Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Capaian Internet Ke laut

EmpayarUtama - Wednesday, March 1, 2023 : 1 comment

Naik segan bila tiap kali buat perkongsian; kerap sekali ceritanya tentang luahan rasa tak puas hati. Memangle tak semua benda aku nak jadi sempurna, tapi kalau dah benda yang penting dan terlalu lama tak ada perubahan; ia akan meletup juga.

Aku membesar di Pontian sejak dari umur 11 tahun dan dah 6 kali mengundi PRU. 6 kali juga dah mengundi untuk PRN. Bertukar kerajaanpun, janji yang sama untuk selesaikan masalah internet tetap ada. Maknanya paling tidakpun dah 3 kali PRU terakhir sepatutnya masalah internet ni dah 'settle'.

Perkongsian yang ini menarik, tentang Buku teks dan wifi. Sebenarnya masalah asas ialah TIADA CAPAIAN INTERNET atau orang ramai kata 'takde line'. Selesaikan yang ini dulu ler, kita dah masuk bulan terakhir suku pertama tahun 2023 ni.

Hampir 3 minggu lepas satu kementerian lagi maju ke hadapan - menambah digitalisasi dengan perkenal dan galakkan kita guna aplikasi yang boleh diakses menerusi internet. Spesifiknya - lebih mudah dengan hanya menggunakan henset.

Tapi selagi satu kementerian tu tak bergerak dalam penyelesaian masalah komunikasi internet, berapa banyak aplikasi pun tak guna bila tak dapat diguna pakai majoriti rakyat.

Hujung tahun ini kita lihat sampai ke mana capaian janji seterusnya yang disiar kepada umum semalam:


Imej bawah ni dari Google Maps. Cuma 7.2 km dari Bandar Pontian, tapi di Kampung Parit Bengkok 1 km radius langsung tiada capaian internet...


Tak sampai 10 km dari bandar, masih kira kawasan bandar lagi tu. Tapi dah tak ada capaian internet. Apa hal? Aku tak fikir masalah ni hanya di kampung Parit Bengkok, Pontian saja. Seriuslah sikit. Rasanya banyak tempat di Malaysia memang masih alami masalah yang sama.

4 henset - 1 Digi, 1 Celcom, 1 Maxis, 1 Tunetalk. Wifi "ON", Mobile Data pun "ON". Semua ke laut...


Promosi Insan

EmpayarUtama - Thursday, February 9, 2023 : No comments

Biasanya promosi produk atau keluaran akan guna taktik barangan itu sendiri. Tapi bila media promosi tersebut lebih kepada insan (manusia), bentuk dan cara promosi tersebut sekarang ini majoritinya bertukar.

Contoh media promosi sosial yang amat berkuasa sekarang ialah bersifat online seperti Tik Tok (atau yang sewaktu dengannya), Instagram, Youtube, Facebook, Twitter, Telegram, WhatsApp, WeChat, Line
(atau yang sewaktu dengannya), blog, e-mel... Dulu kita panggil wakil jualan sekarang 'influencer'.

Bentuk promosi juga bertukar kepada persepsi masyarakat. Ianya lebih tertumpu kepada imej dan video dengan 'caption' yang membuatkan pembaca atau/dan penonton teruja untuk mengetahui lebih lanjut.

Di pusat pengajian tinggi benda ini tidak diajar secara spesifik. Biasanya promosi tahap/peringkat ini akan tumbuh (secara langsung atau tak langsung) setelah individu tersebut masuk dalam bidang kerja dan melepasi tahap tertentu.

Sebab itulah setelah bekerja; akan ada kursus tertentu yang perlu dihadiri oleh mereka sama ada untuk lebih memahami atau menambah daya fikir dan kreativiti dalam buat promosi.

