Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :
Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

7 Aje... Ke...

EmpayarUtama - Sunday, October 23, 2022 : No comments

Aku tak minat bela kucing. Dan aku pernah kongsi isi hati aku sebelum ni.

Tapi dalam tak minat tak minat tu, dah 7 ekor rupanya kucing jadi sebahagian dari keluarga kami. Dan semuanya aku sendiri yang bawa ke vet, haish.

Kat sini aku nak kongsi yang semua kucing tu hilang selepas cantik membesar. Aku pun tak tau kenapa. Semuanya bermula sekitar awal bulan Oktober tahun 2018...
Kucing pertama yang kami bela sepasang, sekor jantan berusia 6 bulan dan sekor lagi betina berusia 7 bulan.
Ini hadiah daripada akak yang masak di kedai Zul belakang Pasar Awam Kg Melayu. Sebab dia nampak putri bungsu aku gila kucing tapi tak bela kucing.

Atas ni betina, baka British tapi pemalu ya amat. Asyik menyorok bawah sofa je kerja dia. Kitorang berilah nama Shy-Shy. Tu yang tak banyak gambar. Bawah pula kucing kampung, 4-4 kaki berstokin putih. Jantan dan suka tidur dengan budak-budak. Jadi diberi nama Anja.

Sempatlah kami bela dua ekor ni dalam setahun lebih kurang. Pastu dua-dua hilang serentak. Sedey...

Dua bulan lepas terima 2 ekor kucing tu; bulan doblas 2018 kot, dengar pula bunyi garau anak kucing di belakang rumah. Entah siapa buang, aku pujuk pergi depan. Comotnya aduh; dengan berkudis, luka-luka dan banyak kutu - tak sampai hati aku tengok.

Budak-budak terus bagi nama Otimot; gabungan warna oren, putih dan comot. Jantan, belum masuk 2 bulan kot usianya, masih menggigil-gigil lagi kalau bergerak. Agak susah nak jaga dia dan aku ada buat satu entri pasal Otimot. Shy-Shy dan Anja boleh terima kehadiran ahli keluarga baru ini.

Dia suka tidur atas badan Aiman. Tapi itulah, dah sihat, dah naik badan; tiba-tiba hilang...

Lepas Otimot sihat dari demam teruk, ada pula yang buang anak kucing (betina) depan rumah. Pun sekitar 1 bulan lebih kot usianya. Mata sebelah tak boleh buka, mata sebelah lagi pun dah nak tertutup. Aku bersihkan dan titik ubat mata Shy-Shy yang aku beli di vet, 2 hari dah ok dah.

Kucing-kucing aku semua boleh terima kehadiran sikecil ni. Sempatlah mereka bermain bersama, tapi dua minggu je kot. Satu malam tu dengar motor berenti depan rumah, dan aku agak anak kucing tu mesti kena rembat.

Betul tekaan aku. Anak kucing yang dah comel tu orang dah ambik, ada dibela selang 2 lorong depan rumah. Oklah janji dia bela elok-elok...

Jadi sebelum menutup tirai 2019; aku kemaslah 2 sangkar dan barang-barang kucing, simpan dalam setor sebab dah tak de kucing.


Awal 2020, sebelum Covid tular; aku berjaya selamatkan sekor anak kucing kelabu [masa kecik warnanya kelabu je] selepas 3 ekor yang lain mati kena langgar. Ibu kucing tu macam tak kisah je anak-anak dia, beranak kat beranda rumah jiran sebelah yang memang kosong.

Dah besar sikit, baru nampak belangnya macam belang rimau. Jadi kitorang beri nama 'Belang'. Suka tidur atas katil.

Tak lama lepas tu, ibu dia beranak lagi. Aku pujuk masukkan dalam sangkar dan gabungkan 2 sangkar jadi satu, sebab 4 ekor anak dia. Tapi ibu ni jenis tak reti bela anak. 3 ekor mati cam tu je... Tinggal sekor kaler sama cam Belang. Jadi kitorang gelar dia 'Adik Belang' :)

Malam-malam nampaklah 2 ekor ni duduk atas tembok tiang pagar kiri kanan dah macam tugu je aku tengok.

Tapi memang heran, 2-2 ekor ni hilang juga tak sampai hujung tahun 2021 pun. Dalam 6 ekor kucing yang aku pernah bela, Belanglah yang paling lama dengan kitorang, dari umur 2 minggu sampai umur dia setahun 8 bulan dan hilang sekali dengan adik dia. Macam biasa, untuk kesekian kalinya mengemas sangkar ke dalam setor...


