bukannya 1 Sekolah 1 Pasukan Sukan! Bukan untuk melengkapkan sekolah itu satu pasukan bola, satu pasukan badminton, satu pasukan payung terjun, eh dah melalut aku nih.

Bukan apa, anak aku dah mula merengek nak beli kasut bola, jersi bola, stokin bola - padahal sebelum ni dia dok main badminton aja ngan sepupu sepipit dia kat kampung dan dengan jiran-jiran kat rumah pengasuh. Lari topik pulak, asalnya nak cerita pasal pakaian seragam sekolah beragam di sekolah.

Aku sambung balik.

Pakaian Sekolah Kebangsaan Perempuan - Pakaian berbagai ragam


Baju Putih
Tudung Putih
Kain Biru
Kasut putih

Baju Kurung Kuning
Tudung Kuning
Kain Biru
Kasut Hitam

Baju Kurung Putih
Tudung Pink
Kain Pink
Kasut Tak Kisah

Rumah Kuning
lengan panjang,
pendek pun
dia nak beli

Kena bergilir pakai baju kat atas

Puteri Islam

Ini tak campur pakaian pengawas perempuan yang sama cam hero kat atas...

Sekolah Agama - Yang ini betul-betul Pakaian Beragam (Yang kaler-kaler tu pompuan pun sama)



Baju Melayu Putih
Samping Hitam
Songkok
Kasut putih
Normal nih


Baju Putih
Tudung Putih
Kain Biru
Kasut putih
Pun normal gak


Pengawas

Baju Kurung Hijau
Kain Sampin Hijau
Kasut Hitam


Ketua Kelas /
Pen Ketua Kelas
Baju Melayu Biru
Samping Biru Tua
Kasut Hitam

Sebenarnya ada lagi satu jenis pakaian beragam kat sekolah agama tu, baju kaler purple untuk Pengawas Perpustakaan. Huih! Macam-macam. Tak boleh ke takat pakai 'name-tag' untuk tugasan tu? Kan cuma beberapa hinggit je...

Dahla baju putih kena bergilir dengan baju pengawas perpustakaan; baju putih tu sebenarnya ada 3 pasang sebab standby untuk sekolah agama. Last last sekolah agama kena pakai baju biru...

Tadika Kemas pulak:


Baju Kurung Biru
Kotak Kotak Kecik
Kain Biru
Kasut Putih


Baju Putih (Jumaat)
Tudung Putih
Kain Biru
Kasut putih


Baju Tahun lepas
Ikut pengalaman,
baju baru akan
dapat bulan 6 nanti


Gitulah ceritanya...
~Gong Xi Gong Xi Gong Xi Ni~


Mersing

EmpayarUtama - Friday, January 28, 2011 : 6 comments

Aku selalu ke Mersing lebih tepat lagi ke Kg Ayer Merah - rumah arwah atuk; tempat aku dilahir dan dibesarkan. Tiap kali ke sana pasti ada perubahan.

Yang paling aku perasan ialah panggung wayang terbuka (sebenarnya rumah kedai tetapi bahagian tempat duduknya tidak berbumbung) dah lama dah tak ada
walaupun deretan kedai di situ masih mengekalkan struktur lama.

Tak banyak kenangan sebab aku membesar sebelum kenal dunia. Cuma rumah asal dah berubah dan tanah kat belakang rumah dah dijual.
Ini masjid Mersing yang terletak atas bukit paling tinggi kat tengah bandar. Khabarnya bawah masjid tu adalah lubuk emas. Pernah jemaah nampak 'ibu emas' muncul di tengah-tengah dewan sembahyang dalam masjid.
Bangunan masjid dari dekat.

Daerah ni pernah menggegarkan Malaysia satu masa dulu (kuat sekali gegarannya sampai tumbang beberapa ekar kebun sawit penduduk dok kerana aktiviti melombong dan mendulang emas tak kira tempat) kerana munculnya emas sebesar sekam padi yang paling meriah di kawasan pantai. Masa tu, semua orang jadi malas sebab boleh dapat sekitar dua ribu hanya dalam sehari mendulang!
Pemandangan dari Jambatan Sungai Mersing, di mana masyarakat di sini masih menjadikan hasil tangkapan laut sebagai sumber pendapatan.
Deretan kedai baru yang masih belum dihuni sepenuhnya. Para nelayan di sini juga menjalankan aktiviti sebagai pemandu pelancong persendirian. Untuk bot yang boleh memuatkan 10 orang dalam satu trip, tekong dan pembantu akan ikut serta jika ada group pemancing yang inginkan khidmat mereka untuk ke Kelong yang terletak sebelum Pulau Tioman. Ada 3 kelong yang popular setakat yang aku tahu.
Ini antara gerbang terbaru yang dibina di tepi pantai Mersing. Arca ni dibina betul-betul di hadapan sekolah.
Haaa... Ini antara aktiviti terpenting di Mersing. Jeti ini beroperasi setiap hari dan menerima pelancong baik dari dalam maupun luar negara. Destinasi - Pulau Tioman.
Nampak beberapa pelancong asing menunggu jadual perjalanan ke Pulau Tioman.
Deretan feri yang akan ke Pulau Tioman. Gambar ni dishoot dari jeti Kargo jam 11.30 pagi.

