Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Destinasi: Duit Atau Ilmu

EmpayarUtama - Tuesday, December 14, 2021 : 4 comments

Aku suka dan teruja bila baca perkongsian abang mrhanafi tentang 5 kerja lepasan SPM gerenti dapat. Memang betul lepasan SPM memang senang dapat kerja. Lepas ni jangan lupa singgah blog dia ya.

Kalau ada cuti panjang waktu tengah buat diploma ke, degree ke; pergile mintak apa apa kerja dan bagitau baru lepas repeat SPM; sap sap soi lah dapat.
Bab gaji tu, memang tak bolehlah buat perbandingan dengan budak lepasan ijazah. Yang ini kena tengok dari pelbagai sudut.

Pertamanya umur. Aku fikir jarak waktu lepasan SPM dengan lepasan U sekitar 5-6 tahun. Kalau lepasan SPM kerja hingga 6 tahun, masa tu gaji dia bawah sikit je kot dari budak lepasan U. Masa tu sama-sama umur 22-23 tahun, kannnn.

Kedua, sepanjang 6 tahun tu budak lepasan SPM buat duit je. Budak lepasan U - sepanjang 6 tahun nak ngabiskan pengajian; memang ngabiskan duit dulu, tak gitu? Paling cikai pun berhabis RM25 ribu baru tamat pengajian, lom tentu dapat kerja lagi.

Bukan apa, contoh depan mata - Kawan sekelas puteri sulung aku yang terus jadi salesgirl kedai jual handbag/baju/kasut lepas SPM dulu sekarang dah sama gajinya dengan gaji puteri sulung aku.
Jika ditolak segala belanja pengajian, puteri sulung aku kena kejar lagi 2 tahun baru boleh matchkan gaji masing masing.

Ketiga, pengalaman kerja. Yang ni boleh fikir sendirilah kot.

Cuba tanya Aul ML ni sekarang berapa gaji dia. Rider Marrybrown je dulu, sekarang antara wakil Malaysia untuk e-game Mobile Legends.
Pengalaman atau skill kerja ni jauh beza dengan teori sepanjang belajar untuk dapat degree; apa job pun.

Keempat-empat bos tempat aku kerja (4 tempat kerja) semuanya cuma level SPM. Dan aku respect mereka sampai sekarang sebab guide aku kerja.

Tapikan, selagi boleh belajar, selagi boleh tambah ilmu pengajian; kejarlah ilmu dulu. Aku fikir, inilah satu satunya advantage budak degree yang boleh beat segala di atas tadi. Lebih lebih lagi kepada yang bergelar lelaki..

Eh ini pendapat peribadi aku je...


Sistem Gaji vs Sistem Bayaran Gaji

EmpayarUtama - Friday, December 10, 2021 : 6 comments

Baru-baru ni ada kawan bertanya, boleh tak buatkan potongan gaji bulanan untuk dia nikmati diskaun 10% Pinjaman PTPTN ikut jadual yang diterima?

Aku kata boleh je. Tapi kena tengok tempat kita kerja guna bank apa, dan dia pula guna bank apa sepanjang terima gaji bulanan. Dia tanya lagi, tak boleh ke buat melalui sistem gaji yang aku guna tu?
Aku terangkanlah kat dia - sistem gaji yang diguna pakai di tempat kerja tu adalah satu benda yang berbeza dengan sistem potongan gaji melalui bank (Credit Management System atau ringkasnya CMS).


Sistem gaji yang diguna pakai adalah untuk merekod maklumat berkaitan pekerja dan cetak gaji bulanan; elaun serta segala potongan yang berkaitan seperti Potongan Cukai Berjadual (PCB), KWSP, Perkeso, EIS, dan sebagainya.

Urusan pembayaran pula; kena log in akaun tempat kerja tu untuk buat bayaran gaji (sama ada bank in terus ke dalam akaun individu pekerja atau buat bayaran kelompok [bundle]
melalui CMS); buka Portal Web Perkeso untuk bayar caruman PERKESO dan EIS, laman web KWSP untuk bayar caruman KWSP; dan sebagainyalah yang berkaitan.
Bila CMS bermasalah pada awal bulan, lambat la gaji masuk. Tarikh pemotongan PTPTN dah tak ikut jadual...