Awal tahun ni, Jan 21 kot; sedang aku siram anak-anak pokok bonsai - dengar bunyi anak kucing dalam parit depan rumah. Aduh, siapa lagilah yang dok buang anak kucing depan rumah ya...

Aku turun kat dalam parit, nampak dia dalam salur lubang air. Kotor ya amat badan dia. Kecik sangat lagi hanya besar tapak tangan aku. Umur dalam 3 minggu,masih menggigil gigil lagi.

Lepas bersihkan, letak dalam kotak kasut. Sampai ke besar pantang nampak kotak apapun mesti dia nak masuk duduk. Jadi, aku keluarkan semula satu sangkar, kali ni simpan dalam rumah.

Belum letak apa-apa nama pun lagi. Cuma tiap hari panggil 'miau' je. Paling manja dalam semua kucing yang pernah kami bela. Suka bergambar dan rajin ikut aku ambil anak-anak balik sekolah :)

Dan seperti biasa, dah besar comel, 4 Sept 2022 hilang tak balik-balik. Sempat 7 bulan je dipinjamkan kepada kami sekeluarga...


Tahniah Afrina

EmpayarUtama - Thursday, August 4, 2022 : 1 comment

Minggu lepas berakhir pertandingan bola jaring peringkat daerah Johor Bahru untuk Bawah 15 dan Bawah 18. Berakhir jugalah karier si Afrina dan tak taulah ke mana pula selepas SPM nanti.

Macam biasa, posisinya agak pelbagai - WD, GD, dan final game boleh jadi GK pula. Payah sikitle untuk penilai pilih untuk ke peringkat seterusnya, hehehe.
Macammana pun aku ucapkan tahniah kerana dia dan pasukannya berjaya ke final sebelum tewas kepada Sekolah Tun Fatimah.


Kat bawah ni aku pilih beberapa kenangan untuk diabadikan dalam blog ni :

Banyak juga koleksi pingat dia kumpul menerusi acara bola jaring sejak dari zaman tadika lagi.

Bawah ni antara kenangan dia di tahun akhir SKMKJ pada tahun 2017:

Sepanjang 6 tahun antara 2015 hingga 2020 aku akui sangat kurang berblog. Tak banyak cerita yang aku kongsikan. Seingat aku - adalah cerita pasal bola jaring yang libatkan Afrina sejak masuk Tadika Kemas tahun 2010.

Adriana : "Heheheheh hek eleeee... Ingat, aku sekarang dah tingkatan 1. Dah masuk senarai 12 pemain under 15 tau, hanya disebabkan demam sepanjang sesi latihan maka aku tak join..."

Haaa ini adik dia yang akan menyambung legasi mudah-mudahan.
Dulu aku pernah tulis Kakak dia, si Fina dulu main macam macam 'position'... Lepas ni kita tengok rezeki si Yana ni pula.

Dah dulu, nanti aku kongsi cerita lain bila rajin ya...


Review Blog: EmpayarUtama

EmpayarUtama - Sunday, November 21, 2021 : 12 comments

Teruja nak ‘review’ blog sendiri setelah bulan lepas (Oktober) blogspot mengucar kacirkan blog. Sekejap tak boleh nak ‘edit Theme’, sekejap tak boleh nak ‘edit Gadget’ di ‘Layout’, hingga aku terikut ikut rentak mereka.

Bila ‘check jQuery library’, alamak jauh tul ketinggalan bas. Aku masih guna versi 1.8.3. Sekarang ni ‘jquery 3.6.0’ kot. Bila aku tukar
versi terkini - makin rojak jadinya blog aku. ‘Slider’ semua tak berfungsi. ‘Bloglist’ kengkawan pun hilang ntah ke mana.


Jadi gigihlah mengemaskini semula blog dan kekalkan ‘jquey 1.8.3’ sebab rasa rugi pula dengan beberapa entri pos tutorial yang masih boleh dijadikan bahan rujukan.

OK. Alkisahnya aku mula berblogging Disember 2008 guna ‘theme classic versi 1’. Hingga sekarang masih kekalkan versi yang sama kerana dah terbiasa dan selesa untuk ejas apa yang patut.

Tapikan, memula buat blog; masa tu teruja sekali dengan iklan Amazon yang perbagai. Masa tu belum ada lagi iklan online shopping Shopee atau program afiliate Lazada bagai. Yang ‘hot’ masa tu Amazon dan ‘ebook’ dari ‘ClickBank’.

