Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Sebulan Jadi Setahun, Yang Senang-senang Saja

EmpayarUtama - Thursday, October 18, 2012 : 22 comments

Ini cerita dalam bulan puasa. Aku ni pengguna tegar Celcom sejak dari 010 lagi. Kebetulan masa Celcom bertukar kepada 019 dan buat tawaran 'Corporate Rate' yang beri diskaun RM50 tiap bulan; semua nombor yang aku guna dapat tawaran tu. Seingat aku hadiah terakhir yang aku dapat ialah Blackberry tapi dah kena rembat. Jadi bila puteri kedua - Alya dok bertukar nombor Maxis
prepaidnya, aku tak ambik port pun. Tapikan, disebabkan dia tak selalu guna; nombor asyik expired je. kenalah aku ambik kisah. Sebab tiap kali expired; duit prepaid masih ada.

Kat sini aku nak kongsi kat sesapa yang belum tahu (yang dah tahu buat-buat tak tahu jelah ya). Maxis prepaid nih, nombor dia boleh bertahan 30 hari je. Walaupun ada baki prepaid tapi kalau tak top-up masa hari expired tuh, nombor tu terus tak boleh guna dah. Dah tu pulak, bila tanya kedai yang jual nombor prepaid camana nak extend prepaid jangan sampai expired - jawapannya senang aja: "Kena pergi daftar kat Maxis Center Taman Molek". Perghhhh.... Cam tu ke?

Sebenarnya ada panduan ringkas kat belakang kertas nombor prepaid cuma kalau tak tahu guna; hanya nampak menu sajalah. Macam ni:

Pertamanya kena pastikan nombor prepaid tu belum expired. Keduanya - baki prepaid kena lebih RM33 sebab RM33 tu adalah kos validation untuk 365 hari. Senang cakap, kita bertukar dari prepaid kepada postpaid sementara tanpa bil untuk tempoh 365 hari hanya dengan bayar RM33; atau 9 sen sehari. Kira berbaloi sebab tak payah pening nak mengtop-up je time nak expired.
Taip *100# pastu send. Nanti akan masuk satu mesej berupa menu macam kat atas. Tekan 'Answer' dan taip saja 1 dan send lagi. Nanti akan masuk satu lagi mesej macam kat sebelah ni. Tekan 'Answer' lagi dan taip pulak 5 pastu send lagi.
Mesej seterusnya yang akan diterima macam kat bawah kiri ni ha. Jadi, kalau nak tengok baki prepaid ada banyak mana serta tempoh sah yang baru; kenalah taip *122# dan send. Tempoh tamat prepaid telah divalidatekan selama 365 hari. Tunggule setahun lagi baru ulang step yang atas sekali tuh sampai abis.

Sebenarnya ada satu syarat lain iaitu kena top-up sekurang-kurangnya RM30 dalam tempoh 6 bulan pertama. Aikkkk takkanle 6 bulan pertama tak boleh habis RM30? Nak senang, terus je beli top-up RM30 haaa; pakai ke tak pakai ke - yang penting nombor tu boleh pakai setahun...

Baguske? Pada aku, bagus jugakla...

Aku buat cerita sebab takut lupa tarikh tamat tu (09.08.2013) maklumla tak de itam putih. Nanti kalau dah dekat-dekat tarikhnya; kengkawan ingatkan aku tau :)



Perjalanan Yang Belum Selesai

EmpayarUtama - Monday, October 15, 2012 : 17 comments

Abang Remy datang lagi dengan segmen Ohsemnya. Aku pulak makin sibuk ada hobi baru nantilah aku cerita.

Oleh kerana aku tak menyempat nak hapdet blog, aku letak cerita ni sampai 15 Oktober - sampai tarikh tutuplah kiranya. Tapi kalau ada cerita lain yang nak aku kongsikan (kalau adalah), kena scroll kat bawah yea :)
Segmen nih baru bermula semalam. Dan ini banner terkini untuk segmen abang Remy: "Jom follow - Aku Cuma Seorang Kulikutif !!! Ohsem giveaway":

Sejak ikut blog Remy, rasanya ini kali ketiga dia buat segmen. Memula tu segmen " jom follow blog remyhazza " sebelum hujung tahun 2011. Masa tu follower dia belum jejak tiga ratus pun. Aku suka nengok peten dia yang akan jengah balik siapa yang datang belog dia tak kira berapa kali pun dalam sehari. Yang bestnya aku dapat hadiah tau hahahahahahahahah (jangan jeles)
Awal tahun 2012, dia bukak buku baru dengan target 500 followers sebelum 10 Februari 2012.

Follower ke 500 dia
- Ayie Abas


Yang ini aku tak sempat join (camana tak sempat tapi boleh pulak buat entri aaa?) tapi tolong pomot jugak sebab masa tu aku suka baca review dia pasal wayang dan belog dia penuh makanan. Kalau lapar je aku bukak belog dia hahahahah.

Dan hari ini, pengikut abang Remy dah meningkat lebih dua kali ganda berbanding sebelum dia bersegmen dulu.

Haaa apa lagi, marile ikut Remyhazza atau join segmen terbaru dia --- > kat sini.

Moga-moga Remy dapat capai target lebih awal ^_^