Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Kena Kencing Lagi

EmpayarUtama - Sunday, May 29, 2011 : 2 comments

Semalam petang posmen hantar surat ni.

Takdelah menarik sangat surat dari KWSP sebab bukan dapat duit tapi kelulusan pengeluaran wang untuk pelaburan unit amanah MAAKL MUTUAL.
Apa yang tak kena dengan surat ni? Ini aku nak kongsi dengan semua yang ada buat pelaburan dipanggil annuiti. Mula-mula dipujuk oleh agen, tidak diterangkan bahawa agen boleh membuat pengeluaran bagi pihak pencarum KWSP. Dan melalui surat yang aku dapat (itu bukan surat aku tapi surat salah seorang anggota keluarga) menyatakan bahawa permohonan pengeluaran bertarikh 20/5/2011 telah diluluskan dan akan diserah kepada pengurusan MAAKL selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh surat ini. Surat ini bertarikh 23.5.2011. Sampai kat rumah 28.5.2011 Sabtu petang. Hari ni Ahad. Esok Isnin 30.5.2011 dan jika dapat berhubung dengan pegawai KWSP pun duit tu dah masuk dah pun ke MAAKL.

Isu yang aku nak bawak ialah bila pula anggota keluarga aku buat permohonan pengeluaran? Siapa turunkan cap jari (biasanya KWSP akan guna cap jari selain dari tandatangan untuk permohonan pengeluaran) dan turunkan tandatangan dalam borang permohonan tu? Kenapa boleh berlaku penipuan oleh agen yang tidak beretika? Berapa komisen agen dapat bagi setiap satu ribu ringgit pengeluaran pencarum KWSP yang melabur untuk skim annuiti?

Dalam sebulan, jika seorang agen ada 3 pelanggan sahaja dan minimum pengeluaran tiap pelanggan adalah sepuluh ribu ringgit; harap ada agen di luar sana boleh bagi jawapan kat aku dan pembaca yang baca entri aku ni. Berapa komisen korang dapat? Inikah pendapatan utama korang; periuk nasi korang untuk hidup (mungkin sara keluarga)? Matlamat menghalalkan cara, menipu pelanggan?

Entri aku ni bukan bertujuan nak cari salah siapa. Kita cuba cari jalan penyelesaian yang boleh disenangi semua pihak. Perkara ni sebenarnya tidak begitu rumit dan pelanggan takkan begitu kisah jika cadangan aku boleh diterima pakai:

1. Agen jujur menjalankan tanggungjawab dengan menghubungi pelanggan terlebih dahulu untuk sesuatu urusniaga yang akan dibuat; dan keputusan terletak di tangan pelanggan setelah nasihat dan penerangan diberi oleh agen; dan

2. Pihak KWSP lantik pegawai khusus untuk menghubungi pemohon yang membuat permohonan sebelum kelulusan dilakukan; dan

3. Pencarum (pelanggan annuiti) diberi masa untuk merujuk semula kelulusan selepas surat kelulusan diterima walaupun telah melalui proses kedua. Sebaik-baiknya ada 'cooling-off period' (tempoh bertenang) sepuluh hari bekerja untuk itu.

Ini cadangan aku, mungkin ada cadangan yang lebih baik dari orang lain. KIta kongsilah bersama. Banyak benda yang KWSP terlepas pandang hingga pengeluaran boleh dilakukan dengan mudah. Nampak aja prosesnya rumit, tapi kalau dah selalu sangat masuk suratkhabar, apa cerita...

Dah Tau Sensitif Tak Payahla Promot

EmpayarUtama - Saturday, May 28, 2011 : 4 comments

Minggu-minggu lepas kecoh (kecoh ke?) pasal satu blog yang menghina Agama Islam secara umum dan Allah serta Nabi Muhammad secara khusus.

Benda ni makin popular bukan disebabkan tuan punya blog tu tapi dipopularkan oleh mereka yang sensitif dengan isu yang dibawa.

Senang cakap masing-masing ambik
kesempatan mencari populariti untuk diri sendiri melalui blog yang hanya beberapa hari timbul tu. Ini pendapat akulah, kalau salah aku mintak maaf dan tegur aku yea.

Sebab iyalah – dah benda tu tak betul kenapa buat entri siap bagi snapshot lengkap dengan linknya sekali? Kenapa tolong promot blog makcik tu? Nak popularkan blog sendiri atau apa?

