Seminggu dua yang lepas, aku rasa penat iyalah dah makin tua. Waktu 'sanggang' yang sikit tu aku layan beberapa cerita yang dah lama jadi stok dan tak sempat nak nengok.
Tapi cam biasa pilihan aku ialah cerita-cerita Cina walau aku tak faham sepatah perkataan pun.
Tapi cam biasa pilihan aku ialah cerita-cerita Cina walau aku tak faham sepatah perkataan pun.
Young & Dangerous Reloaded masih berkisar iri hati dan khianat sesama rakan; selain perebutan kuasa. Tapi, cerita ini masih tidak dapat menyaingi mana-mana koleksi Young & Dangerous sebelumnya.
Manakala The Last Supper memaparkan konflik raja Dinasti Han yang terlalu berprasangka terhadap rakan seperjuangan. Mereka menjadi sejarah apabila dijemput menghadiri jamuan istana kerana siapa yang dijemput bermakna kematian. Prasangka terus menghantui sang raja hingga hayat yang terakhir. Di sini juga kita mengetahui bagaimana China dipecah kepada 9 negeri yang miliki dinasti masing-masing.
Secara perbandingan, dua cerita epik lebih menyerlah berbanding dua cerita moden di atas. Namun begitu, pada aku keempat-empat cerita tersebut tidak dapat menyaingi animasi Jepun di bawah jika menyentuh elemen kekeluargaan. Cuma semua cerita yang aku kongsikan ini dipaparkan dalam bentuk keganasan melampau: