Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Selamat Menyambung Pelajaran Alya

EmpayarUtama - Monday, October 3, 2022 : No comments

Alhamdulillah, lepas setahun di Pusat Matrikulasi Melaka; puteri kedua - Alya (anak ketiga) diterima menyambung pelajaran di Universiti Teknologi MARA Kampus Bandaraya Melaka.

Sementara tunggu keputusan sebelum tu, sempat jugalah dia buat kerja 'part time' jaga koperasi sekolah. Ikut hari persekolahan 5 hari seminggu, tiap hari 4 jam je dapat le kumpul sikit duit poket untuk dua bulan.

Keputusan sambung belajarnya tu agak kelam kabut sikit. Keputusan keluar 25/9, kena daftar 2/10. Semput juga aku nak uruskan persiapannya - pengesahan borang/dokumen; buat 'medical check-up' yang lengkap; pembayaran pengajian 'on-line' (melalui Bank Islam sahaja); dan yang penting - bulan tua dan belum gaji huhuhuhu....

Sebab dah biasa uruskan puteri sulung dan anak kedua, kali ini walaupun masa diberi agak singkat; bolehlah aku selesaikan sekadar termampu.

Singgah makan tengahari di sini. Setahun yang lepas kitorang singgah lepas hantar dia, tak dapat le dia merasa
Iniler kampusnya, tapi penginapan tempat lain
Selepas pendaftaran kolej, singgah makan lagi
Pastu singgah Medan Samudera
Sambil membeli dan membelah
Ni di seberang jalan Medan Samudera
Terjumpa pula dengan maskot ni
Untuk lengkapkan keperluan si Alya, kitorang pilih D.I.Y. dalam Mahkota Parade, di belakang Medan Samudera tadi
Haaa inilah kolej kediamannya. Kolej Kediaman Tun Mutahir
Dapat bilik tingkat 6. Boleh kurus eheh
Nampak 'view' Melaka Riverside dari balkoni
Mula-mula cuak juga sebab kursus yang dia pohon hanya ada di UUM Sintok, Kedah; UiTM Sabah; UiTM Puncak Alam; dan UiTM Melaka. Kalau jauh sangat dapatnya, dia kena pergi sensorang jelah...

Selamat menyambung pelajaran ya Alya, semoga meraih kejayaan cemerlang seperti kakak dan abang kamu :)


Tips Tampung Yuran Pengajian Cara Aku

EmpayarUtama - Saturday, September 24, 2022 : No comments

Ini sekadar contoh. Katalah seawal 2003 baru mula bekerja dengan gaji minimum RM1,200. Caruman Akaun 2 akan bermula dengan RM108.00. Rujuk Jadual Caruman KWSP

Jika berkahwin lewat tahun 2003 dan ada anak (pertama) seawal tahun 2005. Tahun 2023 - anak berumur 19 tahun - nak masuk IPT.

Ini beri maksud paling tidakpun sudah 20 tahun bekerja dan dah ada caruman KWSP. Dengan andaian tiada kenaikan gaji, tiada dividen tahunan, dan potongan kekal 11% untuk pekerja; maka jumlah terkumpul sehingga Disember 2022 berjumlah RM25,920.00 [RM108.00 x 12 bulan x 20 tahun = RM25,920.00]


Secara umum, yuran pengajian semester pertama sekitar RM2,000.00, manakala yuran semester seterusnya (berbaki 7 semester) sekitar RM1,500 tiap semester. Satu semester bersamaan dengan 6 bulan. Jadilah 4 tahun tempoh pengajian.

Jadi kebiasaan juga, untuk pelajar junior (tahun 1 atau semester 1 dan 2) akan duduk di kediaman kolej. Maka yuran kolej katalah RM500 tiap semester.

Oleh itu, untuk semester pertama kita hanya perlu keluarkan duit poket sendiri sekitar RM2,500 tak masuk kos sara hidup anak di sana. Boleh je terus pohon KWSP bayarkan jika kita memang tak cukup duit. Dan dengan anggaran mudah, jika perlu menyewa bersama rakan untuk semester-semester berikutnya, kita rizabkan saja RM600 setiap 6 bulan seterusnya jika anak kena sewa rumah bersama rakan sekuliah.

Ok apa yang aku praktikkan, tiap kali yuran (bermula dengan semester pertama) dibayar, aku akan buat tuntutan pengajian menggunakan Akaun 2 KWSP. Duit itu akan dikreditkan ke dalam akaun aku, sebab yuran aku dah bayar dulu. Duit itu pula aku terus masukkan dalam akaun anak untuk dia bayar yuran semester berikutnya.