Blog ni wujud buat pertama kali pada 6 Mei (panas lagi kannn). Setakat yang aku ikut, blog tu agak susah nak dibuka tapi makcik masih aktif kat twitter.

Firefox
Tapi semua orang masih boleh akses blog tu melalui 'cached copy' link yang diberikan oleh Google:

Google cache

Ramai yang sokong blog makcik tu dengan memberi komen. Tak kisahlah komen puji atau komen kutuk. Majoritinya memberi komen mencarut; agaknya dah jumpa tempat yang boleh mencarut dalam internet; happa lagi, lepaskanlah apa yang terbuku dalam hati. Tak gitu?

Komen terbanyak sampai 11 datangnya dari Marionette (penyokong kuat makcik) dan pembunuh hajjah gila; 9 komen oleh love islam; 8 komen dari mujahidin; 4 komen masing-masing dari Anon??, HAMBA ALLAH S.W.T, Hamba Allah dan myname; 3 komen dari anonymous je la, asran aniki, grrrrrrrr...., hamba Allah, i luv islam, kesiankatkauhajjah, limpit; 2 komen datang dari &*(^&$%^^&, aku, Adam Shah, Anonymous, anti paria, doraemon, guava, hadi, islam benar, istighfar.., Jesus, niena, pencinta agama, zaishahrizal; dan 101 lagi pembaca pun nak bagi komen tak termasuk mereka yang baca tapi malas nak komen kat blog tu macam aku.

Antara komen konon-kononnya datang dari pembaca [sebenarnya komen dari makcik tu sendiri yang menggunakan nickname lain; percayalah]; siap ada komentator yang ada link lagi tapi pergi ke blog makcik tu semula.

Bukan apa, segala komen ke, entri ke, thread kat forum ke; akan dijejak (crawl) oleh search engines dan ini sebenarnya satu dari macam-macam cara tingkatkan trafik untuk jangka panjang. Walaupun sebelum tempoh itu sampai tapi blog yang buat thread, komen atau entri tu padam, kena padam; linknya akan keluar juga kart search engines nanti. Pandai-pandailah cari.

spider
Kalau tak komen langsung; tak buat entri kat blog sendiri siap letak link; buat derkkkk aja dan diam-diam buat repot kepada pihak-pihak yang berkenaan (memang setakat ni belum ada tindakan apa pun kat blog makcik tu) sudahlah.

Tak boleh ke?



Contest Pertama - Siapa Cepat Dia Dapat

EmpayarUtama - Tuesday, May 24, 2011 : No comments

heartbeat
Dua tiga menjak ni kalau berblogwalking, nampak le banner satu program tu namanya HeartBeat.

Ini affiliate program yang tak payah bayar satu sen pun tapi dapat duit kalau join. Program ni ada barang yang dipromosikan.

Nak nengok klik gambar kaler pink belah kiri ni.

Program ni wujud dari tahun 2006 kot kalau ikut pada laman utama dia.
heartbeat

Nak buat review kenalah masuk program tu kalau tak - tulis pakai tangkap muat je, tak pasal-pasal kena tuduh buat fitnah lagi, padan muka aku. Taip ajalah http://heartbeat.my/ ke; atau http://heartbeat.com.my/. Semua akan pergi ke laman utama. Kalau taip http://heartbeat.com pulak korang akan dibawa berjalan-jalan ke laman sign up.

heartbeat
Tu ntah bilalah agaknya Shopping Cart aku akan berisi.

heartbeat

Haaa... ini part paling best ni. Boleh buat contest ke benda ni?

Aku register dapat 8 persen diskaun laku sampai 31 Mei ni. Sapa-sapa nak order guna voucher aku emel la kat aku nanti aku orderkan. Pastu aku pos balik kat alamat yang berjaya buat tempahan - percuma pos penghantaran. Voucher ni aku hadiahkan kepada penghantar emel yang ke 100 50 pertama. Waaa dah macam harga kat program affiliate, makin turun makin turun tapi bayar tetap kena bayar.

Syarat-syaratnya: Satu aja - 'as is what is basis'. Kalau mug; sompek ke, pecah ke time aku dapat, cam tu le aku pos balik. Sama le kalau benda lain. Senangkan contest aku? Cam hampeh je...