Baru je nak menapak, tapi penuh sungguh blog ni dengan iklan bergambar tanpa entri pos. Dengan iklan Adsense, ditambah dengan satu program ‘Alternate Ads’ kot kalau tak silap yang paparkan iklan sama juga dari Adsense dan gadget yang mengarut hingga blog dilabel blog ‘phishing’ dan kena buang oleh tak tau le blogspot ke google. Bayangkan iklan Adsense boleh jadi 8-9 dalam satu ‘page’. Masa tu Adsense benarkan maksima 3 iklan je.

Niat lepas dapat balik blog ni aku nak jadikan blog ’travel’ dalam negara (nak promosi tempat/lokasi menarik termasuk makanan) sebab aku rajin juga berjalan. Sambil fikir bolehlah nanti selitkan sikit trip/perjalanan sekitar Asia sebab aku join group insurance untuk main golf. Akhirnya tercapai juga tapi jadi blog rojak ahahahahahahah.


Majoriti rakan sezaman semaya macam dah tak aktif berblog; ada blog yang nak kena ‘vacuum’ - tebal bersawang tak berhapdet; ada yang blog dah tak ada; ada yang tukar 'domain' dan bertukar angin kepada media sosial lain (macam utiub, insta, pesbuk) huiiii sayu jugalah. Iyalah, dah dekat sepuluh tahun tuuuu…
Dekat dua tahun jugalah aku hilang blog ni. Entah tangan ni gatal ke apa; pertengahan bulan November 2010 tu, bila buat carian/’search’ dan taip nama blog - keluar ’available’. Apa lagi aku cubalah 'log-in'. Yeay boleh ler pulokkkk. Dia punya hepi rasa cam nak terjun sungai…

Sekarang ni sebenarnya masih gigih juga perbaiki apa yang patut. Tukar ‘font’ dari ‘Cherry Cream Soda’ kepada ‘Comic Sans MS’; nampak lebih kemas/mudah dibaca. Adsense pula semakin berlembut dua tiga menjak ni, dah bersepah pulak iklannya sampai tenggelam entri pos.
Lagi 3 hari nak beli kepsi 'barrel' untuk selebret ulangtahun ke 11 entri pos pertama blog ni. Ishhh diam tak diam dah 11 tahun dah usia blog ni, kan? Aku pun makin tua…

Nuffnang - Selamat Tinggal

EmpayarUtama - Thursday, September 9, 2021 : 2 comments

Dekat setahun menunggu, lepas pukul 12 tengah malam tadi (semalam) aku cuba buang dulu segala kod promosi Nuffnang.

Dah tak ada lagi promosi dari advertizers untuk dikongsi dan jana duit. Nuffnang sepenuhnya bertukar kepada sosial media, sama sepeti program 8Share dan SAYS sebelum ini.

Walaupun ada duit terkumpul, beberapa 'Buttons' dah tak berfungsi. Butang 'Cash Out' pun dah tak nampak. Promosi terakhir yang aku terima ialah pada 1.10.2020:

Sebenarnya aku lebih selesa lihat statistik trafik di sini berbanding yang aku sedia ada seperti Google Analytics dan StatCounter. Tapi bila buka balik program ni pukul 8 pagi tadi, alamak tak ada 'figure' lah pulak:
Jadi cepat-cepat aku masukkan semula semua kod promosi yang ada untuk 'link'kan semula blog aku dengan Nuffnang. Nasib baik keluar data dan statistik trafik lepas pukul 9 pagi tadi.

Ingat lagi tak beberapa program seperti ChurpChurp, 8Share dan SAYS selain Nuffnang sendiri sekitar 10 ke 15 tahun lepas?

Masa tu meriah dengan banyaknya pilihan promosi, muai jugalah kan buat duit.

Jadi aku simpan jelah logo diorang kat sini untuk kenangan.

Sekarang ni aku cuba satu program promosi dalam Asia juga. Stailnya lebih kurang sama je macam SAYS dan 8Share tapi baru sangat aku masuk. Kalau ada yang berminat cubalah melawat ke sini.

Beza Nak Tangani Masalah Rakyat vs Beza Nak Jadi Perdana Menteri

EmpayarUtama - Monday, August 16, 2021 : No comments

Kita sepatutnya lebih bercakap tentang covid-19 dan pelan pemulihan yang lebih baik.

Sebahagian petikan yang aku suka:
"...Rakyat lebih sedihkan ramai yang kini hidup dalam kemiskinan, penderitaan dan kesengsaraan. Disebabkan oleh dasar dan polisi menguruskan pandemik yang bias serta beragendakan kepentingan politik.

Rakyat desak laksanakan "total lockdown", tetapi mereka laksanakan "total lockdown" suam-suam kuku.

