Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Untuk Mereka Yang Tersayang (Dari Anak-anak)

EmpayarUtama - Sunday, May 15, 2011 : 3 comments

Esok hari bertuah yang disambut oleh para pendidik. Dan tahun ini juga merupakan tahun terakhir anak aku yang tua - Airina; menghabiskan zaman sekolah rendah setelah hampir enam tahun bersama rakan-rakan dan guru-gurunya. Bila ditanya apa kenangan untuk cikgu, diapun tak tau nak bagi apa. Aku kata bagilah hadiah yang boleh disimpan lama oleh cikgu
sebagai ingatan tapi tak perlu mahal sebab dia kan belajar lagi.

Airina

Akupun selongkar apa stok yang ada dan Airina bernasib baik kerana ada 2 dozen mugs yang masih aku simpan. Belikan dia wrapper dan tengoklah macammana kreativiti dia menghasilkan kenangan buat guru-gurunya:
hadiah hadiah

hadiah hadiah

hadiah hadiah
Kotak-kotak tu belen majlis harijadinya bulan lepas. Dan hadiah-hadiah ni dikongsi bersama adik-adiknya yang lain; masing-masing ada guru yang nak mereka hadiahkan sebagai penghargaan. Murah, tapi itulah tanda ingatan dari mereka anak murid buat guru tersayang. Hadiah ini juga dikongsi bersama oleh Afrina yang akan menamatkan sekolah tadikanya tahun ini.


Di sini aku ingin berkongsi beberapa keping gambar yang aku ambil baru-baru ni. Aku berharap benar agar aktiviti oleh anak-anak murid seperti di bawah ini tiada lagi:
Derma
Derma
Derma
Derma
Derma
Kesiannya mereka...

Aku tunggu mereka dari selepas maghrib hingga Giant hampir nak tutup. Mereka perlukan pendidikan, bukan tugasan itu.

Sempena sambutan hari guru tahun ini, aku juga harap para pendidik dapat cuba buang jauh-jauh ayat yang sinonim dengan kerjaya mereka: "Saya yang menurut perintah"; dan aku mewakili anak-anak juga mengucapkan 'Selamat Hari Guru' semoga sukses selalu...


Siapa Jerung Gergasi

EmpayarUtama - Saturday, May 14, 2011 : No comments

Aku buat entri ni dua hari lepas tapi tak sempat nak pos. Kena pulak semalam satu hari Blog bermasalah.

Cerita ni tak penting sangat. Suratkhabar lain tak ada siarpun berita ni tapi sebab 'ranking'; dan jadi pilihan popular masyarakat kelas pertengahan, akan ada tanggapan negatif ke atas syarikat cetak secara amnya.

Sebagai antara yang terlibat dalam industri yang sama (percetakan) jadi aku fikir kena ulas juga. Gambar atas kredit DUNIA ASURA

Printing Machine

Ini antara mesin-mesin cetak menggunakan filem lebih kurangla macam dalam laporan berita dua hari lepas.

Printing Machine

Syarikat cetak boleh jadi pengeluar produk sendiri ataupun pemberi khidmat cetak kepada pelanggan. Tetapi biasanya mereka bertindak sebagai pemberi khidmat cetak aja (printing service provider) dan tak cetakpun produk sendiri. Mana ada produk? Apa yang pelanggan ingin pula akan cuba dipenuhi berdasarkan saiz, mesin potong, gumming, packing; dan seterusnya penghantaran. Dan untuk terus hidup dan beroperasi, sesebuah syarikat cetak tidak terikat kepada satu pelanggan saja.

Berita HM12052011

Berdasar laporan di atas, mesin syarikat disita hanya kerana mencetak satu produk yang dipercayai untuk jenama tiruan. Syarikat percetakan tersebut tak perlu buat semakan sama ada produk yang dikeluarkan oleh pelanggan (yang buat pesanan cetak) itu asli atau tiruan kerana tugas mereka hanya mencetak berdasar pesanan.

Kesan dari laporan itu mungkin akan menyebabkan proses cetak pesanan pelanggan-pelanggan lain terhenti dan syarikat akan menanggung kerugian yang amat besar. Kemungkinan lain - pelanggan sedia ada lari ke syarikat cetak lain.

Jika satu perbandingan dilakukan; aku ambil 'logo halal' yang jadi perhatian ramai pihak. Dalam isu ini syarikat cetak tak masuk list pun. Pelbagai stail 'logo halal' yang dipamerkan memang dicetak oleh syarikat cetak; bukan bengkel kereta atau kedai dobi.