HeartBeat ni, eh lupa. Nanti aku bagi point-point aku letak tanda heart aaa, cantik sikit. Sambung balik. HeartBeat ni, banyak gak tawaran menarik macam:

♥ RM2 tiap affiliate (referral) yang berjaya dibawa masuk
♥ Sendiri beli barang, 20% jadi income
♥ Referral beli barang, 15% jadi income
♥ 4 sen (CPC) kat banner atau text link. Banner ada 4 jenis: Horizontal (728x90 dan 468x60); square (4 saiz dari 125x125 sampaila 336x280); vertical (2 je: 120x600 dan 120x240. 160x600 tak de); dan Text links – sebenarnya ikut suka korangle nak letak apa pun janji affiliate link korang tu ada.
♥ 5 hinggit tiap konstruktif feedback ke tokey. Agak-agak entri aku ni boleh masuk senarai tak? Aku nak hantar le nanti nak tengok juga apa feedback dari tokey.
♥ 3 Ringgit Malaysia kalau ambik bahagian dalam survey / poll.
♥ RM10 kalau bagi testimoni. Kena sertakan gambar dan minimum 300 perkataan bagi idea kreatif untuk 'unique gift'. Teringat lak aku kat satu afiliate sebelum ni yang bagi syarat kena bagi testimoni kalau tak duit tak keluar...
♥ Duit lagi doploh hinggit kalau jumlah sendiri beli atau referral beli dalam sebulan melebihi RM300
♥ Duit lagi tigaploh hinggit kalau jumlah sendiri beli atau referral beli dalam sebulan melebihi RM500
♥ Duit lagi limaploh hinggit kalau jumlah sendiri beli atau referral beli dalam sebulan melebihi RM700
♥ Dah la. Banyak sangat nanti mengarut pulak jadinya...

Bila dah kumpul-kumpul, boleh buat pilihan sama ada nak amik cash atau redeem hadiah. Minimum limapoh hinggit je (RM50). Aku rasa berbaloi-baloi macam Amy Search cakap.



Nota Kemaskini Huahuahuahua:
Korang ni aku nengok kalau ada aja entri pasal Baucar Percuma ke; Contest ke; kat mana-mana blog; laju je korang serbu yek. Dua hari lepasnyer entri aku pos kat Innit tak sampai lima minit terus 10 nangs, tak pernahnya aku dapat sebelum ni.

Innit

Aku nak tweet pun tak sempat.



Bebas Tapi Terbelenggu

EmpayarUtama - Thursday, May 19, 2011 : 5 comments

Satu lagi promosi percuma untuk rakyat Malaysia yang inginkan kebebasan kewangan. Dengan ayat-ayat yang mencairkan hati terus bersemangat nak masuk. Sebenarnya ini affiliate program yang tak ada apa-apa isi pun. Cuma menambah isi poket tuan punya program dan membebankan pengikut. Tak percaya? Meh baca.
Kelab Jutawan
Inilah produk yang dijual – laman web aja yang ditukar kulit dan bahasa. Duit yang masuk bukan untuk korang, tapi untuk tuan punya program. Korang cuma dapat komisen promot website ni. Lebih senang ke lebih susah kerjanya?

Yang ni lagi mahal, lagi besar masyuk – limaploh hinggit satu kes, apa kes?
Kelab Jutawan

Kelab Jutawan

Masa entri ni dipos, masih ada lebih 79 orang lagi kuota untuk target 300 ahli. Biar betul beb, janganlah tipu lebih-lebih. Setakat 2 Mac 2011 dulu lu dah ada RM37,223.24; aku kira RM37,000 cukuplah. Satu penyertaan seratus jadi dah berapa member lu dah kencing? Dah 370 orang dah tau. Tu tak masuk current live transaction yang ditunjuk kat youtube tu. Website tu sendiri yang tunjuk aaaa, aku kopipes je.

Satu lagi ayat kat atas tu kata cukup 300 ahli je, penyertaan ditutup. Ahli yang ke 300 tu ternganga la tak sempat buat duit.
Kelab Jutawan

List tu lebih kurang macam ni la yea (tak masuk fesbuk, twitter, laman sosial lain, dalam enset dan lain-lain lagi):
contacts

contacts

Mak oiii..Dalam pc aku aja dekat lima belas ribu kontek siut… Kalau aku join program ni katalah lima persen je masuk ikut link aku; pastu kali limaploh hinggit komisen tiap satu. Perghhh minggu depan aku ada RM37,500.00. Lepas tu?

Maaaaacaaaaaamtaaaakpercayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…………


Kalau nak tambah duit kena sambung promotla…kan? Kalau tak - tak masyuk. Ini ke kebebasan kewangan yang korang cari? Tapikan, aku sorang je bagi tokey separuh (dia pun dapat RM37,500.00). Affiliate lain? Tokey makin kaya. Affiliate yang tak dapat kumpul kuota secukupnya camna? Duit tu tokey sapu semua tau. Sebab apa aku cakap camtu, tengok bawah ni:
Kelab Jutawan

Affiliate program mana ada jual barang. Bayar je seratus dah boleh tunjuk website. Kemudian promot kat orang len benda sama. Macam tu ajalah kerjanya sampai program ni tutup.
Kelab Jutawan

Kat sini yang aku musykil sebab komisen serendah RM500 seminggu. Dalam erti kata lain, bayaran dibuat setiap minggu dan minimum RM500. Maksudnya korang kena dapatkan sekurang-kurangnya 10 orang untuk dapat bayaran terendah tu. Tak cukup; bawak ke hadapanlah jawabnya. Kalau korang bosan lepas dapat 30 orang yang beli, berenti. Korang dapatlah token RM1,500 tapi tokey pun masyuk RM1,500 dan dia tambah list dia lagi 30 orang. Itu tak campur senarai mereka yang daftar free untuk tengok-tengok je macam aku ni. Sebab tu tokey punya list makin banyak, pasni buat program lain list ribu-ribu dah siap dalam tangan beb (Strategi Makan Duit para Affiliate, hehe).
Kelab Jutawan

Boleh kata semua program akan promot benda nih. Nasihat aku, mintak tunjuk ajar pakcik google dulu. Buat check and balance sama ada Google Adword bagi pulangan atau buang duit korang. Baca ayat dia. Bukan teknik yang diguna pakai oleh mereka yang pasang angan-angan nak jadi jutawan; tapi 'teknik yang diguna pakai oleh ramai jutawan internet seluruh dunia'. Tengah merangkak jangan coba-coba, dah banyak duit lebih baru pakai aaaa…..
Kelab Jutawan

Macammana korang pusingpun, bayaran tetap pergi ke tokey dulu. Kalau korang tak cukup kuota, akhirnya duit tu semua tokey ambik. Berani tak tokey tunjuk satu page senarai mereka yang dah dipulangkan duit seratus tu? Atau memang tak ada langsung? Sama ada semua dah buat duit (ye ke?) atau diorang niat sedekah (tapi tak ikhlas) lepas tak nak kontiniu; Wallahualam…

Ini antara affiliate yang dah masuk tapi malas nak adjust link diorang. Peduli happa kan, duit tu semua pegi ke tokey dulu. Aku tak payah bagi link, ada kat bawah ni:
Kelab Jutawan

Macam biasa, tak ada testimoni yang berani tunjuk screenshot duit dalam akaun sendiri. Balik-balik tunjuk duit tokey. Kan dari awal lagi aku dah bagitau tokey yang kaya, bukan korang. Aku punya calculation kat atas tu pun bley jadi testimoni apa; kalah tokey sey… seminggu je aku buat.

Ini antara ayat pertama tokey dalam website dia. Direct je kencing, tak perasan ke? Terang-terang dia declare camna dia kaya tanpa modal (korang kena bayar seratus kan?); bukan declare camna kongsi kaya atau korang yang jadi kaya:
Kelab Jutawan

Nak ikut jugak ke? Nak masuk jugak ke?



Dulu, Kini Dan Selamanya

EmpayarUtama - Tuesday, May 17, 2011 : No comments

Jenuh aku bukak balik 'history'; search google; bukak balik blog2 yang aku pergi blogwalking tadi;
tak jumpa daaa blog si 'jusjambubest' ni.

Aku ingat nak follow dia balik dan pastu nakla bagi kredit dengan buat entri pasal dia jadi follower ke seratus.

followers

Ada banyak blog ajar camna nak letak link blog sendiri jadi aku tak payah ulanglah tutorial tu. Aku pun takde talent jadi cikgu atau tutor. Cuma aku harap kalau tuanpunya blog 'jusjambubest' terbaca entri aku nih, bagila link nanti aku follow balik yea...

members

Satu lagi, aku dapat komen dalam satu program sosial yang bagitau laman utama blog aku takde link untuk buat komen. Alamak, akupun baru perasan benda ni. Biasanya kalau orang nak komen kena pergi ke post entri tu baru nampak link untuk buat komen.

Tapi tak pe, aku dah letak GoogleFriendsConnectnyer komen box kat sidebar jadi bolehlah nak komen ke; tulis apa-apa ke; tak specific kat satu-satu entri kan? Cuma kalau dapat jangan letak link laman lucah, atau tempek video yang sewaktu dengannya.

