Cerita Yang Jarang Terkini :

Berita Baik Buat Pelajar

Empayar Utama - Friday, October 21, 2016 : 2 comments

Enam hari lepas bila puteri sulung tunjuk 'flyers' ni aku buat derkkk aja. Aku kata tak payah payah! Iyalah, satu hari seminar dari lapan pagi hingga lima petang boleh 'cover' sampai lima subjek... baik tak payah pergi sekolah sebelum ini.

Sebagai bapa yang setiap hari mengikuti perkembangan pelajaran
anak-anak, aku boleh agak setakat mana pencapaian dan sejauh mana mereka boleh pergi. Tapi kalau pencapaian mereka di luar jangkaan (lebih baik) itu 'bonus' buat mereka.

Berbaloi dengan kehadiran ke sekolah sepanjang tahun; tuisyen; kelas tambahan; serta aku sendiri kelam kabut lari dari tempat kerja untuk jemput anak pulang dari sekolah (walaupun sudah membayar tambang bas sekolah tetapi disebabkan waktu balik yang tak menentu memanglah anak tak dapat nak naik bas sekolah tu...). Aku berterima kasih kepada semua guru yang aku fikir adalah yang terbaik dalam memberi pendidikan kepada anak-anak murid.

Kedudukan dalam kelas dan tingkatan sang anak agak baik. Tapi bila dia bercerita kawan-kawannya yang lain (yang sudah daftar dan bayar untuk seminar tersebut) mengatakan dia sombong, eksyen sebab dah 'pandai' jadi tak nak pergi seminar; aku teruja dan buat sedikit kajian tentang penganjur.

Berikut apa yang aku dapat dari carian di internet:

EmpayarUtama
EmpayarUtama
EmpayarUtama
EmpayarUtama



1. Ia adalah antara salah satu dari pusat tuisyen yang berlambak di Malaysia.
2. Hanya guna handphone sebagai perhubungan. Selain itu boleh juga berhubung menerusi dua laman sosial - A. instagram - kosong; dan B. Facebook - kemaskini terakhir ialah pada 1 Jun...
3. Facebooknya mengatakan Tuisyen Akademi beroperasi sejak 24 Disember 2006.
4. Nursyafiqqah Eira (pelawat) ada bertanya tentang penulisan karangan PT3 di facebook pada 8 Oktober tapi tak berjawab...
5. Kemaskini terakhir pelawat sebelum Nursyafiqqah ialah pada 9 Mac... lama tu... dekat lapan bulan...
6. Laman web websitepart.com menyatakan website ini didaftar/bina pada 15 Mac 2016 dan dikemaskini pada 5 April 2016 - selepas sepuluh tahun beroperasi : "...was registered on domain.com, llc on 15 March 2016. The site is almost absent on social networks"
7. 'Galeri page' di laman web berstatus 'under construction'...
8. 'News and Update page' di laman web pun berstatus 'under construction'...
9. 'Groups page' di laman web... errr bukan grup tapi seperti perancangan...
10. Antara perancangan dalam 'Groups page' ialah 'Publication' yang sepatutnya telah menghasilkan 'ES Rahsia Tatabahasa' yang dijadual terbit pada Suku ke3 2016! (...dah overdue...)

Manakala carian menerusi mysbusiness.com untuk syarikat pada akaun MBB tertera mengatakan syarikat ini hidup pada 22 Disember 2015. Belum setahun mungkin fokus untuk buat seminar dan kutip duit sahaja.

Sajalah aku letak dalam slide kat atas tu satu gambar 'pemikir' yang menipu yang kerjanya kutip duit kayakan diri sendiri buat seminar sambil mengajak orang lain jadi tamak; buat kerja lain selagi 'ada masa hidup' untuk cari duit cari duit cari duit. Takkan tak perasan apa yang dia buat tu (hanya buat seminar caj mahal-mahal untung dia makan) tak sama dengan apa yang dia suruh orang lain buat (jana pendapatan selagi hidup; selagi boleh tapi bukan melalui buat seminar caj mahal-mahal)...

Aku fikir seminar 'last minute' macam kat atas tu memang bagus. Bagus untuk student yang kaki ponteng atau yang mengharap 'keajaiban' berlaku pada hari peperiksaan tanpa perlu bersusah payah bertahun-tahun belajar... Oleh kerana pada pendapat aku cikgu-cikgu yang sedia ada adalah yang terbaik; memang aku tak galakkan anak-anak ke seminar macam kat atas.


