Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Percuma Selagi Boleh. Memang Boleh

EmpayarUtama - Friday, October 4, 2013 : 5 comments

Sebelum ini aku bincang tentang penglibatan penaja dalam SEGMEN; kali ini meh lihat bagaimana penggunaan atau manipulasi 'sponsor' di alam maya dalam bentuk lain.

Sambil-sambil tu kita tengok ada tak situasi menang-menang antara kedua belah pihak.

Sponsor jadi tajuk iklan
Ia bukan sponsor kerana yang dipapar adalah iklan dari pengendali iklan seperti Komli, Advertlets, Nuffnang, Innity, Adsense, Bidvertiser (antaranya). Kita perlu daftar dan penuhi syarat mereka sebelum iklan berjaya diterbitkan. Pengiklan dapat imbuhan dari iklan yang dipapar dalam belog sebagai imbuhan. Biasanya mereka tidak galakkan tajuk seperti 'tolong klik iklan' dan cadangkan tajuk-tajuk seperti 'iklan', 'Ads', 'Advertisements' atau 'Sponsored Ads'.

Ini sama je dengan program affiliate lain di mana pengiklan perlu daftar dahulu untuk dapatkan link affiliate baru boleh pasang iklan.

Sponsor downliners
Ini frasa standard dalam laman MLM. Aku tak berapa faham kenapa diletak 'menaja /sponsor orang bawah'. Nak bagi cantik ayat je kot. Sebab bukan taja pun, orang bawahan tu kena bayar baru boleh masuk senarai. Bayangkan kalau ada satu program terhebat sampai satu dunia nak join; berdasar kelayakan habis dah satu dunia dah masuk. Dalam piramid tu barisan terbawah sekali mana nak gagau downliner lain?

Sponsor taja website/blog
Kebiasaannya tuanpunya web/blog pilih untuk tidak paparkan penaja tetapi aktiviti blog menjurus kepada operasi tertentu. Contohnya blog abang Gilamodified yang dapat tajaan KBS untuk kemudahan 'roadshow', peralatan, serta ayarikat automotif sebagai penaja hadiah.

Contoh lain (contoh je tauuuu) - penulis maya/cybertroopers politik di mana mereka dibayar untuk menulis (kebanyakan mereka menafikan) dan kita boleh lihat melalui logo tertentu yang sama dalam beberapa blog politik.

Di bawah ini hasil laporan Ketua Audit Negara 2012 (Segar dari ladang hahahahahah):


Iktiraf blog popular sebagai sponsor tak langsung
Ini pun jadi 'trend' dah ni. Selalunya selitkan dalam 'bloglist' sama ada jadi sumber inspirasi tuan belog; nak dapat backfire backlink, tumpang populariti atau tak yakin pada diri/belog sendiri - itu aku tak pasti. Sendiri jawab dalam hati.

Penafian penglibatan sponsor dalam entri
Ini untuk elakkan prejudis di kalangan pesaing (competitors) antara pengeluar produk yang sama. Selalunya entri berbau politik akan diambil kesempatan oleh pihak satu lagi untuk kondem kembali apa yang ditulis. Aku ada juga buat penafian sebegini waktu kempen anti merokok yang kebetulan sampel berjenama satu syarikat penyiaran di mana aku cuba elakkan 'bias'. Satu lagi sewaktu berlangsungnya Sesi Bercakap Dengan Jin setelah tulis perbandingan variable rate di mana tak semua pengeluar kereta dan bank tawarkan skim ini berbanding fixed rate.

Ada juga penulis cari jalan selamat dengan letak bermacam-macam penafian (takut kena saman kot) sebab ayat-ayat cinta dalam artikel pedas-pedas belaka. Di sini tak ada 'win-win situation' kerana penafian (disclaimer) hanya perkongsian cerita untuk rujukan, ilmiah, propaganda, atau bacaan ringan

Sponsor percuma dari program sedia ada
Ini merujuk kepada platform yang kita pilih untuk berblog. Banyak program percuma seperti Blogger, Wordpress, Tumblr; atau melalui pengendali program lain yang juga ada sediakan blog untuk ahli secara percuma. Di sebalik kita bebas untuk menulis; timbal baliknya kita kenalah biarkan nama platform program tersebut di belakang web/blog kita.

Dah habis sebab yang lain aku tak tau

Wordless Wednesday III

EmpayarUtama - Wednesday, October 2, 2013 : 2 comments

Gabungan dua Rabu:



Sumber : Ratu Satin



Sumber : Blog Serius - Serius Beb!



Pencerahan? Awan Itu Kadang Kadang Kelabu

EmpayarUtama - Sunday, September 29, 2013 : 6 comments

Cerita kali ni bukan nak mencerahkan awan tapi hanya untuk jelaskan tentang para sponsor yang turut dipromosi dalam kontest atau GA (ringkasnya SEGMEN) oleh penganjur.

Kebiasaannya link mereka turut dipamer dalam entri segmen. Ini adalah pandangan peribadi dan aku fikir mungkin berguna jika berkongsi.

Jika mana-mana segmen dapat sambutan hatta daripada 10 pengguna lain sekalipun; maka link sponsor ini secara otomatik turut dipromosi oleh para peserta.

Agak rugi kepada sebelah pihak bila tiada situasi menang-menang ('win-win situation'). Sebab itu bila aku lawat link-link penaja; memang tak semua tolong promosi segmen yang ditaja. Takkanlah tak boleh tegur... Pandangan aku - bila kita bersetuju menaja dan orang yang ditaja telah buat sebaik mungkin untuk promosi link kita; apa salahnya jika kita juga promosikan apa yang kita taja. Tidak akan wujud konflik 'nanti penaja pulak yang akan menang' jika sponsor tidak hantar link entri kepada penganjur.

Selain itu, bila 'coding link' diberi - pastikan segala yang berkaitan dengan segmen dipapar ikut kesesuaian belog. Tak semestinya ambil bulat-bulat apa yang diberi kerana itu hanya ASAS kelayakan penyertaan. Boleh tambah perencah sesedap rasa agar apa yang dikongsikan jadi lebih menarik. Tapi ia jadi syarat kemestian bila dinyatakan dalam syarat-syarat penyertaan. Contohnya (Aku ambil contoh segmen Ayie Abas):


Baca syarat penyertaan No. 4 dan No. 5

Oleh itu dalam contoh segmen terbaru yang aku tolong promot; tak jadi masalah jika KhirKarya tidak dapat masukkan coding link yang diberi; yang penting link entri segmen dihantar ke tempat sepatutnya.

Apa perasaan sponsor bila SEMUA peserta mana-mana segmen langsung tidak selitkan senarai penaja (bila tidak disyaratkan untuk berbuat demikian)? Jujurlah...

Teringat pula cerita pasal jujur. Tak salah aku ada 3 cerita pasal 'jujur'. Cerita yang lain lain sekadar berkias je...

Alamak, kesian Kakzakie terpaksa komen kat belog demo. Belog tu belum siap sepenuhnya.


Walaupun belog rojak, aku memang harap apa yang dikongsikan boleh jadi ilmu (untuk aku belajar juga). Berkias sikit-sikit. Jika tidak, jadi bahan bacaan ringan saja pun takpe. Air yang keruh kita jernihkan, mintak maaf ya semua pembaca. Hidup kena ceria :)