Tak pasal-pasal blog aku pulak kena simpan nanti...



Untuk Mereka Yang Tersayang (Dari Anak-anak)

EmpayarUtama - Sunday, May 15, 2011 : 3 comments

Esok hari bertuah yang disambut oleh para pendidik. Dan tahun ini juga merupakan tahun terakhir anak aku yang tua - Airina; menghabiskan zaman sekolah rendah setelah hampir enam tahun bersama rakan-rakan dan guru-gurunya. Bila ditanya apa kenangan untuk cikgu, diapun tak tau nak bagi apa. Aku kata bagilah hadiah yang boleh disimpan lama oleh cikgu
sebagai ingatan tapi tak perlu mahal sebab dia kan belajar lagi.

Airina

Akupun selongkar apa stok yang ada dan Airina bernasib baik kerana ada 2 dozen mugs yang masih aku simpan. Belikan dia wrapper dan tengoklah macammana kreativiti dia menghasilkan kenangan buat guru-gurunya:
hadiah hadiah

hadiah hadiah

hadiah hadiah
Kotak-kotak tu belen majlis harijadinya bulan lepas. Dan hadiah-hadiah ni dikongsi bersama adik-adiknya yang lain; masing-masing ada guru yang nak mereka hadiahkan sebagai penghargaan. Murah, tapi itulah tanda ingatan dari mereka anak murid buat guru tersayang. Hadiah ini juga dikongsi bersama oleh Afrina yang akan menamatkan sekolah tadikanya tahun ini.


Di sini aku ingin berkongsi beberapa keping gambar yang aku ambil baru-baru ni. Aku berharap benar agar aktiviti oleh anak-anak murid seperti di bawah ini tiada lagi:
Derma
Derma
Derma
Derma
Derma
Kesiannya mereka...

Aku tunggu mereka dari selepas maghrib hingga Giant hampir nak tutup. Mereka perlukan pendidikan, bukan tugasan itu.

Sempena sambutan hari guru tahun ini, aku juga harap para pendidik dapat cuba buang jauh-jauh ayat yang sinonim dengan kerjaya mereka: "Saya yang menurut perintah"; dan aku mewakili anak-anak juga mengucapkan 'Selamat Hari Guru' semoga sukses selalu...


Siapa Jerung Gergasi

EmpayarUtama - Saturday, May 14, 2011 : No comments

Aku buat entri ni dua hari lepas tapi tak sempat nak pos. Kena pulak semalam satu hari Blog bermasalah.

Cerita ni tak penting sangat. Suratkhabar lain tak ada siarpun berita ni tapi sebab 'ranking'; dan jadi pilihan popular masyarakat kelas pertengahan, akan ada tanggapan negatif ke atas syarikat cetak secara amnya.

Sebagai antara yang terlibat dalam industri yang sama (percetakan) jadi aku fikir kena ulas juga. Gambar atas kredit DUNIA ASURA

Printing Machine

Ini antara mesin-mesin cetak menggunakan filem lebih kurangla macam dalam laporan berita dua hari lepas.

Printing Machine

Syarikat cetak boleh jadi pengeluar produk sendiri ataupun pemberi khidmat cetak kepada pelanggan. Tetapi biasanya mereka bertindak sebagai pemberi khidmat cetak aja (printing service provider) dan tak cetakpun produk sendiri. Mana ada produk? Apa yang pelanggan ingin pula akan cuba dipenuhi berdasarkan saiz, mesin potong, gumming, packing; dan seterusnya penghantaran. Dan untuk terus hidup dan beroperasi, sesebuah syarikat cetak tidak terikat kepada satu pelanggan saja.

Berita HM12052011

Berdasar laporan di atas, mesin syarikat disita hanya kerana mencetak satu produk yang dipercayai untuk jenama tiruan. Syarikat percetakan tersebut tak perlu buat semakan sama ada produk yang dikeluarkan oleh pelanggan (yang buat pesanan cetak) itu asli atau tiruan kerana tugas mereka hanya mencetak berdasar pesanan.

Kesan dari laporan itu mungkin akan menyebabkan proses cetak pesanan pelanggan-pelanggan lain terhenti dan syarikat akan menanggung kerugian yang amat besar. Kemungkinan lain - pelanggan sedia ada lari ke syarikat cetak lain.