Followers Friend Connect Mudah Alih

Empayar Utama - Friday, September 16, 2016 : No comments

Dulu aku ada cerita pasal followers friend connect widget/gadget. Bila script friendconnect dah tak boleh digunapakai, susah sikitle nak ambil kod untuk letak kat tempat yang kita suka, kannnn... Nak nak lagi bila followers makin surut, macam malulah nak pamer tapi nak juga letak hahahahahah.

Dulu ada tutorial untuk buka-tutup gadget benda alah ni. Sekarang tutorialnya pun dah tak ada. Imejnya lebih kurang camni:

Cuba tekan butang ([+]Follow) tu. Timbul tak?

Boleh lagi ni. Yang betulnya aku ada letak kat multi-tab polska ada kat sidebar tuh. Cenggini:
1. Memula buka Blogger Dashboard ---> Layout ---> Add a Gadget ---> More Gadgets ---> Followers

2. Pastikan paparan gadget yang terhasil nanti memuaskan dan mengikut kehendak hati kamu ya :) Pastu save.

3. Buka blog kamu di tab baru; klik kanan dan tekan 'View page source'. Akan keluar satu tab baru dan cari sampai jumpa yang ini: <div id='Followers1-wrapper'>

Pastu copy aja mula dari <div><script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> hinggalah ke </script></div>

Kalau berdasar nombor baris blog aku: dari baris Nombor 863 hingga baris Nombor 894:


Dapat tak? Haishhhhh..... Haaaa ambek nih:

<div>
<script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script>
<div id="followers-iframe-container"></div>
<script type="text/javascript">
window.followersIframe = null;
function followersIframeOpen(url) {
gapi.load("gapi.iframes", function() {
if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) {
window.followersIframe = gapi.iframes.getContext().openChild({
url: url,
where: document.getElementById("followers-iframe-container"),
messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER,
messageHandlers: {
'_ready': function(obj) {
window.followersIframe.getIframeEl().height = obj.height; }, 'reset': function() { window.followersIframe.close();
followersIframeOpen("https://www.blogger.com/followers.g?blogID\x3d874138832550890313\x26colors\x3dCgt0cmFuc3BhcmVudBILdHJhbnNwYXJlbnQaBjc3Nzc3NyIGY2MwMDAwKgZGRkZGRkYyBmNjMDAwMDoGNzc3Nzc3QgZjYzAwMDBKBjc3Nzc3N1IGY2MwMDAwWgt0cmFuc3BhcmVudA%3D%3D\x26pageSize\x3d21\x26origin\x3dhttp://empayarutama.blogspot.com/");
},
'open': function(url) {
window.followersIframe.close();
followersIframeOpen(url);
},
'blogger-ping': function() {
}
}
});
}
});
}
followersIframeOpen("https://www.blogger.com/followers.g?blogID\x3d874138832550890313\x26colors\x3dCgt0cmFuc3BhcmVudBILdHJhbnNwYXJlbnQaBjc3Nzc3NyIGY2MwMDAwKgZGRkZGRkYyBmNjMDAwMDoGNzc3Nzc3QgZjYzAwMDBKBjc3Nzc3N1IGY2MwMDAwWgt0cmFuc3BhcmVudA%3D%3D\x26pageSize\x3d21\x26origin\x3dhttp://empayarutama.blogspot.com/");
</script>
</div>

Yang kaler merah tu no. id blog aku, tukarlah dengan no. id blog kamu ya. Tau tak kat mana nak dapat id blog? Kat sini:


Satu lagi kaler merah tu nama blog aku. Kena tukar jugalah dengan nama blog kamu.

4. Salin / copy kod nih kat notepad ke, wordpad ke; save dan kendian balik semula ke item no. 2 atas tu. Delete follower gadget asal yang telah disave tadi sebab tadi tu kita create follower gadget cuma untuk rembat kodnya menerusi view page source.

5. Lepas Delete, Save. Pastu ambil kod yang telah disalin dalam notepad / wordpad tadi; haaa letakle kat mana-mana yang berkenan. Save dan dah siap.

Tutorial ini dikongsikan sebab kod gadget ni tak ada jual kat kedai. Satu lagi sebabnya ialah ada tempat-tempat yang kita nak letak tapi tak boleh letak kerana kod asal kena melalui dashboard, siap tersedia tanpa dapat nak cilok kodnya.

Senang, kannn. Dah dulu, babai.

Papan Tanda Jalan Lagi

Empayar Utama - Tuesday, September 13, 2016 : No comments

Lanjutan kepada cerita lama dulu masa duduk kat tepi jalan; dua tiga menjak nih makin banyak papan tanda camni kat jalanraya. Dulu jarang kita lihat.

