Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Jom Tengok Upin Dan Ipin

EmpayarUtama - Tuesday, July 19, 2011 : 5 comments

Sabtu empat hari lepas cam biasalah berhujung minggu dengan keluarga. Bila tanya nak ke mana? Jawapan masing-masing tengok "Karnival Upin & Ipin" jadi lepas tengahari tu teruslah ke Persada Johor.

Diorang punya bergambar sakan sampai full memori enset.
Kat sini aku pilih-pilih aja gambar buat kenangan:





Lima gambar bawah ni ada kat ruang legar sebelum masuk dewan:


Yang ni dah berapa kali tukar dah, penuh dengan tandatangan dan coretan...


Antara watak-watak dalam cerita Upin & Ipin - Mael dan entah akupun tak ikut sangat ceritanya. Punyalah ramai orang nak bergambar, last-last diorang bergambar kat situ je, oklah tu.


Boutique? Cam biasa jual souvenir...


Ini mungkin rakaman untuk siaran TV9...


Haaa... pintu masuk dewan.


Tu dia... Ramai sekali yang datang pada hari pertama ni. Sampai ada anak yang pergi ke meja urusetia sebab kehilangan ibu bapa... hehehe...


Antara acara di pentas utama, tak abis-abis acara sampai kitorang balikpun masih ada lagi.


Ni saja nak tunjuk gambar boya kat belakang tu. Sebagai penyelamat kat anak-anak kecil sebab diorang tau nak main je... Memang tak hilang kalau letak diorang kat situ; mak bapakle yang hilang...


Ini booth paling meriah - Berita Adik oleh TV9. Sebab apa, sebab kat sinilah berkumpulnya artis cilik dari 'Idola Kecil' ke hapa ntah dan kat sinilah enset aku full dengan gambar-gambar dan rakaman video diorang...


Ni haaaa antaranya...


Tapikan, dalam pada happy-happy tu... Alamak Afrina monyokle pulakkkk. Terharunya aku nengok gambar dia kat kaki lima depan Persada tu. Bukan apa cuma dah janji datang nengok pameran aja, tapi sibukla pulak dia nak main Sand Art yang ada kat dalam. Abang dan adik dia buat tak tau selamba je belasah eskrim...



Dan akhirnya berjaya juga memujuk setelah belikan air laici bersalut Upin & Ipin...


Perghhh... Penat seyyyy...



Cara Mudah Hilangkan LinkWithin Di Laman Utama Blog

EmpayarUtama - Sunday, July 17, 2011 : 3 comments

Dah tukar template ni, ada aja benda yang aku nak ubah. Aku cari tutorial paling mudah dan tak cerewet untuk buang linkwithin di main page tapi akan keluar kat page lain sebab pada akulah, kalau takde benda tu blog nampak kemas
sikit. Jumpalah satu yang menarik oleh kaka1407 dalam Info Terkini Online tapi macam tak boleh jadi aja. Jadi aku cuba sendiri cara yang aku rasa tak peningkan kepala. Cuma tambah linkwithin script tu kat post footer. Macam ni:
1. Memula korang pergi ke website linkwithin, letak apa yang patut untuk info blog korang tu (tak payah log in pun tak pe daaa…). Dapatkan linknya, lebih kurang cam ni haaa: (id tu aku punya blog aaa, tengok korang nyer id mesti tak sama tau):

<script>var linkwithin_site_id = 361788;</script>
<script src='http://www.linkwithin.com/widget.js'/><a href='http://www.linkwithin.com/'><img alt='related posts plugin for wordpress, blogger...' src='http://www.linkwithin.com/pixel.png' style='border: 0'/></a>

2. Pastu cam biasa pergi ke Design --> Edit HTML --> Expand Widget Templates

3. Cari sampai jumpa benda ni; nak senang guna (Ctrl+F) kat keyboard tu:

<div class='post-footer-line post-footer-line-3'>

4. Kemudian tambah je kod ni kat bawah footer-line-3 :

<div class='post-footer-line post-footer-line-3'>
  <b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
     <script>var linkwithin_site_id = 361788;</script>
       <script src='http://www.linkwithin.com/widget.js'/><a href='http://www.linkwithin.com/'><img alt='related posts plugin for wordpress, blogger...' src='http://www.linkwithin.com/pixel.png' style='border: 0'/></a>
  </b:if>
</div>

Nampak tak warna merah tu, itu korang kena tambah. Script tu memang korang dah dapat dari linkwithin kan?

5. Save dan cuba tengok main page blog korang. Dah tu cuba tengok page entri sebelum tu. Ada nampak beza tak?

Satu lagi, korang nak letak apa pun kat footer tu pun boleh. Korang cari je benda ni macam arahan nombor 3 kat atas tu:

<div class='post-footer'>

Ngam-ngam bawah dia korang letak le kod yang korang nak letak. Aku ambik contoh kod Nuffnang Large Rectangle (336 x 280) macam ni:

<div class='post-footer'>
<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "47088cb15ae2c7b061abbc1d7fc9ea01";
</script>
<script type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/j.js"></script>
<!-- nuffnang-->
Pastu Save dan tengok, ada keluar atau tidak.

Senang tak nak ikut tutorial aku ni?

Persiapan Ke Kejohanan Remaja Dunia...

EmpayarUtama - Saturday, July 16, 2011 : 3 comments

Aku tipu. Sebenarnya ini antara aktiviti anak-anak Tadika Kemas sebelum perlawanan hujung minggu depan. Masing-masing baru je berumur antara 5 hingga 6 tahun.

Diorang bergabung dengan beberapa Tadika Kemas berdekatan untuk membentuk satu pasukan yang mantap demi menyelamatkan Sasuke.
Eh, pasal cerita Naruto lak masuk entri ni?

Latihan ni baru masuk hari kedua dan nanti kita tengok la pulak camana keadaannya masa hari pertandingan nanti. Tengok gambar-gambar kat bawah ni yea, masa latihan pagi tadi. Mana-mana yang datang dengan bonda masing-masing; kiranya mereka ada jurulatih peribadi tau. Tengok aksi para jurulatih tu:


Korum tak cukup siap pinjam GK dari sekolah kebangsaan lagi...



Ada dua view menarik kat sini. Memula kita nengok aksi si cilik Center (C) tu. Macam persembahan nyanyian pun ada:


Pastu aksi Goal Shooter (GS) dan Goal Keeper (GK) kat bawah ni pulak:



Sempat menocangkan rambut pihak lawan (GS) cuma tak bawak getah untuk ikat...huahuahua


Tocang sampai siap daaaa...


Aksi yang ini tak sah kalau takde...

Jenuh cikgu pun datang memujuk;  tapi yang bestnyer GK dan GS tetap dengan 'dunia' diorang...


Bola dah dekat tu, GS relax je. Boleh duduk-duduk lagi...


(C) tadi menari agak lama di tengah sambil disaksikan semua...

Sesi perbincangan jurulatih-jurulatih peribadi selepas 2 kali latihan. Rasanya puas hati kot nengok persembahan pasukan yang baru dibentuk tu. Nak lawan ujung minggu - ada can menang ke? Mudah-mudahan...

Ok sampai sini dulu, nanti aku update hari pertandingan pulak. Tungguuuu...