Jika satu perbandingan dilakukan; aku ambil 'logo halal' yang jadi perhatian ramai pihak. Dalam isu ini syarikat cetak tak masuk list pun. Pelbagai stail 'logo halal' yang dipamerkan memang dicetak oleh syarikat cetak; bukan bengkel kereta atau kedai dobi.

Lagi pula logo tu jadi sensitiviti agama dan di bawah kawalan kerajaan; tapi tak siapa peduli pun. Paling bagus pun cuma buat serbuan ke premis perniagaan yang diadu mempamerkan logo halal palsu.

Ini antara produk yang siap dicetak tunggu proses potong:<

Cup lids

Yang ini dah siap gumming dan packing; tunggu masa nak wrap dan susun atas pallette:

Boxes

Maklumat pelanggan ada dalam komputer, bukan susah nak dapat.

Cuma maklumat tepat yang disalurkan kepada masyarakat tu yang agak susah kalau masih buat kerja separuh jalan...


Masa Mengejar Kita, Dan Kita Semakin Tua

EmpayarUtama - Wednesday, May 11, 2011 : 3 comments

Diam tak diam, sekolah dah nak cuti pertengahan tahun. Dan aku tiba-tiba terperasan; eh Afrina dah pandai naik basikal!

Uhhh...cepatnya masa berlalu. Aku mengaku kali ni aku terlepas pandang kat anak aku yang satu ni. Dah enam tahun dah umur dia dan tahun depan naik darjah satu.
Sebelum terlupa (Hari Ibu dah terlepas); Selamat Hari Guru kepada semua tenaga pengajar terutama para guru yang terbaca entri aku, maaf zahir atas keceluparan kata-kata aku segalanya...
Afrina
Basikal ni dihadiahkan oleh Ratu Satin, terima kasih daun keladi.

Dulu aku ada belikan basikal kecik sikit saiznya untuk anak aku yang tua dan basikal tu aku dah hantar balik kampung 4 tahun lepas. Malu pulak nak ambik semula sebab anak buah kat sana pun ada gak yang kecik. Entah kenapa sebab sibuk sangat bekerja ke atau aku yang melebih-lebihkan kehidupan sosial berbanding anak-anak sampai terlupa akan Afrina (malunya aku).

Tapi cepat pulak dia pandai tunggang basikal tu. Tak sampai dua bulan aku dah kena buang roda tepinya.
roda
Hidup pun macam roda; berputar, berhenti, berputar.
Kejap kat atas kejap kat bawah.
Dah kena cabut roda dah tak berputar lagi.
Hidup kita pulak macammana?

Sekarang ni kalau singgah rumah atuk dia yang satu lagi, (rumah mertua) basikal besar yang ada kat sana dikerjakannya. Dulu masa pertandingan mewarna kat parking lot Angsana dia nak hadiah basikal tapi tak menang; terus bagi alasan "basikal dah abis...". Aku ada janji nak belikan basikal yang tinggi sikit dari yang ada ni tapi tak beli-beli pun lagi...


Ini pasal hero aku yang sorang tu - Aiman. Dalam entri aku pasal Besar Belanja Pun, Kena Bayar Enche (11 Jan, 2011) aku ada cerita tentang buku-buku pilihan yang betul-betul jadi pilihan sebagai pameran kat almari anak-anak. Disebabkan sekolah dah laksanakan dasar 1 murid 1 sukan dan dia ni pulak tiap hari merengek nak beli kasut bola, jersi bola, stokin bola; aku belikan jugalah. Apa jadi? Macam biasa, masuk senarai buku-buku pilihan jugak - jadi tambahan koleksi pameran dia.
Kasut Bola
Minggu pertama bulan Feb beli semua ni,
tengok plastik pun tak bukak lagi.


Benda alah ni ada aku ceritakan dalam entri pasal Pakaian Seragam. Aku tanya dia, Aiman main apa kat sekolah? Dengan muka yang macam tak berapa ceria aja dia jawab Cikgu suruh main sepak takraw (walaupun masa isi borang dulu pilih bolasepak). Hehehehe... betul tak apa aku cerita dulu?
Kadet Remaja
Ini?

Setakat hari ni, inilah pakaian lengkap Ko-Kurikulum Kadet Remaja sekolah yang dia pakai untuk tujuan bergambar saja. Tak pernahpun aku nampak emak dia gosok baju tu lagi untuk aktiviti ko-kurikulumnya lepas sesi bergambar tu. Seingat aku tak ada. Mungkin ada tapi aku lupa kot. Hmmm, aku dah tak terkejar masa, aku (kita) makin tua...