Mersing juga terkenal dengan beberapa jenis makanan yang agak jarang didapati di semua tempat. Kalau aku balik Mersing, aku mesti beli 'Nasi Dagang' kat Tanjung (Seri Tanjung) untuk sarapan.
Sekali order paling kurangpun 5 bungkus sorang. Nasi Dagang ni kena kukus 2 kali - kali kedua dikukus dengan santan dan halba tapi kat JB macam sekali kukus je. Tak sampai 3 jam dah basi.
Satu lagi makanan popular di sana - Satar.

Makanan yang berkaitan secara langsung dengan aktiviti nelayan, juga boleh didapati di mana-mana lorong kalau anda masuk dalam kawasan Seri Tanjung:
Ini ikan masin jenis 'Ikan Talang'. Lima Ringgit je sebungkus. 3 ekor besar-besar tau.
Deretan kedai menjual keropok, keropok lekor, sos pencicah, ikan kering - ada di sepanjang jalan susur tepi pantai di kawasan Tanjung.
Pemandangan yang biasa di lihat kalau menyusur jalan di Tanjung, atau sepanjang jalan menuju ke Pantai Air Papan ikut jalan tepi pantai.

Perusahaan 'Keropok Lekor' yang sekarang ni boleh didapati dalam berbagai saiz. Ada besar sosej, besar ibu jari kaki atau besar lengan budak. Tapi kalau nak fresh yang baru keluar dari air rebusan; kena masuk lorong tengah dalam kawasan Tanjung. Tepi jalanraya cuma yang dah disimpan dalam flask.
Antara wakaf-wakaf untuk beristirehat yang disediakan.
Playground Kg Makam on the way the Pantai Air Papan
Klik kat gambar untuk besarkan kalau nak senang baca cerita pasal Kg Makam ni.
3 gambar kat atas adalah pemandangan pantai sepanjang dari Tanjung ke Air Papan. Cuaca sekarang berangin dan ombak kat tepi pun dekat 1 meter. Airpun jadi coklat sebab tu tak de orang mandi.
Jarak dari bandar ke simpang Air Papan dalam 8 km, pastu belok kanan lagi 3 km sampailah ke pantainya. Tapi sekarang kita boleh terus ikut jalan susur sepanjang pantai untuk ke sana. Lepas aja papan tanda Kg Air Papan, haaa... boleh nampak saujana memandang sawah padi yang diusahakan oleh penduduk.
Naga kat cerita Magika tanya sambil menyanyi:
"Nak ke mana kamu bertiga, jangan sampai bangunkan Naga..."
Haaa... dah sampai dah kat pantai Air Papan. Kalau ada sambutan seperti Hari Merdeka, mereka pasang tol untuk kutip derma bersihkan pantai. Pada aku bagus sebab sampah yang ditinggalkan sama banyak dengan jumlah kenderaan yang ada pada hari-hari sambutan tu.

Ini antara gerai cenderamata, kena pulak angin kuat men layang-layang bestla kat sini:
Gerai-gerai kat belakang tu biasa sangat kita tengok - jual baju, boya, air, dan macam-macam.

Atas tu antara penginapan yang agak moden. Banyak resort kat sini untuk keselesaan pengunjung.

Nak cari chalet dengan suasana kampung? Adaaaa...

Wakaf tepi pantai. Nyaman aaaarrr....

Ini wajah-wajah air Pantai Air Papan. Kalau tadi 3 keping gambar sebelum sampai airnya agak keruh dan pasir tak berapa halus; tapi di Air Papan airnya jernih siap warna biru dan hijau lagi. Sebab tu tak semua persisiran pantai boleh jadi tarikan.
Saja je letak gambar nih buat penutup tirai. Makcik kat Tanjung bagi free kalau beli keropok dia. Harga sebenar 4 ringgit tapi dia jadikan hadiah kepada pembeli keropok. Kalau aku tambah acai berry agak-agak berapa harga nak letak kalau aku jual ikut cara MLM? (heheheheh...)

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Mersing nih seperti Taman Rekreasi Hutan Pelajaran, Teluk Buih, Tanjung Resang, Pantai Penyabung, dan banyak lagilah. Nanti berkesempatan aku pos kat lain entri.

Selamat Hari Raya Cina - Gong Xi Gong Xi Gong Si Ni...