Tujuannya untuk baikpulih kerosakan yang berlaku dan beri keselesaan kepada awam.

Walaupun papa-papan tanda ini hanya
bersifat sementara sepanjang kerja-kerja kecemasan dan penyenggaraan, aku harap gambar terakhir tu tidak bersifat sementara:






Dan yang kat bawah ni pula; ianya lebih kepada tanda amaran / bahaya:





Apa yang tak kena?

Beri laluan, jangan tak beri; kepada...


Aku pernah tulis dulu "Agak keras sikit ayatnya" untuk papan tanda yang bertulisan. Akupun harap gambar terakhir ini betul-betul jadi amaran / peringatan kepada kita semua agar tidak tersasar...

Cara Letak Video Dan Playlist Youtube Ke Dalam Blog

Empayar Utama - Sunday, March 6, 2016 : No comments

Selain dari pasang lagu dengan Skin MP3 yang cantik; ada juga yang berminat untuk letak video lagu. Banyak program tawarkan Skin MP4 untuk muatkan video lagu tapi bagi aku, jika sumber asal dan majoriti video diperoleh dari YouTube; kita guna yang sedia ada sajalah.

OK. Dahtu bagaimana cara letak video
YouTube ke dalam blog? Biasanya bila ada akaun gmail, kita akan ada akaun YouTube. Kalau belum ada bukalah satu. Tapi kalau tak ada akaun pun boleh juga.

Sebenarnya video YouTube nih ada dua. Pertamanya hanya untuk satu video dan keduanya - banyak video (tak kisahlah cerita ke, lagu ke) yang kita panggil playlist. Jadi di sini kita akan cuba camana nak bagi 'hidup' kod untuk satu video guna kod lama (old embed code); buat playlist dan dapatkan kod untuk yang dah ada akaun; serta buat playlist dan dapatkan kod untuk yang tak ada atau tak nak buat akaun YouTube, bersekali dengan camana nak letak dalam blog.

Cam biasa; kod yang berwarna merah boleh diejas ikut suka ya...

1. Cara pasang Video YouTube guna kod lama (old embed code)
Paparan Video:


<object type="application/x-shockwave-flash" style="width:450px; height:250px;" data="//www.youtube.com/v/kod link YouTube?color1=CC0000&amp;color2=9999CC&amp;border=1&amp;rel=0&amp;loop=1&amp;hd=1&amp;showsearch=0&amp;version=3&amp;modestbranding=1"> <param name="movie" value="//www.youtube.com/v/kod link YouTube?color1=CC0000&amp;color2=9999CC&amp;border=1&amp;rel=0&amp;loop=1&amp;hd=1&amp;showsearch=0&amp;version=3&amp;modestbranding=1" /> <param name="allowFullScreen" value="true" /> <param name="allowscriptaccess" value="always" /> </object>

(pastikan keseluruhan data dan value adalah sama)
2.Cara buat YouTube playlist serta dapatkan embed kod untuk yang sudah ada akaun
1. Bila buka YouTube akan keluar paparan seperti ini:

Klik LIBRARY.

2. Pergi ke menu Playlists dan klik kotak New Playlist untuk cipta satu track album. Taip tajuk / identiti playlist dalam kotak pop-up tu. Pastikan mode di bawah tajuk adalah Public; pastu klik kotak biru Create.


3. Imej bawah ni cuma nak tunjuk beberapa fungsi yang perlu nanti:


4. Ok, tekan kotak Playlist settings. Akan keluar satu pop-up window seperti di bawah serta fungsi-fungsi yang ada. Dah siap Tekan Save.


5. Kita akan kembali ke skrin seperti dalam langkah No. 3 tadi. Tekan kotak Add Videos. Akan keluar satu pop-up window seperti di bawah. Masukkan link video YouTube dan tekan kotak Search.


6. Akan keluar seperti paparan di bawah:


7. Anda perlu tekan logo 'Play' dalam imej video yang terpapar baru keluar skrin seperti ini:

Bila video berfungsi barulah boleh tekan kotak Add Videos.