Contohnya; sebelum ini jika nak promosikan insurans, bakal pembeli akan disaji dengan nombor/figure dan manfaat. Sekarang, selain wakil promosi tersebut dapat komisen; bakal pembeli juga ditawar diskaun jika buat pembelian dalam tempoh tertentu. Tak jadi wakil insurans berlesen pun tak apa,
kerana sekarang dah ada program affiliate.

Dulu bersusah payah ambil exam untuk dapat lesen tau baru boleh jual insurans. Tak cukup dengan itu, sekarang disertakan imej serta video menarik (terkadang siap ada cerita pendek) yang selepas itu baru dikaitkan dengan insurans tersebut. Ini contoh sajalah ya.

Promosi dalam dunia hiburan lagi hebat. Hanya kerana nak promosikan cerita tertentu, kena buat gimik konon pelakon wanita nak menggoda suami orang (pelakon lelaki); hingga pembaca dan penonton promosi tersebut buat carian dan akhirnya kena tonton cerita tersebut. Boleh je terus promosikan cerita petang-petang tu, tapi tak nampak kelainan, kan?

Jika dalam program nyanyian, taktik nak naikkan rating hingga boleh capai tahap 'trending' - ambil juri mulut puaka, ambil peserta yang ntahapahapa, dan para 'influencer' berebut cari konten untuk benda-benda ini. Ini taktik persepsi yang amat kuat mempengaruhi pembaca dan penonton hingga pergi ke rancangan/siaran tersebut. Dunia politik macammana?

Di sini, peranan ketua keluarga penting untuk jaga 'mindset' anak-anak. Tapi kalau dah ketua keluarga pun terpengaruh dengan jalan cerita yang diwujudkan oleh para 'influencers' ni, akan muncul budaya baru.

Ini pandangan peribadi aku saja. Tidak ditaja mana-mana pengadil, penonton mahupun penjaga garisan...


Sekarang Pelik IX - Misteri Pensel Biru

EmpayarUtama - Friday, December 30, 2022 : No comments

Dari bulan Jun lagi aku dah terfikir nak kongsi cerita ni tapi 'hijab' lom terbuka kot. Tapi sebab dah 3 kali aku perasan benda yang sama, jadi aku kongsikan ajalah.

Lusa, 1 Januari 2023 (Ahad) akan bermula sesi persekolahan untuk Negeri Johor. Masih dalam tahun persekolahan yang sama, kan; sebab tahun ni sekolah bermula awal bulan Mac aritu. Cam biasa, aku mintak dua putera bongsu keluarkan kotak pensel diorang untuk
asah dan tajamkan mata pensel diorang.

Terkejut beruk bila tengok pensel budak budak ni bertukar warna dan ketot kemetot; yang tak bermata (dah patah) pun ada. Aku memang beli beberapa kotak pensel 'STAEDTLER norica' warna biru sebab budak budak tu minat kaler biru.

Masuk malam ni kira dah 4 kali dah sepanjang tahun ni aku gantikan setiap kali 5 batang pensel 'STAEDTLER norica' warna biru tu dalam kotak pensel masing-masing.

Ini kotak dan pensel si abang. Ada sebatang je yang warna biru tapi dah pendek. Yang lain tu bukan dia punya:


Yang ini kotak dan pensel si adik. Tinggal 4 batang pendek-pendek dan takde satu pun pensel asal. Pelik, kan? :


Gambar bawah kanan ni adalah perbandingan stok pensel biru aku vs stok pensel dalam kotak pensel budak-budak tu. Pemadam pun bertukar lain huhuhuhu hampeh tullah:

Aku asah ajalah semua pensel diorang tu dan ganti dengan 5 batang pensel lain yang baru. Yang atas ni ialah koleksi pensel diorang sepanjang tahun ni (tak campur 4 batang baru warna biru tu). Terfikir juga nak PM cikgu diorang untuk aku 'sponsor' pensel dan pemadam untuk kegunaan anak-anak murid dua kelas ni sepanjang setahun Tahun 2023. Tapi tunggu bulan Mac 2023 diorang naik kelas baru...