Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Jawapan Kepada WW Dua Minggu Lepas

EmpayarUtama - Wednesday, March 6, 2013 : 11 comments

Hamboih sampai dua minggu baru nak jawab persoalan Wordless Wednesday (WW). Erkkkk bila masa aku buat WW dua minggu lepas?

Ni, ni, nak cerita, selain dari baca paper dan belog untuk lihat perkembangan di Lahat Datu Sabah; aku baca juga berita terkini online dan salah satu pilihan ialah Malaysian Digest versi Melayu.

Iyala aku bukan pandai na baca omputeh.

'Sekali lalu' kalau tak ambik peduli, terus tuju ke berita-beritanya. Tapi 'tiga pat kali lalu' terperasankan iklan RinggitPlus kat situ. Kena pulak dah dekat-dekat pilihanraya umum nih. Aku boleh terfikir yang lain der hahahahampagas tullah aku nih.

Cuba korang tengok betul-betul:















Ada yang tak kena ke dengan iklan nih? Jangan tengok lama-lama sangat bukan versi WW Afzalsukasuki dua minggu lepas tau :)


Celaru, Keliru

EmpayarUtama - Friday, March 1, 2013 : 13 comments

Pelik bila tengok followers 820; tapi lepas buat cerita Review Mereka Yang Terpilih cuma bertambah 17; patutnya 817 je la kan? Mana datang 3 lagi followers tu yea? Ke sebelum tu memang dah ada 803 tapi 3 orang lagi keluar ngam-ngam sebelum aku tulis cerita tu kendian masuk balik?

Musykil tullah. Nasib baik aku tak buat
apa-apa GA kalau tak mesti ada yang tak puas ati.

Oke, oke, apa aku nak cerita kali ni. Oh iya, kepada mereka yang ikut cerita aku selepas Hari Raya Idilfitri - dari bulan September 2012; Oktober 2012; (maaf November 2012 langsung tak sempat bercerita sementara bulan doblas 2012 hanya ada 2 cerita yang tidak bersangkutan); hinggalah Januari 2013; mungkin boleh faham kenapa Wasiat Buat Isteri itu ditulis. Ia bukanlah khusus kepada isteri aku kerana kami memang berkomunikasi saban hari tetapi rasanya berguna buat dia, kannnnnn ^_^.

Kebetulan pula artikel yang agak berkaitan dengan wasiat ke 7 disiar keesokannya:

Sebenarnya aku tertunggu-tunggu pandangan dari seseorang yang memang sudah lama tidak Meninggalkan Tapak Kaki di sini (erkkk hehe sori yea Pondok Usang terguna ayat ni pulokkk) sampai la ni langsung takmo bagi pandangan pun walau tiap kali bercerita dia akan baca. E-mel pun ada hantar mintak dia bagi 'kutukan terhebat' tapi dia buat donno je. Takpe aku sentiasa bersangka baik :)





Wasiat Buat Isteri...

EmpayarUtama - Saturday, February 23, 2013 : 24 comments

Berat rasanya untuk aku menulis yang ini. Tapi siapa tahu jika aku yang akan pergi dahulu (Allah saja yang mengetahui).

Buat isteriku; oleh kerana kamu telah bergelar ibu, emak, mama, mami, ummi, bonda, atau apa saja panggilan dari anak-anak untuk seorang ibu; ada beberapa pesanan istimewa untukmu.
1. Tiada harta bertimbun, tiada emas berkepuk, tiada wang ringgit berkoyan yang dapat kutinggalkan - hanya teratak usang buat kamu dan anak-anak berteduh selain anak-anak penyambung zuriat yang akan mendoakan kita InsyaAllah.

2. Usahlah kamu membezakan anak-anakmu hanya kerana pangkat atau harta; hatta tahap pendidikan yang telah mereka capai. Begitu jua dengan cucu-cucu kamu (jika mereka beroleh zuriat insyaAllah)

3. Rapatkanlah tali silaturrahim sesama mereka hatta saudara terdekat mereka. Janganlah mencorak atau menjarak ikatan persaudaraan hungga pergaulan mereka menjadi renggang dek kerana perbezaan pencarian rezeki atau nafkah hidup.

4. Janganlah di antara anak-anak kita itu ada 'anak emas' yang sukar ditegur; jangan ada 'anak suruhan' yang dianggap hidup bekerja untuk kamu; jangan ada 'anak yang tidak dipercayai' sehingga sanggup memanggil orang lain untuk kamu walaupun anak berada di depan mata.

5. Setelah mereka berkahwin, lepaskanlah mereka bersama tanggungjawab baru mereka; usah anggap mereka masih lagi anak-anak kecil. Mereka juga ada tanggungjawab untuk sebuah keluarga; dan jika itu anak perempuan - fikirkanlah yang mereka juga akan menjadi seorang ibu, emak, mama, mami, ummi, bonda, atau apa saja panggilan dari anak-anak untuk seorang ibu; sama seperti kamu nanti.

6. Hargailah pengorbanan anak-anak serta menantu (jika mereka telah berkahwin) yang sedia menemani kamu bila keseorangan setelah tiadanya aku nanti.

7. Janganlah mengharap keajaiban berlaku di depan mata, sekelip mata bila apa yang kamu hajati dan ingini itu sebenarnya perlukan waktu untuk disedia dan disempurnakan.

8. Sebaiknya usah diperguna kuasa terhebat kepada anak-anak kita. Janganlah sesekali ungkap perkataan 'derhaka' itu hanya kerana sedikit tersinggung. Kita masing-masing berbuat kesilapan.

9. Dan yang paling penting; aku akui amal ibadatku amat kurang serta cetek berbanding kamu. Akan tetapi segala yang kamu lakukan selama ini janganlah dicampur aduk dengan prasangka yang menuju kepada syirik/khurafat. Percayalah kepada Allah Yang Esa; bukan kepada mereka yang menyengutukan Allah (Nauzubillah...)

Aku doakan yang terbaik untukmu, semoga kamu tabah; semoga hatimu berubah bila membaca tulisan ini atau setidak-tidaknya ianya disampaikan ke telingamu oleh mereka.