8. Haaa sekarang kita dah ada satu playlist. Ulang langkah No. 5 dan seterusnya jika nak tambah video / video-video sampai puashati. Untuk dapatkan embed link serta fungsi lain – lihat imej pada langkah No. 3 tadi. Sebagai contoh, aku masukkan 6 video:


9. Bila kembali ke menu Playlists, satu playlist telah ditambah:

Paparan Playlist:



<iframe width="450" height="250" src="https://www.youtube-nocookie.com/embed/videoseries?list=PLid playlist anda&amp;showinfo=0(tiada paparan playlist di bahagian atas kiri video)&amp; allowfullscreen (buang jika tidak mahu fungsi full screen)&amp;ap=%2526fmt%3D18(untuk high quality atau ap=%2526fmt%3D22 untuk 720p High Definition)&amp;modestbranding=1(sorok logo YouTube)" frameborder="0" ></iframe>
3. Cara buat YouTube playlist serta dapatkan embed kod tanpa perlu login atau tanpa akaun
1. Memula dapatkan beberapa link video YouTube untuk bina playlist

Di sini contoh 5 video YouTube, 4 lagu dan 1 bukan lagu:
a) Wings - Misteri Mimpi Syakilla (http://www.youtube.com/watch?v=VLYmm3Um-uM)
b) Sharifah Zarina - Langit Ke Tujuh (http://www.youtube.com/watch?v=ZR9-rxfHlPs)
c) Secret Garden- Song from a Secret Garden (http://www.youtube.com/watch?v=-sWnEWpS_fA)
d) Scorpions - Wind Of Change (http://www.youtube.com/watch?v=n4RjJKxsamQ)
e) Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 8 - Persembahan Sepahtu (http://www.youtube.com/watch?v=Rs1xtoM3pNw)

2. Jadi bila digabungkan kelima-lima id video tersebut; ianya akan jadi begini: http://www.youtube.com/watch_videos?video_ids=VLYmm3Um-uM,ZR9-rxfHlPs,-sWnEWpS_fA,n4RjJKxsamQ,Rs1xtoM3pNw

3. Ambil link ini dan paste di tab baru (new tab) dan tekan enter. Secara otomatis link tersebut akan bertukar dan paparan playlist terhasil. Lihat imej di bawah:



4. Copy link yang baru terbina di tab tersebut: Untuk contoh di atas, linknya ialah http://www.youtube.com/watch?v=VLYmm3Um-uM&list=TLJyN30yl4GhMwMjAzMjAxNg

5. Hanya link kod berwarna merah sahaja (list=TLJyN30yl4GhMwMjAzMjAxNg) yang diperlukan untuk kita letak dalam embed code supaya dipaparkan dalam blog. Contoh paparan:



(Playlist tak ada tajuk sebab tak login / tak ada akaun)

6. Ini embed kodnya:

<iframe frameborder="0" height="250" src="https://www.youtube-nocookie.com/embed/videoseries?list=TLJyN30yl4GhMwMjAzMjAxNg&amp;ap=%2526fmt%3D18&amp;modestbranding=1" width="450"></iframe>

Lihat list tersebut di mana TLJyN30yl4GhMwMjAzMjAxNg itu kepunyaan saya dan perlu ditukar dengan link list yang anda cipta.

Kalau nak cara pasang lagu MP3 dan beberapa pilihan skin MP3; nanti senangle baru buleh buat cerita.

Ehhhh dah habis laaa :) Semoga bermanfaat buat semua


Pokok Duit Bukan Ibu Duit

Empayar Utama - Friday, January 15, 2016 : No comments

Aku ada simpan 4 pasu pokok ni. Tapi bila dengar cerita pasal ia bawak penyakit, susah hati juga.

Pokok Duit atau Pokok Ong (nama saintifiknya zamioculcas zamifolia) tak ada kena mengena dengan individu bernama Zami; calculator ataupun buku scrap sekolah folio.

Ni kata orang Cina - bila banyak
bunganya barulah ‘Ong’. Jadi kalau tanam banyak berpasu-pasu tengokle bunganya. Tapi takde bunga pun cantik juga bila pandai susun, kannn...?

Pokok ni antara yang paling senang ditanam. Antaranya: Ambil daunnya yang dah gugur dan tanam separuh – biarkan separuh terdedah. Dua tiga minggu nanti akan berakar dan bertunas melalui akarnya. Dah tu cuma perlu siram seminggu atau dua minggu sekali je. Tak perlu terdedah sangat kepada panas matahari nanti daunnya tak nampak segar berkilat.


Baru-baru nih keluar cerita ia menjadi punca penyakit leukemia dan penyebab kematian dua pengkaji botani dari Universiti Sains Malaysia (USM). Ini ada 2 link boleh baca untuk penjelasan:


Pokok duit-duit bukan penyebab leukemia

SABTU, 19 DISEMBER 2015 @ 5:13 PM
Pokok duit-duit bukan penyebab leukemia Oleh Haika Khazi

KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta menghentikan spekulasi kononnya pokok duit-duit atau dikenali sebagai pokok pembawa tuah atau 'Ong' dalam kalangan masyarakat Cina menjadi punca penyakit leukemia dan penyebab kematian dua pengkaji botani dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Ketua Kluster Pertanian dan Makanan, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Ghizan Saleh, berkata sehingga kini, beliau tidak pernah mendengar ada kajian saintifik menunjukkan tumbuhan terbabit menjadi punca penyakit kanser.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan tumbuhan itu memang tergolong daripada spesis pokok hiasan beracun dan boleh membahayakan kesihatan.