Lagi pula logo tu jadi sensitiviti agama dan di bawah kawalan kerajaan; tapi tak siapa peduli pun. Paling bagus pun cuma buat serbuan ke premis perniagaan yang diadu mempamerkan logo halal palsu.

Ini antara produk yang siap dicetak tunggu proses potong:<

Cup lids

Yang ini dah siap gumming dan packing; tunggu masa nak wrap dan susun atas pallette:

Boxes

Maklumat pelanggan ada dalam komputer, bukan susah nak dapat.

Cuma maklumat tepat yang disalurkan kepada masyarakat tu yang agak susah kalau masih buat kerja separuh jalan...


Masa Mengejar Kita, Dan Kita Semakin Tua

EmpayarUtama - Wednesday, May 11, 2011 : 3 comments

Diam tak diam, sekolah dah nak cuti pertengahan tahun. Dan aku tiba-tiba terperasan; eh Afrina dah pandai naik basikal!

Uhhh...cepatnya masa berlalu. Aku mengaku kali ni aku terlepas pandang kat anak aku yang satu ni. Dah enam tahun dah umur dia dan tahun depan naik darjah satu.
Sebelum terlupa (Hari Ibu dah terlepas); Selamat Hari Guru kepada semua tenaga pengajar terutama para guru yang terbaca entri aku, maaf zahir atas keceluparan kata-kata aku segalanya...
Afrina
Basikal ni dihadiahkan oleh Ratu Satin, terima kasih daun keladi.

Dulu aku ada belikan basikal kecik sikit saiznya untuk anak aku yang tua dan basikal tu aku dah hantar balik kampung 4 tahun lepas. Malu pulak nak ambik semula sebab anak buah kat sana pun ada gak yang kecik. Entah kenapa sebab sibuk sangat bekerja ke atau aku yang melebih-lebihkan kehidupan sosial berbanding anak-anak sampai terlupa akan Afrina (malunya aku).

Tapi cepat pulak dia pandai tunggang basikal tu. Tak sampai dua bulan aku dah kena buang roda tepinya.
roda
Hidup pun macam roda; berputar, berhenti, berputar.
Kejap kat atas kejap kat bawah.
Dah kena cabut roda dah tak berputar lagi.
Hidup kita pulak macammana?

Sekarang ni kalau singgah rumah atuk dia yang satu lagi, (rumah mertua) basikal besar yang ada kat sana dikerjakannya. Dulu masa pertandingan mewarna kat parking lot Angsana dia nak hadiah basikal tapi tak menang; terus bagi alasan "basikal dah abis...". Aku ada janji nak belikan basikal yang tinggi sikit dari yang ada ni tapi tak beli-beli pun lagi...


Ini pasal hero aku yang sorang tu - Aiman. Dalam entri aku pasal Besar Belanja Pun, Kena Bayar Enche (11 Jan, 2011) aku ada cerita tentang buku-buku pilihan yang betul-betul jadi pilihan sebagai pameran kat almari anak-anak. Disebabkan sekolah dah laksanakan dasar 1 murid 1 sukan dan dia ni pulak tiap hari merengek nak beli kasut bola, jersi bola, stokin bola; aku belikan jugalah. Apa jadi? Macam biasa, masuk senarai buku-buku pilihan jugak - jadi tambahan koleksi pameran dia.
Kasut Bola
Minggu pertama bulan Feb beli semua ni,
tengok plastik pun tak bukak lagi.


Benda alah ni ada aku ceritakan dalam entri pasal Pakaian Seragam. Aku tanya dia, Aiman main apa kat sekolah? Dengan muka yang macam tak berapa ceria aja dia jawab Cikgu suruh main sepak takraw (walaupun masa isi borang dulu pilih bolasepak). Hehehehe... betul tak apa aku cerita dulu?
Kadet Remaja
Ini?

Setakat hari ni, inilah pakaian lengkap Ko-Kurikulum Kadet Remaja sekolah yang dia pakai untuk tujuan bergambar saja. Tak pernahpun aku nampak emak dia gosok baju tu lagi untuk aktiviti ko-kurikulumnya lepas sesi bergambar tu. Seingat aku tak ada. Mungkin ada tapi aku lupa kot. Hmmm, aku dah tak terkejar masa, aku (kita) makin tua...