Jika entiti perniagaan buat bayaran gaji melalui CMS, pekerja (baru) yang belum ada akaun di
bank tersebut perlu buka akaun dengan bank yang sama. Biasanya entiti perniagaan yang ada sekitar 10-20 pekerja tak kisah sangat dengan CMS ni. Tapi jenuhla tiap awal bulan nak key in satu persatu gaji pekerja ke dalam payment bank setiap pekerja.
Ok berbalik kepada masalah kawan aku tadi. Tempat kerja dia tak guna CMS. Bank syarikat pula berbeza dengan personal bank dia. Aku cuma nasihatkan dia buat bayaran ikut jadual potongan bulanan PTPTN tu menerusi personal akaun bank dia je dan maklumkan kepada PTPTN untuk nikmati diskaun yang ditawarkan.

Aku harap penjelasan ringkas di sini dapat tunjukkan perbezaan antara Sistem Gaji (Payroll System) dengan Sistem Pembayaran Gaji (Bank CMS). Eh kalau aku salah tolong betulkan ya. K baiiiiii...


Mini Barbeque Buat Sendiri

EmpayarUtama - Sunday, December 5, 2021 : 6 comments

Cuti sekolah dah mula. Nak berjalan pun dah boleh. Ahli keluarga yang layak vaksin pun dah lengkap tempoh vaksin (tamat 2 minggu selepas vaksin kedua). Diorang dah rancang nak ke Batu Layar Kota Tinggi.

Ada yang dah siap pack baju tuuuu. Pastu dengar pulak ‘bestkan kalau dapat BBQ kat situ…’; alammmmaaaaakkkk ai. Aku ni jenis bila dengar sesuatu yang boleh libatkan diri
sendiri, rasa susah hati rasa bersalah pun ada kalau tak campur.


Jadi aku pergilah belakang rumah ambik belen zink lama; terjumpa pulak tin ‘Royal Canin’ bekas makan si Shy-Shy. Macam boleh kot buat mini dapur BBQ. Inilah bahan bahannya:

Marker, pembaris, tukul, cutter, playar, dawai, jaring (bekas serkup anak pokok kari), zink, dan aku lupa pakai glove walaupun stok banyak. Ini semua memang ada kat rumah. Jadi aku tak keluar belanja pun.

Tin biskut aku belah dua jadi macam ni. Panjang 52cm (26cmx2), lebar 11.5cm, tinggi 9cm. Pastu tinggalkan je sebab nak potong zink pulak.
Dah siap bentuk. Panjang 32cm, lebar 19cm, tinggi 13cm. Jaring tu lipat dua.
Saiz jaring lebih besar dari tapak. Kelilingnya tutup dengan zink supaya tak tajam.
Jaring tin biskut pun aku buat lebih lebar juga. Disebabkan saiznya kecik je, bahagian dawai jaring yg ada rasa tajam je ditutup dengan zink.
Dah siap. Dapat 2 set. Si Afrina puteri ketiga memang ada simpan baki Aluminium foil belen dia belajar buat kuih masa PKP :)
Aku buat dapur zink tu agak besar bersebab. Tin biskut tu aku dah ukur ngam ngam muat masuk disusun dalam zink. Tin tu jadi bekas untuk jaring; aluminium foil dan masih ada ruang untuk letak arang dalam sekilo lebih dalam tu. Senang nak bawa berjalan :)

Ringkas je, kan? Dah boleh gerak ke Batu Layar dah ni ahahahahahahahah.

Oh, lupa. Aku mula kumpul bahan bahan pukul 9.30 pagi. Banyak kali berhenti sebab tengahari jemput wife balik kerja, pastu bawak bebudak cari baju/seluar mandi, terberhenti pula tengah jalan order dan tunggu Roti John spesel 2 set, pergi Maslee beli air kotak berkotak, kopek ubi nak rebus untuk makan malam depan tv nanti, dan proses bersambung hingga masuk beg plastik DIY atas tu dalam pukul 10 malam.

Dan aku memang lupa pakai glove. Nasib baik tak luka main zink... :(