"Setahu saya, setakat ini, tiada bukti kukuh dan kajian mendalam menunjukkan pokok duit-duit menjadi punca penyakit dan kematian dua pengkaji USM berkenaan.

"Berikutan itu, perlu ada kajian saintifik dilakukan pihak berkenaan bagi membuktikan dakwaan berkenaan benar atau tidak," katanya yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik), Kolej Universiti Agrosains Malaysia, Melaka, ketika diminta mengulas isu terbabit.

Beliau juga mengesahkan banyak bahan kimia yang digunakan dalam ujian asid deoksiribonukleik (DNA) seperti ethidium bromide boleh menyebabkan pertumbuhan sel tidak normal dan penyakit kanser.

Tiada Bukti Pokok ‘Duit-Duit’ Penyebab Kanser

Tiada Bukti Pokok ‘Duit-Duit’ Penyebab Kanser
By Editor · On 20/12/2015

KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta menghentikan spekulasi kononnya pokok duit-duit (zamioculcas zamiifolia) atau dikenali sebagai pokok pembawa tuah atau ‘Ong’ dalam kalangan masyarakat Cina menjadi punca penyakit kanser darah atau leukemia dan penyebab kematian dua pengkaji botani dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Ketua Kluster Pertanian dan Makanan, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Ghizan Saleh, berkata sehingga kini, beliau tidak pernah mendengar ada kajian saintifik menunjukkan tumbuhan terbabit menjadi punca penyakit kanser. Bagaimanapun, beliau mengesahkan tumbuhan itu memang tergolong daripada spesis pokok hiasan beracun dan boleh membahayakan kesihatan.

“Setahu saya, setakat ini, tiada bukti kukuh dan kajian mendalam menunjukkan pokok duit-duit menjadi punca penyakit dan kematian dua pengkaji USM berkenaan. “Berikutan itu, perlu ada kajian saintifik dilakukan pihak berkenaan bagi membuktikan dakwaan berkenaan benar atau tidak,” katanya yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik), Kolej Universiti Agrosains Malaysia, Melaka, ketika diminta mengulas isu terbabit.

Beliau juga mengesahkan banyak bahan kimia yang digunakan dalam ujian asid deoksiribonukleik (DNA) seperti ethidium bromide boleh menyebabkan pertumbuhan sel tidak normal dan penyakit kanser.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, sehingga kini kementerian belum menerima laporan mengenai kes tersebut.

Dr Lokman berkata, setakat ini belum ada kajian dan bukti saintifik menunjukkan bahawa pokok duit-duit berkenaan adalah penyebab penyakit leukemia.

Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam, USM, Mohammad Abdullah, pula menafikan dakwaan terbabit dan meminta pihak berkenaan membuat aduan rasmi dan mengemukakan bukti kukuh bagi membolehkan siasatan rapi dijalankan.

“USM kesal dengan penyebaran maklumat seperti ini dan berharap pihak berkenaan tampil membantu. Penyebaran maklumat ini wajar dihentikan segera sehingga kita mempunyai bukti sahih untuk menjelaskan dakwaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Jadi maknanya di sini:

1. Tumbuhan ini memang tergolong daripada spesis pokok hiasan beracun dan boleh membahayakan kesihatan tapi tiada bukti kukuh dan kajian mendalam menunjukkan ia menjadi punca penyakit dan kematian dua pengkaji USM berkenaan.

2. Setakat ini belum ada kajian dan bukti saintifik menunjukkan bahawa pokok ini adalah penyebab penyakit leukemia.

3. Banyak bahan kimia yang digunakan dalam ujian asid deoksiribonukleik (DNA) seperti ethidium bromide boleh menyebabkan pertumbuhan sel tidak normal dan penyakit kanser. Sebab bahan kimia yang digunakan, bukan sebab pokok…

Tak lupa kredit kat google dan juga Inspirasi ALAM.

Camniler, aku cuma boleh kata - Kat rumah pun kita ada simpan spray nyamuk; dapur gas; set pisau; dan macam-macam lagilah yang merbahaya dan mengancam nyawa jika tidak berhati-hati.



Errr entri ni saja nak sedapkan hati... Eheh...