Begitulah yang aku buat, tapi setahun sekali - untuk yuran pengajian anak-anak :
Cuba baca rujukan KWSP di sini. Lepas tu, lihat baki Akaun 2 [jika ianya kekal statik] seperti yang aku dah tulis tadi iaitu RM25,920.00:

Tahun

2023

2023

2024

2024

2025

2025

2026

2026

Item

6 bulan pertama pengeluaran RM 2,500 (-)
Caruman masuk 6 bulan pertama RM 648.00 (+)
6 bulan kedua pengeluaran RM 2,000 (-)
Caruman masuk 6 bulan kedua RM 648.00 (+)
6 bulan pertama pengeluaran RM 1,500 (-)
Caruman masuk 6 bulan pertama RM 648.00 (+)
6 bulan kedua pengeluaran RM 1,500 (-)
Caruman masuk 6 bulan kedua RM 648.00 (+)
6 bulan pertama pengeluaran RM 1,500 (-)
Caruman masuk 6 bulan pertama RM 648.00 (+)
6 bulan kedua pengeluaran RM 1,500 (-)
Caruman masuk 6 bulan kedua RM 648.00 (+)
6 bulan pertama pengeluaran RM 1,500 (-)
Caruman masuk 6 bulan pertama RM 648.00 (+)
6 bulan kedua pengeluaran RM 1,500 (-)
Caruman masuk 6 bulan kedua RM 648.00 (+)

* Pengeluaran tu sama ada pengkreditan terus ke IPT atau bayaran balik kepada kita jika kita dah buat pembayaran
Baki (RM)

23,420.00
24,068.00
22,068.00
22,716.00
21,216.00
21,864.00
20,364.00
21,012.00
19,512.00
20,160.00
18,660.00
19,308.00
17,808.00
18,456.00
16,956.00
17,604.00

Maka pada akhir 4 tahun, Akaun 2 masih berbaki RM17,604.00. Akan tetapi anggaran aku jika ada kenaikan gaji sepanjang tempoh 20 + 4 tahun, ditambah dengan dividen tahunan; baki Akaun 2 pada hujung tahun 2026 sebenarnya melebihi RM25,000.

Ini jika kita benar-benar memikirkan masa depan anak tanpa pedulikan i-Sinar, i-Lestari, dan yang sewaktu dengannya.
Dengan kadar gaji minimum RM1,200 sebulan serta caruman selama 20 tahun, sebenarnya kita boleh tampung yuran pengajian 2 orang anak serentak tanpa perlu buat pinjaman pendidikan.

Bekalkan duit sara hidup RM300-400 setiap bulan pun dah ok...

Alhamdulillah puteri sulung dah tamat belajar dan dah bekerja. Putera sulung (anak kedua) pula akan masuk semester 7 (tahun 4 pengajian) 15/16 Oktober ini. Esok keputusan kemasukan ke IPT untuk anak ketiga (puteri) aku pula. Harap-harap dia berjaya teruskan pembelajarannya.


Festival Anime: Paradigm Mall

EmpayarUtama - Wednesday, September 21, 2022 : No comments

Selepas pergi tengok sepupu dia mengenakan cosplay pada 7 Julai 2022 haritu; puteri bongsu aku dah mula nak ikut sekali. Kali ni Anime Fest berlangsung di Paradigm Mall Skudai dari 16-18 September 2022.

Kostum yang dipilih ialah watak Jigoku Shoujo. Jikogu Shoujo ni nama lain dia 'Girl From Hell' atau Gadis Neraka. Ini merupakan anime Jepun dengan musim siri pertamanya bersiaran sekitar
hujung 2005 hinggalah April 2006.

Lebih dikenali sebagai Ai Enma, satu watak misteri yang menawarkan perkhidmatan entiti ghaib dalam membalaskan dendam. Dengan 3 pembantu yang menyerupai 3 patung jerami jika tiada tugasan...

Paradigm Mall ini adalah sebuah pusat beli-belah 7 tingkat terletak di Skudai, Johor Bahru. Mula beroperasi pada 28 November 2017 dengan 500 kedai yang menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan. Sebelum ini ia sepatutnya menjadi Kemayan City tapi projek ini gagal dan terbengkalai bertahun juga lamanya.
Selain daripada menjadi tempat tumpuan membeli belah, hypermarket, kedai elektronik serta gadget; terdapat juga ruangan hiburan buat keluarga seperti Kkids Playground di tingkat 1 serta Golden Screen Cinema (GSC) di tingkat 7.


Untuk yang berminat nak menginap atau bermalam di sini, Hyatt Place Paradigm Mall yang mempunyai kolam renang luaran; hotel bertaraf 4 bintang ada tersedia.