Rakyat suruh tutup kilang bukan "essential", mereka tutup perniagaan-perniagaan kecil yang kurang berisiko.

Rakyat minta benarkan keluar wang KWSP, Menteri Kewangan kata KWSP bukan bank.

Rakyat minta moratorium 2.0, kerajaan kata itu adalah mustahil.

Selepas diasak bertalu-talu baru mereka benarkan. Itupun selepas Institusi Diraja mula bersuara.

Ordinan Darurat pula seolah-olah diperkudakan untuk menggantung demokrasi. Jauh berbeza seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong iaitu Ordinan Darurat untuk membendung penularan Covid-19.

Sepanjang pelaksanaan Ordinan Darurat jangkitan wabak malah semakin memburuk. Semasa Ordinan Darurat bermula kes jangkitan harian sekitar 3,000 dan selepas lapan bulan pelaksanaannya cecah 21,000.

Kelihatan Ordinan Darurat lebih bermanfaat politik berbanding menyelamatkan rakyat dan negara.

Rakyat desak percepatkan pemberian vaksin macam-macam alasan diberi sehingga negara Eropah pun dijadikan kambing hitam.

Selepas kedudukan dan jawatan sudah tergugat baru kelam kabut dipercepatkan..."

Bacaan penuhnya di sini dan di sini.

Tapi bila nampak peluang, masing masing masih sibuk - Peluang nak jadi Perdana Menteri, bukan peluang nak tangani masalah rakyat.


Semoga Dipermudahkan Urusan

EmpayarUtama - Thursday, January 23, 2020 : 4 comments

Ahad ini, 26/01/2020 merupakan hari yang istimewa buat salah seorang ahli keluarga kawan aku. Dia minta kalau boleh buatkan satu posting sebagai kenangan dan appresiasi dari ahli keluarga yang tak dapat hadir ke majlis beliau.

Aku tanya kenapa tak pergi? Takde jemputan katanya. Ohhh begitu.
Memang tak perlu pergile kalau takde jemputan, tak elok, kan. Lebih kurang cenggitulah katanya. Biasanya jemputan akan dihebahkan. Takde jemputan diam-diam ajalah, tak yah nak beritahu. Tapi yang ini – tak jemput pula dihebahkan di grup keluarga. Yang bestnya, tukang solek adalah salah sorang ahli keluarga yang tak dijemput...

Dia tambah lagi, keluarga yang ini macam tak berapa nak campur sangat dengan ahli-ahli keluarga yang lain. Jadi macam tak berapa rapat, macam keluarga jauh pula. Jumpa pun masa raya Idilfitri setahun sekali. Itu pun cuma dua tiga jam je.

Agaknya sebab ketua keluarga mereka kerja bagus, berpendapatan tetap yang berpencen; manakala ketua keluarga ahli-ahli keluarga yang lain kerja tak menentu... Agaknyalah ujarnya lagi.

Aku yang dengar terlopong mulut. Walau di luar kebiasaan, aku bersangka baik ajalah. Tak boleh nak komen sebab konsentret dengar cerita
kawan aku ni. Katanya lagi, mungkin diorang tak baca kot Wasiat yang aku tulis dulu. Aku cakap pada dia blog aku nih dah terbengkalai lama dah...

Tapi iyalah, budi bahasa memang amalan kita, adat dan budaya orang timur. Aku tak tau nak kata apa tapi aku usahakan juga untuk hasilkan cerita ni, mewakili keluarga kawan aku.

Kawan aku pesan jangan lupa ucapkan selamat berbahagia, semoga dipermudahkan segala urusan.



Sekadar Renungan

EmpayarUtama - Wednesday, July 5, 2017 : No comments

Sekadar Renungan

Tak De Benda Lain Nak Buat

"Kadang-kadang adik beradik yang selalu SMS dan WATTSAPP anda,
bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat
tapi
sebab mereka INGAT PADA ANDA.......

Satu hari,
kita semua akan terpisah,
kita akan terkenangkan pelbagai perbualan
yang kita ada.

Hari berganti hari,
bulan,
tahun,
hingga hubungan ini menjadi asing.......



Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"..... "





Selamat Hari Raya Daripada Asyraaf Dan Aisy Syafiq

EmpayarUtama - Friday, June 30, 2017 : No comments

Makasih bebanyak kat Rhea Scarlet yang telah memberi dialog untuk gambar-gambar anak-anak aku di bawah.

Aku suka dan abadikan dalam blog ini untuk kenangan.

Selamat Hari Raya Idilfitri Maaf Zahir Dan Batin dari Empayarutama buat semua.